Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Feb 12, 2012

Duit tepi



Sebenarnya ini bukan target utama gua tulis blog. Tapi benda dah dapat. Makan tahun jugek la nak dapat ni.

Terima kasih kepada kawan-kawan (rapat dan tak rapat). Gua tak boleh nak tulis semua. Sebab kang nanti ada yang jeles. Keh keh keh.

Terima kasih kepada semua pembaca, penyinggah, penyuka, pengikut.



p/s: Ucapan lu macam dapat duit lima belas juta.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 23, 2011

Balik-balik duit

"Nak duit lu kena kerja", masih terngiang-ngiang kata-kata Baharudin Thani.

Gua terkebil-kebil sendiri.

Macam sial.


p/s: apa kelancau..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 21, 2010

Banyak Duit penentu "masa depan"?

Betol ke Duit penentu "masa depan"?

Adakah jika anda ada banyak duit pada hari isnin, maka hari selasa juga anda akan bayak duit??

THE BEATLES kata "Can't buy me Love"

Jika anda fikir pada logik, tentulah ada sekatan pada 3 tambah 2 menjadi 5. Dan jika anda fikir logik, tentulah hari selasa juga ada banyak duit.

Tapi cuba berfikir bukan dengan logik. Hari isnin anda banyak duit, tiba-tiba hari selasa anda dah tiada duit.

banyak kemungkinan yang wujud untuk menjadikan hari selasa itu hari ketiadaan duit. 
contohnya:

  1. isnin malam selasa pergi bayar hutang
  2. malam yang sama kena rompak.
  3. malam itu jugak rumah terbakar sebab hisap rokok sambil tido.
  4. petang isnin tu kena saman sebab menyalahguna permit perniagaan
  5. dan bayak lagi
  6. tak lupa juga pada hari selasa tu, nilai matawang jatuh sehingga duit yang disimpan pada hari isnin itu tiada nilai.

Jadi, apa masalahnya kalau anda tiada duit pada hari isnin. Moga-moga hari selasa itu ada duitnya. Jadi duit bukan penentu masa depan yang diidam-idam oleh orang-orang yang durjana materialistik. Aku bukan hidup bergantung pada nasib, tapi sememangnya kehidupan itu adalah nasib. 

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 22, 2010

Selesa sangatkah hidup kau sekarang?


"Rumah saya seluas padang bola", Gordon berkata. 

"Seronok ke rumah besar macam tu?", aku bertanya.

"Seronok la.. tapi itu pun kalau aku boleh berada di semua tempat pada masa yang sama", jawab Gordon.

Manusia mahukan rumah. Rumah yang besar diminta dalam doa. Tuhan bagi apa yang diminta, akhirnya... manusia tetap tak rasa puas. Nafsu manusia takkan ada penghujung selagi tuan punya badan melayan kerenah nafsu. Apa yang manusia mahu? Keperluan atau kehendak? 

Berbalik pada tajuk, "Selesa sangatkah hidup kau sekarang?". Apa yang manusia anggap kehidupan yang selesa tu? DUIT? MAKANAN? FESYEN? atau KERETA?

Aku bukan anti-duit. bukan jugak anti-moden. bukan juga anti-fesyen. Tapi Gordon suka rumah dia seluas padang bola. Untuk apa tu?

Aku suka timbulkan persoalan. Kerana ramai orang tak suka baca artikel panjang. Masyarakat sekarang (termasuk aku) gemarkan kehidupan material. 

"Aku teringin nak BELI .........................(sila isi tempat kosong dengan benda yang kau inginkan)", kata pembaca (termasuk penulis) blog Otak dan Jantung.

Kenapa nak beli? Benda yang kau beli tu bermanafaat ke? Atau hanya fesyen? Atau KEHENDAK DUNIA MASA KINI? 

Adakah hidup jadi selesa bila ada DUIT banyak macam lautan? Atau ada kereta Ferrari lebih 1000 buah? Atau ada tangki minyak petrol yang takkan kering? Atau ada seluar jeans ..................(isi tempat kosong dengan jenama jeans kegemaran anda)? Atau rumah yang kau yakin takkan runtuh?

Aku cuma senyum pada waktu sekarang. Kerana aku belum menjadi orang yang sangat dewasa untuk itu-itu semua. Kerana aku belum punya tanggungjawab demikian. Tapi aku tau ramai akan kecam aku pasal artikel ni. Kerana MATERIAL itu PENTING. Kata-kata pujangga dari seorang yang kehidupan hariannya mencari kemewahan. 
Ada juga yang cakap kat aku, "Macam mana kau nak hidup kalau takde duit?".

Aku cuma boleh gelak kecil. Kerana aku tau duit tu kertas. Dan aku makan sayur. Nasi.
Orang tu membalas, "Habis kau nak tanam padi kat rumah kau?"

Kalau perlu, aku tanam. Tapi kau ni tak belajar ke? Tak semestinya kena makan nasi. Apa salah makan ubi. Bebal.

Nak hidup selesa mesti ada DUIT ke? Mesti ada rumah macam Gordon ke?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 12, 2010

Celaka, Penting Sangat ke DUIT?

Gua tanya soalan, gua jawab sendiri. Sial.
PERHATIAN: Jangan Kau baca kalau kau mahu ambil yang negatif dalam karangan ini.

Sial..

DUIT itu penting. Kerana kita dah tak mengamalkan konsep perjuangan asal manusia di muka bumi. Asalnya manusia memerlukan

  • Makanan
  • Tempat tinggal
  • Pakaian
Tapi semua berubah selepas manusia semakin ber'tamadun'. Daripada tiada baju kepada ada baju dan kepada tiada baju semula. Bila dah terlalu bertamadun sehingga mencipta berbagai-bagai benda. Daripada yang berguna sampai yang tidak berguna. Apa perjuangan hidup manusia zaman sekarang?

  • Kemegahan
  • Kemewahan
  • Kekuasaan

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 6, 2010

Pelajaran atau Duit? Mana lagi penting?

Gua banyak duit. Sape nak?

Gaji besar macam Bill Gates. Sume orang nak kan? KAN? Bangsat.. sume nak duit kan? KAN? Hidup sekarang ni semua perlu pakai duit la sial.. Nak berak pon kena bayar. Kalau berak merata lagi banyak kena bayar. Kenapa orang pandang duit tu tinggi betol. Ada orang penah cakap "sape nak pandang duit ko kalau ko xde ilmu".. oi babi.. ko tengok la sendirik... Secara jujur.. sape nk pandang ilmu kalau dah ada duit yang tak akan habis. Woi.. kalo ko nak bayar hutang bank pon kne pakai duit.. bukan pakai sijil.. ade ke diorang pandang sijil ko. 

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...