Dec 29, 2010

K. Raja: Kecoh apa Piala Suzuki?

Gua sampi rumah terus tanya bapak gua, "Yah, tadi tengok Malaysia lawan tak?".

"Tak, lupa hari ni ada lawan..", sambil bapak gua terus layan filem Indiana Jones and The Temple of Doom di salah satu rangkaian Media Prima.

Gua pun ikut layan sekali.

K. Rajagobal: Baik gua pergi Temple of Doom dari gua layan Piala Suzuki, tak mencabar.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 28, 2010

Awek (Part 2)

Rentetan artikel Awek

Klik gambar


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 27, 2010

Awek

Masa kecik dulu, gua pernah berangan dapat awek macam Sofea Jane.

Masuk umur gua 15, gua berangan dapat awek iras-iras pelayan kedai makan yang rambutnya tersisir rapi.

Nak masuk 20, gua ada terpikir nak dapat awek bangsa Cina.

Tapi bila dah masuk 30-an ni, gua jatuh hati pada wanita bangsa Yahudi.


 

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 26, 2010

Markus: Laser tu....... (sambil menuding jari)

Markus: aku arek mangan
Tapi lu memang stail la Markus Haris Maulana. Lu berjaya ajak  team lu take five minum cendol.

Dan yang buat lu lagi stail adalah sebab lu berjaya buat rakyat Malaysia gembira.

Tak lupa juga kepada Norshahrul Idlan. Gua tak mahu komen mengenai permainan. Lu bagus. gua nak komen pasal perkara lain.



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 23, 2010

Puding Roti Coklat

Gua kadang kala pernah juga bereksperimen dengan dapur.

Gua ada berangan-angan buat puding roti. Sebab gua berangan benar nak makan.

Dalam angan-angan gua, ada lebih kurang begini rupa puding roti itu..
gua tak mintak kebenaran ambil gambar ini, lu boleh pergi ke blog beliau
http://sue-hasue.blogspot.com/2010/01/puding-roti-coklat-chips.html
Gua pun buat sambil lewa ikut resepi, agak tak cukup bahan gua balun pakai benda lain.

Rupa sebelum masuk oven

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 22, 2010

"Saya Gay Saya OK"


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Duta Dashing Baru Gandingan Remy Ishak

Remy


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 19, 2010

MS Paint: Epok-epok

"Epok-Epok"
 19 Disember 2010

Nak gua menulis jugak ke?

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 18, 2010

WikiLeaks: "Otak dan Jantung" sekutu Amerika

Julian Assagne atau lebih dikenali pada
suatu ketika dahulu sebagai Drago Malfoy
merupakan pengasas Wikileaks,
gua dengar-dengar macam tu la.
Gua nak kata kenal dengan Julian ni, tak berapa rapik sangat. Gua memang tak berapa campur masa kat kampung dulu. Dia je sering terkejar-kejar kat gua. Gua rimas.

Sampai dah berumur macam sekarang pun masih nak terkejar-kejar kat gua. Gua tak faham.

Gua ada terbaca di Wikileaks. Celaka. Jangan la bising-bising walaupun
gua memang ada koneksi dengan Yahudi dan Nasrani.
(Klik kat gambar)

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Belajar untuk lulus atau untuk masa depan?

Gua rembat tajuk dari Suara Siswa (Dr Fazley)


Suatu hari nanti mungkin gua dijemput dalam forum tersebut. Kerana gua agak jaki dengan golongan yang dapat terpilih masuk dalam televisyen pada sesi forum Suara Siswa itu. Gua nak pastikan golongan yang agak membuat gua rasa nak muntah itu senyap.
Gua cilok dari Sepanjang Perjalanan

Gua masih terpikir, macam mana pemilihan untuk masuk ke forum itu?

Gua rasa-rasa yang dipilih semua adalah murid-murid yang berjaya. Mungkin.

Tak adil.

Pemikiran manusia takkan berkembang kalau hanya berbincang sesama yang dapat 4 flat.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 10, 2010

Freemason

Gua freemason..lu nak kata apa?




bosan....







Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 9, 2010

Suka sangat kat Facebook kan? (Edisi Negatif)

Sambungan daripada Suka sangat kat Facebook kan?

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 8, 2010

Suka sangat kat Facebook kan?

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 7, 2010

Terima Kasih Bambang

Kadang kala gua perhati, ada sedikit rupa rakan gua.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 6, 2010

Antara blogger dan pengendali web porno

Masing-masing buat saje. Gua dah bagi peluang kat lu orang, lu buat saje je kan? Jangan sampai gua bagi kat orang lain. Karang gua dah panggil Hugh Hefner, lu semua tak dapat apa-apa.

Gua dah kasi percuma.

Kalau gua bagi berbayar lagi la lu tak mau.

Baik. Gua pikir-pikir banyak kali memang patut gua bagi kepada syarikat-syarikat yang mengendalikan web-web porno. Mereka memang perlukan peluang yang menguntungkan seperti ini.

Saya Suka Bogel

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 3, 2010

Apesal lu orang nak serabut kalau harga minyak naik, celaka?!

Eleh.
Gua ingat gua dah ada penyelesaian untuk hal ini. Gua tahu, lu orang semua bising pasal minyak mahal. Hari-hari nak kena naik kereta. Kereta nak bergerak kena isi minyak. Gua tahu lu orang semua kalau boleh nak minyak percuma macam air.

3 step penyelesaian untuk orang celaka yang nak kepercumaan dalam hal minyak ni

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

MS Paint: Hero Bersama

(Tribute to Kazuho Mitsuta dan Kecik)

Baru-baru ini gua ada lukis Hero Lama dari Kripton. Dan ada seorang rakan telah buat request. Katanya lukislah hero pujaannya. Gua pada mulanya tak ambil pusing sangat. Sebab gua ada hal lain. Gua juga hero. Ada tanggungjawab terhadap manusia.

Namun selepas gua sedar dari tidur, gua teringat kisah lama gua berkaitan hal Hero pujaan rakan gua.

Dan gua dengan sedikit semangat punk, gua tekunkan juga perasaan gua untuk melukis.

Akhirnya,

"Hero Bersama"
4 Disember 2010

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 2, 2010

LomograPERT: 1st DIY Redscale Experiment


(PERHATIAN: Ini bukan tutorial)

Hari ni gua nekad. Lu nak cakap apa pun cakap la. Gua rasa gua dah tak perlu tunggu lain kali. Dengan berbekal gunting sama salotep 80sen, gua terus saja dengan eksperimen yang gua tak pernah belajar secara mendalam dan gua tak pernah lakukan sebelum ini. Dengan sedikit ilmu yang diberikan oleh Syafiq.net, gua memang tak cakap banyak.

Senjata kali ini: gunting, salotep 80sen dan satu gulung film 35mm.

Pada asalnya Syafiq.net menyaran gua untuk lihat-lihat sedikit di Foto Go-Go, bagaimana buat filem redscale sendiri. Gua agak beminat ketika itu tapi tiada masa untuk itu semua ketika itu.

Q: Apa itu Redscale?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 1, 2010

MS Paint: Hero Lama dari Planet Kripton

"Hero Lama"
29 November 2010

Perlu ke gua terangkan siapa dia ni? Gua rasa gua lebih perlu terangkan bagaimana gua kenal si celaka ni.

*      *      *

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 24, 2010

Harta Pusaka dari Bapak Gua: Yashica FX-7

Itu hari masa gua kat rumah, gua terfikir untuk cari barang untuk kegunaan fotografi gua. Gua rasa-rasa mahu tangkap gambar waktu malam.Dan gua perlukan tripod dan juga shutter release cable.

Gua ada teringat yang bapa gua ada tripod dan juga shutter release cable.

Gua baring dahulu sambil mengingati tempat penyimpanan barang-barang itu.

Sambil gua terdengar ibu bapa gua berborak tanpa gua tahu butir-butir percakapan mereka. Gua sambung imaginasi.

*      *      *

Petang itu, gua bersiar-siar di sekeliling kawasan rumah. Dan gua ada nampak satu kawasan mencurigakan di kawasan rumah gua. Gua masuk kawasan yang berpagar itu tanpa memikirkan akibat yang bakal gua terima.

Tak sampai 3 saat gua masuk, gua terpandang satu susuk objek yang amat gua kenali.

"TRIPOD!", jerit hati kecilku.

Gua abaikan dulu. Gua terus mernagkak dia kawasan itu.

Banyak buku juga di situ, tapi gua tak ambil pusing. Gua terus merangkak dan merangkak. 

Dalam separa sunyi itu, gua ternampak satu beg yang agak usang.

"Selalunya maka aku takkan letak beg di kawasan ini, selalunya dia mesti simpan dalam rumah ataupun bakar sahaja", gua bermonolong antara nak tak nak.

"Mesti ada sesuatu di dalamnya", hati gua terdetik dengan yakin gua capai beg usang itu dan juga tripod.

*      *      *

Sampai dalam bilik, gua keluarkan satu per satu isi beg itu.

-
-
-
-
-
-
-

Yeah!! hebat.
Set Yashica FX-7. Walaupun biasa sahaja pada sesetengah fotografer, tetapi gua tetap gembira dengan penemuan ini.

Sedang gua belek-belek kesemua barangan itu, tiba-tiba bapak gua muncul.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 22, 2010

Lagenda Mafia Malaya: Alperto Salvatore Brusca


Gua kenang balik masa gua ganas dahulu. Gua memang banyak makan sayur. Kebanyakan mafia-mafia lain takut dengan gua salah satu sebab adalah kerana gua ada bela kucing.Dan gua pula jenis bukan penyabar.

Tak banyak dapat gua tulis kali ini. Dari gambar itu lu orang dah tahu gua ni jenis macam mana.



(ini adalah sequel Antara Sahabat, Sijil dan Senapang Thompson (PART 1))

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 21, 2010

Antara Sahabat, Sijil dan Senapang Thompson (PART 1)

Itu hari, gua ada perjumpaan mafia. Macam biasa sebab gua ni abang besar, budak-budak agas jemput gua. Gua dah biasa dengan feeling ni. Tiga tahun lepas, gua lagi garang. Asal salah sikit gua pukul, tak perlu cakap banyak. Tak salah pun gua henyak.

Berbalik kepada perjumpaan mafia itu, gua dijemput atas sebab gua banyak link kat tempat yang mereka tuju itu. Bandar Bukit Sarang Semut. Dulu waktu gua agas, gua dengar-dengar nama itu pun ada sikit seram jugak. Tapi semenjak gua jadi panas baran, semua reti hormat sama gua.

Ok berbalik lagi sekali kepada cerita asal, perjumpaan mafia. Semua atas sebab seorang sahabat lama mahu ke sana mengambil sekeping kertas yang agak berharga bila di Malaysia. Katanya, beliau dah nak masuk alam pekerjaan, jadi kertas itu semakin penting. Gua tiada hal jika ini melibatkan masa depan kawan-kawan. Gua memang mementingkan persahabatan. Lagi satu sebab mereka mengajak gua adalah untuk perlindungan. Gua dah kenal sangat gengster-gengster di Bukit Sarang Semut itu semua baru nak naik. Jenis yang lipat lengan baju sampai bahu, tunjuk tatu gula getah. Gua tak hairan la kalau Persatuan Gengster-Gengster Malaysia (PGGM) akan terkubur suatu hari nanti bila melihatkan generasi baru alam gengster ini semakin buruk akhlaknya.

Maaf, kita kembali kepada cerita asal semula ya. Sahabat lama ini sering gua panggil dengan nama Mesut Kordi. Gua tak mahu menyatakan lebih lanjut mengenai hal ini, ini berkaitan maruah.

Sahabat gua yang gua maksudkan itu


*      *      *

Subuh ahad itu, gua baru sahaja menyelesaikan tanggungjawab gua. Kelihatan seorang kuli gua sedang mengemaskan barang-barang gua untuk ke Bukit Sarang Semut. Lengkap semuanya, rocket launcher, mini gun, desert eagle, dan juga senjata kegemaran gua senapang Thompson serta parang. Semuanya disertakan dengan unlimited ammo. Tapi gua tetap gemarkan senjata mafia lama-lama. Lebih-lebih lagi gua suka bertempur secara bersemuka, bukan serang hendap.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 13, 2010

LomograPERT: #Satu


Hari tu gua ada berkata nak buka satu segmen pasal LomograPERT, ni hari gua kasi la sikit hasil gua. Gua yang tak berapa bagus adalam hal-hal tangkap gambar. Tapi itu tak jadi hal. Pasal gua memang tak suka nak jadi perfek. Lu nak tengok gambar bagus, lu pergi tengok majalah Maxim. Kali ni diam dan lihat dengan taat moga-moga beroleh rahmat.

FishEyed

Road Not Taken

Beauty


Wild Wild Wild


Kali ini menggunakan Fujifilm Superia 200. Ok la. Tak banyak yang best. Satu roll ada 36 gambar. Tapi yang jadi cume 20 lebih je. Haha.

Nak tengok lebih banyak ada dekat http://www.lomography.com/homes/pertdoherty/albums/1652059-2nd-roll-disorder

Leceh la nak upload kat sini semua.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 12, 2010

Bengang betol gua!!!

Gua dah lama tak buat kerja-kerja terkutuk. Ada sorang makhluk ni buat hal. Eiiiii.... Kalau tiga tahun lepas memang gua tak pikir panjang. Gua jumpe je gua sebat. Yang ada di sekelilingnya pun gua balun. Bahasa gua masa tu pakai kaki dengan tangan je. Tapi itu cerita tiga tahun lepas la.

Gua memang tak boleh tolak ansur dalam hal-hal macam ni.

Gua tiga tahun lepas


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 4, 2010

LomograPERT: #zer0




Akhir-akhir ni gua asyik ke hulu ke hilir dengan 'Jack the Black' jalan-jalan. Jack pakai contact lens jernih. Dia ada sedikit rabun. Kadang-kadang Jack rabun malam. Kadang-kadang tak. Gua pun musykil sama ada Jack benar-benar rabun atau hanya minta perhatian dari orang sekeliling. Hari tu gua bawa Jack pergi bercuti bersama kawan-kawan gua. Semua kawan-kawan gua suka nak berkenalan dengan Jack. Tapi lupa gua nak beritahu, Jack adalah si bisu. Jadi Jack hanya mengelip-ngelipkan matanya sahaja sebagai tanda persahabatan. Gua juga kena tolong pimpin Jack ketika dia hendak ke mana-mana. Jack memang begitu gemar menyusahkan orang. Tapi Jack pernah sekali berjaya buat gua tersenyum. Mungkin dia akan terus buat aku tersenyum lagi selepas ini.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 27, 2010

Celaka, gua di'KOTAK KATIK'kan (ada KONTEST ni)

PERHATIAN: Ada kontest kat bawah sekali


Pernah tak dengar pasal CUBEECRAFT??

Gua tak perlu taip kisah CUBEECRAFT kat sini. Gua tahu lu-lu orang semua lagi bagus dalam hal-hal internet, google, yahoo, facebook, myspace, friendster, flickr, blogger, wordpress, formspring dan macam-macam hal lagi. Lu boleh check sendiri apa bendanya. Kalau gua bising-bising dekat sini pun tiada guna. Dan gua tahu lu-lu orang semua kurang gemar membaca macam gua. Lu orang gemar tonton gambar-gambar. Itulah norma-norma manusia. Gua tak boleh kata apa.

Lu orang pernah lihat tak barang seperti ini?

gambar gua sebat dari hurtyelbow.typepad.com
Mungkin lu pernah lihat benda demikian.

Tapi...

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 24, 2010

Carragher: Gua pun ada skor la

lembuthekop.blogspot.com
Oleh SEPUPU LUCAS LEIVA
ROY HODGSON telah melalui banyak Syurga dan El waktu sudah di 3 nya ½ bulan di kerusi panas Anfield.

Ni hari gua tak mau komen banyak.

Bagus!

Liverpool skor "3"!

Bagus!


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 20, 2010

MS Paint: Diabetes yang kita sayang

Gua dah lama tak melukis pakai Paint.. Kali ni nak lukis-lukis la sikit..
"Diabetes yang kita sayang"
21 Oktober 2010

Johnny yang sedih dengan kehidupannya sekarang, dia sudah tiada upaya untuk sukan olahraga, bolasepak, apatah lagi memanjat tangga. Kehidupannya bertambah sengsara apabila bininya lari meninggalkannya. Mungkin sebab jari pada tangan kanannya tidak cukup. Jari merupakan salah satu organ penting. Anak-anak pula lari juga. Dia sekarang hanya mampu bergerak-gerak sedikit sahaja, supaya bateri  kaki bertayar itu tidak cepat habis. Ternakannya juga sudah tidak mengendahkannya. Kerana dia sudah tiada upaya memberi makanan  setiap hari kepada mereka. Yang setia bersamanya hanyalah Tuhan. Johnny masih dapat bernafas. Hal mengenai makanan, air serta pelajaran Johnny letak tepi. Yang penting udara. Johny perlukan udara untuk hidup.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 19, 2010

Gua termakan racun, apa perlu gua buat?

Hari ni gua tak mau tulis panjang-panjang. Sebab gua dah termakan racun.













Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 17, 2010

Pesanan Dari Hong Kong (REVEALED)


Gua rasa dah sampai masanya.

Gua tau lu-lu orang semua dah tak keruan.

Dan gua pula masih steady. Macam biasa. Sambil kena kopi.


*      *      *

(3 hari lepas)

"Pert, apa ada dalam bungkusan tu?", Agas bertanya pada gua.

Gua buat layan tak layan. "Ada la, nanti aku bagitau". Gua tahu, kalau gua bagitahu awal atau lambat, Agas itu tetap akan mahu dengar.

Gua naik tangga terus ke bilik Basri a.k.a. Yoyot.

"Oi, mana baju tu!", gua tengking si Yoyot. Habis beliau terkencing sedikit. Nampak seluarnya basah sedikit demi sedikit.

"Ini dia, taiko", terketar-ketar Yoyot menjawab sambil menyerahkan baju yang gua maksudkan.

"Kecik gile, ko ingat aku kedi?!" gua masih menengking. Sambil mencucuk bahagian abdomen Yoyot. Yoyot menangis diperlakukan demikian. Gua tanpa belas kasihan terus mencucuk menggunakan api rokok.

"Kalau tu kecik, ko tengok yang lain ni. Banyak lagi", Yoyot masih terketar-ketar. Hancing. Habis satu bilik berbau air kencingnya. 

"Mana?!!", gua tengking lagi. Kali ni Yoyot berbuih mulut. Macam sawan babi. Rakan sebiliknya pula sedang memperbetulkan kedudukan mata. Gua ada dengar mata rakan sebiliknya memang selalu terkeluar dari rongga mata. Jadi beliau tidak masuk campur urusan gua dan Yoyot. Gua cucuh pusat Yoyot guna rokok Surya. Beliau tidak melawan.

"Itu....", sambil menunjukkan kotak yang penuh baju. Mulutnya masih berbuih.  Keadaan semakin hancing.

Gua tak ambil pusing. Gua geledah kotak itu.

"Ini, gua nak ini!!", gua jumpa satu baju dan gua tengking Yoyot lagi sekali. Rakan sebiliknya masih cuba memasukkan mata yang terkeluar itu.

"Itu.. taiko tanya pada Agas, saya tolong jualkan saja, mahal ni", Yoyot terkencing lagi sekali. Celaka. Gua sepak testisnya. Gua keluar dari bilik itu. Rakan sebiliknya masih lagi melakukan perbuatan yang sia-sia itu. Sempat juga gua ketis abu rokok Surya pada rongga matanya yang belum diisi itu. Beliau tak tahu.

Gua turun tangga jumpa dengan Agas. Gua tahu beliau sentiasa ada di hadapan televisyen.

"Agas, aku nak cakap sesuatu dengan ko", gua cakap dengan nada Stefano Magaddino.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 16, 2010

Pesanan Dari Hong Kong yang dah dibuka!!!

Siaran ulangan untuk pergerakan barang dari Hong Kong


Gua dapat banyak pertanyaan mengenai Pesanan Dari Hong Kong. Tapi gua tak bisa menjawab terus kepada peminat-peminat (hahaha.. poyo siak gua.. bukan ada peminat. hahaha). Ramai yang cuba meneka-neka isi dalam bungkusan itu. Sampai gua pun turut meneka-neka. Tapi kebanyakannya gua rasa tidak tepat. Ada yg kata gua order ikan masin, celaka apa ikan masin import dari Hong Kong. Gua teka pun salah. Celaka. Tapi gua tak ambil pusing dengan perkara itu. Gua terus je teka.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 13, 2010

Ana Raffali : Pert, tolong ingatkan gua..


Hari tu gua rasa semacam. Pasal gua skor gol untuk team gua, "Pert Kacak FC". Gua tak mau cakap banyak pasal hal itu, kerana gua puas hati. Gua celebrate ala Xabi Alonso ketika di Istanbul. Memang grand. Gua cium dahi 'Ijat bonggo 2' serta gua cium dahi Agu.

Waktu malam tu gua ingat nak rehat-rehat, tapi memandangkan gua masih 'batu', gua join budak-budak agas yang nak tengok Lefthanded. Layankan je. Ura-ura nak masuk secara haram. Tapi sekali gua sampai, jalan-jalan untuk ke laluan haram dah ditutup. Tapi gua steady. Tak terus beli tiket. Budak-budak agas ramai dah beli. 

Gua ada etika bab-bab macam ni. Tak boleh ikut-ikut orang. Ini kisah pasal hal rocker, kena betol. Baru true. Ini tidak, orang pergi konsert jomheboh ko ikut, orang pergi gig skinhead ko ikut, orang pergi kelab ko ikut, orang pergi kuil pun ko ikut, payah la. Nak jadi hape.
Tak lama lepas budak-budak agas beli tiket berharga RM17, gua ada terdengar suara-suara belakang yang cakap boleh dapat RM10 je. Gua terus folow. Tak banyak cerita. Si Dagu pun turur serta. 

Sampai dekat budak yang jual tiket tu, dia kata, "Lima belas ringgit".

"Celaka ko Roi, kata dapat sepuluh ringgit?", gua tengking ala Michael Corleone.

"Aku pun dapat lima belas", dia menjawab juga.

Gua takde bagi can, terus bagi sedas kat telinga. Bagi dia ingat sikit. Itu baru starting.

Gua dan Si Dagu terus je angkat 2 keping tiket.

Sambil Si Roi masih memegang telinganya yang sedikit koyak.


Lebih kurang macam ni la. RM25 tu fake je.

*      *      *
Gua sampai dah hilang suara.

Tunggu lagu 'Seruan' punye pasal, last-last fed up. Man Kidal boleh lak wat show solo. Aduh. Aku nak sing along. Bukan nak solo along. Tapi gua steady. Itu sume tak jadi hal. Gua terus blah cari air. Itu lagi penting daripada lagu 'Seruan'.

Tak lama lepas gua keluar dari kawsan Konsert, gua dengar intro 'Seruan'. Sial. Macam tau-tau je aku dah blah. Gua tak amik pusing. Terus gua beli air longan, gerenti sedap.

*      *      *

"Oi, nak terus balik ke?", gua tanya pada 'Ijat bonggo 2'.

"Ntah, tu ape benda tu ramai-ramai?", 'Ijat Bonggo 2' menjuihkan bibir ke arah orang yang tengah ramai-ramai. Ada la dalam 15 orang. tak ramai mana pun.

"Mat-mat moto besar je tu", gua jawab dengan yakin. Pasal dekat situ terdapat beberapa orang brader-brader yang jenis bawak motor easy rider. Pakai jaket kulit sume. Gua memang tak suka campur dengan rocker demikian. Gua ada etika. Gua ni kalau nak dibandingkan dengan watak filem, lebih kurang macam Jimmy Cooper dalam Quadrophenia. dan awek gua pula Steph.

"Eh, jom la tengok, mana tau ada Man Kidal", 'Ijat Bonggo 2' ni memang agak taksub dengan Man Kidal. Tapi gua lain, gua anggap Man Kidal ni umpama Puyol je. Tak lebih.

"Jom la, jom la", gua macam dah malas-malas. Tapi sebab gua sayang sama 'Ijat Bonggo 2', gua pergi gak.

Sampai-sampai kat kawasan meja tu, gua nampak satu kelibat manusia dia celah-celah orang ramai tu. Gua rasa-rasa itu Puyol.

Ni kelibat Puyol tu.
Sah.

Takde orang lain.

"Oi budak dua orang yang kacak", tiba-tiba gua dengar satu suara. Gua yakin teguran tu menghala ke arah gua serta 'Ijat Bonggo 2'.

Gua dan 'Ijat Bonggo 2' toleh. Sambil buat muka blank.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 12, 2010

Pesanan Dari Hong Kong yang dah sampai!!!!

Gua nga syok main Facebook. Tiba-tiba ada orang beri salam. hoho. Gua pasti itu orang-orang dari DHL. Sering mengganggu gua.

Gua ambil dengan tenang



Dengan steady gua buka


apakah isinya??

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Pesanan Dari Hong Kong (part 2)

UPDATE untuk barang gua yang gua tempah dari Hong Kong..

nampaknya tinggal beberapa minit mungkin untuk ia sampai di tangan gua..


Wednesday, October 13, 2010 Location Time
15 With delivery courier JOHORE BAHRU - MALAYSIA 08:36
14 Arrived at Delivery Facility in JOHORE BAHRU - MALAYSIA JOHORE BAHRU - MALAYSIA 08:26
 

Gua memang penyabar orangnya.

Tambahan pula mlam ini gua bakal jawab soalan ujian penggal kedua untuk subjek statistik Encik Al Pacino.

Gua memang tak banyak cakap sekarang ni.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 11, 2010

Pesanan Dari Hong Kong


PERGERAKAN BARANG GUA HONG KONG >>> JOHOR

Tuesday, October 12, 2010 Location Time
10 Arrived at Sort Facility JOHORE BAHRU - MALAYSIA JOHORE BAHRU - MALAYSIA 11:50
9 Departed Facility in SINGAPORE - SINGAPORE SINGAPORE - SINGAPORE 08:30
8 Processed at SINGAPORE - SINGAPORE SINGAPORE - SINGAPORE 08:24
7 Arrived at Sort Facility SINGAPORE - SINGAPORE SINGAPORE - SINGAPORE 07:13
6 Departed Facility in HONG KONG - HONG KONG HONG KONG - HONG KONG 03:22
5 Processed at HONG KONG - HONG KONG HONG KONG - HONG KONG 02:56
4 Arrived at Sort Facility HONG KONG - HONG KONG HONG KONG - HONG KONG 00:06

Monday, October 11, 2010 Location Time
3 Departed Facility in HONG KONG - HONG KONG HONG KONG - HONG KONG 23:12
2 Processed at HONG KONG - HONG KONG HONG KONG - HONG KONG 23:11
1 Shipment picked up HONG KONG - HONG KONG 16:14


Gua dalam mood menunggu.. Seronoknya.. Huhuhu..

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 10, 2010

Pesta Konvo UTHM ke-10

Gua tak pernah letih ini macam kalau ada pesta konvo.. Celaka...

Selama aku hidup, pesta konvo ni ibarat "anjing dengan bayang-bayang" je pada mata aku. Memang gua tengok-nak tak nak.. Selalu gua datang ganggu kawan-kawan berniaga. Gua takde nak sibuk join itu ini.

Tapi kali ni badan gua riuk. (gua ingat nak mintak badan baru kat tuhan, badan yang fresh lagi)

Dua hari gua tido lepas asar. Teruk. Boleh cacat otak.

Ni gua ingat nak cari makan one shot, pastu terbang..


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 27, 2010

Al Pacino adalah pensyarah di UTHM?


"Let the mathematician do it, you're not a mathematician. All you need is just the table"

-Lecturer Statistik Gua-

Gua kagum dengan lecturer gua yang sekali sekala gua lihat macam Al Pacino. Beliau mengajar Statistik. Beliau mengutarakan ayat di atas ketika mengajar tajuk 't distribution' dan 'F distribution'. Gua suka kata-kata beliau yang gua nampak erti 'ambil mudah'. Gua suka 'ambil mudah' dalam sesetengah perkara supaya tidak serabut. hahaha.

AL PACINO.. Gua kadang-kadang jadi lecturer jugak

p/s: gua masih dalam mood kagum hingga hari ini.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 26, 2010

Agger: Gua lupa dah masuk 2nd half la Wak Roy, sori...

PENGURUS BOLA PANTAI dan WAK ROY.. Kat mana nak cari tempat murah hitamkan rambut?


Oleh SEPUPU LUCAS LEIVA

LIVERPOOL yang berbakat memimpin awal tapi masih harus bergantung pada skipper Steven Gerrard untuk menyimpan blushes mereka demi satu petang mengecewakan di Anfield.

Hari ni aku saja lalu jalan lama, iaitu melalui Harrington St. untuk ke Anfield. Saja lalu situ sambil beraya rumah Mak Cik Susan, Mak Cik Scarlett, serta beberapa mak cik serta pakcik yang baik-baik dengan aku sewaktu tinggal di sana. Lagipun Pak Cik Robert ada buat kerja kahwin, memang la aku kena pergi.

Aku saja gerak pagi, malas nak tengok orang putih bersanding.

*      *      *

Dalam pukul 2.55 petang waktu Anfield, aku pun sampai Anfield. Dengan melalui jalan yang penuh kabus, aku pun tak paham kenapa. Sepertia biasa bersama 'Ijat Bonggo 2'. Seperti biasa juga aku dapat seat sebaris Kenny Dalglish. Biasa je aku rasa lepak dengan dia.

Tak lama game bermula, aku rasa lain macam hari ni.

Dalam 3 minit baru start, aku nampak Torres. Skor!!...

Skali offside daaa.

Tengah tergelak-gelak berbual dengan 'Ijat Bonggo 2', aku rasa perubahan dia atas padang. Tiba-tiba, team yang pakai baju merah seluar merah menjadi baju merah seluar putih. 

"Bila masa diorang tukar baju?", aku bermonolog.

"King, ape kes ni? apesal Arsenal pulak main kat sini?", aku mengajukan soalan kepada Kenny Dalglish.

"Gua rasa ni ada kena mengena dengan konspirasi Yahudi menawan dunia", Kenny Dalglish menjawab sambil mengerlingkan matanya ke arah dada seorang penonton wanita di hadapannya.
"Siot", tak habis-habis yahudi, bentak aku.

Tak semena-mena lepas aku bentak, datang seorang Kopties berbangsa cina. Duduk sebelah aku. Dia pakai jersi baru yang original rasanya.

Tanpa banyak cakap, beliau terus menyalakan sebantang rokok Winston Light.

"Sini memang tak tunjuk game Liverpool ke?", tiba-tiba beliau bertanya kepada aku yang sedang kusut dengan masalah siaran di Anfield ini.

"Gua rasa ni ada kena mengena dengan konspirasi Yahudi menawan dunia", aku terus mengulangi alasan yang diberikan Kenny Dalglish.

"Oh, ok", kami terus melayan tontonan terhadap pemain-pemain Arsenal yang buat kami resah.

"Jom ar cari tempat lain, kat Anfield pun bukan boleh tengok game Liverpool, ape cerita?!", lagi sekali tiba-tiba. 'Ijat Bonggo 2' mengajak aku.

"Jom cari tempat lain", aku bercakap dengan cina tersebut sambil buat isyarat tangan.

"Kat mana mau tengok?", cina itu tanya pada aku.

"Ntah la, sana kot, tak pon sana", aku memberitahu sambil menghayun-hayun tangan menunjuk arah.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 24, 2010

Puisi: Sephia

Jika kau mau,
bisa aja,
Aku bawakan kembali kisah lama,

Di sini sungguh pikuk,
Aku mahu kembali sephia,
Biar yang itu-itu berkumandang semula.

Sambil aku kembali bersandar statik di bawah ru itu.



Pert Doherty
11.47 pagi
25 September 2010
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 22, 2010

Lucas Leiva: Semua sebab aku tiada itu hari

LUCAS LEIVA.. Wak Roy tak percaya pada aku lagi ke?
Oleh SEPUPU LUCAS LEIVA
(Maaf ini cerita lama, gua lambat update, susah nak dapat jumpa sama Lucas ni)

Reina
Johnson - Carragher - Skrtel - Konchesky
Meireles - Poulsen
Maxi - Gerrard - Cole
Torres
"Akibat Wak Roy tak letak gua 1st eleven", kata Lucas ketika ditemuramah.

"Hahaha", gua gelak kecil ketika berbual dengannya.

"Lu hebat sangat ke Cas?", gua tanya sinis sambil tenung siku beliau.

"Paling tidak gua lebih hebat dari Torres ketika ini", Lucas jawab angkuh.

Gua terkedu.

Perbualan terhenti di situ.

*      *      *

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 18, 2010

Provokasi Perlawanan: Manshitter United v Liverpool FC (part 2)

Semalam ada seorang fan Manshitter kata dia nak catwalk bogel kalau team dia kalah. (Sila lihat Provokasi Perlawanan: Manshitter United v Liverpool)

Tapi ada sedikit preview.

Budak-budak Manshitter memang suka buat benda-benda macam ni

_
_
_
_




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...