Showing posts with label animasi. Show all posts
Showing posts with label animasi. Show all posts

Dec 28, 2011

Perihal lelaki

"Sebenarnya lelaki bukan gemar perempuan kurus, tetapi lelaki suka perempuan bergetah"
-Shikamaru





p/s: ni zaman bila punya buku naruto tah gua baca.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 4, 2011

Alexander DeLarge

Adaptasi dari filem A Clockwork Orange (1971)
Pegi mampus ah gua punya lukisan tak cantik, ini karya gua.


kita ambil satu kata pujangga dari orang terkenal

"Kalau bola tak nak masuk, tak masuk gak", -Pemain Utama Harimau Muda

p/s: rupanya hari ahad gua tak best macam waktu umur 6 tahun. 


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 5, 2011

Gua dan animasi (part 0.3)



Lu orang tahu tak kenapa gua sampai jadi nak buat animasi bangang ni? Pasal gua belum gaji. Syaitan betul. Dah gua belum gaji, gua tak boleh nak keluar suka-suka hati macam orang banyak duit. Gua makan sekarang pun bercatu lu tahu.

Paling jahat gua pernah makan biskut kering cecah dalam baki kuah mi segera. Tapi itu zaman betul punya miskin la. Sekarang dalam kocek gua ada lagi RM7. Ok la sampai minggu depan.

Sekarang gua malas berbicang pasal animasi.

Gua nak suruh lu orang tonton. Dan siapa berani join gua buat. Baru best. Baru lu tahu erti kartun, baru lu reti nak hargai kartun yang macam cibai kat tv kadang-kadang pasang. Lu orang fikir dia orang bikin kartun 15 minit makan masa sehari je ke? Kepala bana. Gua nak bikin kartun 10 saat pun makan masa berhari-hari. Setiap movement lu nak kena detail. Gua hairan macam mana Otomo Katsuhiro boleh bikin Akira sama Steamboy. Kalau lu tonton lu mesti kagum. Bukan main-main punya kagum. Lu boleh jadi sawan tak tentu hala.

Ok masa menonton.


Taman Bunga di Hati (Part 0.3) from Pert Doherty on Vimeo.
Merupakan siri ke berapa entah dari siri "Taman Bunga di Hati". Kalau rajin tengok yang lain-lain. Kali ini menakjubkan. Percaya lah.. Sangat menakjubkan. Macam animasi Disney.

Kah kah kah

TRIVIA:
Pembikin dah ada mouse yang macam celaka punya bodoh (gua jumpa kat meja kawan gua), pembikin lebih guna touchpad. Bangang tak bangang la buat animasi pakai touchpad. Babi betul


p/s: lu orang perasan tak ada penulis lain dalam blog gua? Jangan fikir gua jiwang sangat la. keh keh.. Tq Engineer On Site! ",
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 3, 2011

Gua dan animasi (part 0.2)

Memandangkan gua hari makin senja, gua dah mula anggapkan sekarang ini besok. Dan lu orang tak payah kecoh-kecoh. Karang kalau dalam paru-paru ada spanar jangan tanya kenapa.

Dan berbalik kepada entri sebelum ini Gua dan animasi (part 0), ada gua mengisahkan pasal mengadap komputer. Lu tahu kesannya bila menghadap komputer lama-lama? Gua sampai reti main minesweeper. Itu pun  berkat gua tergerak nak baca Help dia.

Tak lama lepas gua taiko main minesweeper, gua beralih kepada Macromedia Flash MX (Zaman tu gua dah rasa kagum kat software ni). Dekat situ gua teruja mengenai frame dan layer. Gua jadi teruja sebab benda tu boleh bikin kartun. Frame ke-2 boleh melapisi frame pertama, dalam erti kata mcm kau menekap guna kertas minyak (tak paham sudah, kat dalam tu tulis onion skin agaknya). Kemudian bab layer ni lagi satu best pasal kau boleh buat tangan dia layer lain, manakala mata di layer lain. Seronok kan? Yela, nak buat kartun pun biar la real sikit, pergerakan mata dan tangan bukan sinkro pun. Ok perbualan pengalaman mengenai ilmu adalah tidak sedap, gua tahu lu semua bosan baca benda macam ni. Benda gua tulis ni macam bendi.

Nanti kalau betul gua dah boleh maju tentang hal perkartunan, gua baru berani tunjuk masterpiece zaman gua agas. Sekarang tak boleh, sekarang gua pungguk.

Ape-apehal tonton dulu

Taman Bunga di Hati (Part 0.2) from Pert Doherty on Vimeo.
Sambungan "Taman Bunga di Hati". Sesungguhnya animasi gua dah semakin memberangsangkan. Kah kah kah.

Walhal macam sudip. Sial. Tidak seperti jangkaan.

Takpe. Besok.. Ye Besok...


p/s: Lu jangan bising-bising. Tengok je. Gua pun tengah menyirap dengan kebolehan komputer gua.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 2, 2011

Gua dan animasi (part 0)

Gua dan animasi semacam jambangan bunga dengan pasu. Tak boleh dipisahkan.

Lu tahu tak hal ini sangat berlainan dengan aur dengan tebing. Hal aur dengan tebing memang rapat tapi bukan erti kata melengkapi, kerana itu fitrahnya. Hal gua adalah bukan fitrah, manusia bukanlah fitrahnya bersama animasi tetapi lebih kepada nasi. Gua bukan sebarangan cakap, gua cakap kerana gua ada hal nak cakap. Lu orang fikir gua jenis menyeruntul tak tentu hala? 

Berbalik kepada animasi, gua teringin nak buat animasi sejak kecil sebab waktu kecil gua disogok dengan ensiklopedia 'Tree Of Knowledge', dan gua banyak belek pasal lukisan dan juga pasal Nazisme dalam ensiklopedia itu. Hal tentang lukisan, dekat dalam tu ada banyak juga lukisan zaman yunani, yakni lukisan yang mempamerkan manusia telanjang. Tetapi gua tak into hal telanjang, gua lebih tertarik kepada kartun dan sejarah-sejarah perang. Dalam bab animasi yang paling gua ingat ada satu gambar scene dalam film Lord Of The Rings yang versi kartun. Dibuat pada tahun 1978 seingat gua. Yang menarik pada gambar tu, adalah gambar manusia menunggang kuda dengan helmet besi dan mata merah. Macam silhouette la lebih kurang. Ada empat orang. Lepas beberapa tahun dari gua belek-belek ensiklopedia, muncullah filem Lord Of The Rings versi manusia betul. Dan gua teruja. Sambung nanti la cerita. Malas betul gua.

Masuk tahun 2005, gua habis sekolah hujung tahun tu. Gua jadi menghadap komputer. Hari-hari hadap, tak on pun hadap. Kadang kala gua rasa tak sedap hati sampai gua pergi ke kedai beli rokok. Itu pun kalau ada motor. Tak dapat gua suruh Lok datang rumah je belikan rokok. Gua upah la dia bagi air.

Bab menghadap komputer ni, pun gua ingat-ingat nak sambung kemudian la.

Tonton dulu video gua bikin ni


Taman Bunga di Hati from Pert Doherty on Vimeo.
Intro kepada animasi yang bakal menggegar Malaya. Dengar cerita boleh celen Upin & Ipin. Tak tahu benar atau tidak. Kalau setakat Usop Sontorian dah lama kitai dah. Keh keh keh
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...