"Murah-murah, lihat dulu abang", beberapa orang kuraisy menegur gua.
Gua tak ambil peduli, gua terus hirup kopi pelan-pelan layan malam di negara padang pasir itu.
Sambil gua terus mundar mandir di laluan pejalan kaki.
Tiba-tiba, satu pemuda kuraisy melompat ke tengah laluan berdiri menghalang perjalanan gua. Betul-betul depan gua. Nyaris kopi panas itu tertumpah. Jikalau tertumpah maka gua akan lempang pemuda itu. Sudahlah gua jarang-jarang dapat peluang layan kopi sambil menghirup udara malam di negara orang. Gua perhati atas bawah pemuda itu.
Pemuda itu menghulurkan dua kotak minyak wangi hajar aswad kepada gua sambil berkata, "Lima belas, lima belas riyal halal". "Pandai juga pemuda ini bertutur bahasa melayu", detik hati gua.
"tiada duit", gua jawab.
Namun jawapan gua itu mungkin tidak difahami, pemuda itu terus menerus menyatakan bahawa dua kotak minyak hajar aswad berharga lima belas riyal. Malah siap menunjukkan gua tasbih.
Bila menunjukkan tasbih, gua menunjukkan sikap pura-pura berkenan mengambil tasbih dari tangannya.
"Original koka", pemuda itu menyatakan.
"ok-ok", gua jawab sambil lewa sambil hirup kopi.
Gua pulangkan semula tasbih yang didakwa diperbuat dari kayu koka itu dan ingin berlalu pergi dari situ dengan cepat.
Namun beliau masih tidak berpuashati menangkap lengan gua dengan kuat. Berikutan perilaku pemuda kuraisy yang tiada adab itu, air kopi gua tertumpah mengenai tangan gua. Panas bukan main. Gua tahankan. Sedang gua menahan sakit, seorang lagi pemuda kuraisy dari belakang gua mengambil songkok gua. Gua pakai songkok indonesia yang lipat tu. Beliau kemudiannya membawa lari songkok gua ke kedai sebelah. Dalam tangan gua kesakitan menahan panas, gua cepat-cepat mengejar pemuda kuraisy yang kedua, dia agak gempal sedikit.
Gua masuk ke kedai yang sebeleh itu dan terus menyiram muka pemuda itu dengan baki kopi yang masih ada dalam cawan.
Pemuda itu melolong-lolong sambil separa-separa mahu pegang mukanya yang sedang melepuh. Bagaikan disiram cuka getah jadinya muka pemuda itu. Sedang dia menjerit-jerit gua memberikan tumbukan dekat bahunya. Ini berikutan gua lihat tubuhnya gempal maka gua ambil tindakan memukul bahagian bersendi daripada memukul perut. Jadi gua pukul dua kali di setiap bahunya membuatkan dia terduduk di atas satu kerusi lipat. Selepas sahaja dia terduduk gua mengambil satu tongkat yang gua percaya tongkat itu diperbuat dari kayu koka dan gua memukul bahagian ari-arinya.
Gua lekas mengambil songkok lipat gua.
"abang, semua empat puluh riyal", pemuda itu bersuara lagi sambil menunjukkan satu tasbih koka dan tiga kotak minyak hajar aswad.
Gua sepak muka pemuda itu.
Rakan pemuda itu lintang pukang lari ke arah utara.
p/s: bende tak meniaga macam nak kena tinju.
May 25, 2013
Apr 17, 2013
Rasuah dan entah
Pada suatu hari di zaman akan datang yang serba maju dan canggih. Saya sedang bermain pakau bersama budak-budak saya. Ketika itu saya mengepalai suatu syarikat percetakan yang tersohor.
Tiba-tiba datang seorang pemuda. Umur lingkungan 30-an. Saya ambil peduli seketika. Saya sanggup berhenti bemain pakau walaupun ketika itu saya sedang ke arah kejayaan.
"Assalamualaikum", sapa pemuda itu.
"Wa.. aaa.. laikum.. salam...", saya menjawab salam sambil mulut mengemam rokok yang masih berasap. Pedih juga asap masuk ke mata.
Saya perhati atas bawah pemuda itu. Berkemeja dan berseluar slack hitam. Saya geleng kepala. Apa punya pesen la budak ni.
"Ya encik boleh saya bantu", saya dengan penuh budiman meletakkan daun pakau atas meja dan meninggalkan meja bermain pakau. Budak-budak saya terhenti permainan.
"Emmm.. saya ingat nak cetak buku la, boleh bagi sebut harga?", tanya pemuda itu semula.
"Em, buku macam mana ya?", saya tanya semula.
"emm.. macam ni", pemuda itu menunjukkan satu contoh buku dan menghulurkan kepada saya.
Saya perhatikan kulit luarnya guna kertas kad dengan kemasan tanpa kilat, isinya macam buku novel luar negara, kertas buku mesra alam.
"Boleh, nak berapa ribu ketul?", saya menanya sambil menghembus asap rokok ke merata-rata. Agak teruk juga sikap saya.
"Saya nak oder 1000 je, tapi saya nak besok", pemuda itu terangkan.
Lantas saya menyepak belikat pemuda itu.
Tersungkur dibuatnya pemuda itu.
"Kau ni ada akal ke tidak?!!!!", saya seraya menengking selepas melakukan sepakan.
"Saya bayar, saya bayar lebih", kata pemuda itu walaupun sudah tersungkur.
Saya sambung memijak muka pemuda itu, sambil tangan saya masih memegang buku contoh tadi. Saya memijak-memijak memijak memijak hinggalah wajah pemuda itu peroi.
"Saya tidak ambil rasuah", saya menegaskan sambil melempar buku contoh apa benda entah ke muka pemuda itu.
Kemudian saya kembali ke meja pakau, merampas satu botol minuman beralkohol milik budak saya yang bukan Islam. Saya bawa botol itu ke tempat pemuda yang wajahnya peroi itu kemudian menuang ke serata pelusuk tubuh pemuda itu.
Saya kemudiannya menyalakan sebatang mancis dan membakar pemuda yang hendak merasuah saya itu.
Habis terbakar seluruh badannya.
"Ini aku tak suka ambil pesanan dari golongan macam ni, sikit-sikit nak cepat, sikit-sikit nak cepat, pastu nak rasuah aku"
p/s: Rasuah ni dah jadi barah, sampaikan budak-budak remaja pun dah mula terikut-ikut sikap orang tua yang rajin merasuah. Ye gua tahu lu ada duit boleh bayar, tapi adakah kau boleh membeli Kaabah jika Nabi Ibrahim tak pernah membinanya sejak dari awalnya? Itulah konsepnya, masa, tragedi, sentimental, rock n roll, pertumpahan darah, idea, kebijaksanaan, kuih muih, setitik peluh petani, dan babi. Kalau kau ada duit apa kau boleh beli kuasa tuhan? Itu lah ramai tak faham, semua orang nak segera. Satu je kalau kau nak semua dekat dunia ni segera, amalkanlah sikap yang baik-baik. Amalkan sikap penyabar. Dan satu lagi, penyabar sahaja tidak guna kalau tidak berakal. Contohnya kau oder nak cetak buku yang kau nak guna pada 25 Mei, dan kau oder pada 24 Mei dan kau cakap, "Takpe saya boleh tunggu sini sampai siap besok". Ketika itu, gua akan senyum dan bakar ahli keluarga engkau. Kau tahu tak, itulah contoh kes penyabar yang bengap.

Bahagian
cerita bohong,
kerja,
macam bangang cerita
| Rating: |
Apr 16, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)