May 4, 2010

Ijazah untuk apa sebenarnya?

(PERHATIAN: Dialog diubah sedikit, sebab aku tak record. haha)

Tadi aku jawab exam. Boleh la jugak. Tapi itu tak penting. Aku keluar awal exam kali ni. Riang. Walaupun aku bukan boleh jawab semua pun. Balik rumah macam biasa. 

Balik rumah, aku melepak dengan kucing baru yang bernama "Si Bertompok-tompok". Celaka gak kucing ni. Kerja nak mencakar je. Kemudian, kawan aku pulak baru balik rumah. Kami cerita-cerita pasal "ijazah".

"Kenapa kau kejar sangat ijazah ni?", aku tibe-tibe tanya.

"Hmmm.""Sebab nak kerja", beliau menjawab. Nada agak tak pasti dengan jawapan.

"Kalau kau betul nak kerja, kau boleh berhenti belajar sekarang, sekarang jugak kau boleh kerja", aku beritahu dia.


"..", beliau terdiam sekejap.

"Tapi nak kerja sekarang kena ada benda-benda tu, baru orang pandang nak amik kita kerja", beliau menyambung.

"Kau bagitau aku siapa orang paling kaya kat Malaysia yang pegang ijazah paling hebat?", aku terus menambah.

"Aku rasa mereka kaya kerana berniaga bukan kerana ijazah", terus menerus aku tambah.

"Memang la..... hmm", beliau agak akur dengan pendapat aku yang tak seberapa ni.

"Cuba kau tengok Rooney, dia kaya pasal sijil dia ke?", tiba-tiba aku kaitkan Rooney. Padahal takde kena mengena pun.

"Tapi kat Malaysia lain", beliau cuba mempertahankan pendapat.

"Ok, kalau macam tu cuba kau bagitau, kerana apa ko mengejar bermati-matian ijazah ini?", aku mengulangi soalan awal tadi.

"Hmm... pasal.. nak orang pandang kot, nak megah mungkin, nak orang pandang", akhirnya beliau memberi jawapan yang berlainan berbanding tadi.

"Hmm.. Kan", pendek jawapan aku berikan.

"...", beliau senyap. Muka bagai memikirkan sesuatu.

"Cuba ko pikir pelan-pelan, apa sebenarnya yang kau kejar. Amik masa sikit. Balik pada Tuhan kau.. Mintak dia tunjuk jalan yang betol untuk kau.", aku terus bercakap untuk menutup perbualan.



Aku bukanlah orang alim sangat nak cerita-cerita pasal benda ni. Tapi pelan-pelan pikir kesudahan masing-masing yang mengejar ijazah, diploma, sijil, atau apa sahaja yang wujud sekarang ni. Jawapan yang sering aku dengar:-
  • Nak kerja lebih baik.; Aku cuma boleh senyum, Kerana kalau benar itu jadi target. Kenapa tak kerja dari dulu? (pikir-pikirkanlah ye wahai pembaca)
Kenapa wujud kasta dalam pembelajaran?
Soalan ni agak sedap kalau nak dibahaskan. Aku tak mau pegi terlalu dalam untuk kali ni. Kerana akan dibincangkan pada masa yang lain. Tapi sedikit aku nak beri pendapat pasal hal ini. Adakah setiap manusia mempunyai kadar otak yang sama, adakah setiap manusia mempunyai kadar penerimaan yang sama? Kenapa ada had masa untuk setiap pembelajaran masa kini? (pikirkan dulu.. lain kali kita bincang)


p/s: terima kasih kepada kawan aku yang sanggup berbual dengan aku petang tadi. Aku tak mahu nyatakan nama kerana aku tak mahu menuding jari terhadap beliau seorang. Ramai lagi kawan aku yang berfikiran seperti beliau. Jadi kita sama-sama berfikir.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

46 comments:

Tupai Karan said...

masa panjang abes kat 'sambung blajaq' tu lagi baguih kalu p bekerja.. tambah pengalaman idop... takdak la jakun nanti.. mula kerja dari bawah kalau nk senang kemudian.. ni tau nak terjah nak jwtn tinggi2 terus, gaji besaq2..
tp byk gak kan yg ada ijazah tp still tercari2 keja.
dan kalu dapat lak, keja yg tak dak kaitan.

hanis aleeya aka gadis sepi said...

Ada ijazah confirm ke dapat keje?

Tapi takde ijazah lagi susah kan??

safwan ramli said...

manusia skrg terlalu bgantung kepada kertas yg dipanggil ijazah untuk cari rezeki....mereka telah bergantung!!bergantung!!mereka x sedar mereka ditipu oleh sistem yg dibawa oleh penjajah....mereka lupa bahawa siapa yg memberikan rezeki!!berape ramai yg bergantung kepada Tuhan yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang...hidup ni sbnarnye untuk hidup,dan beribadat je...tp,manusia kian rakus dan sifat nak bermegah2 terlalu meninggi...tu yg masing2 kejar nak jd golongan 'profesional'...padahal mereka adalah hamba......

Pert Doherty said...

Tupai karan.. betol.. sistem sekarang ni aneh.. pandang pada pointer? cube la diorang buat sape2 pon boleh apply kerja yg dia nk.. n then latih sebagaimana yg dia nak.. maksudnya setiap syarikat ada pusat latihan.. kerana ramai sangat yang pakar 'teori' daripada pandai aplikasi. (member aku pandai je buat rumah, takde sijil pon pasal wat rumah..)

Pert Doherty said...

hanis aleeya.. jawapan soalan pertama, xconfirm.. jawapan soalan kedua, tak susah.. (saya tak mahu ulas panjang dalam comment.. nantikan pasal perkara ini.. akan dibincangkan nanti dalam entri2 akan datang.. semoga setia membaca.)

Pert Doherty said...

Wewet.. haha.. betol cakap kamu.. Ramai orang Malaysia sedang berlumba-lumba kejar "kemajuan".. Majukah kalau setakat pegi exam meniru? Haha.. Kamu belajar sains untuk apa? haha.. malu la nk cakap lebih2.. sebab aku sendiri pun tergolong dalam perkara ni.. sibuk terkejar-kejar ilmu yang aku takkan guna pun seumur hidup lepas ni..

p/s:"Laplace" tu boleh guna nak tanam sayur?

pejuang said...

gud la isu pert.
aku sokong wewet.
kita da 'diprogramkan' utk ikot sistem tu.
yg mana kesudahannya menjadi 1 golongan, golongan ayam patuk.
org halau masuk reban, masuk. org suruh keluar, keluar. org bg makan, patuk...

kakchah said...

ni shano.. aku pakai mak aku punye ni.. hehehe
memang betol wewet n pert ckp..
tapi ini da ketentuanNya.. tuhan da merancang mcm ni..
kalau tidak,kite xsedar agenda yahudi, kalau tidak ade benda begini, kita leka.. so sekarang kite ikut je flow dunia, kite layankanje..
pernahkan dgr bekerja seperti kite hidup 1000 tahun lg, beribadah seperti kite mati esok hari.. memg dunia ini gurauan, ijazah itu gurauan, tetapi bagi kaum ibu seperti saya, anak2 bukan gurauan utk dibesarkan.. kestabilan itu penting.. memg yahudi durjana.. da pembahagian kite mcm ini,kite boleh rancang ape2, tp kite lupa tuhan punye rancangan lebih teliti dan terbaik untuk kita.

Anonymous said...

x yh pikir bnde nie..
yg pntng..
g masjid semyang, bace Quran, dakwah, beramal ibadah dll...

Pert Doherty said...

Aku setuju.. tapi apa kata semua orang dengan berani lepaskan dunia..
kerna apa ibu bapa boleh kata bersijil itu stabil?
haha.. kerana hilang kata "Allah yang berkan kestabilan".. Kita terlalu memikirkan logik.. lalu cuma percaya apa yang dilihat..

pikir2kan maksud kata2 aku ini.. :)

Pert Doherty said...

to anonymous.. ko boleh mudah kata begitu.. aku pernah pegi masjid waktu subuh kt taman aku.. (aku pergi pon sebab kt umah xde air) ada seorang imam dan seorang makmum? mana pergi kata2 kau?
xkan aku nak biarkan mak bapak aku pun terseleweng secara tak sengaja?

Anonymous said...

1.Sbb nak menaikkan taraf hidup umat islam.Andai kata kita tidak ada ilmu..manakan dpt bersaing dengan org bukan Islam.Maka senang2 la mereka menipu kita.
2.Jdkn Malaysia sebuah negara yg maju dan berdaya saing dgn negara Barat.
3.Supaya org Barat pandang kepada negara kecik yg membangun seperti Mlaysia mempunyai insan yg berilmu.Dengan itu,mereka akan memandang bahawa org Islam berdaya saing seperti mereka.
4.Mencipta teknologi umat Islam sendiri.Dengan lahirnya graduan tidak kira apa2 pun setiap manusia ada kelebihan masing2.Dengan itu kita dapat berkerjasama utk mewujudkan teknologi sendiri.
5.Membentuk jati diri yg lebih kuat.Mengapa kita bersusah payah di University semata2 utk segulung ijazah @ apa saja? Sesungguhnya semua itu akan mengajar kita erti kehidupan dlm hidup
6.Meneroka ilmu Allah dengan lebih mendalam.Sekiranya kita hendak ilmu yg berkaitan dengan kejuruteraaan atau bidang perubatan? tempat yg sesuai mestilah institusi pengajian tinggi.

Tidak kira di mana kita belajar,selagi niat kita ikhlas utk menimba ilmu Allah..Tidak kira di mana tempat kita belajar,yg penting apa yg kita akan jadi selepas itu..life is continuous learning..

Pert Doherty said...

Beritahu aku berapa ramai "Mencipta teknologi umat Islam sendiri"?

we are the mass production of slaves.. not to become a scientist..
who the fuck are we after graduation? how many go to university to become a scientist?

Kononnya bersaing.. tapi itu semua cuma pengkaburan mata yang telah berjaya dibina oleh kapitalis. Pikirkan ayat aku td.. :)

Anonymous said...

kepada pengarang..
pernah dengar tak "talibun ilmu faridatun ala kulli muslimin"(sori la kalo salah eja ke ape...=P). maksud ayat itu..menuntut ilmu adalah fardhu kepada setiap umat islam..ilmu ni bnyak..ilmu yg ada di muka bumi ni umpama setitik air dari tujuh laut dimuka bumi ini...
kenapa perlu belajar laplace???sebab laplace itu juga merupakan ilmu yg dtg dari allah...knp kita perlu menunutut ilmu???sebab bnda tu da di wajib kan keatas kita....tak kira ilmu tu dtg dari org putih ke..org hitam ke..sumenya milik allah..tanpa ilmu kita mmg boleh kaya..tapi..adakah kaya menjamin semuanya dalam kehidupan kita...kalo nak kate org kaya tak payah susah2 g uni utk jadi kaya..tapi..dia still kne belajar...belajar how to manage the bisnes....knp kita rasa apa yg kita belajar hari ni takkn kita guna pada sepnjg hidup kita...sebab kita taknak kaji pe sebenarnya fungsi ilmu tu terhadap diri n kehidupan kita...so kita rasa la ilmu tu bawa mnfaat n penting dalam hidup kita..so tak leh salahkan sistem 100% sebab niat kita belajar bergantung pada individu....kalo nak kate imu2 yg kita belajar hari ini tak menjamin kehidupan seharian kita..adakah bermakna ibnu sina,ibnu khaldun and etc telah mensia2kan usaha mereka menkaji ilmu itu...fikirkan la...
jadi.cube pengarang fikir balik..mengapa pengarang belajar sampai uni n amik ijazah..adakah pada fikiran pengarang ilmu2 ini takkan pengarang applykan dalam kehidupan pengarang???fikir2 kan...

Pert Doherty said...

To Anonymous.. Aku tak pernah tolak bulat2 kejadian ilmu.. kerana kepandaian manusia mencipta dan mengkaji ilmu tu datang dari Allah..

Tapi aku hanya balik pada penulisan aku tu.. Aku interview sorang kawan.. dan apa jawapan yang dia kasi? (kerja dan nak orang pandang.. minda kawan aku tu dah lari sedikit dari konsep pengkajian ilmu sebenar)

Ibnu sina, ibnu khaldun mengkaji ilmu macam mana? Ada peperiksaan untuk mereka? Ada sijil untuk mereka? Aku bukan anti peperiksaan. tapi peperiksaan dan sijil ni yang akan mewujudkan jurang.. Siapa bodoh siapa pandai di mata manusia.. :)

Kalau perlukan kajian untuk sains atau matematik untuk kehidupan..
Mugkin aku tak kaji.. Aku akan kaji perkara yang lebih kepada kehidupan manusia, psikologi dan pemakanan.. Kerana minat aku di situ.. Tapi aku perlukan lebih 10 tahun mungkin.. dan tanpa peperiksaan.. dan tanpa perlu aku berhutang.. aku akan lakukan kerana aku minat.. Jika seperti sekarang.. kajian ilmu hanya untuk PEPERIKSAAN dan juga sijil dan juga sebagai tiket untuk interview.. kerana apa?

Kerana orang kata ijazah Engineering, kedoktoran, perakaunan ni top-top untuk kerja.. jadi masing-masing berlumba-lumba nak dapatkan ijazah ni. Otak mereka kata tanpa ijazah takkan dapat kerja bagus. Tanpa kerja bagus takkan ada duit.. Tanpa duit takkan ada kehidupan bagus.. Sebab apa? (sila pikirkan)

Dalam 1000 graduan di Malaysia.. Siapa yang ada konsep pemahaman mengenai ilmu seperti kau(Anonymous)? Sila buat survey tersebut.. Dan kita kongsi bersama. Berapa ramai yang kata "Aku belajar engineering kerana Allah"? Bukan hanya dari mulut.. tapi dari hati serta perbuatan..

Kalau betol-betol semua orang berani. Koyak la sijil tu sekarang. Kata mengkaji ilmu.. Tak perlu pun sijil-sijil tu.. Bapak aku pun kaji pasal tanah yang subur untuk tanaman. Untuk makan, untuk kasi orang hasil tanaman. Dia tiada sijil pasal tanaman.

Bezanya kata-kata bapak aku orang takkan dengar sebab dia tiada sijil. Walaupun dia ada bukti. Kalau orang ada sijil, orang akan percaya cakap dia kn? Maksudnya, konsep pengijazahan ni untuk membina semangat "Siapa bodoh dan siapa pandai". Betol tak?

aku yang saper2... said...

Aku setuju tu...sistem sistem ape sumer ni smpai boleh tnjuk saper pandai dan bodoh...menimba ilmu tu bagus...yg penting kite tambahkan ilmu pengatahuan...aku sendiri pun penah ditanya...kau belaja ntuk ape sebnarnyer??? aku sendiri pun terkaku nak jawap soklan..jwapan yg biasa kiter dngar, aku nak kjer....ader ijazah sng skit...tapi bkan sng sbnanyer...kite nak memperluaskan ilmu pengatahuan tak ape...di samping tu jgn lupe kewajipan kiter sbg makhluk tuhan....kiter hidup nie nak kejar duit ker nak kejar amalan?? kebanyakan duit jer nak...

sbb penetuan sape bodoh dan sape pandai la membuatkan orang yang tak sambung belajar memandang rendah orang yg sambung blaja...n orang sambung blaja pandang rendah orang yg tak sambung blaja...mcmane yg sedara pert tlis tadi...bile kite ditanyer...kite pun kaku ntuk menjawap...point die skit jer tapi dalam makna nyer....orang yg kaya2 kat dunia nie maner sambung blaja tinggi2...tu memang betul dan fakta...tapi aper yang penting tak salah menimba ilmu..janji kiter tak riak dengan ape yang kite ade..n bersyukur....

Pert Doherty said...

To Anonymous, sebenarnya kalau segalanya kita kembali pada asas.. maksudnya hanya makanan, pakaian, tempat tinggal.. Aku tak rasa kita akan rosak sejauh ini..

nabi bagitau. hanya 2 perkara je yang boleh menjamin kehidupan kita..
-quran
-hadis
Tinggal apply dlm hidup. tapi kenapa kita sombong nak hidup macam nabi? xnk ikut cakap nabi?
kerana kejar "kemajuan" yang buat kita makin lupa pada tuhan?

Soal "kemajuan" tu kita akan bincang kemudian.

p/s: Aku benar-benar tertarik dengan pendapat2 Anonymous ini. Banyak isi yang beliau kemukakan. Buatkan aku nk berbincang lebih lanjut. Terima kasih anonymous. Sila sumbang idea-idea untuk masyarakat :)

Anonymous said...

salam....waaa pert...hebat dan mantap juga isi2 ko..
xramai muda mudi skrg berpendapat mcm ko...=)
ko memberi view yg lain drp view2 yg pernah ak dgr yg biasanye begitu tipikal ttg kepentingan ijazah tu...
klu diikutkan mmg xd harga pn ijazah, hanya nk menunjukkn seseorg tu dah pass atau tak drp degree yg diambilnye..
haha...yg selebihnya terpulang kpd individu mcm mne die nk kaitkan ilmu yg dipelajari waktu "degree" dgn real life yg bakal dihadapi..
ak pn nak komen jgk, bhw kadang2 org2 yg xberpelajaran pun lebih maju dan lebih stabil drp org yg berpelajaran krn mostly dorg belajar drp experience, betul x?..(dalam konteks mende yg dorg wat tu xterpesong dgn ajaran agama kite la)...huhu
tp klu ad peluang utk menuntut ilmu (spt dpt wat ijazah,master,etc.) pe slh nye klu kite wat yg terbaik? yg mane outcome nye nnt bkn nk disanjung dipuji msykt, tp nk berkhidmat yg terbaik utk msykt..
kite amik pengajaran yg baik2 je di sini, segala pe yg negative tu hnya krn manusia tu sendiri xpndai memanfaatkn pe yg die ad..
ak x menyebelahi mane2 pihak, krn ape2 pn pd akhirnya.. berbalik pd kite jgk, sbg MANUSIA..
ALLAH pn ada menyatakan bahawa ALLAH tidak akn mengubah sst kaum, jikalau mrk xberusaha mengubah diri mrk terlebih dulu..so, tepuk dada tnye iman..
sbb org kate klu di'pandang tinggi' sekali pn, hanya di pandangan manusia, bkn di pandangan ALLAH..so chill~no worries~~

-hamraa,ex-perdana_SAKTI-
igt x?yg comel lg cute tu=)

Pert Doherty said...

Siot.. gua igt sape la.. hamraa upenye.. haha.. orait ar..

aku cuba kaji manusia sekeliling aku.. apa yang diperjuangkan?.. Kenapa meratap dan bersedih sebab tak dapat capai tahap yang dikehendaki manusia? sedangkan itu qada' dan qadar.

Apa yang kau cakap tu betol macam comment2 sebelum ni.. Tapi semua yang kau cakap tu KALAU.. Tapi bape ramai sanggup buang "pemikiran ijazah" ni? Mereka semua akan tetap demikian.. Dan terus demikian.. dan megajar anak-anak mereka pemikiran yang sama..

Jikalau benar universiti mahukan pelajar yang benar-benar nak buat kajian ilmu.. Apa kata rombak sistem pelajaran kat malaysia.. Start dari tadika dah dilatih untuk kaji ilmu.. Tak kisah la sains ke, syariah ke, bisnes ke, hadis ke, quran ke. Tapi kenapa kita nak amik juga sistem pelajaran dari luar?

Mereka belajar kerana EXAM.. Jadi kita takkan tahu tahap sebenar mereka..
Jika latih dari kecik.. mereka akan paham.. Belajar kaji ilmu ni sebenarnya tak perlu penilaian orang.. nak kata kita bodoh atau pandai.. Nak kata kita 4.00 atau 1.99 atau 0.00.. siapa yang berhak menghukum demikian? Tiada manusia yang bodoh, cuma cepat atau lambat penerimaan dia terhadap sesuatu..

Aku nak biar ramai yang paham, dan cuba get out dari benda mengarut ni. Sistem pembelajaran ketika zaman melaka dulu. Aku rasa dah cukup baik. Hinggakan orang-orang tua serta sultan pun sanggup belajar bersama. Kerana apa? Kerana tiada prejudis terhadap pandai atau bodoh. Tiada penilaian terhadap ilmu kau. Tiada bayaran yang dikenakan untuk mengkaji ilmu. Itu yang selalu kita dengar "tuntut ilmu sampai mati". Pada aman dahulu masih boleh dilakukan.

Tapi apa yang berlaku sekarang? Orang-orang tua dah malas nak kaji ilmu pasal banyak sangat penilaian. Kena jawab exam ni, exam tu.. Kena bayar ni kena bayar tu.. F*ck off!

Mungkin ramai tak dapat terima pendapat aku. Dan mereka akan kata aku gila. Tapi pikirkan. Cari yang positif dalam kata-kata aku.

tobak said...

sifu pert...aku nak jadi anak murid kau lah..

Pert Doherty said...

To tobak.. jangan cakap demikian.. Kita saling bermesyuarat.. kongsi pendapat itu lebih baik.. Kadang-kadang ada perkara yang ko betol aku salah, ada yang aku betol ko salah.. Jadi aku takkan jadi sifu.. Cuma menyampaikan.. :) hehe..

cryclown said...

hahahha..klu kita bakar sijil ijazah tu dpt pe2 tak? ade insuran tak?

Pert Doherty said...

xdapat pape pon.. haha.. siot je belum ape2 dah pikir duit.. haha

Chip said...

Ijazah tu penting pasal dia sekaligus tiket untuk membuka macam-macam pintu baru dan juga “safety net” bila masa gawat bila pintu-pintu tu tertutop. Ini bukan teori yang aku dengar dari pensyarah tapi pengalaman hidup aku sendiri.

Ijazah nie bukan rekaan Mat Salleh penjajah tapi sebenarnye rekaan alim ulama’ masa zaman kegemilangan Islam yang di tiru oleh Mat Salleh. Jangan ter-konpius ye.

Ikut pemahaman aku, ijazah pertama yang di keluarkan kat dunia nie dekat Mesir, Universiti Al-Azhar. Empayar Islam time tu dah tersebar dari China di sebelah timur dan lautan Atlantik di penghujung Maghribi. Zaman tu ramai pakar sains dan alim ulama’ yang giat mengembara ke seluruh pelusuk dunia mencari ilmu dan pengalaman tapi di samping tu, untuk menampung keperluan hidup diorang ada jugak mengajar.

Tapi, apa yang membolehkan diorang mengajar dan mencari rezeki? Ijazah diorang. Ijazah diorang adalah bukti yang diorang tu ada ilmu yang diorang kata diorang ada.

Pert Doherty said...

btol cakap chip.. banyak perkara yang pada awalnya direka umat islam.. tapi akhirnya dimanipulasikan penjajah.. Hebat? sebagai contoh kapitalisme.. asalnya orang islam reka.. meluaskan perdagangan.. tapi ape kesannya sekarang bila dah dimanipulasikan.. kamu akan tersungkur dan terus lumpuh..

tapi itu semua KALAU, pemegang ijazah itu benar-benar mengkaji ilmu tersebut.. jadi dia akan boleh buka gerbang baru.. tapi kalau pelajar2 sekarang ni, yang time nak exam baru macam orang gile nak study.. Cmne?

Rezeki.. soal rezeki berkait rapat dengan tawakal.. Aku pernah dengar bapak aku kata, "Kalu kau nak belajar tawakal, ko tengok monyet tu. Kaji tingkah laku dia.". Jadi boleh disangkal keperluan ijazah ni. Kalau ikut logik hari ini, satu hipotesis boleh diwujudkan, "Jika kamu ada ijazah, maka peluang kamu ada kerja lebih tinggi". Tidak seperti chip cakap tadi, mereka(golongan ilmuwan) mencari rezeki dengan mengajar bukan menjadi kuli orang penjajah..

Kenapa ada penetapan dari segi OFFICE HOUR? Kerja yang dikejar-kejar oleh graduan-graduan masa kini ialah kerja pejabat kn? CUbe kaji keburukan kerja pejabat ni.. aku takkan terangkan..

Anonymous said...

assalamualaikum

ijazah tu penting..time ijazah tu kita blaja mcm2..cara utk hidup.cara utk bkerja.cara utk bkomunikasai.cara utk bersosial.segulung ijazah sbg motivasi kita utk maju setelah penat lelah belajar.kalo dh dpt ijazah baru lah kita dpt rasa benda yg kita lalui time ijazah tu berharga wlaupun time tu just subjek2 biasa mcm subjek korikulum...

bukan segulung ijazah..penghayatan tu penting..pengahayatan ape yg kita belaja dlm ijazah adelah juga penghayatan hidup...

tiada ijazah org2 barat akan lagi memandang rendah Malaysia dan Umat Islam..xder ijazah mcm mner nk blaja kira2 algebra?sendiri kt rmh xleh blaja..mcm mner nk kira force atau daya kt struktur bangunan yg nk dibuat?

org2 kt msia yg kaya cthye owner syarikat IOI yg conquer industri minyak sawit malaysia ctnhye lah kalo dier xder ijazah mcm yg adik cite tu(sbg cth..xtao dier ade ijazah atau x)..owner tu knfirm memilih engineer production utk kilang sawit nyer org yg ijazah chemical engineering..dier xkn memilih org yg ade UPSR kn..got the meaning?maksudnye org msia terkaya sbb pekerja2 mereka yg ade pelajaran,ade degree, ade diploma...begitu juga dgn owner celcom..pekerja marketing dier ade degree busineess..engineer dier ade dlm bidang telekomunikasi dan elektrikal engineering

Pert Doherty said...

Kesimpulan yang anda nak cakap.. ijazah untuk dapatkan kerja di bawah syarikat besar kn? Hanya itu kan?
:)

Time kasih atas penerangan yang panjang lebar

Anonymous said...

eh aku lah anonymus tu..hamra tu laen..maksodnye kwn ko lah yg mnhayati ape yg dier sedang belajar kn..idop kena hargai n hayati ape yg kita sedang alami..baru ade makna n baru kita paham maknaye..

pendapat aku ttg ijazah utk org yg amek ijazah tp xtao ape motif amek bnda tu..psl org tanam sayur tnpa ijazah tu btol ko ckp..ade btolnye kn..

tp org2 yg amek ijazah ke diploma ke..just blaja sbb nk abis mmg xbtol..salah ..rugi masa..manfaat xde..keihlasan kena ade br berkat

bayang hitam said...

hmm..pening gak topik ni, semua otak pengomen2 kat sini bijak2 (aku respek sama lu orang)..tapi kat sini bagi aku ade beberapa golongan yang dpt aku detek..yang nak ijazah utk bukti kat mak bapak, aweks, pak sedara atau sesiapa sahaja..(besela, x kan lepas spm x sambung belajar kan?kene kutuk pulak nnt), ada yang x fikirkan sangat psl ijazah, tapi nak kan ilmu (last2 dapat gak ijazah, ilmu, berkat plak tu + iman kuat di dada), ada yang memikirkan kepentingan ekonomi nanti (zaman skang nak keje kene ade kelulusan, melainkan ko ada modal berniaga atau sanggup bekerja dari bwah), dan lain2 yg x dapat aku spotcheck kat kepala otak org lain..well, bagi aku suka ngan view sapa ntah dalam pengomen ni (sori, aku x ingat) , org dlu2 belajar bukan kesah pasal pencapaian, tapi usaha ko nak blaja..pointer ke apa pegi mampos la kan? balik kepada tajuk, aku rasa mende yang paling penting ialah kemurniaan niat ko di sisi tuhan..walopon ko hidup nnt x mewah, janji ko senang dengan berkat..

Anonymous said...

hehe..aku pon terkesima jugak bila baca si pert kladi bunting ni tulis.
hanya pendapat sposen aku sahaja..
apa kata kita belajaq mengikut system yang telah ditetapkan,dan pabila kita berada dipuncak(menteri pelajaran ke),,perdana menteri ke...menteri tanah dan saliran ke..heheh...(ada ka menteri tanah dan saliran?? :P )
kita rombak balik system dimalaysia..amacam?

Pert Doherty said...

Cadangan bernas.. tp bapak aku tak bg aku join politik.. :( cmne? aku terpaksa jadi penulis je kot... hahaha

labu air said...

huh...best topic nie...sbnr nye...aku pun pening gak..ada setengah lecture aku....dia exam oriented....ada plak lecturer aku knowledge oriented...kenapa malaysia x tiru mcm mesir ker...sbb dia org belajar kerana ilmu..bukan exam..huhu...
sekadar pandangan jer..
p/s: kalo salah mintak maap...

Pert Doherty said...

to labu air.. btol ko ckp.. tp orang malaysia kan suka "bersaing"...

Anonymous said...

nie gua.. PALE...

wa baru lepas lepak ngn kapan, alau, stajak, mus ngn naz smlm.. sioot lu xde.. haha.. neway dorng bagi tau wa pasal blog lu nie.. wa usya2.. agak bagus ade diskusi antara anak2 Malaysia.. wa igt, wa ngn member2 wa je yg ade diskusi cmni walopon kitorng xmemblogkan diskusi kitorng.. mungkin sbb byk isu2 sensitif jadik byk perbincangan antara wa ngn member2 wa xleh diblogkan.. satu usaha yg bagus pert.. bley muhasabah diri dan sedarkan orng2 sekeliling kita.. mengenai bab nape kita perlu kejar ijazah nie.. its been a reasonable subject.. sbnrnye sistem nie orng putih pon pernah bangkang.. bill gates pon pernah drop degree dia dulu sbb kate dia xblaja sbb nak degree.. dia blaja sbb nak ilmu jek.. (kalo xsalah wa ar.. wa pernah bace) so.. sbnrnye semua nie terpulang kat diri individu tu sendiri.. tanye ar kat diri kita.. sbb ape kita kejar degree? sbb nak kerja? sbb nak berjaya? atau sbb mmg kita nak menimba ilmu?

kalo bagi wa.. wa follow je sistem peperiksaan nie untuk dunia kapatalis skang nie.. sbb kita dah mmg idup dalam dunia nie.. tp niat wa, wa tuntut ilmu mmg sbb wa nak blaja.. tp ilmu yg dituntut kene seimbang.. ilmu dunia dan akhirat.. lu blaja sampai kat universiti ilmu dunia.. tp ilmu akhirat, kita blaja sampai form5 je ke? wa tgk ramai jek orng yg lepas form5 dah xpegang AL-QURAN lagik.. pe cita?

mmg wa ckp wa pon tergolong dari golongan tue dulu.. ALHAMDULILLAH..
tahun lepas, ntah cmne ntah wa terpikir.. wa dah hampir dua tahun kat UTM.. tp wa xpernah ngaji kat UTM.. YASSIN pon wa xpernah bace.. jahil xjahil la wa time tue.. wa pikir dalam2.. esoknya wa g beli AL-QURAN, TAFSIR, DAN BUKU PANDUAN SOLAT... wa pikir nie semua sbbnya satu..
'wa rase diri wa dgn ALLAH dah jauh'...

kadang2 pert.. kita nie syg manusia lebey dari tuhan.. xbley cmtue.. tuhan marah... syg lah TUHAN lebey dari segala-galanya..

aku beli buku panduan solat bukan sbb aku nak blaja solat balik, tp aku pernah terpikir, cmne nak kejar khusyuk dalam solat? nie aku bagik korang salah satu nye.. yg len korang tipe jek kat google.. nnti ade ar kuar, tahun lepas aku dah wat.. hehe..

salah satunya.. paham eerti sebenar setiap bacaan dalam solat.. nie mmg sentap aku abis nie.. ayat penulis blog tue.. dia ckp.. hampir semua orng kat malaysia nie.. AL-FATIHAH pon xtau maksudnya.. macam mane kita nak khusyuk dalam solat.. kalo bacaan2 dalam tue kita sebut sekadar menghapal? tp xmemahami ertinya.. kalo dah paham erti,. barulah kita tau ape sbrnya yang kita baca or yg kita mintak dalam semayang tue.. SUBHANALLAH..

aku slaloo bincang ngn dettol pasal agama.. dettol slaloo join tabligh.. aku jek kurang join.. kat tmpt aku jek kadang2.. aku pernah tanye sorng ustaz nie psl khusyuk, ko tau dia ckp ape? mgkn dah xde dah orng yg semayangnya khusyuk kat dunia nie.. aku blur.. aku yakin satu ari nnti aku dpt capai khusyuk dalam solat..

aku sokong usaha ko tulis blog nie.. kalo nak info ape2.. roger2 aku kat facebook.. aku support ko pert.. dah tambah satu lagik koleksi blog aku kene slaloo lawat nie.. hehe..

p/s: INNA SOLATI WANUSUKI WAMAYAHYA WAMAMATI LILLAHIROBBILA'LAMIN...
(sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku adalah untuk ALLAH, tuhan sekalian alam....

Pert Doherty said...

ini plg menyentuh..

INNA SOLATI WANUSUKI WAMAYAHYA WAMAMATI LILLAHIROBBILA'LAMIN...
(sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku adalah untuk ALLAH, tuhan sekalian alam....

bila paham benda ni.. insyaAllah rmi yg akan paham apa yang aku nk sampaikan.. :)

bucemganu said...

aku rasa kawan kau tu macam aku jer..
tapi aku xnak slahkan kau kalau kau nak judge aku lari dari konsep penkajian ilmu sebenar..itu pendapat kau.. kau boleh menilai.. kita bukan nak cari sapa betul sapa salah..
aku jawab pada pandangan umum setiap yang menuntut ilmu sampai ijazah or mane2lah.. phD ke pe ke..
suma akan cakap nak dapat kerje bagus..
bagi aku.. bila kita berilmu orang akan hormat pada kita, tpi bukan menagungkan kita.. tpi bukanlah kehormatan dikejar secara total.. apa yang penting dapat menaikkan taraf pendidikan..
dan bila berilmu setiap hasil pengkajian ilmu kita dimasa akan datang dipandang(insyAllah)..
klu cuma lepasan SPM..contahlah kan.. pastu buat research..
ada ke orang nak pandang kita punya researh tue? klu ade pun takkan kemana.. aku bukan nak menentang pendapat kau.. tpi cuma nak bagi pendapat aku jugak..

Pert Doherty said...

haha.. bucem.. orait.. xde hal.. bgus ar tu.. kalau ko pikir ke arah kebaikan.. nice.. tp berapa ramai yg berfikiran cmtu?

Reaserch yg cmne tu? org punya research atau kita punya sendiri? banyak lagi la... kita (lebih kepada aku sendiri) dah jadi suatu golongan yg kononya menimba ilmu untuk manusia sejagat.. tapi takde hala tuju.. bila dikaji balik mengenai elektrik.. kita boleh dapatkan percuma (subjek pengkajian tenaga dan ape kejadah semua tu (hidro, solar angin.. boleh wat sendiri kat rumah.. n x pki TNB)).. tapi kenapa perkara tu xdigalakkan oleh kerajaan? (katanya nak pasang mahal, maintenence lagi hape lagi alasan)..

Kerana diorg xley untung.. pdahal.. kwujudan kajian tu nak mempermudahkan hidup manusia yg tersepit dengan hutang2 dr bank, ptptn, bank dunia dan segala macam.. tu baru aku tunjuk 1 contoh..

banyak lagi masalah semua kerna duit.. duit duit dudid
asdajsdkshkfsa.. fuck off.

p/s: aku cakap stail kedai kopi.. so aku tak sediakan dalil2.. haha..

Anonymous said...

salam sume..

bagi aku ijazah tu cam nk tamatkan zmn persekolahan~

mlsnk tulis pnjg2..

phm2 sndri layer..

tatitu

dolly said...

kalu seribu org berfikir mcm awak,memag akn mundur la masyarakat Islam..ok,mgkn kita mniru sistem barat..n barat dgn megahnya berkata mereka berjaya memesongkn umat Islam dgn membuatkn kita spy mngikut cra mereka etc...tp cuba fikir scr lebih meluas..jgn sempitkn pemikrn awak dlm satu skop sje..sy bkn nk menempelak awak atau tulisan awak,cuma sy ingin ajak awak berfikir..first,utk apa kita bljr tinggi2??adakah smata2 utk mendapat kerja??gaji yg lebih baik??atau mnjadi insan yg lebih baik??sy sdr dapat mlihat perbezaan sikap n prangai mreka yg hanya berkelulusn rendah dgn mreka yg berpendidikn tinggi(sy xmengaitknnya dr sudut negatif meskipun ada sbahagiannya bersifat begitu)..berani sy menyatakn,sejak sy menjejakkn kaki ke pusat pengajian tinggi,sy mnjdi manusia yg lebih baik dan seorg umat Islam yg lebih baik amalannya drpd sblm itu;sy jd lbh berani, berkeyakinan,matang dan berdaya saing berbanding ktika sy di sklh dulu..sy jga lbh menghargai khidupn n org2 dskeliling sy serta mnjd manusia yg lbh brsyukur pdNya..sume tu berkat dr proses pembelajarn yg sy terima n pngalamn yg sy dpt ktika mnuntut ilmu di IPT..

Allah membalas seribu kebajikan bg setiap kaki yg melangkah pergi ke kelas semata2 mnuntut ilmu krnaNya..so,adakah menggenggam ijazah itu adalah perbuatn yg sia2??TIDAK!

TAPI jika anda 'bertuhankn' ijazah smata2 shingga perkara yg ditegah agama pn sggp buat,bkn sje tiada kbajikn yg dicatit,malah dosa pula yg harus ditanggung..pd graduan yg menganggur atau susah nk dpt kerja meskipun ada ijazah yg gempak2,cuba tanya diri sndri,adakah anda pernah mlakukn ssuatu yg 'syubahat' ktika bljr dulu???pernah ke anda melawan lecturer??pernah ke anda mniru utk mndaptkn result yg baik dlm exam??or adakah mrkh@CGPA yg anda peroleh itu tidak berkat??

Sy takkn terkejut kalu itu la penyebab 'tersekatnya' rzeki anda..sy msh ingat lg ktika bljr dulu,terang2 student yg duduk di hdpn sy meniru..bkn seorg dua tp kelompok yg ramai..itu ke sbnrnya tjuan kita bljr??psl asgnment pula,byk yg sy mkn hati dgn sikap n prangai rkn2 skuliah..sume benda nk kna suap..sume keje sy yg kna aturkn..pernah satu ketika sy terpksa mnyiapkn asgnment sorg2 smpi tak tido mlm krn ahli grup yg lain g jamuan mkn malam..cuba bygkn mcm mane prasaan sy ktika itu??sy sdh aturkn tugasan utk setiap org tp akhirnya sy yg kna siapkn sume..bile ditegur,msg2 buat muka tak nk dgr nasihat then slammed me back..memang smpi skrg sy tak 'redha' markah yg mreka peroleh hasil drpd titik peluh sy..bkn sbb sy tak ikhlas..tp krn sikap mreka sndiri yg tak bertanggung jwb n tak mnjlnkn tugasan yg diberikn dgn amanah n dedikasi..tp pliknya bile time exam,msg2 fokus..cma fikir nk score dlm exam je tp tugasan yg lain tak diendahkn..mcm ni ke sikap mahsiswa zmn skrg???sy yakin bkn sy sorg je yg pnh alami dilema mcm ni..

Sememangnya amatla baik jika anda mempunyai ijazah..TAPI ijazah yg mcm mana???ijazah yg hanya gah di atas skeping kertas or ijazah yg mendidik anda mnjd manusia n umat Islam yg lebih baik???muhasabh diri semula n perbaiki sgala kkurangan....

Kpd penulis blog ini pula,sy tidak melawat blog awak utk menghentam awak..sbaliknya hanya menyatakn pendapt sy krn sy memg memndg tinggi pd pendidikn seseorg..mgkn kita berbeza pndpt tp itu la..FIKRAH manusia itu smemangnya terdapat perbezaan pmikirn,pndapat n pndangan...

Pert Doherty said...

Time kasih kepada dolly.. ini satu-satunya pembaca yang betah dengan isi.. tapi anda juga melihat dari skop kecil.. :) okay. anda adalah orang yang terselamat dari virus.. 1/1000.. orait.. 999 orang lagi dah terkena virus "Ijazah untuk dapat kerja".. cuba anda lihat komen-komen sebelum ni.. semuanya berpendapat demikian.. jadi macam mana cara kamu nak ubah pemikiran 999 orang selain anda..

Saya membuat artikel ini untuk membuka minda masyarakat dengan subjek utama "Apa matlamat utama kamu beria-ia mahukan ijazah??"..

(sila senaraikan)

Kalau semua umat manusia macam encik dolly.. Nice.. :)

mitchy said...

@ wewet
yang tue fardu ain macam ibadah wajib sunat sume....balajar kan fardu kifayah...abes kalu xda dokter engineer sume camne nak uruskan kehidupan kite...?camne nak bine tempat ibadat kalu itu tataw ini tataw...menyembah allah memang lah perkara utama..abes kau takda nafsu kew ataw ko malaikat? x makan x minum...semayang 24jam?hehe...^_*

mitchy said...

@pert
kau nie cam lurus+bendul jerk (maaf)...memanglah nabi cakap kalau kita berpegang dengan al-quran & hadis kita takkan sesat...lagi satu..kebanyakan daripada kita selaloo salah anggap bahawa uni adalah "kilang pekerja" walhal matlamat sebenar sesuatu uni ditubuhkan adalah untuk proses pengembangan ilmu...bukan semata-mata melahirkan pekerja...kalau setakat nak lahirkan pekerja lebih baik masuk institusi kemahiran yang memang lebih mementingkan kemahiran dan amali dari teori (maaf bukan untuk mengatakan mereka berada dalam level yang lebih rendah k?)

ilmu boleh didapati dalam bentuk formal (sekolah, ipt) atau tak formal macam adab susila+cara bersosial..mana ada cikgu atau pensyarah kita ajar semua benda tuh dalam kelas yang oii...ilmu pun tengok juga ada yang berbentuk ilmu kemahiran (tukang rumah, welding etc.) yang lebih memerlukan amali bukan teori..

ijazah tu kan sistem yang direka untuk membolehkan kita belajar dengan cara yang formal...sukatan pelajaran telah disediakan agar kita dapat memahami & tiada keciciran dalam menanggapi sesuatu bidang...mungkin ilmu math level tiggi mcm laplace susah untuk kita apply dalam hidup...tapi kalau aku punya course (mikrobiologi) sangat banyak benda yang aku boleh apply dalam hidup seharian...pendek kata memang tak sia-sia lah aku amek course nih...bukan jerk setakat dapat ijazah yang boleh digunakan untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih bagus seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup...malah ilmu yang aku pelajari dalam kelas pun boleh guna untuk real-life what?

Pert Doherty said...

Mitchy, sebenarnya keperluan asas manusia tak perlu keformalan pun..

Kereta itu keperluankah?

Semua yang anda katakan betul dari segi keduniaan.. Tapi pengakhiranya untuk duit kan?

Universiti pada zaman dulu wujud kerna apa?

Diwujudkan kerana pengembangan ilmu (seperti yang kamu katakan) yang benar-benar untuk kesejahteraan manusia. Betol ke semua ilmu sekarang ini untuk kesejahteraan manusia? :)

Dan alhamdulillah encik mitchy dapat kaitkan ilmu yang encik pelajari dengan kehidupan encik.

Bagi saya, mungkin belum dapat mengaitkan ilmu yang saya terima dengan kehidupan. Kerana asas keperluan manusia bukanlah elektrik..

tanpa elektrik manusia mampu makan, minum, kawin, bina rumah, bela lembu, mandi, dan ape semua lagi la yang nabi adam boleh buat. Takde masalah kan?

Tapi kamu tak pernah berharap agar 'nikmat' elektrik ini hilang kan?

Jadi kamu memang beruntung, semoga ilmu kamu dapat memberi kesejahteraan kepada manusia lain. Amin.

Aku jawab untuk wiwit gak,

Kenapa takut kalau takde doktor??
Kenapa tak belajar je sume skali skill2 untuk survive di dunia.
Kenapa terlalu bergantung pada orang lain. Aku tahu memang hidup di dunia ini perlu satu sama lain. Tapi bila time dah bekerja nanti semua akan jadi selfish kan?

Apa kata jadi selfish dari sekarang?

nak takut ape? hilang kawan? hilang kawan kamu masih ada Tuhan..
belajar saja segala apa yang ada di muka bumi ini, agar nanti bila terlalu banyak manusia amik bidang mikrobiologi, takde la mati sebab tak makan kerana ramai tak tahu bertani..

Last word, belajar lah cara untuk survive dari sekarang. Kamu tahu cara hidupkan api jika tiada mancis, ligter, gas, bateri, elektrik dan ape jadah teknologi yang sekarang ada? Jika kamu dah tahu ilmu itu, kembali pada aku dan mari kita berbincang.

Adakah elektrik ini dipanggil Kemajuan?

faridnando said...

AsSalamualaikum..
mitchy2..
b'blik pd pos ko..
".memanglah nabi cakap kalau kita berpegang dengan al-quran & hadis kita takkan sesat...lagi satu..kebanyakan daripada kita selaloo salah anggap bahawa uni adalah "kilang pekerja" walhal matlamat sebenar sesuatu uni ditubuhkan adalah untuk proses pengembangan ilmu...bukan semata-mata melahirkan pekerja...kalau setakat nak lahirkan pekerja lebih baik masuk institusi kemahiran yang memang lebih mementingkan kemahiran dan amali dari teori"


dalam quran dan hadis,
segala2 nya ilmu tlah lengkap didunia ni kat dlm 2..
ko ada slh phm kat cni..
kiasan quran n hadis b'beza ngan pembelajaran ko kat u..
pembelajaran yg ko blajo skrg ni,
memg asalnye dr quran,
tp..
tlah dslewengkan oleh golongan2 t'tntu..
xpyh sbut,
ko pun phm sape..
ko akan phm ape yg sbenar nye kitorg cube smpikan..
ok..
klu ko bnar2 jujur..
jawab soalan ni..
"APA SEBENARNYA MATLAMAT KO JAWAB PERIKSA @ EXAM?
UNTUK LULUS CEMERLANG N DAPAT KAN IJAZAH BTOL?
telitinya diorg cuba ubah pemikiran ko smpi tahap ni..?
diorg akan cuba buang ALLAH dr pmikiran ko..
xda pun org pernah niat, "AKU JAWAB EXAM UTK TRUS B'BAKTI PADAMU ALLAH"
btol x ape aku ckp ni?


"ijazah tu kan sistem yang direka untuk membolehkan kita belajar dengan cara yang formal...sukatan pelajaran telah disediakan agar kita dapat memahami & tiada keciciran dalam menanggapi sesuatu bidang...mungkin ilmu math level tiggi mcm laplace susah untuk kita apply dalam hidup...tapi kalau aku punya course (mikrobiologi) sangat banyak benda yang aku boleh apply dalam hidup seharian...pendek kata memang tak sia-sia lah aku amek course nih...bukan jerk setakat dapat ijazah yang boleh digunakan untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih bagus seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup...malah ilmu yang aku pelajari dalam kelas pun boleh guna untuk real-life what?"


pos ko yg ni plak,
dr segi yg aku pk logik akal la..
ko cube untuk menetap kan level dlm pembelajaran,
dlm islam tiada kasta..
xda tahap aku bodoh ko pandai..,
cube ko pk blik..,
ilmu asal dr tuhan..
tp tuhan xda bg nabi kita exam utk jd seorg rasul..
sepatutnya tapi tiada sukatan dlm ilmu..
tiada peperiksaan dlm pembelajaran..
apabila timbul peperiksaan,
mula tmbul rasa syak,benci,dendam,riak,menyalahkan nasib..
rukun iman ke6 akan hilang dr dri islam..


lg 1..
ilmu yg sdg ko blajo ni skrg..
ko study btol2 kan?
klu bleh xmo cicir klas btol?
tp ilmu islam cm syariah islamiah,
qurran sunnah,tasawuf, dll,
ko kaji x?
maksud aku,
ko study x?
jgn sesekali ckp,
aku expertkan bidang ni,
bidang 2 biar org len..
kat situ dah nmpk pengabaian ko kat ilmu islam yg pure ni..
telitinya yahudi ni smpi dia nk ko abai kan ajaran tuhan..
jujur la,
spanjang ko study kat uni,
penah x ko btol2 study ilmu2 islam yg pure ni sama cm ko study mikrobio?
xkan?
ha..
bek kita pk blik @ muhasabah dri ni..
aku mgaku yg aku ni xsmpurna ilmu,
tapi skdar ingat m'ingati sesama muslim..

http://saint-guerre.blogspot.com/2010/05/konspirasi-dunia-pope-roman-peter-ii.html

baca apa yg ada kat link ni..
dn ko akan paham apa yg kitorg cuba samapaikan k?
Assalamualaikum..

mitchy said...

benedictine order...oke..dah baca..thanks k

Anonymous said...

Kelakar je bace komen2 semua.. Artikel pon best byk unsur2 lawak hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...