Showing posts with label sedar la sikit. Show all posts
Showing posts with label sedar la sikit. Show all posts

Nov 22, 2011

Handalan

Adam
Noah
Enoch
Eber
Saleh
Abraham
Lot
Ishmael
Issac
Jacob
Joseph
Job
Jethro
Moses
Aaron
David
Solomon
Elijah
Elisha
Jonah
Ezekiel
Zechariah
John the Baptist
Jesus
Muhammad

p/s: patut la ritu ada satu kawan saun aku pasal suke sangat.




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 4, 2011

MacGyver

Perhatian: Perbualan sudah dialih bahasa.

1980, Michigan.

Bahar merupakan satu-satunya pelajar Malaysia yang belajar di sana pada ketika itu.

Bahar dah masuk tahun akhir belajar di sana.

"Hernando, agak-agak dah habis belajar nanti kau nak buat apa?", Stevo bertanya kepada Bahar. Bahar dipanggil Hernando di Michigan oleh sebab rupanya yang seakan-akan orang Mexico.

Stevo pula merupakan sahabat setia Bahar di sana. Sering mengingatkan Bahar tentang keluarga di Malaysia. Dan Stevo merupakan seorang Yahudi. Tapi dalam persahabatan ini, Bahar tidak dapat lihat kisah-kisah kejahatan Yahudi yang sering diperbesar-besarkan oleh orang-orang Islam di Malaysia. Stevo tidak minum arak, tidak makan babi, tidak berjudi, tidak berzina. Yang membezakan Stevo dengan Bahar hanyalah Stevo tidak ada menunaikan solat 5 waktu. Namun Stevo ada juga bertafakur.

"Emm, entahlah, aku mungkin nak jadi guru sekembalinya aku ke tanah air", Bahar menerangkan. Hanya itulah pekerjaan yang boleh untuknya sementara mencari-cari kerja kontrak yang membayar gaji lumayan.

"Wahhhh!!, hebat betul!", Stevo bersorak. Sangat teruja.

"Kau pula Stevo? Habis belajar nanti kau nak kerja jadi apa?", Bahar pula bertanya.

"Aku bila habis belajar, aku nak balik kampung jaga ladang bapak aku!!", jawab Stevo penuh semangat. Penuh kebanggaan.

"Aik? kau belajar penat-penat 5 tahun sebab nak kerja dekat ladang je?", Bahar mula sangsi. Dia sudah menganggap Stevo manusia tidak normal.

"Laa? kami di sini memang biasa macam tu la Hernando.. Jangan kau berasa pelik.. Kami di sini belajar di universiti untuk ambil ilmu dan aplikasi.. ", Stevo menenangkan Bahar. Sambil memberikan senyuman.

Bahar masih tergaru-garu.

Sangat berbeza pemikiran orang-orang di Amerika.

"Kau jangan risau, kerja sebagai guru pun bagus, everyone has a role to play", senang Stevo menjawab.

Bahar cuma diam. Berfikir tentang bangsanya di tanah airnya yang masih berminat kepada hal kerja makan gaji. Kepada hal duduk di ofis. Banyak lagi bangsanya perlu lihat.

Stevo hanya senyum. Antara sinis atau persahabatan. Hanya Stevo yang tahu.


p/s: baru sekarang aku tahu apasal banyak filem-filem orang putih ni kalau kita tengok hero dia macam sangat serba boleh.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 13, 2011

Kau tahu tak?

DUSSSHHHHH!!!!

Imam Johari tersenyum.

Khalid terduduk. Sambil memegang mukanya.

"Marah aku pasaipa?!", Khalid mengentan.

"Kau tau tak kau akan berjumpa aku ni hari?", Imam Johari bertanya dengan tenang sambil menghulur tangan membantu Khalid bangun semula.

Khalid menggeleng kepala.

"Kau tahu kau akan kene pukul dengan aku?", Imam Johari bertanya lagi. Berseri-seri mukanya. Macam baru menang loteri.

Khalid geleng lagi.

"Itu lah yang orang panggil qada' dan qadar.", tenang sungguh jawapan Imam Johari. Imam Johari terus ghaib lepas habis perkataan 'qadar'.

Khalid terkulat-kulat. Keseorangan di padang pasir.


p/s: gua semalam terbang jumpa satu makwe. Comel betul. macam seorang pengawal keselamatan di satu institut pengajian.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 18, 2011

Elliot, Impian dan Kenyataan

PERHATIAN: Penulisan kali ini agak membosankan kerana diadaptasi dari kisah benar (sesungguhnya kisah benar itu amat membosankan), jika anda tak mahu muntah darah, sila blah.
"Lu percaya tak segala impian lu boleh tercapai?", gua tanya Elliot.

"Half half. Gua tak nak menaruh harapan", jawab Elliot.

"Tapi lu caya pada tuhan kan?", gua tanya lagi dalam gaya yang lebih teratur. Gua memang dah siap-siap tarik nafas sebelum menyoal. Jika tidak badan gua boleh menggeletar tak tentu hala bila cerita bab tuhan.

"Mesti ah", jawabnya pantas. Barangkali takut dituduh murtad. atau tidak mengikut ajaran Rukun Negara. Boleh jadi sebab tak mahu masuk ISA.

"Jadi kalau lu half-half, boleh jadi lu half-half pada kuasa tuhan.", kata gua sambil tergelak. Gua ni kadang boleh dikatakan khurafat, hal agama-agama pun gua boleh ketawa. Gua jadi geleng kepala sedikit mengenang sikap gua yang sembrono.

Gua tengok Elliot diam satu macam. Mungkin berfikir sesuatu melibatkan akidah islamiyah.

"Nak tahu sebab apa gua cakap macam tu?", gua menanya. Sambil jari jemari gua menyisir rambut gua. Wangi rambut gua, bau buah tembikai susu.

Kelihatan Elliot masih macam tadi. Adakala menyeluk poket. Tapi hal itu tak berat jadi gua tak menanya kenapa dia seluk poket.

"Pasaipa?", Elliot menanya gua balik. Tangannya masih dalam kocek. Kadang bergerak-gerak sedikit. Gua mula syak yang Elliot buat perkara tak elok. Tapi gua buat tak nampak. Banyak lagi hal lain dari gua sibuk cari salah Elliot. Baik gua cari salah George Soros.

*      *      *

Percayalah.



p/s: gua jawab. tapi gua tak ingat apa benda yang gua jawab. Tadi gua dah scan banyak film. Amboi. huuhu
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 29, 2011

Sasterawan

Gua selak akhbar 'Pencetus Minda Rakyat'.

Ada berita pasal gelaran sasterawan A. Samad Said ditarik. Gua pun ragu-ragu.

Tapi A. Samad Said jawab senang je.



*      *      *

Yang gua tahu, benda ni berkaitan Bersih 2.0. Lu tak tahu Bersih 2.0? Ohhh.. lu orang Mexico. Maaf.


Ada kala gua bantah juga Bersih 2.0, ada kala gua sokong juga. Tengok mana yang boleh pakai la. Tapi gua tak sarankan siapa-siapa yang dah berbini, dah berlaki, dah beranak untuk pergi perhimpunan ini. Lu tahu tak sejarah zaman revolusi Tanah Melayu dulu. Akibat menentang British secara radikal, ramai yang dituduh sebagai komunis. Tidak kira melayu atau cina. Selagi nama mereka ada dalam saspek yang menentang British, semuanya ditangkap, dipenjara. British sebenarnya paling takut bila bijak pandai membuat persatuan, parti dan komplot menjatuhkan mereka. Kebanyakannya penentang yang dianggap radikal itu hanyalah golongan guru-guru, penulis-penulis dan graduan universiti; jenis orang-orang yang pandai baca, pandai menulis. 

British lagi gentar golongan demikian sebenarnya. Mereka lebih takut kuasa mental berbanding kuasa fizikal. Kuasa Mental tiada had, ianya akan terus wujud walaupun pemilik asalnya mati. Terus disalurkan pemikiran-pemikiran kepada anak-anak, pengikut-pengikut malah penjual putu bambu. Jadi untuk mengelakkan Melayu berkuasa secara mutlak, mereka menahan dan membuat perjanjian kepada Parti Haluan Kanan.

Berbalik kepada Bersih 2.0, walaupun agenda Bersih 2.0 ini bercampur aduk tapi perkara ini seakan-akan mengulangi sejarah. Bagaimana A. Samad Said mahu menjebakkan dirinya ke dalam Bersih 2.0 ini? Gua berfikir, dia cuma seorang yang dah hidup sejak dari Zaman British, Zaman Jepun, Zaman Komunis. Jadi dia tahu apa yang berlaku. Dan pada fikirannya Malaysia perlukan revolusi seperti ini. Tetapi Malaysia bukan negara bebas bersuara. Jadi, kemugkinan untuk Bersih 2.0 ni gagal adalah besar.

Pemegang takhta di Malaysia sanggup buat apa saja untuk kekalkan penguasaan dalam tempoh tertentu. Harap maaf kalau gua mereka-reka cerita. Tetapi hakikat naluri manusia memang demikian. Gua bercakap lebih kepada kehidupan manusia. Kalau lu jadi PM, lu still manusia kan? Jadi gua bercakap atas dasar manusia sama manusia. Dan gua dah melalut.

Babi.

Apa benda ni Bersih 2.0. Tapi gua ingat balik waktu Bersih yang 1st dulu, gua ada juga. Polis-polis semua bawa MP5, celaka betul masa gua lalu dekat Pasar Seni. Macam la orang yang ikut perhimpunan Bersih tu kuat-kuat semuanya, yang gua tengok, semua orang-orang tua. Pakcik-pakcik, makcik-makcik.. apa aja lah mereka boleh buat. Gua geleng kepala, hisap rokok seludup.

Gua tulis panjang-panjang pun tiada guna.

Bangsat.

"The revolution is not an apple that falls when it is ripe. You have to make it fall."
- Ada yang cakap ini ayat Che Guevara entah betul entah tidak


p/s: Gua tahu rakyat Malaysia ni punk-punk belaka.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 18, 2011

Pahala

"Kau tahu, Din? Kalau kita tarawikh bulan puasa tu ada ganjaran yang beza-beza tiap hari puasa tu.", ujar Daud. Rosdin yang sedang membaca akhbar 'Mingguan Bumi' menjeling sebentar ke arah Daud.

Rosdin tarik nafas panjang.

"Hmm..", Rosdin mengiyakan saja kata-kata Daud. Terus membaca.

"Contohnya malam pertama puasa tu, ganjarannya 'terlepaslah ia dari dosa-dosanya seperti ketika ia baru dilahirkan oleh ibunya'. Kau bayangkan macam jadi bayi semula. Tanpa ada apa dosa", Daud terus-menerus membentangkan isu tarawikh kepada Rosdin. Sedang Rosdin masih asyik dengan isu Dasar Ekonomi Baru dalam 'Mingguan Bumi' itu. Namun sesekali menjeling juga dengan ekor matanya.

"Yelah Daud", Rosdin masih mengiyakan namun matanya masih tertumpu pada kertas surat khabar. Baginya hal dalam surat khabar itu lagi penting dari mendengar omelan Daud. Daud kalau dilihat dari luarannya nampak warak. Senang cakap dia orang tabligh la. Petang nak ke senja tu mesti dia dah keluar rumah. Pergi dari satu rumah ke rumah lain, mengajak ke surau. 

"Lagi satu Din, macam malam ke dua puluh sembilan pulak, 'Allah akan memberi pahala kepada Anda seperti Anda menjalani ibadah haji seribu kali yang diterima Allah'. Wah, handal!!", Daud makin menjadi-jadi membuka kisah ganjaran tarawikh itu. Macam terkena dadah. Jadi khayal keseronokan. Rosdin geleng kepala. Rosdin meletakkan akhbar di atas meja rotan sambil membetulkan tempat duduknya yang dah melorot sejak dari awal pembacaannya tadi.

Tak semena-mena Rosdin bingkas kiam. Membetulkan kain pelikatnya yang dah terlondeh ke bawah pusat kemudian terus melulu ke arah Daud. Tanpa ada soal apa-apa terus menendang bibir Daud. Terlontar Daud ke dinding. Tak puas dengan itu, Rosdin terus menghentak kedua-dua belah siku Daud mengguna lampu pam yang dari tadi ada di atas meja rotan.

Daud meraung-raung. Sesekali kalau didengar dari luar rumah, seperti ada kerbau disembelih di dalam rumah. Rosdin berhenti. Daud masih meraung-raung sambil mengerekot. Matanya masih tertumpu ke arah Rosdin meminta belas.

Rosdin sambil bercangkung di depan Daud menyalakan sebatang rokok. Dari mana dia mendapat rokok itu pun tak diketahui. Barangkali disorokkan dalam gulungan kain pelikatnya.

Sambil menghembus asap ke muka Daud, "Daud.. daud.. daud..". Lagaknya seperti orang-orang antagonis dalam filem. Memang tak disangka hari ini tiba-tiba Rosdin mengamuk.

"Lu kalau nak dibandingkan dengan gua, lu lagi sembahyang punya orang, tapi takkan hal macam gini pun lu tak boleh pikir? Daud.. daud.. daud..", Rosdin masih mengekalkan cara percakapan antagonisnya. Sambil kepul-kepul asap merewangi pelusuk rumah juga parunya.

Daud masih terketar-ketar. Memegang bibirnya yang koyak separuh. Adakala menyeramkan juga rupa Daud sekarang. Macam dalam filem 'Dead Alive' pun ada. Mungkin dia dah tak ke surau buat masa yang lama. Biasa la, manusia ni 'judge book by its cover'. Tak kisah la orang masjid ke, orang bank ke. Majoriti sama.



"Daud.. daud.. daud.. lu ni Allah ke?", Rosdin tak meneruskan kata-kata. Sambil menyedut rokok dalam nafas yang panjang. Berkeritik-keritik bunyi tembakau bercampur cengkih itu bila disedut dalam-dalam.

Daud diam. Tunduk.

"Macam mana lu boleh tahu sikit punya detail pasal pahala ni? Cube lu cerita kat gua. Gua ingat-ingat sepanjang gua hidup belum pernah gua jumpa Tuhan beritahu balasan sedetail-detail yang lu cakap ni. Dan apa nilai ibadat lu selama ni? Pahala? Syurga? Ganjaran?!!", Rosdin makin menengking. Daud makin lama macam makin terperosok di celah daun pintu. Daud jadi pipih. Barangkali kemaluan.

Rosdin berdiri dan terus pusing ke belakang menuju pintu depan rumah. Sempat dia menoleh dan membuat isyarat jari telunjuk dan menggerakkan pergelangan tangannya menjadilah ibarat menotrom. Seraya terus ke beranda menenangkan diri.

Daud masih pipih di celah pintu.


p/s: barua
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Tugu (part 0.5)

lihat tugu 'indah'mu
tegak berdiri
yang dipahat oleh
tangan asing
seperti mengalirnya
darahmu untuk orang lain

- Usman Awang
Gua tak tulis full. Nak full cari tempat lain.. Kah kah.

p/s: Lu pernah terfikir wujud lontong semangkuk (gua pakai tapawer aiskrim besar tu), harga dia RM1? Sampai sekarang gua tak dapat selidik macam mana mak cik tu niaga. Duit roling datang dari mana. Tapi yang penting memudahkan gua dan orang sekeliling. Terima Kasih Mak Cik Lontong "Telur Nak? Kacang Nak?" Yang Steady.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 17, 2011

Tugu (part 0)

Asalnya gua nak bikin entri ini untuk edisi Merdeka. Tapi gua bukan jenis penyabar. Jenis amarah tu masih bercinta sama ruh gua. Tapi besok lusa gua penyabar juga.

Lu orang tak kenal benda ni memang payah la.

Gua tak rasa benda ni sebagai penghormatan untuk perajurit negara. Gua tak rasa yang negara kita punya perajurit selepas British memerintah. Lain la zaman batu belah batu bertangkup, zaman Laksamana Bentan. Masuk zaman orang putih dah ada takhta, satu umat melayu, cina atau india di negara ni hanya jadi balachi kalau masuk polis atau soljar. Tiada erti perajurit. Anjing Kompeni.

Konon tugu ini dibina atas kematian 'perajurit' (terlalu cantik kalau disebut perajurit walau sebenarnya hanya orang suruhan British) yang berjuang menentang Komunis. Konon komunis penjenayah nombor satu negara. Fakof.

Apa erti perjuangan polis-polis hutan membanteras komunis ni? Adakah mereka tahu punca asal peperangan ini? Atau hanya terima dan percaya lalu jadi syahadah apabila mendengar berita-berita dari corong radio? Mahu syahid menentang komunis? Hehe.. Gua bukan ahli dalam hal ini. Tapi tahu-tahu juga.

Gua tak rasa nak habiskan cerita ini hari.

bersambung


p/s: gua gembira samar-samar ini hari.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 13, 2011

Bidaah

"Tak boleh!! Itu bidaah!", tengking Ajmain. Menyala-nyala matanya. Marah sangat gayanya.

"Setiap yang bidaah tu sesat", sambungnya lagi.

Semua gara-gara anaknya, Azrael meyuarakan pendapat mengenai perbuatan mingguannya. Azrael sering ke masjid pada setiap malam jumaat. Yasinan. Hari ini, Azrael mengajak Ajmain bersama. 

Orang masjid, Salahudin sama Rahmat sering bertanya kepada Azrael mengenai bapanya. "Bapak kau ada kat rumah, Ril?". Kadang Azrael sampai jadi malas nak jawab. Cuma hari ini dia tergerak mengajak bapanya sekali ke masjid. Bukan apa, sekali sekala jumpa orang-orang kampung. Sudahlah majlis-majlis ceramah Maulud Nabi pun bapanya tak pernah terlibat, kenduri kahwin pun kadang-kadang. Bila agaknya masa bapanya nak join aktiviti kampung.

Azrael jadi geleng kepala. Rasa mahu dilempang juga bapanya ini.
"Kau ni belajar jauh-jauh tu la yang jadi sesat. Dah tak reti beza bidaah dengan tuntutan nabi", panjang juga syarahan Ajmain lemparkan. Tampak berilmu.

"Bapak...", "Apa benda?!", belum sempat Azrael menghabiskan ayat dah ditempelak dek bapanya.

"Bapak, Aril ingat bapak jangan tengok tv tu la..", Azrael menyambung semula.

"Apesal pulak?!", menengking tak sudah-sudah si Ajmain. Meluat juga jiran-jiran kalau ada jiran suara macam si Ajmain. Tak sudah-sudah menempik. Silap-silap haribulan ada yang kena baham harimau. Gua pun kadang menggigil je kaki tengok Si Ajmain. Nasib bukan zaman gua naik pailang. Salah-salah hemat, ada yang berguling ke masjid.

"Bidaah tu, tv bukan sunnah", pendek mantap serta berwawasan. Azrael juga bukan calang-calang ilmu agama.

Terkulat-kulat Ajmain jadinya. Tapi terus menonton slot Akasia.

p/s: nak betah, baik betah sekarang, gua dengar-dengar Ajmain dah mula kembali ke jalan yang betul. Dah join aktiviti kampung. Masjid tu dah macam rumah dia. Cuma takde sampai dia mandi di masjid. Azrael pula gua dengar dah berkelana di kawasan pergunungan Tibet.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 9, 2011

Mastika

AMARAN: Post kali ini agak ilmiah. Kalau lu orang nak bangkang, silakan. Kah kah kah.

Kadang kala Mastika ni berilmiah juga gua rasa. Walaupun headline dia tulis tajuk-tajuk mengarut persis Metro. Gua macam dapat iktibar tadi bila terbaca satu part.

"Jangan kamu berbuat amalan sebab takutkan Allah."

Mula-mula baca memang gua rasa semacam. Apahal ayat dia macam itu.

Gua baca lagi. 

"Buatlah amalan sebab rasa kasih cinta dan sayang kepada Allah."

Baru gua dapat. Maksudnya macam solat orang takut nak tinggalkan sebab takut balasan dia. Di situ dah nampak hilang satu nilai yang amat penting dalam kesempurnaan melakukan amalan.


Apa benda?


Ikhlas. Hilang terus nilai ikhlas itu jika lu orang sentiasa memikirkan balasan. Sebagai contoh lain. Lu buat malan kerana pahala. Sama je dengan konsep tadi buat amalan sebab takutkan neraka.

Lagi dalam Mastika tadi gua ada baca bahagian Saidina Usman menangis melalui kuburan.

Dia ada cakap, "Kalau nanti aku diletakkan di neraka, aku masih bersama manusia yang lain, tetapi bila di kubur aku keseorangan."

Sedangkan khalifah Islam pun tidak pernah berkira mengenai Syurga Neraka, inikan gua yang tak khalifah langsung.

Dan yang gua dapat lagi tadi, kamu bersikap jahat macam manapun Allah itu tetap Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Jadi apa masalahnya jika lu orang pun bersikap demikian juga. Tuhan tak pernah berkira pun dengan lu orang, lu nak buat baik pun berkira. Pui.

keh keh keh.. emosional gua ni hari.


p/s: "ko tak payah nak bajet baik sangat la Pert.", Mesti ada yang terlintas di hati sebelum baca 'p/s'. hahahahahahahahaha
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 8, 2011

Ada

'Perempuan',
Akan ada saat dia perlukan engkau,
Tapi tika kau perlukan dia,
Ghaib.

'Lelaki',
Akan ada saat dia perlukan engkau,
Tapi tika kau perlukan dia,
Ghaib.

'Kawan',
Akan ada saat dia perlukan engkau,
Tapi tika kau perlukan dia,
Ghaib.

Tuhan,
....

tika kau perlukan dia,

.....

Sentiasa ada.


p/s: Maafkan aku Tuhan

.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 14, 2011

Japan

Hal tentang Japan ni bukan boleh dibuat main-main. Karang jadi macam akhbar. Payah gua. Gua bukan lelaki gemar kontroversi. Gua lebih gemar duduk di rumah, bersandar di dinding dan kadang kala pergi ke rumah rakan sebaya. Itu lebih perlu daripada gua cari pasal dengan kaum lain.

Tapi memandangkan lu orang semua sedang kecoh hal Tsunami dan gempa bumi di Japan. Lebih baik gua usulkan beberapa perkara. Perkara gua berat kepada perfileman.

Sinking of Japan (2007 rasanya)
dan pernah ditayang di TV2.
AKIRA (1988)
Gua baca komik dia dulu kat Kreko
Pastu baru cari movie dia.

Apa yang lu orang boleh kaitkan filem-filem yang gua pamer di atas dengan tragedi sekarang? Gua tak boleh cakap banyak. Silap hari bulan gua kena gam. Bukan gua tak kenal lu orang semua kuat cakap belakang. Keh keh.. Tapi yang penting semua ni adalah takdir. Jadi kita di Malaysia hanya boleh berdoa, agar mereka di Japan tidak sengsara. Lu orang nak tolong cara mana lagi. Lu nak ke sana? Tiada guna. Lu bukan Son Goku.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 28, 2011

Kalau gua kaya

Kalau gua kaya, gua nak beli semua benda yang gua nak sampai gua jadi bosan nak pandang muka gua sendiri dekat cermin.

Wishlist gua banyak, tak perlu sebut semua.

Gua ketika dah kaya tu gua jadi mementingkan diri. Jenis langgar traffic light merah. Apa ada hal, polis tahan gua bayar lebih dari gaji dia. Lepas tu kat bank gua potong barisan, kat hospital pun sama. Gua tak kisah pun ada orang sakit sedang menunggu.

Gua nak bina piramid.

Dan gua nak bela seorang pet.

Itu la yang utama. Yang lain-lain tak nampak kaya sangat setakat beli kereta ke rumah ke.

Tambahan, gua nak jadi panas baran bila gua kaya. Baru lu orang nak baik-baik dengan gua masa tu.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 16, 2011

Mat Jenin merupakan contoh yang baik

Lu kalau gua buka cerita Mat Jenin, mesti lu pikir yang dia tu merupakan contoh yang kurang baik pada kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Gua kata, "Lu bodoh".

Lu pikir cerita Mat Jenin tu untuk apa?

Setakat suka-suka?

Cerita Mat Jenin tu lah yang menjadi sumber inspirasi Amerika, Jepun, Britain, Jerman, Rusia dan semua negara-negara yang sedemikian. Yang lu orang agung-agungkan.

Pasal mereka berfikir cara Mat Jenin.

Tanpa angan-angan lu takkan tahu apa target lu.

Macam lu mengidam nak makan Sosej berinti cheese. Sebelum lu nak makan mesti lu ada berangan-angan. Lu ada bayangkan benda tu dalam otak. Kecuali lu tak siuman. Lu akan bedal apa saja depan lu. Lu sendiri aplikasikan cara Mat Jenin tu. Pasal apa lu nak kondem dia?

Gua ingat kalau Mat Jenin tu tak mati jatuh pokok, mesti dia dah jadi entrepreneur berjaya.

Dah ajal dia. Lu nak kata kalau berangan-angan mesti mati jatuh pokok ka?

Abis budak rempit mati pasal dia berangan ka?

Abis rakyat Palestin mati pasal dia berangan ka?

Lu punya otak perlu dibasuh dengan air zam-zam la gua ingat.

Mark Zuckerberg: Terima Kasih Mat Jenin, awak sumber inspirasi saya

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 9, 2011

Edisi ada masa depan: Keputusan temuduga

KEPUTUSAN TEMUDUGA BAGI JAWATAN PEGAWAI IMEGRESEN GRED KP17
Klik la kat gambo tu.. itu pun nak cakap ke?
Haha..

Gua sebenarnya tak dapat lepas temuduga ini sebab gua betah kuat waktu interview tu. Kah kah kah.

"Apa pendapat awak, atau apa cadangan awak untuk menangani rasuah di dalam agensi kerajaan seperti Imegresen?", penemuduga itu bertanya.

"Oh. mengenai rasuah di Malaysia ya?", gua tanya balik.

"Ya, apa yang awak rasa boleh dilakukan untuk tangani perkara ini", penemuduga itu masih menekankan perkara yang sama.

"Pasal rasuah ni sebenarnya ikut hati masing masing la Cik. Diorang yang amik rasuah ni pun bukan sebab susah sangat takde duit ke hape, sebab dia seronok nak makan duit haram. Diorang kalau bagi gaji naik pun bukan boleh berhenti, kalau dah memang habit diorang macam tu", gua ulas panajng lebar.

"Baik, saya tengok fail awak, saya dapat tahu awak seorang mahasiswa, betol?", tanya penemuduga itu.

"Memang, saya tengah blajo.", gua jawab nak tak nak.

"Awak sekarang tahu tak awak mintak kerja gred 17 iaitu untuk pemegang sijil SPM. dan awak pula dah nak habis belajar kat universiti, awak tak rasa rugi ke mintak kerja bukan level awak?", tiba-tiba penemuduga itu timbulkan isu. Fuk.

Tak semena-mena badan gua panas rasa nak bergaduh.

"Dengar sini cik yang celake, ini hak saya, saya nak mintak kerja waktu belajar ke, nak belajar ke, tak nak belajar ke, suka hati saya. Rezeki masing-masing la hanjing punye orang. Lu ingat kalau budak ada degree mesti wajib kerja jadi orang atasan ke bodoh?, Lu tu antara bernasib baik dapat tempat dalam agensi kerajaan, gua tak pikir sijil yang lu ada tu menjamin lu untuk kaya, ada duit, cukup makan, tak makan rasuah, tiada agenda freemason, makan makanan mahal, pergi tengok wayang atas apa sahaja. Pergi mati sama gred 17 atau 41 atau any fucking grade. Kalau gua ada Phd sekali pun, kalau gua kata nak minta kerja jadi kuli, lu nak kata apa? Gua belajar bukan semata-mata untuk kerja la bodoh. Gua belajar sekarang sebab mak gua suruh. Lagi satu, lu tak pernah fikir ke kalau ada pelajar belajar sebab memang nak belajar sahaja, bukan sebab dia nak kerja. Contohnya, dia minat buat sabun, dia belajar sampai dapat Phd pasal buat sabun je, then dia tak mintak kerja dengan syarikat sabun. Dia belajar kerana minat je, seronok tengok sabun. Lu nak pertikai gua mintak kerja gred 17 kenape?", panjang juga gua bentak.

"bodoh tak boleh diajar!", gua jerit dalam bisik.

Ada dua penemuduga di situ, masing-masing terdiam.

Gua terus ke meja mereka, senyum, ambil fail-fail gua dan keluar.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 28, 2010

Awek (Part 2)

Rentetan artikel Awek

Klik gambar


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 21, 2010

Banyak Duit penentu "masa depan"?

Betol ke Duit penentu "masa depan"?

Adakah jika anda ada banyak duit pada hari isnin, maka hari selasa juga anda akan bayak duit??

THE BEATLES kata "Can't buy me Love"

Jika anda fikir pada logik, tentulah ada sekatan pada 3 tambah 2 menjadi 5. Dan jika anda fikir logik, tentulah hari selasa juga ada banyak duit.

Tapi cuba berfikir bukan dengan logik. Hari isnin anda banyak duit, tiba-tiba hari selasa anda dah tiada duit.

banyak kemungkinan yang wujud untuk menjadikan hari selasa itu hari ketiadaan duit. 
contohnya:

  1. isnin malam selasa pergi bayar hutang
  2. malam yang sama kena rompak.
  3. malam itu jugak rumah terbakar sebab hisap rokok sambil tido.
  4. petang isnin tu kena saman sebab menyalahguna permit perniagaan
  5. dan bayak lagi
  6. tak lupa juga pada hari selasa tu, nilai matawang jatuh sehingga duit yang disimpan pada hari isnin itu tiada nilai.

Jadi, apa masalahnya kalau anda tiada duit pada hari isnin. Moga-moga hari selasa itu ada duitnya. Jadi duit bukan penentu masa depan yang diidam-idam oleh orang-orang yang durjana materialistik. Aku bukan hidup bergantung pada nasib, tapi sememangnya kehidupan itu adalah nasib. 

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 11, 2010

Surat kepada Pert Doherty

Ke hadapan Encik Pert,

Diharap sihat selalu dan ceria di samping keluarga, sahabat serta kekasih yang tercinta. Tapi walaupun encik tak sihat atau ape pun, saya tetap doakan encik yang baik-baik. Amin. Jangan risau. Saya pon ok-ok je ni. Tak la ceria sangat atau sihat sangat. Tapi masih boleh senyum.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 26, 2010

Maarobbuka!!!

"Maarobbuka?!!!", Munkar dan Nakir berkata.

Zubir terkedu.

KEBABOOOOO!!!!

Terperosok Zubir sampai lapisan bumi yang mana satu entah. Rusuk kanan jadi kiri, rusuk kiri jadi kanan.

Dalam penuh sengsara tu, Zubir tiba-tiba rasa seperti Solero. ZUUPP!! Disentap naik.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 21, 2010

Kalau Graduasi pakai tanjak..

Biasa lihat pemandangan seperti ini di majlis konvokesyen kan?

Yang ini pula macam mana?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...