Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

Nov 2, 2012

Akal itu Subjektif

Tadi gua tanda kertas sivik.

Tandakan betul (√) dan salah (x) pada pernyataan berikut.

Berkelah bersama keluarga akan mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga

dan jawapan yang gua terima ialah

x

Dan budak ini pada gua seorang yang jujur pada diri sendiri.

Boleh jadi budak ini memberitahu keadaan sebenar yang berlaku pada hidupnya. Kita boleh salahkan dalam peperiksaan. Tapi realitinya kita tak boleh sangkal, barangkali mereka sekeluarga pernah berkelah dan end up jadi bangsat keluarga mereka. Kita tak pernah tahu. Dan gua rasa jawapan dia power dan sangat punk. Alangkan punk pun banyak pura-pura mengamalkan ketulenan punk mereka. Tapi budak ini dengan beraninya mengambil langkah spreading word dalam peperiksaan. Itulah true. Gua tak pernah menganggap mereka bengap kerana jawapan tidak mengikut skema atau pun markah mereka teruk. kerana setiap punk ada intelijen sendirik.




p/s: god speed you kid!

itu belum gua cerita yang jawab 'Apakah nilai-nilai pelajar cemerlang?' dengan listkan rukun-rukun negara. Klassik!! dan Lovely.. Dan gua bagi juga markah. Kerana subjektif adalah sangat jahat.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 24, 2012

Masing-masing.

"Ok, habis tajuk kali ini"

Semua senyap.

"Ok, ada lagi setengah jam, boleh buat kerja masing-masing"

YAAAAYYYYYYYY!!!!

Semua berteriak.

Tidak kurang ada yang entah apahal 'bang'. Yang tadi histeria secara tak fasal-fasal pun ada juga. Cerita yang baik-baik pun ada, mereka semua mengangkat tanda 'jempol' pada saya tanda saya bagus.

Saya bukan apa, saya tahu belajar sejarah adalah membosankan jika setakat berpandukan buku teks. Buku teks sekolah pada hemat saya sudah diubahsuai terlalu jauh dengan cerita-cerita di dalamnya melangkau isu-isu yang berlaku pada zaman itu (Zaman-zaman yang berkenaan, maksud saya, kalau cerita tahun 50-an, tidak semua diceritakan, jadi kisah yang dikisahkan dalam buku teks itu tidak tally dengan sebab musabab yang diutarakan dalam buku teks). Kebanyakan cikgu-cikgu juga kurang pengetahuan mengenai kisah-kisah yang berlaku pada zaman dahulu (Kadang-kadang mereka tahu tapi mereka terikat dengan sistem yang mengawal setiap tindak tanduk mereka). Mereka cuma tahu 'Lesson Plan', silibus, gred dan pencapaian sekolah. Tapi, dua tiga hari lagi mungkin saya juga terpengaruh dengan sistem ini. Sistem yang sangat lovely ini.

Namun walau apa benda sekalipun, saya suka bermain masa dengan ayat "Ok, boleh buat kerja masing-masing". Kadang-kadang ada satu masa yang tiba-tiba keadaan kelas menjadi mood lost, tidak tahu nak buat apa. Saya tak mahu tiba-tiba mengajar melukis. Sebab saya tidak rasa hikmat melukis ini boleh diwarisi, stroke setiap orang lain, jadi mereka buat seni mereka, saya akan buat seni saya. Jadi, pengajaran seni lukis pada kelas sejarah tidak tepat. Oleh itu, proses mendiamkan diri sebentar adalah lebih tepat, membuat mereka tertunggu-tunggu. Bila membuat pemerhatian terhadap benda bernyawa ini, pemerhatian anda akan lebih seronok. Tidak seperti memerhati forklift, air compressor, power house, dan gulungan wayar. Kerana benda bernyawa akan ada interaksi dan emosi terhadap pemerhati. Dan bila saya sudah bosan membuat pemerhatian, makan ayat keramat, "Ok, boleh buat kerja masing-masing" itu akan saya gunakan. Kemudian saya akan senyum yang tidak menonjolkan daging pipi.





p/s: Hihi
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 15, 2012

Siapa cikgu sila baca. Kalau bukan baca jugak gua lempang.

Pukul 9 lebih gua meset kawan.

"woi sup kambing woi"

"sori.. udang goreng tepung"

"celaka nak menang."

gua terus makan.

Pukul 1230 pagi. Gua cari telefon.

Ada meset lagi rupanya. kawan tadi juga rupanya.

"jus epal udang goreng tepung keropok lekor tepi pantai sampoerna hijau.."
"Hari guru dok.. wish cepat."



Asalnya gua nak juga wish hari guru.

Sekali ada meset "jus epal udang goreng tepung keropok lekor tepi pantai sampoerna hijau..".

Tak jadi la.

Kah kah kah.

p/s: Selamat hari guru kepada guru-guru dunia. Tak kira guru yang ajar ugama-ugama, yang ajar bertumbuk, guru yang kuat mengular, guru yang suka belasah budak hisap rokok, guru yang pendiam, guru yang radikal, guru yang tidak daftar mengundi, guru dah bersara, guru ilmu hitam, guru kemahiran hidup (hal kemahiran hidup ni nanti gua bahaskan), guru kajian tempatan, guru bahasa, guru solek, guru gambar, guru tera, guru san, guru matematik tambahan, guru sains kemanusiaan, gua kompang, guru badminton, guru yang pernah dendan aku, guru yang psiko, guru yang gila seks, guru yang celaka, guru yang gua tak suka, guru yang perasan dia dah habis kelakar la tu kalau buat lawak, guru abah kau, guru yang makan gaji buta, guru yang kuat mc, gua yang tak pakai tie, guru yang kerap hisap rokok walaupun kejap lagi ada kelas nak masuk, guru kelas tambahan, CIKGU SURAYA, guru yang kena calar kereta dia, guru sementara, guru praktikal, guru yang kerap denda aku, guru perempuan yang cun, guru perempuan yang cun malah bujang dan bercinta dengan pelajar, gurutu, gurun, gurubuk. dah gua penat.


Banyak juga kawan-kawan gua berakhir dengan menjadi guru. Malah akak gua sendiri guru.

Untuk tidak pilih kasih gua tak tulis nama. kah kah.

"Selamat hari guru.", baca dengan jerit kuat kuat.

Kalau ada guru yang membaca hasil tulisan gua ini, gua harap lu-lu orang semua didik generasi sekarang dengan baik.

Gua nak lu-lu orang semua DIDIK. Gua tak nak lu-lu orang semua setakat borak-borak benda dalam buku sahaja. Itu tidak memberi kesan terhadap diri. Gua nak lu-lu orang semua pastikan anak muda negara ini ada 'otak'.

Gua nak generasi baru nanti ada idea tentang masa depan dia. Dan jangan sekali-kali ranapkan impian seorang budak hatta impiannya mahu jadi Son Goku.

Gua nak guru-guru bersatu mencipa idea baru untuk sistem pendidikan negara. Suarakan pendapat, kalau perlu mogok untuk kesejahteraan bersama, mogok lah. Kalau mahu mogok lapar, mogok lah.

Gua penat menonton anak muda (terutama di sekolah-sekolah) semakin 'sayur'.

Gua taknak perjuangan anak muda cuma mahu masuk universiti. Gua nak kalau boleh mereka ada idea lebih dari setakat 'masuk universiti'.

Gua bukan apa, sebab gua teringin jadi cikgu tapi mak gua suruh habiskan belajar jurutera ni.

Jadi gua cuma boleh sampaikan keinginan gua kepada barisan cikgu-cikgu yang kebanyakannya kawan gua sendiri.

Good luck cikgu cikgu Malaysia.






Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 3, 2011

Lesen Perguruan

Gua ingat Malaysia perlu adakan lesen perguruan. Setiap tahun kena renew. Kalau lebih setahun tak renew kena masuk kelas semula.

Ujian nak dapat lesen tu berkaitan psikologi guru tersebut.

p/s: Malaysia makin sekular. Kah kah...
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 7, 2011

Yossi Benayoun pensyarah UTHM?


"Mikroprosessor dan mikrokontroller adalah untuk menyusahkan kita semua"
-Lecturer MIKRO PEMPROSES DAN MIKRO PENGAWAL gua

Gua ajar subjek MIKRO PEMPROSES DAN MIKRO PENGAWAL
singkatan: μP & μC

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 27, 2010

Al Pacino adalah pensyarah di UTHM?


"Let the mathematician do it, you're not a mathematician. All you need is just the table"

-Lecturer Statistik Gua-

Gua kagum dengan lecturer gua yang sekali sekala gua lihat macam Al Pacino. Beliau mengajar Statistik. Beliau mengutarakan ayat di atas ketika mengajar tajuk 't distribution' dan 'F distribution'. Gua suka kata-kata beliau yang gua nampak erti 'ambil mudah'. Gua suka 'ambil mudah' dalam sesetengah perkara supaya tidak serabut. hahaha.

AL PACINO.. Gua kadang-kadang jadi lecturer jugak

p/s: gua masih dalam mood kagum hingga hari ini.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 10, 2010

Guru tidak boleh kenakan hukuman fizikal. Ye ke?

Guru tak boleh kenakan hukuman fizikal
KUALA LUMPUR: “Tiada peraturan yang membolehkan guru mengenakan sebarang hukuman fizikal terhadap murid,” kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan seorang guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan SS 17 yang didakwa mencubit pipi dan lengan seorang murid Orang Kurang Upaya (OKU), Zulhilmi Hakim, 12, hingga meninggalkan kesan lebam.


Kejadian berkenaan disedari bapa mangsa, Ismail Humaidi Ahmat, 45, selepas menjemput anak kedua daripada tiga beradik itu dari sekolah, di Subang Jaya, jam 3 petang, Isnin lalu. Baca seterusnya di myMetro.

Haha.. lawak benar la artikel pasal Guru tidak boleh kenakan hukuman fizikal. Ala. memang la tak boleh cikgu bantai lebih-lebih, tapi cam tak biasa lak kena denda fizikal (contohnya: cubit, sebat pakai pembaris kayu kuning yang panjang, tarik sideburn, piat telinga, tampar, lempang, jentik, lagi ape-ape la yang simpel-simpel).

Budak-budak sekarang memang ngade-ngade. Rilek la wei. Baru kena sikit dah gelabah. Dulu Cikgu Azmi cubit budak sampai lebam rilek je. Takde pon budak bising kat mak bapak. (kalau bagitau mak bapak, makin kena banyak). Haha. Korang ni (budak-budak sekarang) Budak sekarang banyak lemak, alasannya mak bapak sendiri pon tak pernah sebat, lempang atau buat pape hukuman. Pasal ape mak bapak korang tak pernah buat benda tu semua??? pasal diorang tak amik kisah dengan korang. Mak bapak korang sibuk dengan kerja, tak amik tau pon pasal perangai ko yang sebenar. So kalau ko wat jahat kat sekolah pon, mak bapak ko tetap defend.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 15, 2009

Selamat Hari Guru



Selamat Hari Guru!!!


Yeah!! Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia!!. Aku jadi rasa nak menulis pos ini kerana tadi waktu khutbah jumaat kt Parit Raja, dia ketengahkan tajuk guru ni. Haha.. Hari guru di Malaysia disambut pada 16 Mei kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Setiap negara di dunia ini menyambut pada tarikh yang berlainan. Boleh lihat sendiri di Wikipedia.

Ok la aku malas nak cerita sejarah ni. Haha..

Bila sebut pasal guru ke cikgu ke lecturer ke, aku paling minat zaman aku sekolah menengah dulu. Cikgu disiplin. Hahaha.. Seronok bermain-main dengan cikgu disiplin ni. Contohnya, ada kes dan nama kita kena petik. Pastu kita takkan nak ngaku. So, itu yang seronok tengok cikgu disiplin naik darah. Haha. Nama dah ada, bukti tak cukup, pesalah tak mengaku. Hahaha.. Pernah dulu, nama aku kena petik pengawas sebab isap rokok kat sekolah (perasan dah gangster sangat la hisap rokok time sekolah.. hahaha). Bila dah kene panggil cikgu, start la pusing-pusing citer. Tapi benda dah salah, Tuhan tu tau la nk buat aku kantoi camne. Ada la sorang "kawan" yang sekali hisap rokok tu, kena panggil jugak. Terus-terus ngaku. Hahahha.. Setel.. Tak tunggu ape. Haha. bodoh. Konfem la aku kantoi kalau da sama-sama isap, secara automatik dia jadi 'saksi unggul'(perkataan reka sendirik)hahaha. Kantoi dan aku kena la sebat 2 kali. Pastu ciku pun cakap "saya bukan nak marah ke nak sakit kan awak, saya nak didik." hehe. Banyak juga aku kene jumpa cikgu tu. Last-last aku kene tukar sekolah lain sebab banyak sangat kes bodoh-bodoh. Hahaha..

Itu la kenangan yang paling seronok bersama cikgu disiplin. ops, ada lagi tapi malas nak citer. Haha.. Mesti bosan anda semua membaca haha.. Ok la. kat sini aku sertakan Lagu Guru Malaysia..


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita


Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua


Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta


Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Download Mp3 Lagu Guru Malaysia


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...