Showing posts with label Johnny Punk Beroleh. Show all posts
Showing posts with label Johnny Punk Beroleh. Show all posts

Oct 10, 2013

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 14)

Bertebaran bangkai bangkai babi-babi, tidak kira babi empat kaki mahupun dua kaki, semuanya bergelimpangan. Debu masih menyelubungi kawasan depan kilang menghala ke stesen minyak. Banyak kereta dari arah Sri Gading tersangkut tidak bergerak. Yang dari bandar juga sudah awal-awal membuat pusingan U di Batu Pahat Mall. Bau darah menyelubungi kawasan perindustrian itu.

Dari kesamaran debu dan asap, satu lembaga muncul dengan berjalan megah memikul senapang gatling Glagolev-Shipunov-Gryazev lengkap dengan beg peluru. Dia berjalan terus menghala ke Parit Haji Salleh. Setiap derapan tapaknya bagai hentaman piling. Bergegar bumi.

Tiada satu pun manusia yang ada di kawasan tersebut apabila pada awalnya semuanya sudah bertempiaran ke arah bandar. Lengang bagai bandar zombi. Suasana yang suram macam hati Johnny yang remuk sebentar pada awalnya.

*      *      *

"Ohh macam tu ke?", Gary mengangguk angguk mendengar cerita dari Johnny.

KELENCANGGG!! TENGG!! TENGGG!!

"Waoiii!!! apahal woi apahal woai?", Johnny kelam kabut merendahkan pusat gravitinya sambil memegang tempat bersandar pada pew. Tangan kirinya pula lekas memaut lengan Gary.

Kelihatan satu cawan perak dekat altar jatuh dari tempatnya.

BRRRR!!! BRRRR!!! bergoncang juga lantai bumi sedikit demi sedikit.

Mereka berdua kini sedang bercangkung.

"Gempa bumi apa ni?", mereka bertanya sama mereka sendiri.

"Bukan kita terletak di luar lingkaran api pasifik ke?", tanya Johnnya kehairanan.

"Kau tak boleh memandang rendah kebolehan Tuhan, John. Dia boleh buat apa saja yang luar jangkaan engkau", Gary menenangkan persoalan mereka dengan menyerahkan soal hal-hal yang pelik kepada Tuhan.

"Betul juga, abis ni macam mana ni?!!", Johnny bertanya dalam keadaan memekik untuk menimbulkan suasana panik.

"Entah!!! Aku rasa baik kita keluar dari bangunan, kita ke tanah lapang di luar sana!!!!", Gary memberi idea yang cukup berakal pada ketika yang huru-hara, suasana bertambah panik apabila mereka berbual dengan gaya memekik-mekik.

KELENTUNGGG!! TUNGGGG!!!

Satu lagi cawan perak jatuh dari altar.

Mereka bersegera lari ke muka pintu.

Di luar satu tiang talian telefon jenis kayu telah tumbang menghempap satu warung berdekatan. Mujur pemilik warung sudah lama meninggalkan perniagaan makanan dan beralih kepada peniagaan multi-level dalam hal penjualan ubat kurus. Bermakna tiada nyawa yang melayang atas sebab tiang telefon itu.

"Apahal ni doh, apasal macam sangkakala dah ni woi?", tanya Johnny dalam nada kurang memekik, namun masih beramplitud tinggi.

"Kau cuba tenang John, aku lempang kang, aku pun mana la tahu, aku ni paderi, bukan ahli nujum!!", Gary memekik, tapi bila dilihat seperti bangang juga memekik kerana tiada angin yang kuat. Bermakna tiada gangguan untuk gelombang bunyi dari mulutnya sampai ke telinga Johnny.

BRRRRRR!!!! BRRRRRR!!!

Bumi bergegar lagi, mereka berdua pantas meniarap sehingga kedua-duanya senak telur akibat hentaman pada tanah dengan kadar jatuh bebas bantuan graviti. Masing-masing kelihatan memegang kawasan kelengkang masing-masing untuk mengurangkan kadar senak. Terpejam-pejam mata mereka. Kemudiannya ketawa terbahak-bahak. Suasana panik tadi hilang begitu sahaja.

Selang 10 minit kemudian frekuensi gegaran tidak terlalu banyak seperti awal tadi dan semakin lama semakin halus gegaran yang diterima, dan mereka pun berani untuk bangun dan berjalan. Johnny bergerak ke arah basikalnya, "Woi nak ikut aku pergi minum tak?", Johnny mengajak Gary. "Ala, dekat sini pun ada banyak air, nak pergi minum buat apa", Gary menyarankan. "Air bende je la ada dekat sini cilake", Johnny mengerutkan dahi sambil memonyokkan muka. "Air holy, kah kah kah", Gary terus naik membonceng di belakang Johnny sambil masih ketawa.


Mereka terus berbasikal ke Pak O.


bersambung

p/s: mana hujung mana pangkal aku dah tak tahu ni.. gampang gampang..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 11, 2012

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 13)

FUHHH!!

"Letih juga rupanya mengayuh sampai ke gereja", keluh Johnny sekejap-sekejap termengah-mengah.

Gereja hari itu lengang. Hari selasa bukan hari keramaian. Kecualilah ada majlis perkahwinan atau lawatan tadika. Pintu gereja terbuka luas. Mengalu-alukan kedatangan Johnny dan juga sesiapa. Tidak mengira agama, bangsa atau negara. Johnny baringkan basikalnya dekat tangga gereja dan terus melangkah perlahan-lahan masuk ke dalam tempat ibadat itu.

"Woi Gary!!!", pekik si Johnny. "Garyy!!!"

"Haaaa!!! ada apa pemuda budiman", sahut Gary yang duduk di pew yang paling depan. Barangkali tadi sedang khusyuk berdoa.


*      *       *


"Woi bangun woi.. bangun woi"

"WOI!!!!!!"

Melenting Effendi seperti orang kerasukan. Kemudian terus bingkas berdiri dan memekik mekik tanpa tahu butiran percakapannya. Tidak selesai dengan itu Effendi kemudian berlari setempat dengan mulutnya masih memekik-mekik seperti orang isim.

BUOKKKK!! BUOOOKKK!!! BUOOOKKKK!!!

Aneh betul bunyi yang dikeluarkan Effendi sampaikan Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu menjadi kaget. Risau juga raut wajah Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu melihatkan keadaan Effendi yang tiba-tiba berperangai seperti binatang. Terlintas juga dalam kepala Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus, boleh jadi kesan dari dia menampar Effendi atau pun pekikannya yang betul-betul pada lubang telinga Effendi.

"WOI!!!!"

Effendi tidak ambil endah pekikan Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu.

BUOKKKK!! BUOOOKKK!!! BUOOOKKKK!!!

Effendi masih memekik-mekik tidak tentu hala seperti tadi.

"Tak boleh jadi kalau macam ni seharian, ini bakal mendatangkan bala.. Boleh jadi tentera-tentera Sauron boleh mengesan kedudukan aku serta budak ini", Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus bercakap kepada pokok hutan yang besar benar itu.

Perlahan-lahan Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu menyelinap di sebalik Effendi. Effendi leka betul memekik-mekik dari tadi. Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus dengan sangat pantas seperti citah menyambar bibir bawah Effendi mengguna tangan kanannya dan tangan kirinya memain peranan menyumbat daun-daun kering ke dalam mulut Effendi. Tersembur-sembur jadinya daun-daun kering itu berhamburan ke serata tubuh Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu. Effendi terpejam celik mata kemudian tunduk menggeleng-geleng kepala. Ada alamat yang Effendi sudah pulih. Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu tersenyum dengan sedikit muncung angkuh kerana berjaya meredakan keadaan.

BUOKKKK!! BUOOOKKK!!! BUOOOKKKK!!!

Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus tidak ambil langkah bebal seperti tadi lagi segera terus melipat siku Effendi ke atas dan merapatkan ke dada Effendi. Kemudian, Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus dari belakang memeluk Effendi dengan cara menghenjut. Effendi terus longlai terjelopok ke tanah.

"Dulu waktu zaman pengakap, kawan-kawan aku panggil mainan ni Total recall", bentak Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus sendiri.



p/s: kepala gua berdenyut betul la.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 24, 2012

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 12)

"La yeke...", keluh Limah. "Ingat tadi kenapa terhendap-hendap macam nak rogol kite". Terus sahaja Limah menuangkan kopi ke cawan Pak Endut. Beranda rumah itu setinggi 4 mata tangga. Pesen rumah Felda lama. Di beranda rumah Limah ada satu meja bulat diameter lebih kurang 2 kaki, selesa untuk minum kopi. Pak Endut terus menerus memerhati Limah. Lawa. Boleh jadi sakit pinggangnya disebat Limah tadi sudah ghaib.

"Ini tulisan orang putih ni Pak Endut dapat dari mana?", tanya Limah.

"Ohh, itu anak aku.. Aku pun tak tahu tiba-tiba macam kena sampuk membaca benda tu", Pak Endut Mat Lazim menjelaskan kemudian terus menghirup kopi. Srupppp!! Srup! Srup! Perlahan-lahan.

"Ni kira nak kite bacakan semuanya la ni?", lembut Limah bertanya. Dengan rupanya yang lawa. Pak Endut terus tidak terkebil-kebil. Belalak matanya memerhati dada Limah. Limah walau berbaju kurung, tapi aura seksi itu masih wujud. Mungkin salah satu sebab memang dia lawa macam Selma Blair. Entah la.

"Ha la", Pak Endut mengiya. Namun mata masih tidak bergerak. Masih menumpu di tempat sama.

"I am anti-christ", Limah mula membaca.

Ok, ini Limah

*      *      *

Melati masih lagi tidak berhenti dengan telefonnya. Masih galak seperti awal tadi.

"Dah, dia dah blah. You cepat la ambil I", Melati meyakinkan dengan nada menggoda.

Kemudian Melati tersenyum sendiri dengan telefon masih di telinga. Membencikan betul gayanya.

POONNNNNNNNN!!!!

Tiba-tiba sebuah lori membawa babi datang melulu ke arah tempat betul-betul Melati berdiri sambil berbual dengan telefon.

Melati tidak sempat mengelak. Lori membawa babi itu juga tidak sempat mengelak.

Tubuh Melati menghentam grill depan lori membawa babi itu dengan sangat kuat. Kemudian bahagian belakang lori itu terangkat dengan tinggi sehingga hampir 90 darjah dari tanah. Bahagian hadapan kepala lori membawa babi itu kemik. Kemik yang bengkel pun geleng kepala menengoknya. Babi-babi di belakang semuanya riuh macam babi. Bahagian belakang lori kemudiannya jatuh semula mengikut aliran graviti. Pintu kandang tiba-tiba pecah ketika hempasan ke tanah. Maka berhamburanlah babi-babi keluar ke atas jalan raya. Keadaan menjadi sesak apabila babi-babi itu semua bertempiaran. Ada juga babi-babi itu sempat melakukan seks beramai-ramai menyebabkan laluan dari Esso ke Taman Peri penuh dengan babi. The Pig Horde.

Pengguna-pengguna kenderaan bermotor yang sedang melabuhkan kenderaan untuk diisi minyak di Esso kemudiannya semua histeria bila nampak babi yang banyak. Mereka kebanyakan lari lintang pukan tanpa ada hala tuju. Tapi kebanyakan lari menyelusuri Jalan Kluang menuju ke bandar. Lebih tepat menuju ke Batu Pahat Mall yang merupakan gedung beli-belah pertama yang mereka akan jumpa dari Esso. Keadaan tambah huru-haru apabila babi-babi yang tadi baru melakukan seks, terus melahir anak. Tindak balas biologi yang berlaku di depan mata mereka sudah tidak berlandaskan hukum alam yang pernah ditulis di mana-mana buku sebelum-sebelum ini. Keadaan dah jadi macam keadaan pra-kiamat. Babi-babi yang baru lahir itu pula terus berdiri dengan dua kaki. Sangat menakjubkan. Dan mereka semua tiba-tiba sudah dilengkapi dengan pencakar tahi yang diperbuat dari besi yang entah dari mana entah pencar itu muncul. Babi-babi yang masih berdiri dengan empat kaki mempunyai tabiat yang teruk. Mereka berak merata-rata dan makan di kawasan tahi mereka. Jadi babi-babi yang berdiri menggunakan dua kaki inilah terpaksa membersihkan segalanya kerana mereka ada pencakar.

Dalam suasana yang hiruk pikuk itu, tiba-tiba bangkai kepala lori itu bergerak. Bukan bergerak sedikit-sedikit, tapi keseluruhan kepala lori itu terbalik. Suasana di kawasan kepala lori itu penuh asap serta debu. Menjadikan pemandangan kurang memuaskan.

Satu susuk manusia keluar dari kawasan debu itu. Dan dapat dilihat jelas di tangannya adalah senapang gatling Glagolev-Shipunov-Gryazev dengan berjuta peluru berantai yang tersemat bersama. Namum wajahnya masih belum jelas kelihatan.

"DIE YOU MOTHER FUCKER!!!!!", jerit susuk tadi itu kuat-kuat.

Senapang gatling Glagolev-Shipunov-Gryazev itu sudah memulakan putaran. Bermakna...

DUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUDUUDUDUDUDU!!!!!

p/s: gua tak tahu nak taip bunyi mesingan macam mana.

Ok, ini Limah yang menggoda

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 31, 2012

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 11)

"Kita kena cari sungai. Dari situ tahulah kita mahu menuju ke mana.", Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu menyatakan buah akal. Sambil Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu terus berjalan lebih hadapan dari Effendi. Menerobos ke dalam semak-semak. Hutan pokok tinggi semakin ditinggalkan ke belakang.

"Mana pak cik tahu kedudukan sungai?", Effendi bertanya sambil tangan masih di dalam seluar menggaru punggung.

"Pak cik tahu la", Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus jawab ringkas.

"Dah kenapa tiba-tiba tahu, dari tadi saya perhati pak cik ni macam sesat."

"Mana mungkin aku sesat wahai anak muda kerana aku pernah masuk kumpulan pengakap suatu ketika dahulu"

Effendi terus terdiam.

Effendi menjadi musykil juga, bukan kerana hal pengakap. Ini kerana hal rupa. Rupa Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu adalah bukan rupa orang kebanyakan di kawasan kampungnya. Malah rupa Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu ada kesan pendarahan orang putih. Yang menjadi aneh adalah, bagaimana Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus ini boleh fasih berbahasa melayu.

Maka diteruskan juga perjalanan Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus bersama Effendi Mahmud. Ini merupakan suatu pengembaraan yang baik pada fikiran Effendi.

"Pak cik, saya rasa saya ada dengar bunyi sungai"

"Mana mungkin ada bunyi sungai di sini, lihatlah belantara sekeliling kamu"

"Tapi ini serius. Kita kena selamatkan anak dolfin"

Tidak semena-semena tangan kanan Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu terhayun tinggi kemudian tepat menempeleng kepala Effendi.

Effendi tercampak 15 kaki ke arah pokok gerutu.

Effendi terus tidak sedarkan diri.

Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu terus angkat Effendi dan memikulnya.

"Ini akibatnya kalau kau terlalu lucu di dalam hutan. Aku ini pengakap", Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus mengomel sambil meneruskan pengembaraan.


p/s: aku mahu minta duit kerajaan supaya bayarkan hutang aku pada institusi pelajaran aku.



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 13, 2012

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 10)

Johnny berkayuh. Dah nak sampai depan BP Mall. Tak pasal-pasal Johnny rasa sebak.

Tapi Johnny ada misi. Johnny mesti pergi bandar.

Dia hendak berjumpa dengan Gary. Gary bukan punk. Gary cuma seorang paderi. Dan niat Johnny berjumpa Gary buka fasal hendak belajar ibrani, atau menelaah bible, atau hendak pembaptisan. Johnny cuma perlukan Gary. Saat-saat macam ini Gary sahajalah yang boleh diharap. Macam suatu ketika waktu habis tingkatan enam. Johnny ada masalah dengan Pak Endut Mat Lazim. Fasal duit. Fasal duit untuk beli basikal. Johnny pergi berjumpa Gary. Waktu itu riwayat Gary baru 35. Baru masuk join paderi. Tapi Gary tiada terlintas mahu mengkristiankan Johnny. Cuma Gary berfikir atas dasar manusia sama manusia. Gary mahu tolong Johnny. Penyudahnya, Gary guna duit gereja tolong belikan basikal Johnny.

Tapi hari ini lain. Kalau Gary beri semua duit gereja pada Johnny, belum tentu masalah ini selesai.

Dalam perjalanan nak ke gereja dekat-dekat Taman Soga, Johnny berhenti sekejap. Dekat hospital lama.

*      *      *

Aneh.

"Tadi siang lagi", getus Effendi Mahmud sambil menggaru-garu punggung dengan memasukkan tangan di dalam seluar. Gatal agaknya. Agas-agas hutan barangkali sudah masuk jauh ke dalam seluar.

Effendi terus menyusur jejak gajah.

Tapi hal tentang tiba-tiba kawasan hutan itu menjadi malam, memang tak dapat dirungkai. Effendi sendiri yang belum sempat tertidur sejak lari dari rumah Limah pun tak dapat mengagak. Sedang baru selang berapa puluh minit. Mana sampai sejam dia terjerumus masuk ke belantara.

Dalam seronok menyusur jejak gajah, tiba-tiba tangannya disentap kuat. Terus Effendi terduduk masuk ke dalam perut pokok yang sudah tumbang. 

Seorang pakcik. Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus.

Effendi hendak membuka mulut untuk menjerit. Namun terus ditekup mulutnya oleh pakcik yang entah dari mana entah.

Tak sempat lama berlindung dalam kulit pokok lama, kedengaran bunyi kuda. Dari bunyi macam itu gayanya, ada lebih kurang 3 ekor kuda.

Tangan besar pakcik itu masih menekup mulut Effendi Mahmud. Padahal Effendi dah malas hendak menjerit. Maka Effendi mengeluarkan lidah menjilat-jilat telapak tangan pakcik itu. Dibiarkan sahaja.

Tiba-tiba seekor kuda siap dengan penunggang yang berpakaian besi warna hitam melintasi atas mereka.

Diikuti lagi seekor.

dan lagi seekor.

dan lagi seekor.

dan seekor beruang.

Mereka semua pantas meninggalkan tempat Effendi berlindung.

"Askar Sauron", tiba-tiba pakcik yang dari tadi senyap bersuara. Tangan masih menekup mulut Effendi.

bersambung

p/s: apa ni sial cerita kau.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 25, 2011

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 9)

Melati Swatzosksi

p/s: gua sampai dah tak tahu mana hujung, mana pangkal cerita ni.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 14, 2011

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 8)

Johnny lantas sorong basikal. Makin dilayan si Melati ni makin macam punai. Ada baik kalau Johnny pergi menjerat burung. Untung kalau dapat Phoenix, boleh dijual ke funfair. Satu Phoenix boleh cecah 223 jongkong emas. Kalau nak dibela pun tiada guna. Phoenix ni makannya mahal. Susah nak dicari. Daripada dibela setakat untuk mati, baik la Johnny hantar ke funfair. Boleh juga budak-budak tengok binatang apa benda Phoenix ni.

Johnny sorong terus lalu depan Esso. Tak cukup sampai lalu ke depan Maktab guru. Jalan nak ke Maktab guru tu menaik bukit. Johhny sedikit ambil nafas. Letih juga rupanya Johnny ni. Ingat rebel-rebel tak nak naik motor dah cukup handal. Johnny tekad nak sorong terus ke bandor. Boleh tahan jugak la kalau berjalan kaki nak ke bandor kalau menyorong basikal dari depan Maktab. Jenis jalan kejap berbukit, kejap merata.

Yang si Melati tak sempat Johnny menyorong basikal sampai ke Esso, dia dah keluar henfon. Talifon siapa entah. Bukan jauh mana Esso dengan depan kilang tu. Kira kalau Johnny toleh tadi boleh nampak la Melati picit punat apa dekat henfon.

Melati terus galak berbual dalam talifon.


*      *      *


Suasana sunyi betul dalam hutan tu. Yang ada cuma pokok-pokok tuanya lebih kurang 1000 tahun semuanya. Besar belaka. Pokok-pokok renek melata tak dapat banyak. Yang ada cuma lumut-lumut melekat pada banir-banir pokok.

Effendi Mahmud jadi macam sasau. Tadi dia ada di kawasan kampung. Jenis belari dari Limah stail tak menengok belakang langsung. Tiba-tiba termasuk kawasan hutan. Macam hutan zaman jurasik.

Setahu Effendi Mahmud tak pernah wujud hutan sebegini di pinggir kampungnya. Paling besar pokok yang ada di bukit belakang kampungnya cuma sebesar 3 pemeluk kanak-kanak macam dia. Tapi memandangkan Effendi Mahmud baru sembilan ke 10 tahun macam tu barangkali dia tak pernah masuk jauh ke dalam hutan belakang tu.

Effendi Memandang sekeliling. Ada satu laluan yang nampak baru. Effendi tahu betul itu jejak gajah.

Effendi menyusur perlahan di kawasan laluan gajah itu tetapi masih menyorok di banir pokok. Takut-takut ada gajah yang menyerbu keluar dari lubang ke terjun dari atas pokok.

Effendi berjaga-jaga.

p/s: kamon pendi, kamon.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 27, 2011

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 7)

ini Johnny.



"wooossshhh!!!", bunyi angin

p/s: keh keh keh
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 21, 2011

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 6)

"PRANGGG!"

Limah tersentak dikejutkan bunyi kaca pecah itu. Limah yang dari tadi seronok menonton filem 'A Clockwork Orange' yang ketika itu sampai pada babak Alex memecah masuk rumah nenek tua gila seks itu.

Seakan-akan sama babak itu dengan perkara yang realitas ini.

Limah mencapai lampu suluh. Memang kerap demikian, jika Limah memonton wayang persendirian dia akan memadam semua lampu dan menutup semua langsir. Dan lampu suluh sudah siap-siap diletak di bawah sofa rotan.

Tangan sebelah kanan pula terus mencapai cota lama yang Limah berjaya dapatkan di flea market Bandar Penggaram pada awal tahun lalu.

Tanpa berfikir panjang, Limah terus turun ke dapur tempat punca bunyi kaca pecah itu.

Tindakan Limah menampakkan beliau seorang yang kental bersemangat waja. Namun ada bangang juga. Apa la kira kalau dia selak je langsir. Hari pun masih siang.


Manakala, Effendi Mahmud memerhati Pak Endut Mat Lazim terkais-kais di muka pintu belakang rumah Limah. Pecah semua kaca tingkap berikutan kebangangan dua beranak ini.

Manakan tidak, orang selalu beri salam di pintu depan. Ini tidak, di pintu belakang juga dia pergi. Dah tak berjawab, tangan masing-masing gatal nak ushar dalam rumah, maka dicuba untuk buka tingkap. Dah berderai baru terkais.

"BOKKKK!!", cota terus tepat mengenai pinggang Pak Endut Mat Lazim. Sepatutnya tak mungkin kena kerana Effendi Mahmud ada berdekatan, namun kelibat Effendi Mahmud pun tak kelihatan. Barangkali pergi ke reban mencuri ayam.

Kaki Limah sudah ada di atas kepala Pak Endut Mat Lazim tanda kemenangan.

"Apahal Pak Endut datang macam pencurik ni ha?!! Nak mengintai kite ea?", lembut suara Limah. Macam susuk tubuhnya yang rupawan. Begitu juga rupaya yang persis Selma Blair. Buatkan lelaki-lelaki di Beroleh menggeletar tatkala Limah menunggang motosikal.

Ada juga cerita yang Pak Endut Mat Lazim ni ada cuba-cuba nak tekel Limah. Mungkin kerana taste Pak Endut Mat Lazim macam tu. Jenis perempuan ganas. Barangkali Pak Endut Mat Lazim sedikit fetish.

Effendi Mahmud entah ke mana.

*      *      *

30 minit awal.


"Camne, pak?", Tanya Effendi Mahmud kepada Pak Endut Mat Lazim sambil bermain ting-ting.

Pak Endut Mat Lazim tergaru-garu membelek kertas lusuh itu. Sampaikan rokok yang dari tadi dipengangnya dah diletak di balik telinga.


"Camni jelah, kita cari otang yang pancai baca rumi ni", kata Pak Endut Mat Lazim berseloroh. Pandangan yang sekali lau nampak macam orang bijak-bijak.


Sedang Effendi Mahmud masih berting-ting. Langsung tak menghirau kata bapanya.


"Mut!!", tempik Pak Endut Mat Lazim memanggil anaknya.


Effendi Mahmud masih lagi macam tu. Barangkali kesan tamparan yang kerap diterimanya membuat telinganya hilang kesedaran.


"Woi! Mut!!", jerit Pak Endut Mat Lazim lebih kuat.


Masih tak dihirau Effendi Mahmud.


Terus Pak Endut Mat Lazim mencapai selipar 'Bowling'nya dan terus merejam anaknya yang 'masa-masa macam ni lah nak sibuk ting-ting'. Tepat mengenai kawasan apendiks. Untuk tak kena di kawasan ulu hati. Tahu sahajalah selipar Bowling ni tebal. Waima getah, kalau dah kena tak ke meraung.


"Uffff", itu sahaja bunyi yang dikeluarkan dek Effendi Mahmud. Alah bisa tegal biasa. Dia sudah kena lebih teruk. Buat apa meraung lagi.


"Kita ke rumah Limah", arah Pak Endut Mat Lazim sambil terus ke arah motornya. Gaya dia bercakap macam lakonan filem zaman 70-an. Adakala boleh buat jiran yang lahir tahun 80-an tergelak mendengar.






p/s: gua macam malas nak kerja time puasa.




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 6, 2011

Johnny Punk beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 5)

rentetan peristiwa Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? & Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 2) & Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 3) & Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 4)

"Feeewwiit!!", tiba-tiba ada Nepal yang lalu lalang berdekatan men'suwit' ke arah Melati.

Senyum Melati ke arah Nepal itu.

Johnny hanya biarkan. Nasib pailang si Johnny belum naik. Kalau tak Nepal tu jangan harap nak balik kampung tanpa kecacatan kekal. Semalam Johnny baru habis tonton drama Korea. Jadi semangat jadi lelaki kelepih lagi kuat dari nak jadi chaos macam hari-hari lalu.

"Emmm.. Did i do something wrong, love?", "Did i hurt in this whole fucking week?", "Did i?", Johnny terus terus mendesak.

Melati jeling. Raut tidak puas hati terpapar. Kemudian kembali memandang ke arah nepal-nepal dan senyum-senyum. Bangsat apa pempuan ni? Boleh nak buat dia punya miang.

Johnny geleng  kepala. Sayu hatinya. Sit basikal digenggam erat.


*      *      *

Effendi Mahmud bingkas bangun. Sangat exorcism. Pak Endut Mat Lazim terundur sedikit sampai terjatuhkan rokok yang dipegangnya tadi.

Pantas Effendi Mahmud naik ke rumah terus menuju ke bilik Johnny. Choki-choki di pintu dibiar.

macam ni la Choki-choki tu.. Tak yah ambil serius.
Tidak lama kemudian, Effendi Mahmud berlari keluar semula sambil memegang sekeping kertas. Lusuh.

Choki-choki masih dibiar.

"i em anti cris!!", tiba-tiba melaung si Effendi Mahmud. Macam orang protes harga minyak.

Pak Endut Mat Lazim tersentak dari fantasinya bersama 5 orang gadis rupawan dek kerana laungan Effendi Mahmud.

"i em anarcis!!!", Effendi Mahmud tak berhenti-henti melaung kata-kata yang tak berapa difahami sambil kertas tadi dipegang betol-betol depan mukanya.

Pak Endut Mat Lazim dah mula menyarug selipar. Tampak seperti hendak kembali mengamuk kerana fantasinya diganggu.

"Don tek ke.. ke.. keno keno..", tergagap-gapap pula si Effendi Mahmud mengeluar butir laungannya.

Pak Endut Mat Lazim terhenti seketika melihat anaknya tiba-tiba macam disampuk dek jin.

"Woi! Woi!! pehal tu woi?!", Pak Endut Mat Lazim tengking. Caring dalam garang.

"Pak, ni macam mana baca dia?", jawab Effendi Mahmud sambil berjalan menuju ke arah bapanya sambil menghulur kertas tadi.

Pak Endut Mat Lazim pantas ambil. Rakus. Sangkanya kertas bergambar wanita rupawan.

p/s: Bila sial nak habis Johnny.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 27, 2011

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 4)

rentetan peristiwa Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? & Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 2) & Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 3)
"woosshhh!! woosshh!!" bunyi angin

p/s: Kah kah kah!!
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 10, 2011

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 3)

rentetan peristiwa Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana?Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 2)

"Whats wrong, love?", kata Johnny dengan nada perlahan.

Melati nampak bosan. Nampak macam sesuatu hendak diluah. Nepal-nepal keliling situ pun tahu Melati ingin meluahkan sesuatu kata. Tapi masih membisu.
Gua bengang betol dengan celake ni

Johnny mundar-mandir. Tergaru-garu kepala melihat kelaku gadis kesayangannya itu. Menjengkelkan tu dah puas diperkata. Menyakitkan hati pun ada. Gampang.


*      *      *


Pak Endut Mat Lazim tersandar pada beranda. Penat benar nampaknya. Sehingga rokok di tangan tak dinyalakan pun.

Sementara Effendi Mahmud masih menggelitik atas laman.


p/s: Sabar ye ENGINEER ON SITE!
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 21, 2011

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 2)


Kelihatan Effendi Mahmud sedang leka menghisap Choki choki sambil matanya terpejam celik beberapa kali mengecap nikmat. Biawak yang merangkak melintas di hadapannya tidak dihirau lagi. Apatah lagi musang yang sudah masuk ke reban. Keduri la jawabnya.

PIN!! PIN!!

Bertempiaran musang yang sedang mencega keaplaan ayam-ayam Pak Endut Mat Lazim. Biawak yang tadi berjalan perlahan berpura-pura mati namum ekornya bergerak sedikit sedikit. Sugguh memalukan cara menyelamatkan diri. Pak Endut Mat Lazim tahu yang biawak tersebut belakon, tetapi hanya pandang sebelah mata. Pak Endut Mat Lazim yang baru sahaja pulang dari kedai Husin, di bakul motornya jelas bungkusan makanan ringan. Kali ini pandangan Effendi Mahmud beralih ke bakul motor Pak Endut Mat Lazim. Choki choki tadi diletakkan kemas di tepi tangga betol sebelah pintu. Masih ada separuh. Nyata tindakannya meletakkan di situ hanya sementara, sebentar lagi pasti dicapainya semula.

Pak Endut Mat Lazim. Gua rasa dia punya punk lagi true.


"Mut!!", seru Pak Endut Mat Lazim.

Pantas Effendi Mahmud melompat ke bawah. Sangkanya Pak Endut Mat Lazim akan memberikan bungkusan makanan ringan.
PANGG!! 

Pantas lagi tangan Pak Endut Mat Lazim menghayun tepat pada telinga dan seterusnya ke tepi dahi Effendi Mahmud. Pak Endut Mat Lazim memang terkenal dengan panas baran. Pernah dulu seekor seladang liar mengamuk dihentak tulang belakangnya dek Pak Endut Mat Lazim. Semua gara-gara seladang itu meragut di tanah terbiar milik arwah isterinya. Banyak lagi kisah panas baran Pak Endut Mat Lazim ni kalau nak diceritakan.

Berpinar kepala Effendi Mahmud. Tatkala itulah, Effendi Mahmud terfikir mengenai abangnya. Selama ini dia kerap berfikir kenapa abangya, Johnny menjadi seorang yang sangat punk di Beroleh.. Hari ini, setelah 10 tahun asyik menjadi beg tumbuk bapanya, Effendi Mahmud memasang tekad akan menjadi seorang yang sangat punk juga. Malah lebih punk dari Johnny. Snek lazat tadi hanya tinggal kenangan. Suasana sangat berdengung ketika ini.

"Apesal ko biar biawak tidur bawah tangga?!!!", tempik Pak Endut Mat Lazim.

*      *      *

Melati masih lagi membisu. Sangat menjengkelkan.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 15, 2011

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana?

Johnny. Seorang yang sangat punk di sekitar Beroleh. Sehingga bukan bab pakaian serta hati sahaja punk, malah bab makan minum, hari raya serta prejudis terhadap sistem pemilihan calon ketua balai raya juga sangat punk. Johnny lebih rela makan dengan foreigner berbanding makan dengan budak-budak kampung. Baru punk. Melawan normal. Ada kala Johnny juga sanggup berjalan kaki ke bandar. Johnny memang sangat chaos.

Johnny yang tidak berapa busuk

Pada hari Selasa lepas, Johnny bertemu kekasih berdekatan kawasan perindustrian di Jalan Megah. Lama juga dia dah bersama kekasih ini. Nama kekasihnya, Melati Swatzosksi. Agak keterlaluan juga nama itu. Tapi apakan daya, punk juga ada rasa nak bercinta. Macam Sid Vicious juga. Johnny siaga dengan jaket kulit serta seluar ketat. Paling tak dilupakan, but. Kalau bukan Dr. Martens, itu bukan Johnny.

Dipendekkan cerita, Johnny datang dengan basikal prewel matinya pergi bertemu kekasih. Johnny bersiul lantang lagu 'Anarchy in the UK'. Segalanya sangat girang. Sehingga Myanmar-myanmar yang keluar rehat dari kilang juga menyanyi mengikut irama yang disiulkan Johnny. Sekali pandang suasana macam filem Hollywood keluaran tahun 1950-an cuma lagu tema diubah kepada era yang lebih moden.

Tak lama berkayuh, Johnny sudah dapat lihat kelibat Melati. Melati juga agak punk dari segi pakaian. Tapi setahu gua, dia tak punk pada hati. Dia poser. Keh keh keh. Manakan tidak, gebang kuat si Melati ni. Kata dia tak puas hati pada manager 7-Eleven tempat dia bekerja, tapi ulang-ulang benda sama. Melawannya tidak. Itu la yang Johnny pernah rungutkan pada gua.

"Oi, turtle dove!", sambil mengayuh Johnny sudah menjerit ke arah Melati.

Skreeetttttt!!! Johnny melakukan drift.

"Morning ma briney marlin, you look so fuckin' good today", Johnny yang sangat terikut-ikut slanga England membuka bicara. Jika tidak dilihat dari rupanya, memang orang England juga menyangka dia adalah orang England.

Tapi Melati hanya mendiam diri. Bagai ada sesuatu yang mahu diluah tapi tak sanggup diluah.

"Are you alrite, love?", Johnny seakan dapat merasakan sesuatu. Johnny tahu Melati sedang menyorokkan sesuatu.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...