Akhir-akhir ni aku selalu main facebook dan bagi pendapat yang agak sensitif (tak sensitif mana pun.. sebab aku takde maki orang, takde sound PM, takde salahkan siapa-siapa) di wall aku sendiri.
Yang paling dapat sambutan ialah mengenai BOIKOT.
Ayat aku tak tujukan pada siapa-siapa. Dan siapa-siapa pun boleh bagi pendapat yang bertepatan dengan isu yang ditimbulkan. Kalau boleh nak bagi pendapat, sila bentang dengan hujah yang kukuh. Sama ada menyokong, membantah atau menambah baik. Jika ada yang bantahan, seperti biasa aku akan berikan penerangan terhadap pendapat aku bagi mengukuhkan statement aku. Dan orang yang bantah akan beserta penerangannya. Aku lebih gemar begitu. Baru ada pembelajaran.
Tapi seperti biasa dalam perdebatan akan ada gangguan emosi dalam mempertahankan hujah. Dan aku rasa aku sudah kalah dalam perdebatan ni, sebab aku tak dapat kawal emosi walaupun aku berjaya membentangkan sedikit pendapat serta penerangan. Aku rasa marah apabila dibangkang dan diperkecilkan taraf aku (sebagai orang yang tak guna sebelum ni). Walaupun cara pembangkang agak keterlaluan terhadap diri aku (kerana mengaitkan peribadi aku dengan topik perbincangan). Tapi sepatutnya sebagai profesional, aku tak boleh bertindak mengikut emosi walaupun pembangkang tidak punya modal untuk bicara. Hmmm..
p/s: kalau takley terima pendapat aku, sila bangkang dengan beserta bukti serta penerangan yang lengkap. Kalau tak, baik diam. Nanti bengang terhadap idea/pendapat aku dan kata aku gila.
5 comments:
tdo r pert..
ngantok siot..
xpn g training rgby...
auhahuhuhua
rilex la bro...dunia hanya gurau senda je..
kat fb, semua replies instant belaka. so tak ramai yg nak pikiaq dulu sebelum komen/bg reaksi, standard ah. tambah lak kalu kengkawan ramai komen, mesti nak selit jugak sorang dua yg tanpa sedaq bg points kita melencong.. last skali apa yg kita nak cakap pun terbantut ja
rileks... mknlah kit kat...
biasa bro...pendapat orang semua betul bagi si empunya pendapat...
Post a Comment