Oct 19, 2010

Gua termakan racun, apa perlu gua buat?

Hari ni gua tak mau tulis panjang-panjang. Sebab gua dah termakan racun.















Racunnya lebih kurang macam ni.

Lu cari sendiri kalau nak makan racun seperti yang gua makan.

Lu orang boleh cari mi tu kat sini (Jalan Timah Hitam)
Tapi kalau tak jumpa tak mengapa, sebab lu akan jumpa juga. Pasal lu boleh nampak dari tepi jalan besar. Dari bandar menghala ke Tongkang Pechah, lu akan dapati Kedai Mee Racun akan berada di sebelah kanan lu. Dan sebaliknya.

Dia tulis macam ni, lu pasti akan jumpa.
Kecuali lu buta huruf. Dia tulis rumanis.
Komen: Gua rasa mee racun ni sedap. Lagi sedap kalau kurangkan garam. Gua rasa masin sangat. Rasa yang utama dia adalah daging. Nasib gua order Teh o Ais.. Kepada sesiapa pembaca yang bukan dari kawasan Johor, amik perhatian. Hehhe.. Kalau dah tersampai ke Batu Pahat, boleh la rasa.

p/s: kekasih gua ada cerita mengenai satu lagi kedai yang popular dengan Mee Racun juga. Di belakang Carrefour. Area taman. Gua pernah lalu. Tapi gua laju je. Maaf gua tertulis panjang dari jangkaan..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

13 comments:

Enchaoz said...

mi racun?

Anonymous said...

RRRAAAACCHOOOOONNNNN...!!

Pert Doherty said...

aah.. mi racun..

Anonymous said...

lu achooon kuat la pert...

Pert Doherty said...

haha.. lu dah terkena.. hahahaa

wak said...

Memang best..
tu je leh aku kte.. psal aku pnah makan.. =)

ah cai said...

hahahaha...

Mohd Nur Hidayatullah Bin Jailani said...

blakang carefour aku penah try...terbaek gak bro...baek lu try cepat...hehe

Anonymous said...

blakang carefour terbek kalo mkn yg gearbox nyer....mmg cam kne racun sbb ko bleh tersandar lpas mkn .....

Fontonk said...

ngeri sial aku tgk mee dia. hahaha

Pert Doherty said...

Hahahaha.. best dowh.. bek ko rasa.. hohoho

.s.o.f.i.a. said...

tengok nama dah mengerikan...... rupa lagi la ngeri..... rasa dia ngeri tak.....???

Pert Doherty said...

rasa enaks.. boleh tahan ngeri gak.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...