Sep 26, 2010

Agger: Gua lupa dah masuk 2nd half la Wak Roy, sori...

PENGURUS BOLA PANTAI dan WAK ROY.. Kat mana nak cari tempat murah hitamkan rambut?


Oleh SEPUPU LUCAS LEIVA

LIVERPOOL yang berbakat memimpin awal tapi masih harus bergantung pada skipper Steven Gerrard untuk menyimpan blushes mereka demi satu petang mengecewakan di Anfield.

Hari ni aku saja lalu jalan lama, iaitu melalui Harrington St. untuk ke Anfield. Saja lalu situ sambil beraya rumah Mak Cik Susan, Mak Cik Scarlett, serta beberapa mak cik serta pakcik yang baik-baik dengan aku sewaktu tinggal di sana. Lagipun Pak Cik Robert ada buat kerja kahwin, memang la aku kena pergi.

Aku saja gerak pagi, malas nak tengok orang putih bersanding.

*      *      *

Dalam pukul 2.55 petang waktu Anfield, aku pun sampai Anfield. Dengan melalui jalan yang penuh kabus, aku pun tak paham kenapa. Sepertia biasa bersama 'Ijat Bonggo 2'. Seperti biasa juga aku dapat seat sebaris Kenny Dalglish. Biasa je aku rasa lepak dengan dia.

Tak lama game bermula, aku rasa lain macam hari ni.

Dalam 3 minit baru start, aku nampak Torres. Skor!!...

Skali offside daaa.

Tengah tergelak-gelak berbual dengan 'Ijat Bonggo 2', aku rasa perubahan dia atas padang. Tiba-tiba, team yang pakai baju merah seluar merah menjadi baju merah seluar putih. 

"Bila masa diorang tukar baju?", aku bermonolog.

"King, ape kes ni? apesal Arsenal pulak main kat sini?", aku mengajukan soalan kepada Kenny Dalglish.

"Gua rasa ni ada kena mengena dengan konspirasi Yahudi menawan dunia", Kenny Dalglish menjawab sambil mengerlingkan matanya ke arah dada seorang penonton wanita di hadapannya.
"Siot", tak habis-habis yahudi, bentak aku.

Tak semena-mena lepas aku bentak, datang seorang Kopties berbangsa cina. Duduk sebelah aku. Dia pakai jersi baru yang original rasanya.

Tanpa banyak cakap, beliau terus menyalakan sebantang rokok Winston Light.

"Sini memang tak tunjuk game Liverpool ke?", tiba-tiba beliau bertanya kepada aku yang sedang kusut dengan masalah siaran di Anfield ini.

"Gua rasa ni ada kena mengena dengan konspirasi Yahudi menawan dunia", aku terus mengulangi alasan yang diberikan Kenny Dalglish.

"Oh, ok", kami terus melayan tontonan terhadap pemain-pemain Arsenal yang buat kami resah.

"Jom ar cari tempat lain, kat Anfield pun bukan boleh tengok game Liverpool, ape cerita?!", lagi sekali tiba-tiba. 'Ijat Bonggo 2' mengajak aku.

"Jom cari tempat lain", aku bercakap dengan cina tersebut sambil buat isyarat tangan.

"Kat mana mau tengok?", cina itu tanya pada aku.

"Ntah la, sana kot, tak pon sana", aku memberitahu sambil menghayun-hayun tangan menunjuk arah.


*      *      *
Aku memang geram kat Agger kali ni. 2 kali kau ingat gawang itu Liverpool punya.


*      *      *
Terima kasih kepada kawan baru yang aku tak tahu ape nama kau. (Cina itu). Aku rasa kau best.

Cina tu pakai jersi macam ni
GORDON 22


Sebelum balik, sempat juga aku singgah semula ke Anfield. Arsenal kena dengan West Brom 3-2. Hahaha.. Padan muka curik padang kitorang. Pastu aku sempat tengok orang buat demonstrasi.

Mereka buat demo marahkan Gillet dan Hicks ni rasanya. Abaikan je la. Malas layan. Aku nak tido

p/s: gua teringin juga ada jersi original macam Gordon.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...