Showing posts with label 35mm film. Show all posts
Showing posts with label 35mm film. Show all posts

Mar 28, 2011

Black & White

"Boss ni kasi develop", gua dengan Ray-Ban Aviator RM15 cakap gaya skinhead lama-lama sambil gua hulur tiga roll film. Lomo X-pro 200, Kodak Elite Chrome EL 400 dengan Fuji Sensia 200.

"Develop ja?", apek dalam lingkungan 40an tu tanya gua. 

Gua tenung balik. Gila apa tak paham bahasa tanya lagi. Apa gua kata tadi print buat albun ka?

"ok, ok", apek tersebut gua perasan macam berundur ke belakang sedikit. Tampak gerun. Gua tahu bila orang gerun berhadapan dengan gua.

Kelam kabut gua perhati perlakuan apek itu. Kejap menyeluk saku, kejap tertunduk-tunduk. Gua ada kala rasa nak lempang.

Tiba-tiba gua nampak sesuatu yang macam film scanner kat kedai tu.

"Itu, film scanner ka?", sambil gua tuding jari ke arah kotak yang gua yakin itu film scanner.

"Bu.. bukan, itu scan gambar saja, tak lawa la", gagap-gagap apek menjawab. 

Gua terus perhati apek menulis resit.

"Eh, sini ada cuci film black and white?", gua menggunakan sedikit bahasa ibunda gua, 'black and white'. Kalau tak ye-ye, gua memang jarang nak guna bahasa ibunda.

"tidak ada la... Sudah lama tidak ada.. barang pun sudah habis", sambil apek itu menunjuk ke arah bilik belakang. Gua satu haram tak paham pebenda dia cuba sampaikan. Yang gua tahu tak boleh cuci film black and white.

*      *      *

Hari tu kakak gua kahwin. Biasanya, kalau akak-akak gua kahwin sebelum ni, gua akan tolong basuh pinggan. Tapi kali ini gua naik pangkat. Gua tangkap gambar. Kah kah kah. Taktik gua nak mengular.

Gua malam waktu nikah tu gua pakai Yashica berisi Ilford Delta 400. Puas gua snap.



Pengabisnya gua tak tahu nak cuci di mana. Kah kah.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 13, 2011

LomograPERT: Ikan di Kuala Lumpur.. Sungguh bohjan

Gua dari itu hari kata nak upload gambar gua serang Perak. Last-last tak ada pun. Kah kah. Sabo le.. Gambo kat KL pun tak habis lagi, nak ke Perak apebenda. Kali ni lu rehat-rehat kepala otak tonton gambar hasil dari Fisheye. Yang ke Perak tu nanti gua tunjuk juga. Lu orang jangan risau

Kali ni gua guna film ni.
Lomography X-Pro Slide 100
Filem ni best. Tapi biasa la jenis ISO rendah ni. Nak kena summer baru power. Memandangkan Malaysia kerap mendung. Keh keh. Gambar gua ada yang macam sundal pun ada. Dan gua perhati gambar gua lebih kebiru-biruan waktu pakai film ni. Tu pasal kotak dia warna biru kot. Entah la. Lu orang cuba la sendirik.



Kuburan
kantoi cermin sisi
Van Buruk
lu tahu apesal gua tangkap gambar van?
Bukit Jalil
Lengang macam haram
65270022
Gua tekan tekan tiada apa function
65270017
Dia punya gelap lain macam. Padahal cerah je..
Suarez
Ini tahun Suarez
Senja di Kuala
Ni baru pukul 5.30 takpun pukul 6 petang
Pow
Cilake, gua kena pow dengan mamat ni RM1
Pak Cik Kolombus
Pak Cik Kolombus yang gemar menyanyi
Pagi
Pagi yang seronok

Lu fikir kali ini tiada gambar pilihan penulis? Lu silap. Mesti ada punya.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 9, 2011

Yashica #3.1: Edisi Kolombus (versi sambungan)

Ini merupakan sambungan atau lebih mudah dengan nama highlights atau match analysis. Sambungan daripada Yashica #3: Kuala Lumpur kadang kala membunuh Pak Cik Kolombus.

Amithaba Mein Kampf

Ngangkung
pegi malam la kalau berani. kah kah
Leng Chai.. (gua sebat je tajuk)
Senja di bandar
Lover
Bercinta di Malaysia lebih aman dan hangat
Lori Sewa
Abib ooo abib. Abibah
Twitter
cube pahamkan sendiri

Maaf gua tiada gambar model. Keh Keh Keh.

(Padahal gua buat entri ni pasal malas nak menulis, kah kah kah. Kolombus pun entah ke mana)

Walaupun versi sambungan tetap ada gambar pilihan penulis .
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 7, 2011

Yashica #3: Kuala Lumpur kadang kala membunuh Pak Cik Kolombus

Lu fikir tajuk gua itu saja-saja? Buat tarik perhatian? Kalau lu fikir begitu bemakna lu cetek akal. Ada kala lu kena berfikir cara orang yang lu benci. Nescaya lu tak cetek. Kah kah. Tapi Kuala Lumpur memang kadang kala membencikan.

Gambar gua tangkap kali ini kalau ikut tarikh sebenar, gua ingat-ingat lebih kurang 2 Februari atau 3 Februari Gua tak pasti. Pasal Holga 135BC gua pun ada menelan satu atau dua roll ketika itu. Senang cerita minggu Chinese New Year la.

Yashica sedang mula memamah gulungan filem
Baik, gua tahu lu kalau buka entri Yashica bukan mahu membaca. Gua relisasikan impian kanak-kanak lu orang.



Pak Cik Kolombus
Kolombus Gemar menyanyi dengan kuat
The Kolombus
Kolombus terus menyanyi
Polis Line
Apa yang lu dapat lepas lihat gambar ni?

jawapan: Tiada apa, lu cuma buang masa.. Kah kah

Burger
Adik mahu pergi kelab dengan papa n mama, pergi minum.
Menara KL
Ada apa dengan KL Tower?
Buka Jendela
Premis ini untuk apa?
You Will Walk Alone
Insaf?

Banyak lagi gambar sepatutnya gua nak tunjuk. Tapi slot dah penuh. Kah kah. Kalau lu orang rajin sila la ke flickr gua. Gua tak mengharap pun lu orang pergi tengok. Tapi khas buat pencinta seni penangkapan cahaya, sila melawat. Tak nak sudah la celake.

Takpe, kalau tak puas gua buat entri kedua.. senang cerita. Lebih-lebih lagi Jack The Black nak show off gak. Kah kah.

Kali ini tiada gambar pilihan penulis. Tapi gua terpaksa pilih gak sebab organizer paksa.




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 27, 2011

LomograPERT: Holga 135BC + DIY Splitzer


Eksperimen gua semakin hari semakin hambar. Lebih-lebih lagi bulan lepas adalah bulan kejatuhan gua. Jadi hampir segala imaginasi gua jadi macam sampah. Kah kah. Tapi gua harap lu-lu orang layan sahaja.

Kali ni gua guna filem Lomography X-Pro Slide 200 35mm.


Lomography X-Pro Slide 200
"warna yang pelik dan memberi kejutan, kontras yang besar, dan saturasi gila." Itu cuma description dari laman web rasmi dia. Tapi lepas beberapa kali gua guna filem jenis ni. Gua dapat tahu yang gambar-gambar yang berjaya gua hasilkan semuanya terang. Kaler merah naik, kuning. Bila perhati gambar langit, biru dia tak boleh celen Kodak EBX 100.
Gambar di bawah, adalah gamabr ketika gua ke Kuala Lumpur ketika minggu cuti Tahun Baru Cina. Nantikan sambungannya pada entri lain..

Hara
Ni kat kawasan Ampang rasanya. Maaf gua buta metropolis
Kegilaan Metropolis
Ni kat Sungai Wang mungkin.
Arrival
Ni dekat area mana ntah..
77 jalan pasar
Nombor 77 Jalan Pasar + Burung merpati Bukit Jalil

Kesimpulan, Kuala Lumpur bukan di hati gua.

Kali ni gua ada buat eksperimentasi Splitzer. Lu tak tahu apa tu Splitzer, lu boleh look-look kat bawah.
PERINGATAN: Splitzer gua adalah jenis DIY


Badat + Pot
Badat + Pot = Bapot
65290007
Pert + Tonto = Perto

Kemudian gua suka gambar di bawah ni dalam roll film kali ini.

Ghost
Ni waktu jin itu nak menampilkan dirinya
Dan macam biasa,

gambar pilihan penulis kali ini ialah


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 23, 2011

LomograPERT: Fisheye One + Kodak EBX 100

Kali ini gua akan show hasil Fisheye. Tapi gua bengang.. Sebab flash dia tak boleh tampung kegelapan malam.. Tapi takpe, suatu pengajaran. Macam biasa, belajar kamera kalau tiada cikgu. Gua cuma bergantung harap pada pengalaman.



Filem: Kodak EBX 100
Pada gua filem ini akan memberi kesan warna Cyan pada langit. Sangat terang langit. Sepanjang gua guna la. Tapi lu nak percaya atau tidak, lu punya hal.

Tapi sebab gua banyak tangkap gambar malam kali ini. Sangat celaka la. ISO 100 dengan shutter speed 1/100. Flash built in tu tak berapa membantu. Asal boleh je.. Tapi takpe. Gua dendam betol dekat Fisheye gua ni. Tunggu la.

Lu pehal senyum-senyum? Nak gelakkan gua? Gelak la!!



Srot
Dadah merbahaya


Gemok
Gemok ni ada blog jual baju bundle: BEGINNER DIVER
Family
Cari muka paling comel
Jiran Sebelah
Jiran sebelah rumah gua adakala cun juga
Playground Area 51
Macam bodoh ada juga



Dan gambar pilihan penulis kali ini ialah:

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 16, 2011

Yashica #2: Solaris 800 lagi..

Gua kalau bising-bisng tiada guna juga. Baik lu orang lihat saja. Ni barang lama. Gua hold lama gila. Sekarang baru dapat cuci. Banyak gile gua cuci kali ni.. 7 roll sekali harung.

Sebenarnya gua tangkap benda yang sama macam yang hari tu. Time tu saja nak try dua-dua kamera.

Gua show yang penting-penting saja. Sebab gua masih menggigil lagi dengan aura Yashica ni.


3ple The Who
Dulu gua musykil macam mana bapak gua bikin gambar ini macam
During Party
Lu pikir gambar macam ini tiada dalam pembelajaran fotografi?
Light (Trail*Leaks)
Eleh.. dah puas.. Pas ni try kt funfair lak. TOP GUN
Night
Gua nak juga main fokus-fokus macam lu orang

Dan seperti biasa,

gambar pilihan penulis Otak & Jantung.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 26, 2011

LomograPERT: 1st Fisheye One trial

Lu orang fikir gua tiada nafsu? Gua juga pernah fikir tentang perempuan sekali sekala. Gua juga pernah fikir tentang motosikal sekali sekala. Gua juga pernah fikir tentang masa hadapan, jalan raya, taman permainan, hospital, pinjaman bank, televisyen, pembuka tin, syampu anti-kelemumur, roti bun inti kacang, ubat batuk, air masak, pemain cakera padat, kasut kulit, dan simpanan wang pekerja.

Sebenarnya gua nak mulakan cerita pun berfikir empat kali. Terkebil-kebil gua pandang skrin laptop.

Tapi gua buang semua perasaan sial itu, segera gua taip juga.

Fisheye One dan satu roll filem Lomography X-pro 200
Waktu gua load filem, gua ada sedikit ragu.
tapi gua diamkan.
Kamera kali ini: Fisheye One
Film kali ini: Lomography X-pro Slide 200

Gua jadi semacam bila Fisheye One ini duduk lepak-lepak hisap shisha sekali. Gua tenung juga mata dia. Sial tak boleh lawan. Menggelembung macam nanah.

Tapi dia lagi suka kenyit-kenyit mata, lebih-lebih lagi pada kawan-kawan gua. Sial. Miang.

1st ever
Gambar pertama yang dihasilkan dari kamera Fisheye ini.
Gambar ditangkap oleh Zaidi Aman. Tak nampak pun kesan Fisheye.. Kah kah kah.
Ushar dulu gambar-gambar di bawah

Ape kebenda?!LampiMy Work placeSemua belok kanan61460010At RailwayRailway


Banyak juga yang jadi. Yang tak jadi semua sebab malam, built-in flash Fisheye One ini tak berapa kuat pancarannya untuk malam hari. Gua taakul demikian. Tengok sendiri di bawah.

Ngebong LoversNgebong LoversNgebong LoversMcDonalds 

Dan ada juga gua cuba-cuba buat multiexpose. Akhirnya macam haram. Lu cuba ushar satu persatu di Flickr. Mesti lu akan nampak perkara itu.

Dan gambar-gambar pilihan penulis Otak dan Jantung kali ini adalah:


61460014
Ada rupa macam kat Jepun tak? Kah kah kah
I wanna be like you!!
Budak ni tak habis-habis nak follow gua. Katanya nak hisap Surya juga.
Sober
Gua bukan kapir.
Lihat Kanan Juga
Bilanya nak lihat kiri?
Gong Xi
Di Beijing mungkin
Yin Yang
Ni gua rasa paling legend.
Sebab gua berjaya buat satu Batu Pahat duduk tepi kosongkan jalan

Tapi, gambar terbaik pilihan penulis Otak dan Jantung adalah:

Maaf ada dua pemenang. Kita terpaksa bahagi-bahagikan hadiah.





Hero Remaja
Kah kah kah. Puas hati.
Hero Remaja lagi
Gedik tak?



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...