Aug 2, 2010

Best jugak tengok wayang sorang-sorang.. agaknya


Hari Isnin, 26 Julai 2010.

Buat pertama kali aku pergi pawagam seorang diri. Aku cuba jadi Pert yang paling nerd sepanjang hidup. Aku pakai sweater warna hijau, bawak beg, pkai seluar pendek, pakai selipar masuk dalam BP Mall. Terus pegi kat pawagam. 

Sebenarnya dah lama aku megidam nak tengok cerita ni. Tapi tak berkesempatan. Lagipun 2 minggu lepas pegi pawagam aku tonton citer Twilight yang baru tu. Best. Bunuh-bunuh.. Yang penting orang baik menang!! yeahhh.. hooho.. Ok.. Sebenarnya aku nak tengok citer 'Despicable Me'.. Sebab aku tengok iklan dia. Best.

Agnes: Does this count as annoying? 
(Ni la babak iklan yang buat aku rasa nak sangat tonton citer ni. )

Aku ushar jadual tayangan filem. 'Despicable Me': 8.45pm. Aku tengok jam baru 7.15pm. Pikir jap. Sempat la ni.. Aku terus pegi kaunter.


"Kak, nak tengok Despicable Me", aku wat nada budak paling tak menarik perhatian di muka bumi.

"8.45", kata akak tu.

"Yela sundal, macam la aku tak reti tengok jadual", aku berontak dalam hati saja.

"Nak seat mana?", akak tu sambung lagi.

Aku tengok skrin komputer dia. Wahhh!! Takde orang. seronoknya. Heaven. 

"Ini cinema ana yang punya", aku bersorak. Masih lagi dalam hati saja.

"Emmm, E empat", aku bersuara.

"Ok, sembilan ringgit", kata akak kaunter tu.

"Siak tol, pehal mahal benor. Aku rasa aku dah menjadi lelaki yang paling lewat menonton filem ni di pawagam", aku berontak lagi. Masih dalam hati.

Nak tak nak aku hulur la wang kertas sapuloh ringgit. Dia balikkan aku saringgit. Berserta tiket.


RM9... Siot.

Awal lagi ni.. Aku pon jalan pusing Mall nak bagi habis masa. Last-last terserempak dengan akak aku beserta kawan dia. Dia kat Pizza Hut. Aku pon join skali. Dapat makn free. Hahaha.. Siap dapat duit belanja RM50. Terima kasih akak aku.

Dah abis tu, dia pon blah. Aku pun pegi kat pintu masuk BP Mall tu. Lepak jap. Hisap rokok sebatang sementara tunggu waktu tayangan. Sambil lepak aku ternampak Balai Polis Bergerak. 1st time nampak. Teruja.
BALAI POLIS BERGERAK.... Aku terpikir. Ada lokap tak dalam tu???

Tengah layan pikir-pikir, aku tengok jam. 8.45pm. Lehenet!! Mesti aku dah terlepas babak best.

Dengan kelam kabut aku lari laju naik eskulator. Aku rasa banyak mata memerhatikan tindakan aku. Lebih-lebih lagi aku menjadi Pert yang paling nerd pada hari itu. Lantak! Yang penting Despicable Me aku.

Sampai depan penyambut tamu di panggung wayang gambar tersebut, aku kelam kabut cari tiket.  Dah jumpa licah terus bagi dia koyak. Aku berlari mencari panggung wayang gambar nombor 4. Banyak la pulak pintu.  2, 5, 3, yes itu dia 4.

Aku pikir malam ni aku berjaya menjadi satu-satunya penonton. Tapi malangnya, ada 4 orang gadis-gadis duduk belakang sikit dari aku. Aduh.. Baru aku nak ketawa kuat-kuat sorang-sorang. Siak ar korang. Tapi takpe, aku masih tak terlambat menonton pada hari ini. Hahaha...

Ok sekarang masa untuk aku layan citer ni sorang-sorang. huhu.. Tengok sendiri citer ni. ILLUMINATI ke hape ke, pegi mati. Yang penting aku nak amik feel.. Huhu..



Selesai citer tu. Aku terpikir. Ok jugak layan wayang sorang-sorang. Macam tengok tv je. Cuma skrin dia besar dan sit kurang selesa seperti di rumah. Kat rumah boleh bentang toto dan letak bantal banyak-banyak.

Sape penah buat aktiviti menonton wayang seorang diri?? Bagi komen korang.. Haha


Biasa la.. Nampak macam orang bodoh je tengok wayang sorang-sorang ni. Tapi atas sebab nak merasai pengalaman tersebut, aku terpaksa gadaikan RM9. Kurang-kurang aku pernah merasainya..

p/s: Gua rasa macam nak jadi bapa selepas menonton filem ni.. Mood: bergenang air mata.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

19 comments:

Nurul Huda Rahim said...

haha. tak pernah plak try lg. sbb tareti nak beli tiket dan pilih seat. huahahaha.

Pert Doherty said...

hhaha.. cm leknet.. aku tnjuk je kt skrin komputer akak kaunter pawagam tu

Tupai Karan said...

aku pun xpnah lagi p tengok wayang sorang2. takut kena kidnap :D

Pert Doherty said...

sape nk kidnap lu tupai.. haha.. cm leknet alasan.. hahaha

wak said...

haha.. aku penah pert.. tp mse 2 ramai org..
best gak la.. yg penting mse tgh babak best xde org dok mnyampuk tnye ntah pape.. haha

Encik Jep said...

lu layan wayang hari rabu laa.
kopak 6 ringgit jaa..
tapi citer ni sedap.
gua layan sorang2 gak itu hari..
apasal tak jumpa lu?
ooh..lu kt bp.
gua kt s'gor,
patut pun...

Pert Doherty said...

to Jeph.. gua ada nampak lu.. haha.

Pert Doherty said...

To wak.. hahaha... seronot kan??? kan? kan?? hahaha..

macam tengok mr bean kt umah.. hahaa.. mak gua smpi tegur.. pehal gelak sorang-sorang.. hahaha

Anonymous said...

Kepada Pert.. Ni Pale...

Haha.. aku pernah.. bukan skali, bukan dua kali.. tp byk kali..
tyme nak beli tiket, mesti pompuan kat kaunter tu tanye, dua tiket ea? Pastu aku akan jawab, "ko ade nampak syaiton ape kat sebelah aku?? sorang ar..." pastue pakai hood, tros masuk wat muke selamba kat wayang.. haha..

p/s: tgk wayang sengsorang, kalo terkejut, xde orng nak gelakkan.. haha..

Pert Doherty said...

To Pale.. Haha.. akak tu ada mata ketiga.. hahaha.. bley nmpk jeng3.. hahaha..

iZz♥h said...

heeks. besh3~

Pert Doherty said...

To iZz♥h.. yeke? haha..

bayang hitam said...

penah...terpaksa...masa aku skolah dlu...member aku lps tgk citer 18 tahun...aku badan kecik kene tgk citer katun open season...tapi naseb bek citer layan... :)

Anonymous said...

aku tgk ngn org len pon mcm tgk sorg gk..sbb aku ske gelak sorg2..xske ckp ngn org seblah...fokus r kan...gagaga..tp penah je tgk sorg2..hekhekhek
lenkali ajak r ajak nie pert.hekhekhek

-ajak

Pert Doherty said...

To ah chai..haha.. len kalai layan weight gain.. bru nampak dewasa.. hahahaha

Pert Doherty said...

To ajak.. ko tgk citer saw tp gelak2 ke? hahaha.. Gelak sorang xpe dok.. tp jgn ckp sorg2. hahaha

Anonymous said...

stail lo lu pert1

Pert Doherty said...

biasa la brader2.

Nur Atyrah said...

haha.. gua penah la bro.. tgk cite chloe.. cita pelacur lesbian.. time tu desprate gila.. kawan nk tgk citer salt.. xkan aku nk lepak sorg2 kat mall 2 jam.. kejadahnya.. tapi mlm nanti dah janji nk tgk salt dengan untie.. last2 ada citer chloe ja sebab citer tu ja blom tgk, yg lain dah tgk.. g beli tgk2 aku sorg2 ja tgk citer tu.. mula2 takot jugak sebab mmg aku sorg ja dlm wayang tu.. nanti kena kidnap or apa.. tapi hati cekal tanak rugi 9 hengget banyak tu.. aku tgk citer tu sampai habes.. wahahaha.. alhamdulillah tade apa yg jadik ngeee :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...