Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Dec 28, 2011

Perihal lelaki

"Sebenarnya lelaki bukan gemar perempuan kurus, tetapi lelaki suka perempuan bergetah"
-Shikamaru





p/s: ni zaman bila punya buku naruto tah gua baca.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 27, 2011

Komen gua yang 'tak pandai main bola' kepada game Malaysia vs Bahrain selepas tamat perlawanan

Gua hari ni tak rasa perlu perkara humor. Hari ini serius akibat gua bangun-bangun dah tengah hari. Dah la gua tidur rumah orang. Gua keluar dan dan hujan. Itu satu dah cantik. Gua tunggu reda. Menyesal jugek gua pillow talk semalam sampai 5 jam. Dari hal bolasepak Malaysia yang 'gua malas nak cerita' berterusan kepada hal Liverpool yang 'power betul bila melawan pendahulu Liga' kepada hal 'How can you survive without any cents in your pocket while you are in Penang?' membawak sampai hal Suruhanjaya Pilihan Raya dan lagi topik-topik yang gua tak rasa bernas langsung untuk dibincang pada pukul 3-4 pagi. Perbualan yang menggunakan otak. Selalu orang pillow talk meluahkan perasaan yang ada nilai romantisme, putus cinta, dapat makwe, dan segala cerita-cerita ringan lain yang menyudahkan tubuh kepada idle state. Ini tidak, gua jadi berbual panjang; sama ada mendengar atau bercerita.

Berbalik kepada hal hujan.

Hakim sama Hanip dah mula nyala rokok. Gua makan maruku.

Masing-masing tunggu hujan reda.

Hujan reda. masing-masing bergerak ke haluan masing-masing.

Ok habis cerita tunggu hujan.



*       *      *



Kau tahu buku ni?

kau tahu berapa harga dia?

gua genggam dengan geram,

Lu boleh bayang ensiklopedia yang harga capai beratus, pada hari sabtu itu cuma jadi 5 ringgit? Ini apa benda la. Macam mana hal penjualan buku baru dengan harga murah boleh terjadi?

Tak adil bagi orang macam gua.


Cis.




p/s: kepada yang true betul support Malaysia semalam. Gua ucap tahniah.


Komen gua yang 'tak pandai main bola' kepada game Malaysia Vs Bahrain selepas tamat perlawanan:

Malaysia memang tak power game semalam dan kebanyakan game sebelum ni. Kebanyakan kemenangan adalah atas kelebihan luck. Pada hemat gua, mereka masih muda. Jadi tak mengapa kalau berharap pada luck sahaja. Lucas Leiva dulu pun penah rasa zaman dicaci.

Berbalik kepada game Malaysia vs Bahrain

Dari awal game tak boleh nak tebuk defen Bahrain. Harapkan Nazmi punya gol jauh pun dah bersuka ria. Yang Thamil buat apa. Main forward apa benda macam tu. Ok tak mengapa, lu masih muda. 1st half, berapa kali striker Bahrain boleh sampai depan pintu gol Malaysia? Kira sendiri.

Ok lepas tu nak dapat gol kedua macam mana? Nak harap luck kiper Bahrain buat silap sampai 10 kali? Cantik boleh pergi makan tahi.

Ok gol pertama Bahrain. Defen buat apa? Tengok show orang main takraw dalam kotak penalti?

Gol-gol seterusnya macam mana? cantik kan Bahrain guna peluang? Comeback yang cantik dengan hanya 10 orang bermain dalam tempoh 6 minit (orang kata).

Ada yang cakap dekat gua sebab Nazmi injured dan keluar. Jadi tengah main macam sial. "Ok", gua cakap. Yang lagi 10 orang buat apa? Lagi-lagi Bahrain siap dapat kad merah.

Tapi tak mengapa, mereka masih muda.

Dan lu orang yang baca jangan pula ambil serius, ini hanya komen dari penyokong Malaysia yang cuma duduk mamak. Sambil berbual hal-hal yang bukan bolasepak. Dan juga diganggu orang gila ketika menonton. Jadi ada anasir luar mengganggu tontonan membuat komen gua lebih tertumpu kepada orang gila. Kepada geng Ultras dan Team Malaysia ke hapa benda semua tu. Teruskan. Gua kalau ada dekat stadium pun sama sahaja macam lu orang. Gua akan sokong selagi pengadil belum tiup wisel penamat.

Tapi lu rasa bagus ka kalau gua menyokong membabi buta tanpa ada kritikan? Dan kalau tak bagus kita kena kata bagus? Pergi mati dan sumbat tahi dalam mulut kalau macam tu. Sekurang-kurangnya 70 peratus dari pendapat gua ni ada betulnya. 30 peratus tu cuma gua lebih-lebih provok. Kah kah kah.

Dan gua ada dapat tahu Kosmo ada tulis "Harimau Muda malukan negara".



Dan gua tak bantah. Itu hak penulis. Itu karya dia. Dan gol dua biji malam semalam adalah karya pemain.

Ada yang tak puas hati, apa sumbangan penulis akhbar dan blog dan apa jenis penulisan yang 'mengkritik kebolehan sukan negara' kepada negara berbanding pemain bolasepak yang dah menang sukan SEA?

Kalau pertandingan penulisan ini macam menonton bolasepak di stadium, sudah pasti penulisan ini duduknya dalam acara sukan SEA, Olimpik dan segala sukan.

Penulis pun ada sumbangan, cuma cara mereka mendekati pembaca berlainan. Ada yang baik ada yang buruk. Dan gua rasa Kosmo adalah power bila berani tulis demikian. Tolak tepi apa kata orang.

Konon kata susah senang bersama Harimau Muda ke Harimau Malaya ke hapa benda. Ada ke orang susah senang bersama P. Ramlee, Usman Awang, A. Samad Said ke hapa benda semua seniman? Go to hell. Kita semua adalah hipokrit.

"Woi Pert!!!", gua pandang belakang. Suara panggil gua dari belakang.

SUUUPPPPP!!

Gua tiba-tiba dah terduduk sambil tangan gua lekap pada perut gua. Boleh tahan juga jurus budak ini.

Gua macam rasa pening. Gua fikir mesti serangan budak ini dilengkapi pisau racun yang tersisip pada pergelangan tangannya.

Penglihatan gua makin kabur. Dari tadi sebenarnya gua tak dapat pastikan macam mana rupa sebenar budak ini. Yang gua nampak macam dia pakai jersi Bahrain.



p/s 2: cantik gol Nazmi tu.gua harap ada la player malaysia baca 'artikel' ni




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 10, 2011

Hero Yang Digemari

Bilal Rohim: Mat Indera hero

Tahir Johari: Dato' Onn Hero

 Wong Tai Lei: Lee Kuan Yew hero

Raju Kinival: Sambanthan hero

Ezra Gazit: Ariel Sharon hero 

Abdalgar Macduff: Adolf Hitler hero

Kawan Sebaya Gua: Jason Ranger Merah adalah hero.

Adik-adik zaman sekarang: Ben10 la baru hero.



Macam-macam pandangan terhadap hero. Masing-masing ada hero.

Kalau pilihan hero itu buat lu jadi kuat, buat lu termotivasi untuk terus hidup. Teruskan. Itu lebih perlu.

Macam gua, hero gua adalah Monkey D Luffy. (macam bodoh je hero gua)

Lu nak pertikai apa?



p/s: malas gua nak tulis isu komunisme. Baca la 'Tulang2 Berserakan' karya Usman Awang. Sedap juge.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 11, 2011

Kaver 'Cewah'

Gua dah bosan memang gua melukis.

Semalam gua tarik laci jumpa pensel, ni hari gua tarik laci terus ambil pen. Pen tu memang ada sentiasa dan gua memang tahu. Pasal gua pakai buat tulis laporan.

Gua raba poket seluar. Gua tahu sangat memang ada.

Buka je buku nota kecik gua. Terus gua lukis tanpa ada lakaran. Gua terus bajet-bajet.

Macam celaka rupanya lukis kalau takde lakaran pensel.

*      *      *

Dekat 20 minit gua rasa.
Diadaptasi dari kaver depan 'CEWAH'
Gua guna alat-alat pen sama market whiteboard je.
Gua sambung ronda.

p/s: hari ni lebih 4 lukisan gua buat. Besok kalau dakwat pen habis jangan tanya gua. Ahaks.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 30, 2011

CEWAH


"Tiba-tiba hari ni gua tak ada mood sangat nak bergurau"
-Mamat belengging



Lu orang ingat gua minat sangat sama mamat belengging pada cover blook tu? Ceh. Buang masa.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 31, 2010

31 Ogos 2010: Gua berjaya mendapatkan..

2 minggu lepas rasanya,

Aku, Lim dan Ijat Bonggo 2.. Duduk berbual mnegenai kehidupan. Kami bual gaya mafia lama, tanpa ada keluarkan sepucuk pistol pun. Duduk dengan otak yang sarat dengan masalah. Bermula dari kisah 'Samad si penjual burger', hinggalah ke soal keimanan.

"Ko ada tau tak pasal 'The Secret'?", Lim tiba-tiba mengajukan soalan yang kurang masuk akal ketika 3 pagi bulan ramadhan.

"Ntah, pebenda 'The Secret'?", aku bertanya semula.

"Laa.. Korang tak tau ke?", sambil buat muka ye-ye terhadap aku dan Ijat Bonggo 2.

Suasana pagi itu tiba-tiba seakan-akan berubah dek kerana sifat ingin tahu aku serta Ijat Bonggo 2.

Si Lim pun menerangkan secara simpel dan mudah difahami. Aku pun pergi kencing.

(cerita yang ni nanti aku sambung lain kali.. Insya Allah)

*      *      *


Hari ni pula, aku pergi Bandar Penggaram. Cari bahan buka. Aku mundar-mandir di bazar.Last-last sangkut kat satu kedai. Dia ada tulis 'Beryani Kambing'.

Aku berhenti kat situ,

"Cik, kambing", aku memberitahu kemahuan aku kepada pak cik yang jual itu.

Beliau ushar aku macam aku pernah rogol kambing beliau.

"Beryani kambing", aku mengubah susunan kata-kata. Mungkin kata-kata tadi membuat hati beliau panas. Mungkin beliau berfikir aku mngatakan dirinya kambing. Tapi takkan dia tak tahu susunan ayat aku punyai tanda koma??

Beliau masih pandang paiseh lagi kat aku.

"Mungkin memang muka pak cik ni macam ni, atau muka aku macam Raul Albiol??", detik hatiku.

"Berapa? Satu??", tiba-tiba satu pertanyaan terpacul keluar dari mulut beliau.

"Haa..", itu je yang dapat keluar dari mulut aku setelah meneliti kelakuan pak cik ni.

Gua pun amik bungkus nasik tu, bayar RM6 dan mundar-mandir kembali.

*      *      *

Tiba waktu berbuka, aku landing dekat mapley yang ada kat Carrefour. (Time kat sini ada macam-macam cerita sebenarnya, tapi aku malas nak cerita, meresap)

6 ringgit pun 6 ringgit la.. Janji best. huhu
Aku buka je macam orang Islam normal yang lain. Tapi aku buka delay la dalam 5 minit, gara-gara kisah yang aku tak nak ceritakan tadi.

Habis makan, aku rehatkan minda bersama Si Harum, Si Gurih dan Si Nikmat. Mereka ni sangat paham kehendak aku. Mereka ini sayang pada aku. Mereka ini..... best.

Sambil Si Harum, Si Gurih dan Si Nikmat melayan kerenah aku. Fikiranku melayang-layang memikirkan kata-kata Lim dua minggu lepas. Mengenai 'The Secret'. Sebenarnya aku dah semakin mempraktikkan ajaran Lim ni dalam hidup aku dan banyak yang menjadi. huhu.. Terima kasih Lim. Terima kasih Tuhan kerana menghantar Lim untuk mengajarkan sesuatu kepada Pert.

"Aku mesti dapatkannya, minggu lepas aku datang takde, minggu ni mesti ada, kalau takde pun takpe, sekurang-kurangnya aku dah cuba", detik hati kecilku (lagi skali dalam entri ini).
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...