Apr 2, 2010

Mimpi Seram

Hari ni aku lapar gila. Cuma makan roti kari. Itu pun hasil sedekah Si Cicok. Ok gak. Boleh aku survive sampai malam.

Lepas maghrib, aku start moto. Gerak pegi mamak Al-Azhar 25 jam traffic light (bukan main panjang lagi nama aku letak.. hahaha). Aku sorang-sorang. Tapi yang penting tokey tu dah tau aku nak makan apa. Mi goreng dan teh ais.

Habis makan layan Surya sebatang. "brrrrrrr..... brrrrrrr", handphone aku vibrate.

Ada sms dari 'Wiwit Wan'. "Pert, ko ktne?", 'Wiwit Wan' bertanya dalam sms.

"Aku kt mapley trafik ligt. cni ar", aku balas sms tu.

"Ok2..jap lg smpi!zass-", 'Wiwit Wan' bagi respon macam tu. Tapi aku dah tau kalau dia kata kejap lagi sampai. Mesti aku sempat habiskan 2 batang Surya dalam keadaan rileks tengok televisyen siaran drama cinta indonesia. Aku pun sambung hisap rokok tadi. Sambil layan Teh ais.

Sepasang kekasih aku lihat duduk berdekatan dengan mejaku. Mereka duduk di kawasan terbuka. Luar dari premis. Tadi sebelum duduk aku perasan diorang naik RXZ kaler kuning. Helmet KHI. Laki dia muka ganas. Tetapi time dia nak amik polistrin kat dalam kedai dia lalu depan aku. Dia pandang aku macam aku pernah rogol mak dia. Aku jeling dia balik sambil baling garfu kat atas meja ni. Tepat kena mata. Bulleyes! Ketakutan beliau lari. pergi mencari bahu perempuannya.

Setelah siap adegan itu, si 'Wiwit Wan' pun sampai. Dari kejauhan aku dah nampak perkataan 'RANCID' di baju 'Wiwit Wan'. Si tengik.

Dia sampai sambil bawak beg dia yang dah hilang pada waktu dahulu. Katanya jumpa balik siap bertambah barang dalam tu. Dunhill 20. Waaa.. aku kagum. Pada aku, itu rokok orang banyak duit. Setakat macam aku ni hisap rokok gulung je.

"Aney, mi goreng dengan teh o ais", sembang 'Wiwit Wan' kepada salah seorang tukang ambil pesanan di kedai mamak tu.

Si mamak tu pun pergi.

*      *      *

Setelah habis makan, aku tengok TV3 tayangkan cerita 'Scary Movie 4'. Haha. Lawak.

"Wit ko penah mimpi orang mati tak?", tiba-tiba aku tanya.


"Semalam aku baru mimpi seram", 'Wiwit Wan' jawab tak ikut soalan. Tahi betol. Ingat nak layan aku punya cerita. 

"Ko mimpi ape?", aku tanya nak tak nak.

"Aku mimpi macam kena sihir." 'Wiwit Wan' memulakan bicara dengan wajah penuh serius. Tapi buat aku nak gelak.

"Lepas tu?", aku semakin ingin tahu tahap keseraman mimpi tersebut.

"Dalam mimpi tu aku tidur, dalam tidur tu aku kena kancing gigi...", dia menyambung ceritanya.

"Lepas tu?", aku memotong ceritanya. Saje je buat macam tu. Haha.

"Pastu dalam mimpi tu aku bangun, aku jalan-jalan. Rasa ada 'benda' bergerak-gerak dalam badan", sambi membuat demo di hadapanku. 'Wiwit Wan' menunjukkan 'benda' tu bergerak-gerak dia kawasan dadanya.

"......, Haha..", aku ketawa kecil.

"Aku tidor, aku mimpi, aku kancing gigi, aku bangun, aku jalan-jalan, pastu ada benda bergerak-gerak dalam badan. Seram la sangat.. Hahaha.." aku mengulang semula apa yang diceritakan 'Wiwit Wan'. Aku ketawa besar.

"Bosan ar Wit..." aku menyambung.

"Aku tidor, aku mimpi, aku kancing gigi, aku bangun, aku jalan-jalan, pastu ada benda bergerak-gerak dalam badan. Seram la sangat.. Hahaha.." aku mengulang semula apa yang diceritakan 'Wiwit Wan'. Aku ketawa besar.

"Bosan ar Wit..." aku menyambung.
 
"Aku tidor, aku mimpi, aku kancing gigi, aku bangun, aku jalan-jalan, pastu ada benda bergerak-gerak dalam badan. Seram la sangat.. Hahaha.." aku mengulang semula apa yang diceritakan 'Wiwit Wan'. Aku ketawa besar.

"Bosan ar Wit..." aku menyambung.


Seram la sangat. boooossssaaaaaaannnnnn... Lagi seram 'Scary Movie 4' ni.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

18 comments:

Tupai Karan said...

seram pe.. sampai member yang mendengarkan stori bleh ulang sampai 3x.. hahah

ieQa sWetLuv said...

erkk.. nape dia ulang2 je ckp tu x pahamla

Pert Doherty said...

Tupai karan.. seram gilos dowh.. haha..

Pert Doherty said...

ieQa sWetLuv, pasal seram sangat mimpi tu.. member si 'Wiwit Wan' tu asyik nak ulang dang gelak.. hahaha

pistol dan bunga said...

seram lagi kalau duduk dengan ko tanpa apa2 cerita..hahahhaha

Anonymous said...

bosan la cite ko (bentak hati kecilku)

Pert Doherty said...

To Anonymous, Bukan gua yg bosan.. wiwit yg bosan.. hahaha

Pert Doherty said...

To Pisto dan Bunga.. pegi mati.. haha sial..

pistol dan bunga said...

hahaha..
kang kalau aku mati, sape lagi yang nk kutuk ko? haha

Apong said...

sukati demo lah pert

Pert Doherty said...

Haha.. bantai je la..

wewet said...

pert pula ade mengeluarkan ayat yang mmbuatkan aku mmbalas nganjingannye...kate pert kpd aku,"wit,order air...pastu berak"....hahahah....aku x paham motif pert bkate dmikian..."order air,pastu berak"..."order air,pastu berak"..."order air,pastu berak"..."order air,pastu berak"..."order air,pastu berak"..."order air,pastu berak"..."order air,pastu berak"..."order air,pastu berak"..."order air,pastu berak"..."order air,pastu berak"........haahahahahahahahahahahaahahhahaha

Pert Doherty said...

haha.. tongong..

bini mengamuk! haha said...

ha..kantoi.. kata isap rokok gulung je..nape ade dunhill lak ni..
hep!!

Pert Doherty said...

Dunhill tu bukan dia punya.. jadi dia bagi kt aku.. dan sekembalinya kami dari sana.. disedekahkan pula ke penduduk rumah.. huhuhu

shano said...

aku bru bace abes.. rupe2nye topik ni utk bahan cite laki aku ei??
amboi3~ kesian wiwit cite dgn sepenuh hati.. ko gelak memanjang.. bongok!

Pert Doherty said...

haha... xley blah.. kalo ko ade pon mst ko gelak.. huhahaha

Afiee ~ said...

hahaha...
seram sangt tu pert !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...