Jul 26, 2009

Road To UTHM X-Games : Paint it!

mari mengecat




















Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 25, 2009

Resepi : Sosej Masak Kicap


Resepi anak jalanan


Bahan utama

1 pek sosej
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

dan semestinya kicap. Aku pakai kicap Jalen. Haha. Korang pakai la kicap lain.

pastu pandai-pandai la tambah pape yang boleh buat jadi sedap. Hahaha..

Kitorang tambah sos lada hitam dan juga sos BBQ. Sume tu lebihan time wat BBQ aritu. Hahaha. Ade lagi tambah air asam. Lagi, ape ek... Hentam je la. Kami serumah tak kisah masak macam mana pun.. Kui3..

Aku makan dua batang sosej dengan keropok ikan bersama nasik. Hui. Tengah hari yang lapar. Enak semuanya. Siap tambah sepinggan lagi nasik. Disudahi dengan air Teh 'O'. Yeah!!


Tukang masak kali ini : Wiwit


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 24, 2009

Road To UTHM X-Games : Membaiki Obstacles

Gergaji??


Selepas Solat Jumaat (24 Julai 2009), kami bertiga (Aku, Wiwit dan Suhaimi) bergerak ke Air Hitam untuk pergi menyiapkan Operasi Pembaikpulih. Segala obstacles (launcher, box, dan rail.. ni budak-budak skaters paham la. aku pun amik info ni dari Suhaimi) telah diangkut ke bengkel Acey (juga salah seorang pejuang papan selaju di Malysia pada suatu ketika dahulu) pada hari sebelumnya.

Dalam pukul 3 lebih, kami sampai dan mula mecabut plywood pada launcher dan box. Mula-mula kami nak cabut skru, tapi memandangkan semua skru dah karat gile babi, kami pun bertindak ganas terhadap plywood-plywood tersebut.. hahaha.. Dengan mengguna tools yang agak menggerunkan, kami kopakkan segalanya.. Hahaha..



Percubaan Suhaimi memcabut skru


Kesan luluhawa. Akibat membiarkan barang besi selama setahun terdedah di kawasan terbuka



Percubaan Aku dan Wiwit menggunakan kekerasan terhadap benda mati


Setelah berjaya mencabut papan-papan tersebut, kami berehat jap menunggu Acey balik dari mana nth. Haha.


Rangka 'Box' setelah papan dicabut

Tak lama lepas tu, Acey pon sampai. Terus mengajak kitorang ke kedai untuk mencari bahan-bahan untuk menyiapkan 'Operasi Pembaikpulih'. Kat kedai kitorang beli 3 plywood baru, 2 tin kecik undercoat, dan 1 tin besar cat kaler merah. Kos untuk semua itu ialah RM223.00.


Suhaimi dan Wiwit ketika dalam perjalanan ke kedai hardware


Balik dari kedai terus sambung keje balik, kerja menggergaji plywood. Acey pulak pergi menyelesaikan masalah kerosakan pada rangka-rangka besi. Ada bahagian rangka yang sudah melendut, dan perlu di-jek.


Acey sedang meng-jek rangka yang ada masalah obesiti


Kami bertiga meneruskan perjuangan dengan menggergaji. Papan-papan diukur untuk dipotong.



Percubaan Suhaimi menggergaji kayu


Dah puas potong-potong. Kitorang pegi tolong Acey baiki rangka tu pulak. Sebab bahagian tengah pun dah melendut. Terpaksa pakai cara lain. Tak boleh nk jek lagi. Kitorang pun ramai-ramai henjut biar besi tu tegak balik. Lepas dah tegak, Acey tambah lagi besi sebagai tongkat biar tak melendut lagi.



Kerja-kerja pemasangan plywood


Kemudian rail pulak dikerjakan. Suhaimi kata rail tu agak tinggi so nak rndahkan dengan potong kaki rail tu. lebih kurang 2.5 inci dikurangkan.




Acey sedang putong kaki rail


Petang tu kitorang tak dapat siap sume skali. Berhenti rehat jap kt pekan Air Hitam tu. Aku oder teh 'o' ais ngan nasi ayam. Dah penat-penat, pastu dapat makan. Pergh.. Enak!! Gambo aku xde amik time makan, haha.. Acey payung makan. Thanx Acey. Huhu..

Malam sambung kerja balik, dalam kol 8 lebih la start. Kitorang wat kerja pasang plywood. Sambil Acey welding balik tapak untuk rail. Dalam kol 9 lebih, Wiwit balik dulu sebab ada hal. Kerja diteruskan oleh aku, Suhaimi dan Acey je. Haha..

Akhir skali dekat pukul 10 gak siap sume. Angkat naik lori dan bergerak kembali ke UTHM.


Kejayaan!! Semua obstacles dah naik atas lori.


Hahaha.. Akhirnya semua siap dengan jayanya walaupun ada macam-macam masalah ketika buat kerja. Haha.. Thanx kepada Wiwit, Suhaimi dan terutama Skali Acey yang bertungkus lumus menyiapkan kerja dalm masa 6-7 jam. haha.. Cheers!!

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 23, 2009

Road To UTHM X-Games : Flyers

Flyers UTHM X-GAMES 2009 by Ajim




UTHM X-GAMES 2009



Date: 8th August 2009 (9am - 5pm)
Venue: Badminton hall, parking lot, UTHM, Batu Pahat, Johor
Categories: Game of SKATE (flip & rail) / Best Trick
For more info please contact Suhaimi 013-7145351
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 19, 2009

Road To UTHM X-Games : Mencari Sponsor

Suhaimi aka Ketua Projek sedang main skate (aku xtau dia wat trick ape.. haha)


Sebelum apa-apa, diharap anda mengundi untuk design yang anda minat.. TQ!
More on pollsb.com


Sepanjang Ahad (19 Julai 2009), kami bertiga (Aku, Wiwit dan Suhaimi(seorang pemain papan selaju merangkap pengarah projek kali ini)) berada di Johor Bahru.

TUJUAN UTAMA: Mencari Sponsor untuk UTHM X-GAMES 2009

Perjalanan hari itu bermula pada pukul 10 or 11 pagi. Kami bergerak dari Parit Raja menuju ke JB melalui jalan Simpan Renggam-Kulai. Sampai-sampai JB, terus ke UTM Skudai. Nak jumpa dengan kawan Suhaimi ni. Ada 2 orang (Ayie dan Fiq.. ini informasi dari Suhaimi. Kalu salah tolong bagitau. haha..). Diorang bual-bual ape-ape yang berkaitan projek ni. Aku x amik pusing sangat. Hahaha..

Skuad mencari Sponsor sudah bertambah menjadi 5 orang. Kemudian perjalan diteruskan ke Terminal Bas Larkin.

TARGET: Mr. Ajib di End Sevennine Skate & Stuff
No. V1 & V53, Pasar Awam Larkin, Jalan Garoda, 80350 JB, Johor Darul Takzim

Kedai barang skate "END SEVENNINE"


Mr Ajib


Si Suhaimi memulakan bicara. haha.. Pandai la diorang bual. Yang penting setel. Mr Ajib pon nak join x-games kali ni katanya. Pasal sponsor, kedai dia mungkin akan sponsor hadiah ke macam tu. Aku pon x paham. Haha..

Suhaimi (yg paling depan), dan Ayie (yg pakai baju "I love Rock n Roll") dan Fiq (yg pakai spek) sedang berurusan dengan Mr. Ajib


sementara diorang pegi berurusan, aku dengan Wiwit pergi lepak lepak kt tepi situ. Ushar-ushar dalam kedai tu la ape la.. haha..




Petang tu jugak Si Suhaimi pegi main skate kt UTM dengan geng-geng dia. Gambar aku takde tangkap. mm. Nanti la, lain kali. Haha.. Hari tu kitorang balik malam. Pukul 12 malam la baru sampai Parit Raja. Penat pulak aku nak citer satu persatu. Hahaha..

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 12, 2009

Kluang Railway Station: Kopi 'O' + Roti Bun Kaya


Jalan Station, Kluang

Selama 20 tahun aku hidup, ni 1st time aku jejak kaki kt Jalan Station kt Stesen Kereta Api Kluang. Segalanya berpunca daripada persahabatan antara aku, Wewet, Kroko, Ihsan dan Mirul. Budak serumah aku kecuali Kroko. Tapi dia yang selalu setia meneman aku.. Haha.. Romantisme lelaki..

Target utama pada hari ni adalah AKUARIUM yg paling murah. So, kitorang pun bergerak dari Parit Raja ke Kluang sambil meronda-ronda.

Mula-mula pegi kt Kluang Mall. Takde hala tuju. Ronda-ronda kt dlm tu smpi cacat.

Dah abis pusing-pusing dalam tu. Kitorang terus mencari
tempat ngeteh. Last-last smpi la kt Jalan Station. Tempat ni disarankan oleh Wewet. Dia cakap cam ni "Jom kena kopi ngn roti bakar". Kitorang tak cakap banyak, just ikut je.



Aku dan Wewet kt signboard


Ape lagi kitorang terus ke Kluang Railway Coffee iaitu tempat ngeteh. Hoho.. Kitorang sampai memang penuh. Tapi tak lama dapat gak meja.. Sampai-sampai, kitorang order Kopi. Of course la, kt situ kan kedai kopi. Dan juga roti bun bakar inti margerin+kaya.

Aku order Kopi O + Roti Bun (margerin+kaya). semuanya RM2.10. Huhu.. Orait ar tu. Lebih kurang macam mkn kt mamak je..


Sambil melupakan tujuan asal kitorang ke Kluang. Lepak-lepak dan berbual ala golongan korporat. Haha. Habis licin kitorang makan roti. Siap 2nd round lagi. Huhu.. Cheers.. Hebat-hebat belaka perut mereka.



Yeah! penyudah yang mantap. Enak dan pasti aku akan datang lagi bersama yang tersayang. Huhu.. :)



p/s: Mmm. pasal akuarium tu last-last kitorang beli kt Parit Raja je sebab harganya beze giler. Kt Kluang harganya RM45. Kt Parit Raja harganya RM20 je. haha..



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...