Aug 29, 2013

Salam Merdeka

Sempena merdeka..


Saya.

Entah. Maaflah. Saya sebenarnya masih belum faham dengan kisah merdeka, tak kira lah merdeka Malaysia, Singapura, Indonesia, Mesir, Libya, Syria, Israel, China, Korea, dan Cuba. Atau mana-manalah negara dekat dunia yang merayakan hari kemerdekaan. Isu kemeredekaan ini digembar gembur suatu macam perayaan yang adatnya diambil dari mana entah.

Saya faham ada sesetengah negara yang tidak pernah dijajah akan merayakan juga hari kebangsaan yang tarikhnya dipetik dari mana entah. Namun isu di Malaysia adalah, tarikh temetrai perjanjian tiba-tiba telah menjadi satu tarikh kemerdekaan. Mungkin pemahaman saya mengenai hal ini terlalu sempit sehingga memikirkan sedemikian. Tapi kebenarannya di situ, sebelum orang putih datang, apa hari kebangsaan, apa benda hari merdeka? Masyarakat waktu itu pernah peduli? Jadi teorinya, sambutan hari merdeka ini cuma wujud apabila adanya penjajah dan yang dijajah.

Sambutan ini cuma diada-adakan untuk menampakkan kerja mungkin. Ada perarakan, ada bunga, ada Tokoh Hari Merdeka, ada apa-apa lagi lah yang hendak diperingati, tapi itu tak menjadi hal, saya tak peduli pun semua itu, cuma saya tidak puas hati dengan sejarah ribuan tahun dahulu, siapa bapak segala pemula penjajahan. Turunnya Adam ke muka bumi dengan keadaan merdeka, tiada perlu peduli dengan benda-benda mengarut mengenai penjajahan.

Tapi satu benda, macam mana pun aku kena puas hati juga. Pasal benda ni kalau Tuhan tak seting macam tu tak jadi pun macam tu. Jadi aku tak patut salahkan apa-apa pun, sebenarnya aku takda hak pun nak tak suka nak apa pun. Dia bagi, bagi la. Sampai tahap kau terima pun, Dia yang nak kau terima baru kau boleh terima.

Sekarang aku punya semangat merdeka tengak up, jadi aku pun datang 'sun' nak dengar Backstreet Boys.. Aku harap kaset-kaset tu masih ada dekat bawah rumah..

Dan satu yang tak 'sun', bila aku punya radio kat rumah pemain kaset semua dah jahanam, dan lagi tak best radio radio rekaan terkini tidak ambil peduli pengguna kaset.



p/s: aku baca balik macam setan, apa benda tah kata ganti nama diri aku bersimpang siur bukan main. Belum cakap pasal cerita, lagi tunggang langgang... 



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 16, 2013

Bau

"Kalau kau nak tahu, tekak biar ada pedas pedas sikit baru ngam nak isap rokok.", gua berseloroh sambil mulut masih mengunyah-ngunyah saki baki popia simpul.

Pejal pandang gua. Pandangan yang bercampur baur.

"Bau kau punya rokok ni mengingatkan aku pada kerja kahwin, stail pakcik pakcik rewang sampai malam sambil pekena kopi", terang Pejal panjang lebar sambil menyoroong motor mendekati gua yang baru saja nak masuk kunci.

"Rokok benda kau isap ni? Sury eh?", sambungnya lagi sambil mengaju soalan.

"Aah" gua jawab pantas sambil menyala rokok.

Kemduan Pejal pantas berlalu denga motosikalnya.

Asap kian berkepul kepul. Kelihatan dalam kegelapan senja itu, satu gumpalan tumbleweed bergolek manja melintasi pandangan mata gua.

P/s: dan kau ni tidur ke apa kata nak makan ayam penyet

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 14, 2013

Angan-angan

Gua balik kerja penuh semangat mahu sambung penulisan kisah 'Perang Robot dan 12 manusia terakhir di muka bumi'. Ya betul penuh semangat sehingga gua rasa yakin bahawa gua takkan tidur malam ini. Kisah itu gua sudah tulis sehingga pra-klimaks. Jadi tidak menjadi hallah untuk menyiapkannya. Jadi gua pun menyeruntul pulang. Ketika menunggang motosikal pulang, otak gua menerawang jauh sehingga bahagian perkahwinan robot.

*      *      *

"Woi mari makan", gua pekik dari dapur. Abe dan Dibin masih leka di hadapan tivi.

Masing-masing bermuka riang berkejaran ke dapur. Gua pantas mengisi mangkuk gua dengan kuah serta tujuh biji bebola daging. Mi telur yang sudah dicelur tadi siap-siap gua masuk awal-awal secara pukal ke dalam mangkuk.

Sedang mereka berdua menceduk-ceduk kuah, gua sudah siap sedia depan tivi pula.

Gua suap satu sudu.

"Tawar weh", kata gua sambil mengemam bibir.

Seraya itu, Nora Danish memegang-memegang butang baju melayu Adi Putra. Tidak lama kemudian Adi Putra Pula memegang bahu kiri Nora Danish, mengelus-ngelus. Gua sambung suapan mi telur ke dalam mulut.

"Poh, takdo kuoh", kata Dibin. "Sedak dok?", tanya Dibin pada gua sambil mengabil tempat betul-betul selari dengan tivi.

Gua mencebik. "Tawar".

"Be, ambik kicap sekali", jerit Dibin ke arah dapur.

Gua masih menumpu perhatian kepada kisah Nora Danish dan Adi Putra.

Abe sampai dengan mangkuk mi telurnya di tangan kiri dan kicap di tangan kanan.

Kemudian, kami bertiga menumpu perhatian terhadap kisah Nora Danish dan Adi Putra.

*      *      *

Gua tersandar di dinding bilik. Gua kembali berangan-angan mengenai  'Perang Robot dan 12 manusia terakhir di muka bumi'.

Dan segalanya tinggal angan-angan dan kepulan-kepulan asap Surya 16.



p/s: kepada Norakmal kalau baca, woi fuck, gua hari tu meset lu tak lepas-lepas. Gampang ah.. Penyudahnya gua tak telefon.

Kepada Garam kalau baca, sori doh hari tu, gua serahkan semua kepada kata-kata 'takda rezeki'.

Kepada Nora Danish kalau baca, kau punya gamat mustajab memang mustajablah. Gua perhati je lu ni kat tivi ni.. kah kah kah..




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...