Apr 17, 2013

Rasuah dan entah

Pada suatu hari di zaman akan datang yang serba maju dan canggih. Saya sedang bermain pakau bersama budak-budak saya. Ketika itu saya mengepalai suatu syarikat percetakan yang tersohor.

Tiba-tiba datang seorang pemuda. Umur lingkungan 30-an. Saya ambil peduli seketika. Saya sanggup berhenti bemain pakau walaupun ketika itu saya sedang ke arah kejayaan.

"Assalamualaikum", sapa pemuda itu.

"Wa.. aaa.. laikum.. salam...", saya menjawab salam sambil mulut mengemam rokok yang masih berasap. Pedih juga asap masuk ke mata.

Saya perhati atas bawah pemuda itu. Berkemeja dan berseluar slack hitam. Saya geleng kepala. Apa punya pesen la budak ni.

"Ya encik boleh saya bantu", saya dengan penuh budiman meletakkan daun pakau atas meja dan meninggalkan meja bermain pakau. Budak-budak saya  terhenti permainan.

"Emmm.. saya ingat nak cetak buku la, boleh bagi sebut harga?", tanya pemuda itu semula.

"Em, buku macam mana ya?", saya tanya semula.

"emm.. macam ni", pemuda itu menunjukkan satu contoh buku dan menghulurkan kepada saya.

Saya perhatikan kulit luarnya guna kertas kad dengan kemasan tanpa kilat, isinya macam buku novel luar negara, kertas buku mesra alam.

"Boleh, nak berapa ribu ketul?", saya menanya sambil menghembus asap rokok ke merata-rata. Agak teruk juga sikap saya.

"Saya nak oder 1000 je, tapi saya nak besok", pemuda itu terangkan.

Lantas saya menyepak belikat pemuda itu.

Tersungkur dibuatnya pemuda itu.

"Kau ni ada akal ke tidak?!!!!", saya seraya menengking selepas melakukan sepakan.

"Saya bayar, saya bayar lebih", kata pemuda itu walaupun sudah tersungkur.

Saya sambung memijak muka pemuda itu, sambil tangan saya masih memegang buku contoh tadi. Saya memijak-memijak memijak memijak hinggalah wajah pemuda itu peroi.

"Saya tidak ambil rasuah", saya menegaskan sambil melempar buku contoh apa benda entah ke muka pemuda itu.

Kemudian saya kembali ke meja pakau, merampas satu botol minuman beralkohol milik budak saya yang bukan Islam. Saya bawa botol itu ke tempat pemuda yang wajahnya peroi itu kemudian menuang ke serata pelusuk tubuh pemuda itu.

Saya kemudiannya menyalakan sebatang mancis dan membakar pemuda yang hendak merasuah saya itu.

Habis terbakar seluruh badannya.

"Ini aku tak suka ambil pesanan dari golongan macam ni, sikit-sikit nak cepat, sikit-sikit nak cepat, pastu nak rasuah aku"



p/s: Rasuah ni dah jadi barah, sampaikan budak-budak remaja pun dah mula terikut-ikut sikap orang tua yang rajin merasuah. Ye gua tahu lu ada duit boleh bayar, tapi adakah kau boleh membeli Kaabah jika Nabi Ibrahim tak pernah membinanya sejak dari awalnya? Itulah konsepnya, masa, tragedi, sentimental, rock n roll, pertumpahan darah, idea, kebijaksanaan, kuih muih, setitik peluh petani, dan babi. Kalau kau ada duit apa kau boleh beli kuasa tuhan? Itu lah ramai tak faham, semua orang nak segera. Satu je kalau kau nak semua dekat dunia ni segera, amalkanlah sikap yang baik-baik. Amalkan sikap penyabar. Dan satu lagi, penyabar sahaja tidak guna kalau tidak berakal. Contohnya kau oder nak cetak buku yang kau nak guna pada 25 Mei, dan kau oder pada 24 Mei dan kau cakap, "Takpe saya boleh tunggu sini sampai siap besok". Ketika itu, gua akan senyum dan bakar ahli keluarga engkau.  Kau tahu tak, itulah contoh kes penyabar yang bengap. 


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 16, 2013

Makwe gua

p/s: yeah yeah yeah
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 7, 2013

Manifesto i

Emmm..

Tok! Tok! Tok!

Cubaan suara.

Emmm..

Macam ni jelah.

Jikalah kami memerintah, ada banyak benda kami nak ubah.

Yang pertamanya, kami akan runtuhkan bangunan-bangunan pencakar langit.

Dan mana-mana batu yang masih elok tu kami akan kumpulkan untuk buat rumah untuk golongan belia yang masih tidak mampu membeli rumah. dan rumah-rumah tu semua percuma. Percuma kau tahu.

Yang kedua, kami akan hapuskan penguasaan bank terhadap negara.

Jadi tiada pinjaman-pinjaman akan dikeluarkan lagi lepas ni. Siapa ada duit cukup baru boleh beli kereta atau rumah. Tapi pasal rumah anjing apa nak beli lagi, tadi saya dah kata nak bagi percuma.

Yang ketiga pasal kereta. Kita tak akan ada import kereta luar lagi. Kali ini dasar tertutup. Malaysia untuk orang malaysia.

Yang keempat, rokok. Rokok kami akan tutup kilang buat rokok. Jadi siapa nak hisap juga boleh pergi ladang, beli kilo. Buat sendiri.

Yang keempat, pasal PTPTN. Yang tiap-tiap bulan bayar ada caj perkhidmatan tu, kami akan buatkan satu akaun untuk setiap yang bayar. Jadi habis sahaja bayar hutang PTPTN, boleh tuntut duit caj tu semula. Secara tak langsung ada juga simpanan dua tiga ribu. Rasanya la.

Yang kelima, kami akan memberi dana untuk band-band rock yang baru nak naik. Mana-mana lagu yang sedap akan dijadikan lagu rasmi untuk seminar-seminar kerajaan. Jika tidak sedap akan diusulkan untuk jadi lagu sekolah atau maktab. Dan jangan risau, royalti akan dikira bulan-bulan.

Yang keempat, mana-mana yang baik dari kerajaan dahulu akan diteruskan.

Yang kelima, saya lupa. Tapi banyak benda hal berkaitan duit la.

Bukan apa, kita ni negara pra membangun sebenarnya. Jadi saya tak galakkan orang malaysia pakai barang import. Jika asik membeli barang import, duit banyak keluar. Jadi kedudukan kewangan kita ni macam telur di hujung tanduk.

Kamu akan kata mana pergi duit minyak, duit cukai, duit apa entah lagi.

Tapi duit itu kalau saya memerintah nanti saya dah ketepikan dahulu untuk buat tugu lembu emas yang sangat hikmat dan gergasi dekat Pekan Nanas. Peduli apa saya duit rakyat ke apa.

lagi satu, saya kalau memerintah, saya akan pastikan jabatan pertanian akan memberikan benih tanaman yang penting untuk semua rakyat. Kemdian, untuk mendapatkan benih ganja dan popi dan juga koka, kamu perlu mendaftar. Kita akan jadi negara pertanian yang sentiasa mengeksport bahan mentah pertanian. Lebih-lebih lagi kita akan jadi negara yang menguasai dunia menggunakan bahan mentah untuk perubatan. Pertanian kita akan merevolusikan dunia.

Dengan teknologi pertanian yang bertambah pesat, kita akan mengumpul dana untuk meningkatkan teknologi perang. Apa guna graduan universiti yang belajar kejuruteraan tapi tidak mahu mengkaji teknologi peperangan. Kita perlu menjajah. Kita perlu menjajah negara sekeliling kita. Kalau boleh menjajah dunia. Kita kena menjadi negara yang digeruni.

Bila kita menjajah, kita akan merampas hasil bumi orang lain, jadi kita akan jadi kaya. Jika dah kaya, kamu semua tak akan memberontak. Tapi yang kau orang kejar sebenarnya duit kan? Jadi saya akan bagi duit banyak-banyak dekat kamu semua sehingga kita inflasi. Orait?

Nak minum teh, kita perlu membayar RM250.

Ok apa. Duit banyak kan?

Banyak lagi kalau saya nak senaraikan manifesto. Nanti-nantilah.

Wabilahitaufik walhidayah.

Wasallamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

(applause)



p/s: kalau gua tulis p/s yang betul, orang geli pulak nak baca, jadi adalah lebih baik gua jadi hipokrit. Hidup sebagai hipokrit adalah lebih senang. Poser tak poser, gua kena hipokrit kali ni. Suka hati gua. Ini badan yang tuhan tangungjawabkan ke gua untuk jaga. Jadi macam ni cara gua jaga, peduli apa kalau lu orang nak bising.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 1, 2013

Posen

Gua lapar gila babi.

Gua sampai rumah laju-laju nak ajak orang lain makan.

Sampai rumah pintu kunci, siap mangga.

"Peh, kemana pula budak budak ni", detik hati gua.

"Ah, peduli ah, gua lapar sekarang, gua nak pergi makan", kata gua dalam hati.

Babi lah, bila seorang-seorang macam ni dah macam sial banyak betul 'dalam hati'. Tak sudah-sudah.

Gua masuk rumah salin pakaian untuk pergi makan.

Gua meset kawan lain ajak pergi makan.

"Gua masak kat rumah"

"Cilake"

Gua terus pergi kedai dekat depan.

Masa gua sampai ada cerita yang ada Karlos dengan Kenji. Apa benda entah.

Gua terus memesan hidangan makan malam. "Nasi ayam dengan teh ais, kak".

"Makan?"

Gua angguk.

"Yelah makan cilake, abis lu ingat gua nak hidu je?"

Kenji ajak Karlos jual DVD. Kenji pandai cakap cina. Karlos kata nak balik rumah makdia sekejap. Kenji pergi buat kunci untuk Karlos.

Nasi gua pun sampai.

Gua makan macam gua pelarian di padang pasir.

Lapar macam setan dari pagi tak makan nasi.

Nasi ni penting kau tahu, nasi ni penting macam oksigen. Kalau kau nak tahu orang melayu ni bernafas sebenarnya guanakan nasi. Nasi. Nasi.

"Peh tak berapa sedap", kata gua dalam hati. Hari ni 'dalam hati' ni dah jadi macam setan. Banyak nak mampus.

Dalam keadaan lapar macam cilake pun gua nak pertikai hal nasi sedap atau tidak. Teruk betul sikap kemanusiaan dalam diri gua ni. Sentiasa nak protes pemberian tuhan. Penyakit ni gua tak tahu penyakit apa.
Tapi ini tak lari jauh berkait dengan hal "Percaya pada qada' dan qadar". Tapi sekarang qada' dan qadar gua adalah gua lapar dan mendapat nasi. pedulik ah.

Jadi sedang gua sedang makan, gua tengok televisyen ada siaran pasal Sun Wukong. "Bergaya juga Wukong ni".

Jadi gua habiskan nasi dan ayam gua.

Gua nyala rokok sebatang. Hisap pantas. Ini tak lain tak bukan pasal gua kena balik lambat. Jadi gua protes. Gua protes dengan buat semua perkara dengan keadaan laju. Jadi makan gua, hisap rokok gua, berjalan gua, menunggan motosikal gua, menjadi sesuatu yang sangat laju.

Selesai gua hisap rokok. Gua tengok beg duit.

Ada 54 ringgit tak termasuk syiling dalam poket.

"Ni gua makan silap-silap kena enam ringgit ni.", kata gua sendirian.

"Mana cukup ni duit kecil ni, orang melayu niaga bukan suka orang bayar duit besar", sambung gua lagi dalam hati.

Tapi gua nekad. Gua terus pergi kaunter dengan meletak harapan tinggi yang kakak kedai itu akan bagi baki kalau gua bayar pakai duit 50 sekeping.

"Semua lima ringgit dua posen", kakak tu beritahu gua.

Gua senyum, dalam dompet ada duit kecil empat ringgit, campur syiling yang mungkin ada seringgit dua, cukuplah ni gua nak bayar duit makan.

Gua keluarkan empat ringgit.

Gua gali poket kiri, dapat lima posen. Gua dah mula berpeluh. mana sial duit syiling gua banyak-banyak.
Mati ni macam ni. Gua betul-betul mati akal. Gua terkais-kais.

Akak kedai tu menunggu penuh rasa hormat pada pelanggan yang makan.

"Tak cukup berapa posen ni entah", kata gua dengan ton rendah. Gua malu.

Jadi untuk cerita jadi lagi panjang, gua segera keluarkan duit 50 sekeping, beri pada akak tu.

Akak tu tolak duit 50 tu.

"Takpe, takpe, tak cukup berapa posen?", kakak tu tanya gua.

"Entah.... bape entah", gua dah jadi macam babi dekat kaunter tu.

"Takpe, posen-posen tak pe, beri je berapa yang ada", kakak tu menenangkan gua.

Gua hulur semua duit kecil yang gua ada. Jumlahnya lebih kurang empat ringgit tujuh posen. Gua tak ingat nilai tepat duit yang ada atas kaunter pasal gua dah kelam kabut.

"Terima kasih kak", kata gua sambil tunduk.

"Sama-sama", balas akak tu senyum.

Gua terus jalan tunduk tengok lantai.

Berlalu pergi.

Ini kalau gua makan di kawasan yang takda duit baki, lepas tu tak boleh kawtim harga. Boleh jadi gua bergasak jugak dengan tokey kedai.

p/s: Nasib baik masih ada 'manusia' lagi
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...