Oct 20, 2010

MS Paint: Diabetes yang kita sayang

Gua dah lama tak melukis pakai Paint.. Kali ni nak lukis-lukis la sikit..
"Diabetes yang kita sayang"
21 Oktober 2010

Johnny yang sedih dengan kehidupannya sekarang, dia sudah tiada upaya untuk sukan olahraga, bolasepak, apatah lagi memanjat tangga. Kehidupannya bertambah sengsara apabila bininya lari meninggalkannya. Mungkin sebab jari pada tangan kanannya tidak cukup. Jari merupakan salah satu organ penting. Anak-anak pula lari juga. Dia sekarang hanya mampu bergerak-gerak sedikit sahaja, supaya bateri  kaki bertayar itu tidak cepat habis. Ternakannya juga sudah tidak mengendahkannya. Kerana dia sudah tiada upaya memberi makanan  setiap hari kepada mereka. Yang setia bersamanya hanyalah Tuhan. Johnny masih dapat bernafas. Hal mengenai makanan, air serta pelajaran Johnny letak tepi. Yang penting udara. Johny perlukan udara untuk hidup.



Johnny hanyalah watak khayalan. Dan Johnny ini adalah sindiran untuk gua, lu, mak lu, bapak lu, makcik lu, pakcik lu, datuk lu, nenek lu, tukang masak tempat lu selalu makan, pekerja kilang minuman ringan lu, saintis lu, tenaga pengajar lu, serta haiwan ternakan lu. Jangan sangka air yang tenang tiada salmon. Kadang kala salmon juga tersesat. 

Gua di sini ingin menyeru kepada semua lapisan masyarakat di Tanah Melayu, sepandai-pandai tupai melompat, ada kala dia berjalan macam biasa juga. Jadi kembalilah kamu kepada neutral.

Gua sertakan lagu lama juga. Zaman gua sekolah menengah gua dapat EP ni dari akak gua.

Neutral Kembali

p/s: gua ingat nak ubah tradisi sikit la. Gua ada etika sendiri.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

3 comments:

± said...

kekaguman btol gua ngan skil MS Paint lu

Pert Doherty said...

thanx.. (pipi merah)

panitiaRC said...

adeh..cmne nk follow nih?
lu xnak psg widget google reader ke bro?
perempuan melayu terakhir done in ms paint
kita bincang psal ms paint lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...