Kan betol!! 6 perkara la. Hehe..
- Beriman kepada ALLAH SWT
- Beriman kepada Malaikat-malaikat
- Beriman kepada Kitab-kitab
- Beriman kepada Rasul-rasul
- Beriman kepada Hari Kiamat
- Beriman kepada Qada dan Qadar
Saje je tulis pasal ni. Sebab tu hari aku ada terdengar dalam khutbah. Pasal hal-hal Qada' dan Qadar. Ada certain orang masih belum dapat menerima semua, segala, apa yang berlaku, yang wujud, yang tak nyata, semua dari Allah.
Dalam khutbah tu ada tegur pasal orang yang menyebut "Apa yang baik datangnya dari Allah, manakala yang buruk dari saya". Pak imam kata perkara itu salah. Kerana segala-gala memang dan tak boleh dinafikan adalah ketentuan Ilahi. Sebagai contoh, aku yang menaip entri ini. Jikalau tidak ditentukan olehNya aku menulis, maka tiadalah hasil tulisan ini. Jika aku memadan entri ini, maka sebenarnya dah ditentukan aku memadamnya.
Cuba kaitkan imej ini dengan entri kali ni.
Aku tak berjaya kaitkan.
Itulah yang pak imam tegur dalam khutbah tu, "Apa yang baik datangnya dari Allah, manakala yang buruk dari saya". Sepatutnya "Apa yang baik datangnya dari Allah, manakala yang buruk juga dari Allah, semoga kita ambil yang baik dan tolak yang buruk". Pada saya memang benar yang buruk atau musibah atau apa-apa yang kurang baik datang dari Allah. Kerana manusia ada akal untuk bezakan yang baik dan buruk, jadi dia tahu nak pilih yang mana. Yela, lagipun manusia mana yang tak buat silap. Dan lagi satu, Tuhan berkuasa atas segala perkara di muka bumi dan di luar bumi, segala-galanya la. Tapi kenapa masih ada orang buat jahat di muka bumi? Kalau tuhan nak perkara tu tak terjadi boleh je kan? Tapi kenapa Dia tak buat? Mesti ada sebabnya. Macam la dulu tak boleh Dia buat Nabi Adam tak makan buah Khuldi? (aku bukan nak menyalahkan Tuhan, aku cuma bagi contoh).
Haaa. Kat sini la nak belajar Qada' dan Qadar. Kadang-kadang kita meratap, kita mengeluh, kita memarahi nasib kita yang tak berapa elok. Aku sendiri yang pernah buat macam tu. Bila ada masalah kita marah lebih-lebih, padahal yang berikan masalah tu Tuhan. Sememangnya manusia takkan boleh lari daripada masalah.
لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي كَبَدٍMaksudnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.
(Surah Al-Balad: Ayat 4)
Allah tahu apa yang Dia buat. Yang penting kita jangan cepat melenting bila ada masalah. Sabar paling perlu, cinta setiap hari, senyum mesti selalu. Oh oh oh oh. Sentiasa la kukuhkan rukun Iman yang last tu. Kerana, pada pendapat aku, 5 rukun iman yang terawal tu semua orang boleh capai.
Beriman pada Allah, of course orang percaya kerana diorang doa pun mintak pada Allah, sembahyang niant kerana Allah dan macam-macam lagi.
Beriman pada malaikat, of course orang percaya dan beriman pada malaikat. Tahu tugasan-tugasan malaikat, lagi kenal nama-nama malaikat, padahal tak pernah jumpa.
Beriman pada Kitab, terang-terangan Al-Quran tu wujud, kalau Injil, Taurat, Zabur yang sebenar tu kebanyakan orang tak pernah jumpa la. Tapi still percaya.
Beriman pada Rasul, ni lagi la ramai percaya. Even umat sekarang tak pernah bersua muka pun dengan Nabi Muhammad, Nabi Isa, Nabi Adam, semua la. Tapi keimanan pada Rasul ni masih kuat.
Beriman pada Hari Kiamat, harinya belum menjelang tiba. Tapi ramai yang percaya akan kemunculannya even bukan orang Islam. Diorang tahu sume. Apatah lagi kita yang Islam.
Tapi bila sampai yang ke-6,
Beriman pada Qada' dan Qadar, ni dia yang ramai orang tak boleh nak mencapainya 100%. Keras betol hati nak terima qada' dan qadar. Aku tak menuduh. Tapi fikirkanlah sendiri. ni la yang selalu jadi masalah pad umat kita. Kerja nak mengamuk je kalau ada masalah. (Aku dulu pun cam tu gak, hehe)
Nak bebel pasal benda ni sampai tahun depan tak habis. Takpe, nanti lain kali kita sambung lagi tajuk ni. :)
bersambung di hari yang sama pada waktu yang sama, haha...
p/s: gua bukan imam, gua cume dengar khutbah dan cuba kaitkan dengan apa yang aku tahu. Pasal penerangan rukun iman tu takde sebut pun dalam khutbah. Gua cuma pikir-pikir sendiri. Kalau salah, tegur gua. Gua cuma budak jalanan yang memerhati alam sekeliling.
16 comments:
terbaek do sbnarnya
kau geng aku
sebenarnya aku dh lama nk ckp psl ni kat org2, tp tkt org salah anggap plak, kang org ckp aku amal ajaran sesat plak..huhu
-------------------------------------
Filem 2 Alam: Dr Rozmey gila atau waras?
To fontonk (dibunyikan fontong?),
tq.. slalunya iman seseorang goyah bila sampai part ni la.. Qada' dan qadar.. aku perasan diri aku sendiri..
nauzubillah.. aku taknak jadi cm dlu lg..
To x-po, betol.. aku pernah dibilang sesat kerana hal-hal ini.. bila kebenaran bertembung dengan keegoaan manusia yang mengaku dirinya boleh melakukan segalanya..
xpe x-po, kita yang tahu kebenaran, kalau boleh sampaikan, sampaikan. kalau tak boleh, kita doakan orang akan jumpe kebenaran. masuke ke dalam golongan beriman.. Amin..
senyum selalu..
macam ayat "tepuk dada tanya selera"
bukan ke lagi elok "tepuk dada tanya iman"
eh ade kaitan x?
To Aly, boleh je.. masuk je ape2 pon.. haha...
pert... kue ngomong sok tenan...
wenak kok ak krungu... ahah
Aku orak reti jowo. iso ngomong melayu? hahaha
aku pon macam tu jugak...melenting saje kejenye..tapi takut nak tunjuk..tunjuk melenting slalu kang kene lenting ngan orang lain pulak...hahaha...wei, aku suka la ko punya blog..keep it up!
to ah cai... haha.. xpe.. yg penting sentiasa bersabar.. :) ada yang perlu marah, marah la.. sebab kita ni kan manusia.. mesti ada perasaan gak kn? haha..
kblakangan ni entri2 keinsafan dapat dilihat di sini. hehe.. baguih my pren.. sama2 kita saling memperingati satu sama len..
sedikit komen pasal blog. background putih ni tukar la, pening laa tengok.
logo liverpool dan logo berapa ramai orang online yang duk ikut time scoll up scroll down ni letak laa tempat lain. macam semak bagi aku kalau ada apa-apa gambar pun yang ikut time scrolling-scrolling ni.
komen yang membina ni. bukan untuk flame atau kutuk :)
my 2 cents
To tupai karan.. aku terdengar je.. haha.. mana yg aku bley sampaikan balik.. aku sampaikan.. sama2 la kita ye.. hehe
hehe.. to anonymous, nti ea.. aku letih nk design.. tu yg wat cmni je spjg bulan ni.. haha
smart..keep it up..& perlu diperhalusi lagi pert dlm hal2 yg sbgini (keimanan)..
aku suka ni
Post a Comment