Oct 13, 2010

Ana Raffali : Pert, tolong ingatkan gua..


Hari tu gua rasa semacam. Pasal gua skor gol untuk team gua, "Pert Kacak FC". Gua tak mau cakap banyak pasal hal itu, kerana gua puas hati. Gua celebrate ala Xabi Alonso ketika di Istanbul. Memang grand. Gua cium dahi 'Ijat bonggo 2' serta gua cium dahi Agu.

Waktu malam tu gua ingat nak rehat-rehat, tapi memandangkan gua masih 'batu', gua join budak-budak agas yang nak tengok Lefthanded. Layankan je. Ura-ura nak masuk secara haram. Tapi sekali gua sampai, jalan-jalan untuk ke laluan haram dah ditutup. Tapi gua steady. Tak terus beli tiket. Budak-budak agas ramai dah beli. 

Gua ada etika bab-bab macam ni. Tak boleh ikut-ikut orang. Ini kisah pasal hal rocker, kena betol. Baru true. Ini tidak, orang pergi konsert jomheboh ko ikut, orang pergi gig skinhead ko ikut, orang pergi kelab ko ikut, orang pergi kuil pun ko ikut, payah la. Nak jadi hape.
Tak lama lepas budak-budak agas beli tiket berharga RM17, gua ada terdengar suara-suara belakang yang cakap boleh dapat RM10 je. Gua terus folow. Tak banyak cerita. Si Dagu pun turur serta. 

Sampai dekat budak yang jual tiket tu, dia kata, "Lima belas ringgit".

"Celaka ko Roi, kata dapat sepuluh ringgit?", gua tengking ala Michael Corleone.

"Aku pun dapat lima belas", dia menjawab juga.

Gua takde bagi can, terus bagi sedas kat telinga. Bagi dia ingat sikit. Itu baru starting.

Gua dan Si Dagu terus je angkat 2 keping tiket.

Sambil Si Roi masih memegang telinganya yang sedikit koyak.


Lebih kurang macam ni la. RM25 tu fake je.

*      *      *
Gua sampai dah hilang suara.

Tunggu lagu 'Seruan' punye pasal, last-last fed up. Man Kidal boleh lak wat show solo. Aduh. Aku nak sing along. Bukan nak solo along. Tapi gua steady. Itu sume tak jadi hal. Gua terus blah cari air. Itu lagi penting daripada lagu 'Seruan'.

Tak lama lepas gua keluar dari kawsan Konsert, gua dengar intro 'Seruan'. Sial. Macam tau-tau je aku dah blah. Gua tak amik pusing. Terus gua beli air longan, gerenti sedap.

*      *      *

"Oi, nak terus balik ke?", gua tanya pada 'Ijat bonggo 2'.

"Ntah, tu ape benda tu ramai-ramai?", 'Ijat Bonggo 2' menjuihkan bibir ke arah orang yang tengah ramai-ramai. Ada la dalam 15 orang. tak ramai mana pun.

"Mat-mat moto besar je tu", gua jawab dengan yakin. Pasal dekat situ terdapat beberapa orang brader-brader yang jenis bawak motor easy rider. Pakai jaket kulit sume. Gua memang tak suka campur dengan rocker demikian. Gua ada etika. Gua ni kalau nak dibandingkan dengan watak filem, lebih kurang macam Jimmy Cooper dalam Quadrophenia. dan awek gua pula Steph.

"Eh, jom la tengok, mana tau ada Man Kidal", 'Ijat Bonggo 2' ni memang agak taksub dengan Man Kidal. Tapi gua lain, gua anggap Man Kidal ni umpama Puyol je. Tak lebih.

"Jom la, jom la", gua macam dah malas-malas. Tapi sebab gua sayang sama 'Ijat Bonggo 2', gua pergi gak.

Sampai-sampai kat kawasan meja tu, gua nampak satu kelibat manusia dia celah-celah orang ramai tu. Gua rasa-rasa itu Puyol.

Ni kelibat Puyol tu.
Sah.

Takde orang lain.

"Oi budak dua orang yang kacak", tiba-tiba gua dengar satu suara. Gua yakin teguran tu menghala ke arah gua serta 'Ijat Bonggo 2'.

Gua dan 'Ijat Bonggo 2' toleh. Sambil buat muka blank.


"Ye, lu dua orang, mari sini", gua rasa Puyol tadi yang panggil.

"Gua?", sambil gua tunjuk jari ke arah dada gua.

"Ye, lu la celaka", lelaki itu berkata lagi. 

"Peh,memang true", terdetik dalam hati kecil gua. Gua tau dia memang rocker.

"Ada apehal lu panggil gua?", gua sahut balik.

"Gua ingat nak amik gambar dengan lu, lu penulis kan?", Puyol itu buat-buat macam kenal gua.

"Gua memang penulis, tapi gua ingat gua tak mau amik gambar dengan lu la, lu amik gambar dengan 'Ijat Bonggo 2'", gua pantas menyuarakan pendapat.

"Yela", agak down bunyi yang dikeluarkan Puyol itu.

Say 'AAAA'. celaka puyol tak say.

Gua lepas habis snap, gua terus melulu ke sebelah meja itu.

Lagi sekali gua disapa. Dan kes tadi berulang. Tapi kali ni gua redha.

Awek ni kata, "Boleh tak awak bergambar dengan saya?"
Gua rilek. Dan gua ke sebelah belakang beliau. Dan say "Cis".

Gua lepas peminat nak tangkap gambar dengan gua, gua memang laju je nak jalan-jalan ke tempat lain.

"Abang kacak!! tunggu!!", awek tadi panggil gua.

Gua berpaling masih seperti Jimmy.

"I nak bagi benda ni", awek itu berkata sambil menghulurkan sesuatu.

"Ape kebendanya tu?", gua menyambut sesuatu seperti kertas dari tangannya.

"Owh", sambil gua belek.

"Thank you bebeh", gua sambung sikit ayat penyudah.

Tak semena-mena awek tu memberi flying kiss. dan dia jerit, "Tolong ingatkan Aku!!!".

Gua steady dan senyum sahaja.

ini lah benda yang sempat gua ambil dari awek tersebut.

*      *      *

Gua dan 'Ijat Bonggo 2' berlalu pergi.


p/s: cerita gua kali ini banyak yang benar, jadi tak usah banyak cerita la.. dan gua lupa nak cakap Konsert ni adalah Konsert Born4Nature.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

1 comment:

TunTeja said...

eeeeewwwwwwwwwww~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...