Nov 24, 2010

Harta Pusaka dari Bapak Gua: Yashica FX-7

Itu hari masa gua kat rumah, gua terfikir untuk cari barang untuk kegunaan fotografi gua. Gua rasa-rasa mahu tangkap gambar waktu malam.Dan gua perlukan tripod dan juga shutter release cable.

Gua ada teringat yang bapa gua ada tripod dan juga shutter release cable.

Gua baring dahulu sambil mengingati tempat penyimpanan barang-barang itu.

Sambil gua terdengar ibu bapa gua berborak tanpa gua tahu butir-butir percakapan mereka. Gua sambung imaginasi.

*      *      *

Petang itu, gua bersiar-siar di sekeliling kawasan rumah. Dan gua ada nampak satu kawasan mencurigakan di kawasan rumah gua. Gua masuk kawasan yang berpagar itu tanpa memikirkan akibat yang bakal gua terima.

Tak sampai 3 saat gua masuk, gua terpandang satu susuk objek yang amat gua kenali.

"TRIPOD!", jerit hati kecilku.

Gua abaikan dulu. Gua terus mernagkak dia kawasan itu.

Banyak buku juga di situ, tapi gua tak ambil pusing. Gua terus merangkak dan merangkak. 

Dalam separa sunyi itu, gua ternampak satu beg yang agak usang.

"Selalunya maka aku takkan letak beg di kawasan ini, selalunya dia mesti simpan dalam rumah ataupun bakar sahaja", gua bermonolong antara nak tak nak.

"Mesti ada sesuatu di dalamnya", hati gua terdetik dengan yakin gua capai beg usang itu dan juga tripod.

*      *      *

Sampai dalam bilik, gua keluarkan satu per satu isi beg itu.

-
-
-
-
-
-
-

Yeah!! hebat.
Set Yashica FX-7. Walaupun biasa sahaja pada sesetengah fotografer, tetapi gua tetap gembira dengan penemuan ini.

Sedang gua belek-belek kesemua barangan itu, tiba-tiba bapak gua muncul.



"Eh, mana ko dapat ni?", tanya beliau biasa. Gua ada sedikit gementar kerana mungkin bapak gua akan marah gua kerana bermain-main dengan barangannya.

"Ada kta bawah rumah tadi", gua pun jawab dengan buat-buat biasa.

"Ni boleh pakai lagi ni kalau ko nak pakai", tiba-tiba bapak gua mengeluarkan satu ayat yang gua tak sangka langsung.

Gua tak menjawab, diam sahaja.

Dalam pada itu bapak gua membelek Holga 135BC gua.

"Yang ni kamera sape?", bapak gua bertanya.

"Orang punya", gua jawab pendek.

Dan gua dan bapak gua berbual lagi sesuatu yang tak perlu gua tulis.

*      *      *

"Sini biar ayah betolkan balik sume tu", bapak gua merelakan diri untuk membantu gua.

Ada sedikit kecacatan pada Yashica FX-7 itu. Kulit seintetik yang membalut sebahagian tubuh kamera itu sudah agak tercabut. Jadi bapak gua pun setelkan benda-benda itu semua.

"Ni ko tau tak nak cabut lens ni macam mana?", bapak gua tanya lagi.

"Tak", gua pun mengaku je la. Memang gua buta kamera.

"Macam ni", katanya sambil menunjukkan kaedahnya.

Gua pun menonton dengan teliti.

Malam itu, tidak lagi sunyi. Bapa gua semakin berbual dengan gua.

Gua gembira.

*      *      *

Setelah dibersihkan.
berserta Lens Macro yang agak usang.
gua ingat nak servis balik, tapi tak tau nak wat kat mana.

Gambar awek bapak gua yang diambil menggunakan Yashica FX-7 ini.

p/s: Terima kasih ayah! Tapi shutter release cable tu dah patah (kerana dimamah waktu). Puas gua pusing semua kedai gambar kat Batu Pahat untuk cari ganti shutter release cable itu. Suma geleng kepala. "Ini lu sulah ta paya carik wo, takle olang ale jual punya, sikalang semua infla led maa", begitu lah ayat yang gua terima ketika menunjukkan shutter release cable gua yang sudah patah itu. Celaka punya DSLR! Punca..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

15 comments:

TunTeja said...

keh2...bley la ko amik gambo tun teja yang mysterious ni :D

Pert Doherty said...

yela tun teja.. haha..

syafiq.net said...

shutter release cable rasanya semua sama kan? antara holga atau pun yashica? beli online meh.. rm40 :D

aku pun nak beli sebab holga aku tak de b mode :D

Pert Doherty said...

aah.. sume same.. tu yg ye2 aku cri kt umah tu.. last2 dimamah umur.. hahaha

Useriez said...

hoho kamera vintage best oi..!

Pert Doherty said...

To useriez.. hoho.. i'll try my best.. hehe.. bru blajar.. jgan gmbr kabur sume sudah.. haha

Kepala Mancis said...

BAPAK ADALAH SEJENIS HENSEM YG PALING HENSEM

bayang hitam said...

aku suka tgk orang jepun yang cantik...tapi teknologi dia aku x tau..soalan saya

1) yashica tu kamera apa?

Pert Doherty said...

To kepala, bapak gua telalu kacak kalau nk dibandingkan dgn korang sume..

Pert Doherty said...

To ah cai, ntoh le.. aku amik je.. tapi kamera yashica yang bapak aku bagi ni jenis SLR.. JEnis kamera yang boleh buat bidikan tepat.. kerana apa yang ditarget oleh lens sebijik ape yg ko tgk kt lubang teropong tu..

lgi satu yg aku dpt ni pki filem.. sbb tu SLR.. yg skg byk jual DSLR.. ada tmbh D(digital).. hehehe..

p/s: Yashica salah satu jenama kamera dari jepun.. banyak lagi jenis kamera kelaran yashica ni yang aku pernah ternampak..

Nadzim Zainal said...

that's a very good finding. jaga elok2. kat KL ada tempat2 boleh service, but since you're in batu pahat, try and checkout singapore. aku pakai canon ae-1 and olympus trip35. seriously, slr's are way awesome than dslr. what you can achieve using a slr, you can only get that with dslr if you edit the photos, which beats the purpose.

p.s. harap2 film photography dapat sambutan balik, so barang lagi banyak and lagi murah.

Pert Doherty said...

To nadzim Zainal, hoho.. tq.. tp link o xley bukak ar.. bru nk tgk gmbr2 dari canon ae-1 and olympus trip35.. tq lg sebab support.. sbenarnya aku buta fotografi.. hahaha.. aku bkn noob tp dummies..

nn said...

AS6

best gila ok dapat camera lama. my parents punya barang lama banyak yang dah rosak. even the camera. mahal pulak nak repair. huhu

Latest entry: Japanese wannabes?

eeinchan28 said...

HAHA...bengong la adik..

Pert Doherty said...

haha.. kak in pon baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...