Jun 28, 2012

Coti

Gua ingat nak ambil coti.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 26, 2012

Hadiah Cabutan Bertuah (Liverpool)

Gua dah tak ingat bila punya cabutan bertuah. Tapi gua ingat lagi gua punya nombor 35.

Klas.

Asalnya waktu cabutan gua akan dapat Kenny Dalglish. Tapi waktu klem hadiah, gua dapat Steven Gerrard.

Benda ni tak datang hal pun kalau gua dapat gambar Raheem Sterling sekalipun. Yang penting percoma





p/s: Ada jugak gua barang original dari England


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 25, 2012

Ayah Gua

TING TUNG!
TING TUNG!

Meset masuk.

"Dek, dah dapat tempat praktikal ke? Tempat Anor keje tak ada. Cuba tanya Kak Nini. Kawan dia dekat Tanjung Pelepas ramai.", meset dari bapa gua.

"Takpe, ni ada kawan rekemen dekat Perodua", gua riplai.


Tak lama.

TING TUNG!
TING TUNG!


"Ok cantek", bapa gua riplai.


Gua kalau tak tahu itu meset dari bapa gua, gua boleh salah anggap itu meset dari adik gua.

p/s: Gua senyum sendiri baca meset bapa.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 21, 2012

Penghargaan Tesis

Terima Kasih Tuhan kerana mengizinkan saya menyiapkan tesis ini. Terima kasih juga atas oksigen, makanan, ruh dan segalanya. TanpaNya segalanya tidak akan menjadi sampai tahap ini.

Kemudian saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda saya, Dr. Soon Chin Fhong. Beliau banyak membantu dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dari permulaan hingga kepada proses pembentangan dan hingga kepada tesis. Segalanya bergerak lancar dengan jayanya atas bantuan dari beliau.

Seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang membantu, terutamanya Haizat Faizi, Ahmad Badiozaman, Faiz Rasol, Hazieq Manan, Ibnor Hafiz, Abdul Karim, Firdaus Hamid, Safiudin Rofie, dan juga Ahmad Ramzi. Mereka banyak membantu dan memberi dorongan sama ada dari proses menyiapkan Projek Sarjana Muda mahupun pelajaran. Selain itu, tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat jauh yang juga memberi semangat kepada saya. Ayob Wahid, Asri Shakdon, Johnny Nepp, Zaidi Aman, Sufi Al-Fard, Fauzi Ahmat, Safwan Ramli, Shahril Saripin, Misuari Sarangat, Nur Athirah, Nadia Mohaniz, Apong Haziq Doyle, Remy Hakimi, Salleh Shamsudin, Adilah Morad, Nasha Nazlan, Peter Doherty, Carl Barat, Sid Vicious, Johnny Cash, Tyler Durden, Elvis Presley, Tom Jones, Kenny Dalglish, Steven Gerrard, Mark Zuckerberg, Pengelola 9Gag.com dan juga nama-nama yang tidak dapat saya muatkan di sini, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana semuanya adalah kawan-kawan yang hebat.

Akhir sekali adalah yang terutama iaitu keluarga saya sendiri. Terima kasih atas kasih sayang serta doa serta segalanya. Mereka yang membantu saya tidak kira susah mahupun senang. Yang sentiasa ada ketika saya ketawa dan ketika saya menangis. Dan paling utama adalah kebanggaan saya, ayah dan mama yang sentiasa terus senyum dan sayang kepada saya walaupun saya bukan yang terbaik.

Dan kita semua akan terus mencipta sejarah!


p/s: mungkin gua takkan edit lagi untuk muatkan dalam tesis. Ini adalah tesis gua, jadi pergi mati la gua nak tulis apa.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 17, 2012

entah apa benda tah

Seronok betul duduk bawah panas matahari tadi.

entah kenapa.

tapi seronok.

habis.




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 16, 2012

GEGASI #1: Pelancaran Buku Gasak, Popkon dan Nama Ai Lolipop

Pada 23 Jun nanti. Ada jemputan ke Mr Kombi Cafe & Kopitiam.


Ada pelancaran 3 biji buku



GASAK

"Lebih baik mati dengan prinsip daripada hidup macam pondan." 



POPKON : Koleksi Puisi Sallehrazak

"kau bukan gula-gula kapas yang bagiku cuma lembut
kau terlahir sebagai popkon yang rangup dan manis
yang aku nikmati dalam gelap menghadap pelbagai
genre dilayar panggung"

cerita pasal POPKON
boleh dibaca di sini

dan


NAMA AI LOLIPOP

"Hidup memang sentap!" -Suri Rumah Terdesak

Satu lagi terbitan bermutu Studio Anai-Anai dengan kerjasama Sindiket Soljah



dan ada persembahan maha gila barangkali. Dengar cerita Chuck Norris ada dijemput untuk show martial art.


p/s: sakit betul tekak ni. potong stim betul.


Kata Anip, "GEGASI ni maksud dia Geng Dahaga Seni".


Tapi pada gua GEGASI ni lebih menjurus kepada makna Gergaji Besi.


pergi la mati gua nak paham apa. yang penting font GEGASI tu gua yang reka bentuk.. hihi.





Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 13, 2012

Tabung Kebajikan Rahang Rosak (ini adalah real)

Di sini diberitahu bahawa terdapat seorang perempuan yang ada masalah kesihatan serius yang melibatkan proses pembedahan. Hal pembedahan ini bukan hal main-main. Kalau setakat pembedahan apendiks tidak payah lah saya bercerita panjang lebar sebegini. Jikalau setakat pembedahan buah pinggang tidak juga perlu saya membebel. Ini hal pembedahan berdekatan kawasan kepala.

Orang panggil penyakit ni TMJ disorder. Temporomandibular joint disorder.



Dan objektif asal saya cuma nak buka tabung bantuan duit. Disebabkan saya sendiri tidak ada duit banyak untuk bantu.

Jadi kepada sesiapa yang rasa nak bantu  seringgit dua tu boleh la kontek dia.



Kalau nak tahu lebih lanjut pasal masalah perempuan ni. Boleh rujuk kepada link di bawah


dan kalau dah rasa terbuka hati nak bagi bantuan. Boleh roger perempuan ni.

p/s: sebenarnya perempuan ni tak lain tak bukan adalah penulis kedua blog ni, Engineer On Site!. Jadi gua kena tolong. 





Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 11, 2012

Porno

"Kau dah ada tempat praktikal?", gua tanya kawan.

"Dah", kawan jawab.

"Amboi, dapat dekat mana?", gua tanya kawan.

"Japan", kawan jawab.

"Peh.. bukan kau tahu cakap jepun", gua tanya kawan.

"Tak payah tahu", kawan jawab.

"Masuk praktikal syarikat apa benda?", gua tanya kawan.

"Perfileman", kawan jawab.

"Macam mana perfileman tak payah tahu cakap jepun pula", gua tanya kawan.

"Industri perfileman porno", kawan jawab.

"Setan".



p/s: entah mana lagi tempat praktikal gua nak minta ni woi
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 9, 2012

Tulisan rekaan yang power habis


p/s: jaga-jaga poster



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 6, 2012

Berkelana



“I once read that in a forest of a hundred thousand trees, no two leaves are alike. And no two journeys along the same path are alike. If we continue to travel together, trying to make things fit our worldview, neither of us will benefit. So I give you my blessing and say I’ll see you in Germany for the first match in the World Cup!”

- Paulo Coelho in Aleph


p/s: hihihi.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 5, 2012

Filem Pendek: PLASTISIN

Diingatkan bahawa cerita ini sangat pendek. Filem pendek tahap darjah satu.

Dan tidak sedap.

Anda juga dapat menonton secara percuma.

Jadi bersyukurlah.

Kah kah kah.

Plastisin by Pert Doherty

Cerita plastisin comel yang sangat comel.
Dan sangat....
aaaarrrggghhhh!!!





p/s: harap dapat menonton dengan air kacang soya dan juga bertih jagung

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

TEASER Filem Pendek: PLASTISIN







p/s: keh keh keh.. jaga-jaga semua.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 4, 2012

Tangguhan Bayaran Yuran pula

"Kak saya nak buat tangguhan bayaran yuran, pasal nak daftar L.I*"

"Tak boleh, awak kena bayar yuran jugak macam mana pun pasal dekat pekeliling dia tulis macam tu"

"Ok"


Gua terus balik rumah solat sunat.


p/s:

Gua masuk Pejabat Bendahari.


"Bang, nak beli sebut harga ea?", brader dekat kaunter tanya gua.


Gua masuk Pejabat HEP.


"Bang, nak ambik quotation ke?", kakak dekat kaunter tanya gua.


Masing-masing otak dah jadi bengap. Gua pelajar dianggap kontraktor.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Borang Wang Ehsan gua yang tak setel lagi. Syaitan betul

Gua pergi ke pejabat HEP dengan muka ceria. Nak hantar borang minta Wang Ehsan agar yuran gua terbayar guna duit itu.

Gua ke kaunter beri borang permohonan pada satu brader yang jaga kaunter.

Brader tu ambil. Masa tu dia tengah borak dengan satu budak klemer mana tah. Dia bual lama jugak. Baru nak belek gua punya borang.

"Bang, lagi satu, ni macam mana nak daftar L.I.*, saya tak boleh daftar sebab yuran belum bayar lagi", gua tanya.

Brader tu selak-selak borang permohonan gua.

Lepas tu tengok gua atas bawah.

"Kitorang sebenarnya tak terlibat dengan hal L.I."

Gua senyap. Brader tu ke belakang kaunter bahagian pejabat.

Tak lama kembali semula dengan borang gua. Dia hulur dekat gua.

"Awak boleh tunggu sekejap tak, orangnya yang uruskan ni pergi solat"

Gua angguk.

Dalam 5 ke 10 minit gua tunggu.

Ada seorang perempuan umur lingkungan 30 masuk 40 muncul dari pintu masuk.

"Kak, ni budak nak jumpa", brader tadi panggil kakak tu.

Gua fikir dia ni la akan menyelesaikan semua masalah gua ni hari.

Kakak tu pergi ke gua, "Ada apa?"

"Ni ha", gua sambil tunjuk borang permohonan.

"Oh.. ni bagi dekat Su", kakak tu cakap sambil tengok gua kemudian tengok brader tu.

Gua ke kaunter semula. Berharap borang gua akan masuk list.

Ada kakak lain jaga kaunter tu ambil borang gua. Kemudian dia ambil kertas nota kecil.

Dia tuliskan nama penuh 'Su' tadi beserta nombor telefon.

"Ni nanti awak telefon dia, awak cerita la macam mana masalah", kakak yang dekat kaunter tu hulur borang permohonan gua kembali beserta nota kecil itu.

"Ok"

Gua keluar.


*       *       *

Penyudahnya, borang gua tak listed.

Tahi.

Ada juga gua minta duit dekat ahli-ahli politik seluruh Malaysia ni kang.

Semalam gua ada suruh kawan gua minta duit baitulmal. Jangan cakap baitulmal pun pakai pesen macam pejabat HEP ni jugak. Memang cilake.

Apa masalah kalau ambik je borang gua tu. Masukkan dalam list. Timbalan Naib Canselor pun kalau tengok borang gua terus approve la syaitan. Kau orang kerja balaci pun banyak hal. Macam gua mintak duit lu orang. Gua minta duit yang orang lain tak nak tuntut sepanjang belajar. Ni tahun last la gua belajar. Gua nak mintak sikit je pun berkira.

Jaga la nanti tahun depan ada rombakan besar-besaran. Satu sen pun orang HEP tak dapat gaji. Baru nak isi borang macam gua minta bantuan. Padan muka. Buek.


p/s: Tunggu la zaman gua kaya, gua yang hulur wang ehsan dekat kau orang. Gua nak lu orang tahu betapa senangnya gua setelkan masalah yuran budak-budak generasi masa depan.


Tak payah nak jumpa 'Su' la, 'Mu' la, ke siapa-siapa. Gua punya pesen gua terus pergi Pejabat Bendahari yang jaga yuran budak-budak tu, terus bayarkan. 




*L.I. - Latihan Industri
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 3, 2012

Pelacur Lama

Urusan jual beli otak manusia memang perniagaan baik di kala senja. Penguatkuasa banyak yang dah cabut awal pukul tiga setengah tadi. Aramaik cepat masuk parkir yang kosong besebelahan gudang buruk yang pintunya sudah grepesan. Kelihatan di sudut-sudut blok rumah kedai mula pelacur-pelacur berteritip. Pelacur-pelacur ini jugalah yang banyak membantu Aramaik selama ini dalam urusan jual beli otak manusia. Setakat ini pelacur terbaik adalah yang datang dari kawasan laut dalam. Aramaik tiada nafsu kepada pelacur. Peniagaan adalah lebih penting dari wanita.

"Jalal!!", Aramaik panggil satu pelacur bertentakel. Itu pelacur lama.

"Ha.. apa benda?", lunak juga suara Jalal.





p/s: benda ni gua draft dari minggu lepas. Gua buka balik terus publish. kah kah kah
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...