Akhir-akhir ni gua asyik ke hulu ke hilir dengan 'Jack the Black' jalan-jalan. Jack pakai contact lens jernih. Dia ada sedikit rabun. Kadang-kadang Jack rabun malam. Kadang-kadang tak. Gua pun musykil sama ada Jack benar-benar rabun atau hanya minta perhatian dari orang sekeliling. Hari tu gua bawa Jack pergi bercuti bersama kawan-kawan gua. Semua kawan-kawan gua suka nak berkenalan dengan Jack. Tapi lupa gua nak beritahu, Jack adalah si bisu. Jadi Jack hanya mengelip-ngelipkan matanya sahaja sebagai tanda persahabatan. Gua juga kena tolong pimpin Jack ketika dia hendak ke mana-mana. Jack memang begitu gemar menyusahkan orang. Tapi Jack pernah sekali berjaya buat gua tersenyum. Mungkin dia akan terus buat aku tersenyum lagi selepas ini.
Jack Gua |
Gua saje masukkan slot lomograPERT ni dalam Otak dan Jantung. Alang-alang ada blog. Bukan pandai mana pun gua bab-bab tangkap gambar, cuma gua nak bereksperimen je. Lu-lu orang yang pandai tangkap gambar tu jika ada terlawat ke entri ini, sila la 'sound-sound' sikit tunjuk pandai. Haha. Gua memang percaya je apa lu orang beritahu mengenai peraturan-peraturan fotografi yang lu semua tahu. Dan gua jenis abaikan perkara-perkara yang memeningkan kepala seperti demikian.
Fuck the rules.“Look, I'm not an intellectual - I just take pictures.”-Helmut Newton (German Photographer, 1920-2004)
PERHATIAN!!: Gua di sini bukan nak memberi tutorial Lomografi atau apa-apa berkaitan. Gua hanya nak menulis pasal hal yang gua buat berkaitan Lomografi.
Gua rasa gua takde apa-apa hasil pada kali ini. Sebab filem masih belum dicuci. Ada lagi 3 roll tersadai. Gua nak cuci time balik kampung nanti.
maaf ini hanyalah Faux Lomo Tunggu siap cuci 3 roll ni. |
5 comments:
lpas kosong....satu...
#satu
hahahaha. style. jack ada filter flash tak? kalu ada lagi hensem
senang je nak men camera nih...cuma petik butang tu..dah dapat gambar
kau pernah ambik gambar :jack black"? dia comel..pasti bergaya dengan kamera jack kau...hehehe
Post a Comment