Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Jan 31, 2017

Penghargaan Tesis II

Thanks to God for let me complete this writing. Thanks for the oxygen, the good food, for the nutrients, for this soul and everything. Again and again and again, without Him, I will never survive.

Thanks to my project supervisor, Encik Wan Zamani. He put so much afford for this final year project, helping all of his students in any way he can. From nothing to something. Thanks to Encik Zainuddin who also supervised our class. Thanks also to all other lecturers involved. Everyone is helping.

Thanks to all the ‘Avengers a.k.a. Pembalas Dendam’, Jack Laloque, Wak Idzul, Wan Safwan, Cham Hisham, Ijad Fikri, Shrek Hasif, Afiq Asnor, Ed Nabawi, Acap Zakaria, Rezza Zubir, Din Fakhrudin, Ash Thai Pop, Faris CSGO, Bon Apetit and Syahmim Shahperi. To ‘Team Suwik’, Siti Najihah Roslan. Mira, Adda, Effy, Suzy, Nad, Along, Ezzah, and Qila. Thanks also to good old friends who are helping me in many ways, Ayob Wahid, Johnny Nepp, Abe, Saudagar Garam, Fauzi Ahmat, Shahril Saripin, Misuari Sarangat, Ahpeng Mohamad, Rayhan Ahmad, Bue Hasnol, Tok Rimau, Seakan Bintang, Husen Stone, Rezza Koyokie, Jebat, Syafiq Lajjis, Ijad, Ashwin, Bob, Naim Mansor, Aliuddin, Soki, Pehe, Larry, Syafiq, Naz, Padil, Nur Atyrah, Pejal, Azizi, Paiz, Kemal Pontian, M. Z. Lucidius the III, Fatimah Azwiah, Rushdiah Rusly Jurgen Klopp, Mark Zuckerberg, Kevin Systrom, Spotify owner, Jacksepticeye, Pewdiepie, Andrew Price, Brandon Flowers Brian Molko, Peter Doherty, Carl Barat, Joey Ramone, Tria Changcuters and many names that also involved in making this project happened. They are all awesome and kick ass because they are the revolution. Also to JLQ 5718 that help us throughout the project.

Last, thank to my beloved family. Thanks for the love, for the prayer, for the smile, and for everything. Thanks for raising me up until now. I love you, mama and ayah. I have tried to be better person and I still try until this day.

And we all will keep making history!

p/s: gua dah habis belajar ni.. siapa yang itu hari nak bagi job. baik bagi sekarang. dan kali ni kena tulis bahasa inggeris.. macam syaitan jugek cara olahan bahasa inggeris gua ni..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 23, 2015

Berhala

"Ok pert, macam mana nak setelkan ukiran berhala ni?", suatu brader ni tanya gua.

"Matematik", gua jawab pantas.

Bende ni real, matematik memang real sehinggalah kau cuba mengira jarak bumi hingga ke hujung galaksi, dan itu pun gua masih rasa matematik real.

Bila kau borak pasal ukuran, bermakna kau telah secara tidak langsung terlibat dalam urusan matematik. Pada gua, dalam kehidupan penuh pancaroba seperti sekarang di bumi, matematik adalah paling tepat buat masa ini (jika tiada ugamawan nak cuba menyelitkan kata kata, "Ilmu Al-Quran lebih tepat"). Habis kau fikir matematik ni datang dari mana?

Berbalik kepada pengukiran berhala. Jadi penggunaan ilmu matematik dalam penciptaan berhala adalah penting bagi memudahkan kerja dan mempercepatkan masa pembuatan. Perkara ini adalah seperti sistem yang secara dasarnya sangat membantu segala proses pembuatan berhala. Sebagai contoh, kau mendapat suatu sketch dari seorang client yang mahukan berhala dalam spec yang dikehendaki, dari sketch kepada ukuran real perlukan nisbah yang tepat, kalau tak boleh tepat, sangat sangat hampir tepat. Dan kau akan mula mengira scale sebenar yang akan siap, kau buatkan satu blueprint yang lengkap. Hal membuat berhala ini bukan hal main-main kau main agak-agak saja. Satu sebab kenapa perlunya ketepatan ialah lagi sekali memudahkan kerja. Dan satu lagi, kalaulah kau tiba tiba jatuh sakit atau meninggal dunia, maka adalah orang lain boleh tolong sambung kerja tersebut. Prosedur kerja seperti ini amatlah digalakkan dalam semua jenis kerja walaupun hanya dalam hal membuat batas sayuran. Penting.

Matematik dan juga blueprint adalah penting.

Dan gua faham in real life akan ada sedikit ralat dalam pemotongan dan pengukiran, jadi pengukuran akan ada perubahan ketika proses pembuatan. Takkan sama secara total dengan blueprint, namun pre production ini membantu engkau untuk kekal dalam skop. Jika ada ralat sekalipun kau masih dalam lingkungan target. Dan dengan ada pre production ini, kau boleh dapat comformation dari client, dan kau juga boleh pau client bila client jenis banyak cerita.

Sebenarnya panjang lagi pembahasan ini, namun gua perlu mandi dan bekerja mencari rezeki.

Sementara itu, gua sedang berlatih mengawal chi supaya boleh membuat kamehameha dengan tenang. Kelihatan banyak juga pokok sudah tumbang akibat latihan gua. Kalau tidak ada halangan gua mungkin akan masuk peraduan kungfu antarabangsa.


p/s:
If I'm to fall
Would you be there to applaud
Or would you hide behind them all?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 3, 2015

You Talk a good game

Sebenarnya ada suatu tahap adalam hidup kau akan tak peduli sekeliling engkau, walhal suatu masa kau tak sudah sudah yang rasa tak puas hati dengan segala-gala benda dari hal tayar basikal sampai ke hal galaksi. Suatu masa kau sangat menunjukkan kau punya rage yang sekarang aku rasa benda tu makin lama makin tak perlu sebenarnya, tapi sebagai orang berfikir akan muncul thought jenis penentangan ni. Tak kisah la penentangan terhadap politik, makanan, agama, undang-undang, pemakaian, sikap dan juga persatuan. Namun perkara ini kerap berlaku waktu stage pertama menggunakan kebolehan berfikir, bila dah sampai stage seterusnya pemikiran akan menjadi lebih bijak dalam menghukum sesuatu hal. Wujudlah pengelibatan tuhan dalam pertikaian tadi, walaupun sebenarnya tuhan itu wujudnya sejak dari awal lagi tanpa perlua ada perbezaan pendapat pun. Jika difikir baik-baik, pertikaian yang muncul itu juga adalah turutan aturan tuhan jugek. Tapi masa yang diwujudkan di sekitar tidaklah digunakan dengan baik untuk berfikir hal-hal demikian, jadi penyalahan, penuduhan, penghukuman terus disabit kepada siapa-siapa yang dirasakan salah. Salah yang dimaksudkan kadang-kadang sebenarnya hanya tercipta atas kelainan pembudayaan. Bila bercerita mengenai pembudayaan, sering terlintas di akal hanya hal-hal yang berkaitan dengan perkara-perkara tradisional. Namun, kebudayaan adalah suatu kebiasaan bagi sesetengah komuniti, contohnya ambil dari skop kecil iaitu keluarga, kebudayaan yang muncul mungkin cara penyusunan perabot. Dan term salah akan muncul jika susunan perabot adalah berlainan dengan cara yang ditonjolkan keluarga tersebut. Dan label salah ini sering muncul dari mulut mulut komuniti lain yang lebih besar dari lingkungan keluarga tadi. Dan hal ini berterusan hingga ke pemikiran antarabangsa.

Bila mengetahui salah dan betul yang tercipta atas pembudayaan, kita akan terus menghukum.

dan gua dah malas gila babi nak explain, sebab gua punya marah dah reda.

padahal gua sebenarnya tak marah pun.

Jadi gua mengambil langkah bijak untuk berdiam diri dan berlatih cara mengapungkan diri dalam tekanan udara bumi. Sambil gua tidak sudah sudah mengukir gabus untuk dijadikan berhala pada bahasa kasarnya.




p/s: "Sebenarnya ada benda yang kita nak luahkan, tapi kita dah tahu pun apa yang orang nak respon balik, dan benda tu pun adalah perkara yang tak perlu diluahkan", ada suatu kawan cakap pada gua kelmarin. Dan situasi tu pun ada pada gua sekarang, Jadi gua cuma steady-steady mengukir tentakel sotong.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 21, 2013

Kapas Korek Telinga dan Melayu-Islam

Antara kapas korek telinga dengan pengorek telinga besi, mana satu yang lebih diminati? Benda yang wujud dekat dunia ini dicipta selalunya atas keselesaan dan kehendak. Mana-mana pun. Ada yang suka itu, ada yang suka ini. Tidak ada yang tidak subjektif. Hampir segala benda. Hatta persoalan matematik. tiada cara tetap untuk cara penjawaban. Ada yang gemar mengira mengguna batuan, ada yang guna guli ada yang guna ingatan, ada bermacam-macam cara walhal itu baru aku cerita pasal matematik.

Penyelesaian yang muncul di muka bumi ini tidak ada batasan dari segi cara.

Contohnya dalam isu membuat air kopi. Ada sesetengah orang membancuh kopi dahulu kemudian baru tambah gula ikut citarasa, ada sesetengah bancuh air gula dahulu, ada sesetengah masukkan secamca kopi masukkan gula siap-siap dalam mulut kemudian minum air suam.

Dan hari ini, masalah masyarakat Malaysia, khususnya melayu, kebanyakannya mempunyai nilai perkauman yang sangat tinggi. Saya tekankan masyarakat melayu kerana saya juga dalam kelompok melayu yang secara terang-terangan mengangkat semangat perkauman itu sendiri secara langsung atau tidak langsung. Segalanya berlaku masa kini tersangkut paut dengan kehidupan awal. Contohnya saya sendiri pada awalnya tinggal di Felda yang rata-rata adalah orang melayu, jadi semngat untuk begaul dengan bangsa-bangsa lain adalah rendah. Bagi masyarakat bangsa lain saya tak tahu. Kerana macam saya kata tadi, saya sendiri pun tiada inisiatif hendak bergaul dengan mereka, jadi saya sendiri tidak tahu macam mana semangat perkauman mereka.

bertitik tolak dari masalah perkauman yang dicipta sendiri itu, muncullah beberapa (mungkin majoriti) masyarakat melayu-islam yang jangka saya tidak islam mana, namun mudah terhantuk bila ada sedikit sentuhan lembut pada agama islam. Adakala isu isu yang dibebankan itu tidaklah mengganggu akidah langsung. Salah faham seperti ini yang kerap berlaku dalam ruang lingkup sosial melayu-islam.

Ada suatu kali kawan saya, meletakkan status facebook atau twitter (saya tidak ingat), mengenai "RIP Steve Jobs" pada hari kematian Steve Job itu, dua tahun lepas rasanya. Muncullah pelbagai umat melayu-islam yang saya fikir cetek pandangannya, menentang ujaran kawan saya mengenai 'RIP steve jobs'. Ada sampai laknat melaknat rakan-rakan sendiri, berkelahi dalam alam maya, menaip gaya ustaz-ustaz, tapi pusingannya hanya di alam maya rasa saya. Tapi isu ni saya berfikir dari konteks manusia antara manusia. Apa salahnya kalau saya mendoakan kesejahteraan manusia lain. Berdosa? Tuhan tiba-tiba mahu melaknat saya jika saya mendoakan supaya yang baik-baik saja pada manusia lain? 'Rest In Peace' adalah kata carutan seperti celakalah kamu? Fuck off. (macam ini barulah salah pada saya). Biarpun orang yang kau doakan itu ternyata kafir laknat yang membunuh sahabat kau, salahkah kalau aku mendoakan dia jadi yang baik-baik? Pengetahuan kita terhadap diri sendiri pun terbatas, apatah lagi mahu tahu buku amalan orang 'yang berdosa' itu?

Lagi sekali saya tekankan di sini, putaran cerita saya banyak terkisar dalam konteks melayu-islam, kerana atas dasar mereka yang lahir dalam keluarga islam, tiba tiba muncul pemikiran yang bahawa orang yang bukan islam adalah musuh. Siapa la kepala segala bodoh tu. Aku tak paham betul. Dan secara automatik menganggap yang bukan islam di sekeliling mereka sudah tiada harapan untuk menepuh akhirat, habis kau tu ada harapan sangat? Walhal yang nyata musuh kau tu adalah Iblis, setan, dan silap silap haribulan engko sendirik adalah musuh diri engkau. Apasal aku cakap macam tu? Dalam kau sendiri ada nafsu yang aku tak tahu la dia punya spirit nak sesuatu tu datang dari mana. Wali sekalipun dalam diri dia ada nafsu, namun nafsu level mana entah aku pun tak tahu, mungkin kalau engkau lapar mesti nak makan sedap, namun wali steady makan pucuk je walhal ada duit nak beli makan macam engkau.

Banyak lagi benda aku nak tulis, kau tahu jela perbincangan 3 hala pada malam hari yang ambil masa 3-4 jam boleh bawak kita sampai mana? Baru baru ni aku baru tahu dunia ini ada 11 dimensi yang berjaya dikesan. Asas yang wujud (baca: boleh nampak), ada 4 dimensi, 3 dimensi yang kau boleh sentuh & rasa, 1 dimensi masa (aku bedal je ni, tak ingat sangat). Lagi 7 tu aku syak alam-alam lain yang diceritakan dalam quran, yang otak engkau tak sempat simpan memori pada dimensi dimensi tu, boleh jadi kau dah lalu dimensi dimensi tu.


Tapi sekarang aku tengah ikut cakap nafsu, aku nak pergi tengok siaran bola sepak kumpulan Liverpool lawan Southampton.


p/s: kalau aku buat filem pendek pasal 'Melayu-Islam' ni ngam tak?Aku ingat lagi 'orang tua' tu cakap, kau kena tahu kenapa kau masuk bidang ni? Semata-mata nak duit? Atau kau ada kepentingan untuk masyarakat kau? Benda tu aku dapat masa #JBWRF 2013 baru ni. Dan bila aku baca balik pos kali ni macam tersasar je dari tujuan asal. Tapi aku steady terus pakai seluar dan ke kedai.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 29, 2013

Salam Merdeka

Sempena merdeka..


Saya.

Entah. Maaflah. Saya sebenarnya masih belum faham dengan kisah merdeka, tak kira lah merdeka Malaysia, Singapura, Indonesia, Mesir, Libya, Syria, Israel, China, Korea, dan Cuba. Atau mana-manalah negara dekat dunia yang merayakan hari kemerdekaan. Isu kemeredekaan ini digembar gembur suatu macam perayaan yang adatnya diambil dari mana entah.

Saya faham ada sesetengah negara yang tidak pernah dijajah akan merayakan juga hari kebangsaan yang tarikhnya dipetik dari mana entah. Namun isu di Malaysia adalah, tarikh temetrai perjanjian tiba-tiba telah menjadi satu tarikh kemerdekaan. Mungkin pemahaman saya mengenai hal ini terlalu sempit sehingga memikirkan sedemikian. Tapi kebenarannya di situ, sebelum orang putih datang, apa hari kebangsaan, apa benda hari merdeka? Masyarakat waktu itu pernah peduli? Jadi teorinya, sambutan hari merdeka ini cuma wujud apabila adanya penjajah dan yang dijajah.

Sambutan ini cuma diada-adakan untuk menampakkan kerja mungkin. Ada perarakan, ada bunga, ada Tokoh Hari Merdeka, ada apa-apa lagi lah yang hendak diperingati, tapi itu tak menjadi hal, saya tak peduli pun semua itu, cuma saya tidak puas hati dengan sejarah ribuan tahun dahulu, siapa bapak segala pemula penjajahan. Turunnya Adam ke muka bumi dengan keadaan merdeka, tiada perlu peduli dengan benda-benda mengarut mengenai penjajahan.

Tapi satu benda, macam mana pun aku kena puas hati juga. Pasal benda ni kalau Tuhan tak seting macam tu tak jadi pun macam tu. Jadi aku tak patut salahkan apa-apa pun, sebenarnya aku takda hak pun nak tak suka nak apa pun. Dia bagi, bagi la. Sampai tahap kau terima pun, Dia yang nak kau terima baru kau boleh terima.

Sekarang aku punya semangat merdeka tengak up, jadi aku pun datang 'sun' nak dengar Backstreet Boys.. Aku harap kaset-kaset tu masih ada dekat bawah rumah..

Dan satu yang tak 'sun', bila aku punya radio kat rumah pemain kaset semua dah jahanam, dan lagi tak best radio radio rekaan terkini tidak ambil peduli pengguna kaset.



p/s: aku baca balik macam setan, apa benda tah kata ganti nama diri aku bersimpang siur bukan main. Belum cakap pasal cerita, lagi tunggang langgang... 



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 14, 2013

Pengembaraan Ruh

Saya perlu berjalan-jalan. Walau macam mana pun saya perlu berjalan-jalan. Saya perlu berikan saya sedikit masa untuk saya berjalan-jalan. Jadi saya mengambil masa tidur saya untuk saya berjalan-jalan. Buat masa ini. Buat masa ini, saya perlu latih ruh saya berkhidmat secara berkesan. Saya perlu latih ruh saya mengembara ke negara-negara yang siang pada ketika di sini waktu malam. Jadi saya boleh berjumpa dengan macam macam manusia. Saya perlu latih ruh saya berinteraksi dengan jasad lain. Lebih kepada perbualan. Perbualan adalah penting. Jadi saya perlu belajar bahasa asing untuk menjadikan pengembaraan saya itu bermakna dan boleh dibuat kenang-kenangan. Apabila tiba di Amerika Syarikat saya boleh berbual dengan pengedar dadah yang datang dari Sinaloa. Mungkin saya tak bertanya soal dadah atau cara pengedaran, saya mungkin bertanya hal tentang "Bagaimana kamu beriman?" atau "Ada apa dengan cinta?" atau "Bro, nampak motor gua tak?". Soalan terakhir macam babi jugek. Mungkin kalau saya berjaya kawal ruh saya ke tempat yang tidak pernah dijelajahi manusia, contohnya mantel bawah lapisan kerak bumi. Saya berenang-renang dalam lava barangkali. Entah-entah saya dapat berbual dengan hidupan yang wujud di sana. Siapa tahu.

Jadi malam ini paling jauh mungkin saya akan ke bank berdekatan dan berbual dengan pengawal keselamatan. "Pakcik, saya tengok pakcik ni tidur je dari tadi, senapang tu load ke tak sebenarnya?". Mungkin saya akan bertanya demikian. Tidak sudah dengan itu, saya mungkin ke England sekejap. Jangan kata tak logik, bila saya di zon ruh, segalanya mungkin. Masa itu tidak terpengaruh. Kerana masa juga perlu masa untuk bersiar-siar.

Kalau semua mungkin di alam ruh, apa yang tak mungkin? Entah. Bila bercerita soal ruh, ramai ingin melarikan diri tak mahu ambil peduli. Mungkin mereka kata bila ruh bergerak sendiri tanpa jasad, itu tidak realistik. Tapi apa jadi kalau jasad bergerak tanpa jiwa, tanpa ruh. Zombie? Zombie kepada duit-duit kau? Zombie kepada gadjet kau? Zombie kepada lagu-lagu yang kau nyanyikan? Zombie kepada persembahan kau? Mungkin kata-kata gua tidak realistik, 'Mahu kawal ruh sendiri ke tempat yang disukai'. Tapi siapa tahu perkara itu boleh. Yang berkenang-kenangan adalah ruh, yang merasa adalah ruh, yang menikmati adalah ruh. Kau pernah rasa menggigil yang kau tak tahu kenapa ketika tim bola pujaan kau memenangi piala? Zombie kau? Entah aku pun tidak tahu. Kau pernah rasa rindu kepada mak kau, dan rasa sebak? Zombie kau sebak?

Tapi ramai akan menentang sebab saya banyak timbulkan kata 'mungkin'. Ya, soal yang depan memang saya letakkan perkataan mungkin. Itu halnya bertitik tolak dari ketidak tahuan. Proses meneka masa hadapan tidak berlaku dalam keadaan yang telalu mengikut kiraan matematik. Contohnya, saya minta pada seorang pelayan kedai minuman, "Hai encik berbulu dada lebat, saya mahu minum air kopi tarik". Dia jawab, "Ok!". Lat berapa ketika, encik berbulu dada jadi bodoh yang saya tidak tahu datang dari mana bodoh dia tu. Yang tiba di meja saya adalah air laici. Kebarangkalian untuk masa hadapan walaupun masa hadapan itu hanya tiga minit adalah mungkin untuk segalanya. Saya hanya boleh kata selepas saya meminta air kopi awal tadi, "Mungkin saya akan dapat air kopi ni kejap lagi". Hal ini, kerana segalanya yang ada di depan, walhal di belakang adalah qodok dan qadar.

Berbalik kepada kawalan ruh.

Ada yang pernah berbicara dengan saya soal astral. Tapi saya tidak mengkaji dalam-dalam ilmu itu. Kerana zaman sekarang bukanlah zaman mencari ilmu secara real. Cuma untuk bergaya-gaya sahaja dengan sijil. Kalau mahu sijil apalah kiranya kita ke kedai percetakan dan cetak la satu sijil. Dan apalah kiranya jika kita mencari kawan yang menjaga sistem data pembelajaran Malaysia ini supaya memasukkan nama kita menjadi orang yang mempunyai keseluruhan sijil yang kita mahu. Soalnya sekarang aplikasi pembelajaran dan silibus pembelajaran di sini kurang ertinya, ini daripada pengalaman sayalah. Dan sekarang kisah ruh sudah terpesong sampai ke cerita apa bende ni cilake.

Jadi saya mahu keluar berjalan-jalan ini. Saya mahu jumpa kawan-kawan saya. Jikalau saya rasa perlu untuk menyambung kisah pengembaraan ruh ini, saya pun baring.

Saya mahu meraikan hidup ini selagi boleh. Kenapa saya perlu duduk sahaja sedangkan tanah masih luas.





p/s: Saya perlu cari sponsor. Projek ini kalau tidak ada sponsor mati kutu jugak.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 3, 2013

Musim

Dalam hidup ini ada macam-macam musim. Mula-mula musim belon acah. Lepas tu musim makan jambu air. Kemudian musim basikal. Tak sudah-sudah nak main basikal. Hatta dalam ruang tamu rumah yang sempit pun mahu main basikal. Dan kemudian bermulalah musim lain. dan seterusnya.

Musim-musim ini pun silih berganti dan tiada penghujung. Bukan lah seperti musim iklim yang sudah boleh diramal kedatangannya. Musim bermain gasing, musim bermain game tape, musim bermain apa benda entah segala bermain ini tidak boleh dijangkan.

Habis sahaja musim meriam tanah, masuk pula musim ke asrama penuh. Yalah, masing-masing yang dapat 5A berlumba-lumba hendak masuk asrama penuh. Waktu dekat asrama penuh, macam-macam musim pula muncul. Paling celaka adalah musim seluar kancut. Gua tak paham betul siapa entah yang mulakan scene seluar kancut ni. Sampai budak masjid pun ada yang terikut. Gua sendiri yang ada etika dalam pemakaian pun terikut. Setan betul. Kemudian tak lama musim mendapatkan keputusan cemerlang dalam PMR. Yang ini gua tak ambil peduli sangat, jangkaan gua gua cuma boleh dapat 4A sahaja berikutan perangai gua yang belajar tak berapa pandai. Dia bukan apa, pasal gua diracun dengan zine skinhead. Sibuk dengan perjuangan anti-rasis lah, perjuangan memakai but Dr. Martens lah, dan perbagai lagi perjuangan yang hanya segelintir budak-budak lain ambil endah.

Habis sahaja musim PMR, masuk pula musim Matematik Tambahan. Mampus gua tak pernah lulus sepanjang hayat sampai lah ketika SPM. Tidak fasal-fasal mendapat 2. Habis sahaja musim SPM, berlakulah musim bongkak. Bongkak pasal sudah habis SPM. Entah apa-apa entah. Selain itu bongkak akibat tidak dimasukkan ke PLKN. Ramai juga yang terlibat dengan PLKN. Jadi gua bongkak sedikit kerana boleh bela rambut. Namun mak gua lebih PLKN daripada PLKN. Jadi gua pun mahu tidak mahu mengambil saki baki peninggalan elemen skinhead dalam hidup agar tidak dianggap derhaka. Adakala disebabkan menyimpan rambut panjang, ibu boleh menganggap kita derhaka.

Kemudian masuk musim band inggeris, musim bundle, tak lama musim menonton filem. Masing-masing nak menonton filem dan menjadi pengkritik. Filem ini bagus, filem ini tak bagus. Gua juga tak fasal-fasal terikut menjadi pengkritik filem di kedai kopi. Tahi betul. Rasa entah apa entah.

Itu aku dah terlupa musim nak masuk universiti. Dah macam gampang masing-masing bercerita dia masuk universiti mana. Entah aku pun tak faham. Aku pun join jugak. Tapi nak berlagak-berlagak pun tak guna kalau gua belajar bengap. Jadi gua ambil keputusan tak bercerita sangat hal belajar gua kepada kawan-kawan, hatta kawan-kawan sekelas.

Tapi dalam banyak-banyak musim di universiti, aku tak suka betul musim melihat keputusan peperiksaan. Kau tahu sahajalahkan bagaimana kau buat peperiksaan. Kalau macam setan, selalunya keputusan kau macam iblis. Lebih baik tak tengok hingga dapat surat kena repeat ke apa benda. Lainlah kau tahu kau buat mana salah mana betul, rasa nak tengok keputusan itu adalah juga.

Lepas itu musim mencari tempat praktikal. Ini pun suatu hal juga. Tapi ini tak seronok sangat. Cuma gua thrill pasal gua mohon 3-4 hari sebelum setat praktikal. Kah kah kah. Nasib baik ada Addy tolong gua dapatkan tempat, kalau tidak mampus juga tidak lulus praktikal.

Dan paling latest sekarang musim mencari pekerjaan. Ini gua tak boleh cerita sangat, fasal kompeni yang berani panggil gua pun ala kadar sahaja. Tapi gua tidak hairan, kompeni ada sebab masing-masing tidak mahu ambil fresh. Gua beri tempoh lagi sebulan dua pada diri gua. Kalau tidak gua cari kerja guna SPM sahaja. Adalah lebih mudah.

Tak lama lepas tamat musim mencari pekerjaan. Kebanyakan anak muda menamatkan musim mencari kerja ini apabila mendapat pekerjaan gaji bulan. Ataupun mendapat kerja dengan kerajaan. Habis musim itu, mulalah musim mencari kenderaan. Berat di sini untuk mengatakan kereta. Orang sekarang tidak mahu motosikal. Kebanyakannya. Different class between those two.

Kemudian habis sahaja musim mencari kerja, musim mencari pasangan hidup pula datang. Musim ini tak menentu juga. Biasanya musim ini paling tak menentu. Walhal kalau nak diikutkan musim-musim lain juga tak menentu, tapi bila berkait hal berlainan jantina, hati dan perasaan, orang melayu kita berat mengambil perkara kahwin-kahwin sahaja sebagai jodoh. Gua datang dekat dengan orang melayu yang cakap macam tu, gua datang lagi dekat, gua lempang. Walhal banyak benda lain dekat dunia ini berkait dengan jodoh.

Habis sahaja musim mencari jodoh, masuk pula musim beranak pinak.

Habis musim beranak pinak, masuk pulak musim membela bayi.

Habis musim membela bayi, masuk pula musim membela anak yang sedang musim nak main belon acah.

Habis musim membela anak yang sedang musim nak main belon acah, masuk pula musim membela anak yang sedang musim nak makan jambu air.

Benda ini terus berpusing.

Tiada penamat.



banyak sebenarnya musim. Itu belum aku masukkan musim Twilight. Musim asik nak beli majalah gosip artis. Musim asik nak baca Utusan, musim asik nak belek Metro. Kemudian musim asik nak main CALL OF DUTY. Musim asik nak Illuminati. Musim Fight For Gaza. Entah macam-macam lagi la musim yang kita pun tak tahu kejap lagi musim apa pula.

p/s: kalau ikutkan besok gua ada interview dekat kolumpo. Tapi gua minta tunda ke minggu hadapan. Harap-harap orang pejabat sana ambil pusing lah. Jangan nanti gua terkedek-kedek, maaf dik kami tak terima orang untuk temuduga dah.

Masa itu iblis akan merasuk aku untuk menumbuk penyambut tamu tak fasal-fasal. Setat itu, tak fasal-fasal lah muncul musim menumbuk penyambut tamu.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 14, 2012

TNB TNB TNT

Tenaga Nasional Berhad (TENA, MYX: 5347) adalah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia dan juga syarikat kuasa yang terbesar di Asia Tenggara dengan nilai MYR 69800000000 aset. Ia berfungsi lebih tujuh juta pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia dan juga negeri timur Sabah melalui aktiviti teras Sabah Electricity Sdn Bhd TNB dalam penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik. Aktiviti-aktiviti lain termasuk membaiki, menguji dan mengekalkan loji kuasa, menyediakan perkhidmatan kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan bagi loji janakuasa produk berkaitan, pemasangan dan pembuatan perkakasuis voltan tinggi, perlombongan arang batu dan perdagangan. Operasi dijalankan di Malaysia, Mauritius, Pakistan, India dan Indonesia. 


Persen kemahuan graduan yang belajar mengenai keelektrikan untuk menyertai Tenaga Nasional Berhad ini sangat tinggi. Atau boleh dikata terlalu tinggi. Ini bukan cerita main-main, ini dah melibatkan kepercayaan, kalau teruk sangat boleh membawa kepada hal akidah. Tapi hal mengenai akidah atau ketuhanan ini gua tak ambil sebagai unjuran topik kali ini. Kali ini gua cuma memikirkan hal monopoli.

Tenaga Nasional Berhad pada gua merupakan satu syarikat tunggal yang menyemarakkan nafsu belia masa kini. Syarikat ini membina platform untuk anak muda berkarya pada waktu malam. Mencerahkan suasana I-City. Belia-belia boleh berkinja-kinja pada waktu malam, berkaraoke, berpanggung wayang, beryahudiah dan sebagainya. Tapi itu bukan isu utama. Sekarang isunya ialah kenapa kegilaan graduan yang belajar keelektrikan ke arah Tenaga Nasional Berhad? Satu sebab utama ialah kestabilan ekonomi. Wang. Ya, wang. Mereka bukan mahu masuk ke Tenaga Nasional Berhad atas sebab memerangi yahudi, mereka mahu kerana itu adalah trend masakini. Trend masakini ialah kepoweran engkau menjawab soalan bakal mertua atau makcik-makcik, atau orang mesjid: "Kau kerja mana?", "Aku kerja TNB". Dan bakal mertua atau makcik-makcik atau orang mesjid akan membalas dengan senyuman tanpa tanya banyak. Hal sekarang bepusing semula kepada hal awal iaitu kestabilan ekonomi. Kerana Tenaga Nasional Berhad ini bukannya swasta sepenuhnya, jadi bila kau bekerja di kelompok yang dikelaskan sebagai 'orang kerajaan', mata-mata keliling akan mengangkat kau secara tak langsung. Orang bank pun tidak banyak hal dengan engkau.

Sekarang cuba negara ini menswastakan sepenuhnya Tenaga Nasional Berhad dan membenarkan kewujudan syarikat utiliti elektrik lain contohnya Kamsani Sumber Elektrik Anda Tiada Had, atau God Speed You BLIP BLIP Berhad. Dan mereka juga "memasarkan elektrik". Agak tidak mungkin juga untuk negara ini membenarkan sebenarnya, tapi boleh sahaja kalau hendak. Pengguna berhak memilih syarikat mana yang patut mensalurkan elektrik ke rumah mereka. Setiap syarikat pasti berlumba-lumba mengiklan produk mereka. Merekalah yang paling murah, barangkali siap ada pakej. Boleh jadi mereka membuat jualan langsung atau multilevel marketing. Bergantung. Tetapi bila jadi macam ini kejadian monopoli akan lesap sedikit demi sedikit. Dan ini berkait semula dengan hal 'hendak bekerja dengan TNB'. 



"Woi!!!"

"Apa?"

"Lu pandai cakap ja, cuba lu bikin syarikat elektrik lain"

"Errrr... errrrrr... eh.. esok adik lu tunang kan?"

"Aah."

"Ada makan-makan kan?"

"Ada.. datang la rumah"

*Senyum

p/s: realistik ke tidak tu pergi mampus. Tapi kalau gua sabotaj Tenaga Nasional Berhad ni sedap jugek. Hentam empangan, letupkan generator dan sebagainya. Tapi gua bukan bangang nak sabotaj  sorang-sorang, gerila la. Gerila. Pakai baju askar siap pengang senapang. Peh. Macam dalam filem.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 21, 2012

Hero Ikonik Malaysia

Bila tanya pasal filem-filem malaysia, Apa yang gua teringin ada dalam filem malaysia?

Banyak. Banyak sangat. Tapi satu yang gua nak sangat adalah hero ikonik. Frasa ini gua reka sendiri. 'Hero Ikonik' ni pada tanggapan gua adalah hero fiksyen yang jenis bergasak. Kuat bergasak. Jenis power tak sudah-sudah. Jenis Rambo, jenis Chuck Norris.

Tentang moral, pergi mati sama moral. Kerana mencipta watak fiksyen sebegini apa ada kena mengena dengan moral. Yang penting watak itu sasa, kuat bertempur dengan ramai musuh. Dulu ada juga watak hero ikonik macam Jefri Zain. Tapi Jefri Zain adalah Singapore's Own Bond. Lain.

Saat sekarang, banyak filem-filem Malaysia yang gua ingat, tapi gua tak berapa ingat nama watak (hero) dalam filem tu. Maksudnya, hero-hero filem Malaysia belum capai tahap brainwash otak gua. Tapi sedikit sebanyak, filem Malaysia ada juga memberi kesan kepada gua dari segi dialog, cara pertuturan dan gaya persembahan lakonan. Tapi masih juga gua belum dapat kesan wannabe daripada hero-hero ini. Setakat Merong Mahawangsa. Hero macam itu tak cool. Tak moden. Apa barang jadi hero pesen hikayat. Apa barang ikon Badang, Hang Tuah, Sang Bedal. Tak best. Tapi ini semata-mata pendapat gua. Ada idea yang boleh pakai, ada yang tidak.

Gua harap-harap ada la penulis skrip ke, penerbit ke, pengarah filem ke, penulis novel ke ada terbaca benda ni. Rekalah satu watak yang memberi kesan pada masyarakat, terutama gua sendiri. Selalunya orang cakap, filem yang baik berasal dari penulisan yang baik. Kuote ni gua ambil dari mana entah pun gua tak tahu. Gua bukan apa, contohnya malaysia ada satu Hero Ikonik sendiri yang berkesan, at least dari segi kapitalisme, penerbit akan buat sequel prequel dan merchandise dan macam-macam lagi.

Gua bagi idea la sikit, dekat Malaysia pernah ada komik Bersama Selamanya oleh kartunis Gayour. Gua ingat Amar. Sampai macam tu sekali Gayour berjaya brainwash gua, walaupun gua tak ingat detail. Benda tu dah ada storyline. Dan jadikanlah benda tu filem. Kau boleh tengok sendiri macam mana kejayaan Young & Dangerous yang berasal dari komik Teddy Boy. Tapi ini cuma idea sahaja.

Dan madefaker mana pulak lah dah masuk dalam badan gua sampai gua tulis banyak-banyak ni? Keluar kau syaitan!!! Keluar!!


p/s: Gua punya penat belum habis sejak KLWRF yang pesen bedal sampai dua hari straight. Terima kasih Sindiket Sol-Jah yang buat gua terjebak. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang hadir. Labi, Nad, Wadi, Atap, Basri, PokCik dan banyak lagi. "Gua Suka, Gua Suka", satu watak cina dalam Upin dan Ipin cakap.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 25, 2012

Sila berikan ulasan anda

Berikan pandangan anda mengenai peranan jurutera dalam hal pembangunan teknologi serta ulasan mengenai jurutera dan rasuah.




Gua jawab.







Akhirnya gua dapat C.




Babi.








p/s: Pukimak apa buat soalan berkaitan pendapat, lepas gua bagi pendapat engkau salahkan. Jenis tak boleh terima pendapat tak payah bukak soalan pendapat la bongok.

Hal-hal pendapat ini meluas. Tiada skim jawapan yang menentukan kebenaran sesuatu pendapat. Ini bukanlah konsep hafalan teori atau menjawap mengguna rumus. Penerimaan mengenai pendapat ini adalah berkaitan hati. Bongok! Bongok! Bongok!
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 23, 2012

Wawasan Liverpool ke UCL 2014

Liverpool perlu berniaga untuk menambah dana untuk membayar wang perlindungan referee. Hal ini bukan hal main-main. Perlawanan bola sepak pada abad ke-21 ini sama seperti perlawanan gusti WWE. Ia adalah hiburan semata-mata. Jadi penentu kehidupan hiburan bola sepak ini tak lain tak bukan penanung majlis bola sepak dunia. Dan downline-downlinenya tak suah cakap, semua bersangkut paut. Dari pengadil, pengurus, pemilik, pemain, penggilap bola, kontraktor membina stadium dan juga pemilik syarikat membuat jersi. Semua berkait dalam membentuk Liverpool ke tangga teratas. Dan bila difikir secara berakal, benda-benda ni berkait dengan kewangan. Jika penaung majlis bola sepak dunia mendapat habuan besar dari Liverpool, peluang untuk Liverpool memenangi liga semakin cerah.

Untuk mencapai Wawasan Liverpool ke UCL 2014, Liverpool perlu membeli syarikat membuat dadah. Paling tidak pun Liverpool perlu membuat pertanian popi secara besar-besaran. Jangan menggunakan tanah jajahan England untuk bertani popi, tapi gunakan negara bekas jajahan Soviet. Memandangkan Liverpool bertemakan merah, dan komunis juga berasaskan warna merah, perkaitan itu adalah real. Selepas berjaya menjadi pengeluar bahan asas dadah, Liverpool akan mempunyai dana yang besar untuk membeli seluruh emas di muka bumi. Dan ketika itu, Liverpool adalah kelab bola sepak yang paling kaya mempunyai nilai kewangan yang infiniti. Untuk memberikan pulangan yang lebih unsur kapitalis, Liverpool juga perlu menceburi bidang pengeluaran senjata api dan juga pembuatan peluru secara besar-besaran. Seluruh hooligan-hooligan Liverpool diberikan sejata secara percuma, dan penjajahan ke atas tanah negeri Manchester juga adalah real. Keadaan akan menjadi gila babi, dan ia akan diingati dalam buku sejarah sebagai 'Best Holocaust of the century'. Negeri Manchester akan menjadi padang jarak padang tekukur. Sama ada kelab Manchester United mahupun kelab-kelab Majlis daerah di negeri Manchester akan luput semuanya.

Banyak lagi sebenarnya teknik-teknik untuk menjadikan tontonan bola sepak hiburan ini menjadi lebih dari hiburan yang menjerit-jerit. Contohnya, Liverpool juga boleh mendominasi perniagaan Vuvuzela di Malaysia memandangkan orang-orang Malaysia bebal suka meniup vuvuzela ketika perlawanan sukan tak mengira bolasepak, badminton, takraw, snuker, mahupun sukan menembak tanah liat. Perniagaan vuvuzela di Malaysia juga adalah real.





p/s: ini bukan gua tulis
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 19, 2012

Meniru Amalan Terpuji, Satu Kajian Semula


Meniru adalah agenda biasa. Anak anjing kalau tak pernah meniru. Pergi mati kalau orang kata tak true kalau kita mengamalkan kehidupan meniru. Konsep meniru itu sendiri ditekankan secara menyeluruh dalam perjudian hidup. "Kalau kau nak 'macam ni', kau kena buat 'macam ni'". Benda asas ini disogok awal lagi supaya tiada terjadi perlencongan. 

Konsep meniru ini wujud sejak Adam. Tapi pembahasan ini cuma idea-idea yang agak menyeruntul, bukan dari bacaan atau kajian secara terperinci. Ini cuma logik akal. Kita ambil contoh lagi dekat, bahasa. Kenapa saya becakap bahasa Melayu? Kenapa? Kerana saya meniru ibu bapa saya yang tidak sehati sejiwa. Ibu saya orang banjar, bapa saya orang jawa, mereka tidak mahu berlaku pertembungan budaya dan bahasa akhirnya mengambil jalan tengah menggunakan bahasa Melayu untuk memudahkan komunikasi. Dan saya yang menjadi penonton setia ibu bapa saya sejak dari lahir pun meniru-niru percakapan mereka sehingga saya berjaya menjadi pengguna bahasa melayu tegar.

Hal ini bukan bergerak dalam kehidupan tatabahasa sahaja, perkara peniruan ini juga wujud dalam elemen kehidupan lain. Pembelajaran, perkataan ini boleh sahaja ditukar kepada peniruan secara globalnya. Tapi tidak ditukar kerana peniruan ini konsepnya meluas. Senang cerita, peniruan ini adalah kepala bapak kepada elemen-elemen lain. Banyak lagi kalau cerita pasal peniruan ini bila dikembangkan. Apa yang ada sebagai downline kepada peniruan. 

Masyarakat mengambil perkataan peniruan itu sebagai sesuatu yang agak busuk. Dan kepala buto.

Menganggap konsep peniruan ini satu benda yang poseur secara total adalah masalah. Masalah dengan otak.  Peniruan ini adalah konsep asas untuk hidup.



Dan babi mende gua tulis ni?




p/s: lama juga saya tak menulis macam ini. Rasa macam dapat biasiswa pula. Ini tak lain tak bukan kerja korin aku la ni.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 21, 2012

Penghargaan Tesis

Terima Kasih Tuhan kerana mengizinkan saya menyiapkan tesis ini. Terima kasih juga atas oksigen, makanan, ruh dan segalanya. TanpaNya segalanya tidak akan menjadi sampai tahap ini.

Kemudian saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda saya, Dr. Soon Chin Fhong. Beliau banyak membantu dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dari permulaan hingga kepada proses pembentangan dan hingga kepada tesis. Segalanya bergerak lancar dengan jayanya atas bantuan dari beliau.

Seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang membantu, terutamanya Haizat Faizi, Ahmad Badiozaman, Faiz Rasol, Hazieq Manan, Ibnor Hafiz, Abdul Karim, Firdaus Hamid, Safiudin Rofie, dan juga Ahmad Ramzi. Mereka banyak membantu dan memberi dorongan sama ada dari proses menyiapkan Projek Sarjana Muda mahupun pelajaran. Selain itu, tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat jauh yang juga memberi semangat kepada saya. Ayob Wahid, Asri Shakdon, Johnny Nepp, Zaidi Aman, Sufi Al-Fard, Fauzi Ahmat, Safwan Ramli, Shahril Saripin, Misuari Sarangat, Nur Athirah, Nadia Mohaniz, Apong Haziq Doyle, Remy Hakimi, Salleh Shamsudin, Adilah Morad, Nasha Nazlan, Peter Doherty, Carl Barat, Sid Vicious, Johnny Cash, Tyler Durden, Elvis Presley, Tom Jones, Kenny Dalglish, Steven Gerrard, Mark Zuckerberg, Pengelola 9Gag.com dan juga nama-nama yang tidak dapat saya muatkan di sini, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana semuanya adalah kawan-kawan yang hebat.

Akhir sekali adalah yang terutama iaitu keluarga saya sendiri. Terima kasih atas kasih sayang serta doa serta segalanya. Mereka yang membantu saya tidak kira susah mahupun senang. Yang sentiasa ada ketika saya ketawa dan ketika saya menangis. Dan paling utama adalah kebanggaan saya, ayah dan mama yang sentiasa terus senyum dan sayang kepada saya walaupun saya bukan yang terbaik.

Dan kita semua akan terus mencipta sejarah!


p/s: mungkin gua takkan edit lagi untuk muatkan dalam tesis. Ini adalah tesis gua, jadi pergi mati la gua nak tulis apa.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 22, 2012

Free Education a Lovely Myth

Debat PTPTN.

"Ahaks."

"Tak tengok", kata Gonzales.

Free education.

"Ahaks."

"Lovely myth", kata Gonzales.

Gua dari belakang terus debik Gonzales. "Hormat la orang lain sikit, ini bukan slot kau sorang", gua sound Gonzales.

Pada gua free education ni dapat diwujudkan secara menyeluruh dalam satu-satu negara apabila negara tersebut dalam kategori terlalu kaya dan juga terlalu miskin.

Keadaan negara terlalu kaya untuk memberi free education tidak menghairankan. Langsung. Pasal apa? Pasal dia dah kenakan cukai yang tinggi bagi setiap apa bende celaka yang kau guna, yang kau makan, yang kau berak, yang kau hisap rokok, yang kau melakukan seks, yang kau tonton, yang kau dengar. Semua ada tax. Sampai satu tahap makan nasi himpit juga dikenakan tax yang mungkin melampau. Jadi apa benda-benda yang mak bapak kau bayar tu akan pulang ke kau juga dari segi free education, free highway, free internet, free roadtax, ke apa benda sume celaka yang diperjuangkan orang-orang Tanah Melayu. Macam mana nak negara menjadi kaya tiba-tiba gua tak tahu. Barangkali negara-negara yang kaya itu hari-hari berdoa agar emas tiba-tiba muncul dari dalam tanah negara itu. Dan kepala-kepala negara mereka adalah golongan wali-wali. Itu gua tak pasti. Tapi semakin kaya negara, semakin real benda free education.

Kemudian kenapa gua cakap negara terlalu miskin akan menyebabkan wujud free education?

Pada pendapat gua, bila sama-sama miskin, sama-sama akan tolong menolong. Miskin ni maknanya susah. Tapi ditekankan lebih kepada harta. Bila dah takda harta, apa lagi yang ada harga selain maruah? Pelajaran, pendidikan, ilmu, pembacaan dan segala benda-benda yang datang dari buku. Tak kisah buku dari jenis apa. Masa miskin masing-masing takda nak hulala pergi mabuk, pergi disko, tak pergi main game dekat cyber cafe, tak pergi membazir beli telefon pintar, tak membazir beli gadjet elektronik, tak membazir beli pukimak apa benda segala bapak segala bodoh yang setiap hari makin membebal kepala otak. Bila miskin, itu jam boleh pandai nak baca buku, nak cipta kapal terbang, nak cipta amplifier biar orang 'bang' boleh dengar. Masa tu la material-material seni semua hebat-hebat. Masa tu semua boleh. Masa tu siap kau sendiri yang nak datang kelas, tak mahu ponteng. Pasal kau tahu nilai ilmu itu dekat mana. Masa tu go to hell about certificate. Fucking degree, fucking diploma, fucking phd. Tiada benda tu. Semua orang memang tiba-tiba wujud niai phd itu sendiri. Panjang lagi. tapi gua tahu semua paham. Tak paham pergi tanya orang-orang pandai. Gua tak pandai.

Dan Malaysia.

Kenapa Gonzales tadi cakap, "Lovely myth".

Itu adalah sindiran kepada Malaysia. Kita bukan negara miskin dan kita juga bukan negara kaya. Kita boleh mewujudkan free education sekiranya pekerja-pekerja dari apa lapisan masyarakat sanggup melepaskan demand diri mereka agar hanya ambil gaji yang lebih kecil dari sekarang. Dan duit-duit itu masuk kepada tabung pendidikan negara, dan negara akan agihkan kepada pelajar dalam bentuk pembayaran yuran. No fucking money for your Levi's, or for your cigarette, or for your Gucci or any motherfucking things. Itu adalah duit rakyat yang digunakan untuk keuntungan bersama, jadi hanya yuran yang boleh jadi free. Dan sistem boleh sahaja ditukar sekali. Dalam yuran itu sekali terdapat duit makan dan yuran tempat tinggal. Jadi universiti-universiti akan bertukar kepada bentuk-bentuk persekolahan yang elit kononnya. Ada asrama, ada makan, ada aktiviti yang membuka otak. Tapi kepala butuh pelajar nak join semua. Tak cool kan kalau pergi dewan makan ikut time. Kah kah kah. Tapi realitinya macam tu kalau nak wujudkan free education di Malaysia. Dan majoriti budak Malaysia masuk universiti atas sebab yang tak berapa nak real. So, untuk elakkan pembaziran duit rakyat, masa tu boleh kenakan denda kepada pelajar-pelajar yang benak dan yang kena kick. Denda macam mana? Masa ni kerajaan boleh minta balik duit-duit yuran yang telah dibayar. Namun ini hanya berlaku kalau budak kena kick. Kalau siapa skor, free education dia orang dapat. Bukan nak menekan orang yang gagal. Tapi kalau setiap tahun duit cover untuk pendidikan, dan konon budak yang boleh skor setiap tahun cuma 2 persen, apa cerita. Makan dia orang dah makan, tapi tak nak belajar. Jadi kena lah denda. Ye dok? (Kalau benda ni terjadi, gua tak masuk universiti. Gua lagi rela kerja tanam cili.). Tapi yang membuat benda ni jadi Lovely Myth adalah sebab semua tak nak. Cakap masing-masing boleh. Tapi realitinya, takkan kau nak bayar untuk orang yang kau tak kenal dari mana tah asal usul. Dah memang sifat manusia macam tu. (Walaupun free education, tenaga pengajar masih perlu menerima gaji, kecuali mereka seorang peniaga atau orang kaya, yang mengajar hanya sambilan, ok la). Ramai yang cakap sebenarnya negara ni kaya dan banyak duit dan cukup untuk tampung free education. Dan sebenarnya memang boleh dibuat. Itu gua tiada hujah kukuh. Sebab gua menulis bukan dari pembacaan. Gua cuma melihat dan bagi pendapat mengikut situasi yang gua lihat. Kalau betul macam apa yang 'ramai' cakap tu, kerajaan Malaysia ni harus pergi jahanam. Dan gua harapkan revolusi, bukan reformasi.

Dan apa yang gua tulis tadi gua banyak terangkan fardhu-fardhu kifayah yang orang tak pandang sangat. Siapa saja yang sanggup alirkan duit gaji mereka kepada pelajar-pelajar yang mereka tak kenal mana asal usul.

Dan apa benda tah lagi gua nak tulis gua tak ingat.

Besok la.

p/s: Maaf kalau benda gua tulis salah. Pasal gua tak pernah kaji sistem ekonomi Malaysia ni.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 16, 2012

Timeline Klise Rakyat Bumi


pergi mampus la kalau timeline ni tak betul. 
Gua dah bikin. besok-besok la kalau nak betulkan.
pasal penerangan pun besok-besok la.



p/s: entah apa benda entah gua nak sampaikan pun gua tak tahu.


ha ni ada kawan mintak tolong. Dia ada nak jual baju. tengok sendiri la.

tengok dekat link sini 


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 13, 2012

Kapitalisme atau Sosialisme

Semalam ada event. Dan gua tak nak tulis pasal apa benda berlaku apa benda yang seronok ke apa-apa pasal event tu. Itu boleh sendiri chek kat page AGAS sendiri. Gua ni hari cuma nak cerita idea yang gua baru dapat reveal lepas balik dari sana. 

Sebelum baca, gua nak ingatkan jangan percaya sangat. Ini hanyalah borak-borak tiga orang yang berlainan jurusan kejuruteraan (Mekanikal, Awam dan Elektrikal) yang juga bukan ahli dalam hal ini.

Klik untuk tengok lagi besor

Pada asalnya gua malas nak terangkan. Tapi nak tak nak kena juga. Kalau tak yang anti-kapitalisme akan kecam gua. Nanti yang anti komunisme akal lanyak gua.

Gua tak kata gua betul. Tapi benda ni ada logik. Dekat mana logik dia?

Kapitalisme adalah hal-hal yang mengaut keuntungan. Jadi ada tak orang nak berniaga sebab nak rugi? Dan berniaga juga salah satu tuntutan dari segi agama. 

Kemudian sosialisme adalah hal-hal sama rata. Sekali dengar adalah baik. Tapi kesan yang teruk akan berlaku apabila sosialisme diguna secara total. Namun dekat hal sosialisme ni ada juga dalam tuntutan agama iaitu zakat. 

Jadi kalau benda dua ini bergerak berasingan, dunia takkan seimbang. Orang sibuk perjuangkan kapitalisme adalah jahat, sosialisme ada baik untuk rakyat. (walaupun banyak lagi ideologi yang timbul dalam dunia ini, tapi gua lebih tekankan dua ini, sebab.. pergi mampus sama sebab). Apa yang berlaku sekarang adalah sebab pengasingan dua ideologi penting ini.

Jadi sekarang gua malas terangkan panjang-panjang. Masing-masing boleh buat kesimpulan sendiri.

Hal-hal ideologi dunia adalah acah-acah yang pada asalnya tidak direka pun. Cuma 'kepala-kepala' dulu ambil dari Tuhan apa yang mereka gemar sahaja (ini satu pendapat). Terdapat juga pendapat, ini hanyalah eksperimen oleh orang yang 'lebih tahu' mengenai hal ini terhadap masyarakat dunia.

Panjang lagi sebenarnya benda ini.

Tapi adalah lebih baik kalau semua saling berfikir. Kalau gua sorang cakap boleh jadi orang kata gua koya pemikir.


p/s: karangan gua kali ni macam babi. menyesal pulak menaip blog sambil menaip tesis.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 17, 2012

PTPTN, Pendidikan Percuma, dan Hipokrasi

Rentetan pos Rokoksepamdua: PTPTN Serta Kekecohannya

"Kita tak boleh nak follow secara total bagaimana Negara-negara Scandinavia ini memberi pendidikan percuma kepada rakyat mereka. Mereka boleh buat semua tu pun sebab kadar rasuah dan jenayah di Negara mereka ‘almost nil’ dan cukai yang dikenakan pada rakyat begitu tinggi." - petikan dari pos Rokoksepamdua

Lojik jugek. Aku sebenarnya tak banyak pengetahuan pasal benda-benda ni. Aku pun beberapa kali tak dapat duit PTPTN sebagaimana apa perjanjian yang aku sign. Jadi nak bising-bising pun nak buat apa. Kah kah.

Memang betul pendidikan adalah sesuatu yang pada gua tidak boleh dikenakan apa-apa bayaran. Sains adalah dari tuhan. Jadi tuhan berikan ilmu itu percuma.

Tapi sekarang kita bukan berada dalam institusi pembelajaran yang biasa (maksud aku, tuhan berikan ilmu kepada Adam secara percuma dan Adam selerakkan ilmu kepada manusia lain secara percuma). Kita sekarang berada dalam "Kilang Pekerja". Kita adalah contoh mass-production of worker. Menjadi produk kilang adalah berlainan dengan menjadi pelajar. Jadi Pendidikan Percuma itu hanyalah satu angan-angan yang sangat menyegarkan bagi rakyat Malaysia.

Siapa yang masuk universiti pasal nak jadi macam MacGyver? Siapa nak jadi macam Mahatma Gandhi? Siapa nak jadi Einstein? Pada aku, dekat Malaysia ni tiada. Kalau kau kata ada, aku kata tahniah.

Sebab telalu banyak yang masuk universiti. Apa benda tah masuk universiti pun jadi trend. Jadi kalau siapa-siapa yang masuk universiti itu cuma nak ikut trend, awal-awal lagi jangan masuk. Nanti bila dah bertemu dengan surat perjanjian PTPTN kau pergi sign. Lepas tu kalau dah habis belajar malas nak bayor, bising-bising. Baik dari awal-awal kau boikot dengan tak payah masuk universiti.

Kau boleh bayangkan tak kalau semua rakyat Malaysia boikot tak masuk universiti. Kau rasa ekonomi PTPTN boleh lumpuh tak? Jawapan aku: Boleh jadi.

Tapi semua setakat half-half je mogok. Kecut. Setakat haruk-haruk demo, mogok ke hapa takda guna. Lebih baik buat secara senyap, underground tapi lancar. Nak mogok biar mogok betul-betul. Daripada kecoh-kecoh kena tangkap satu benda pun tak dapat. Ini negara diktator, kena paham. Nak tumbangkan diktator ni macam mana. Kena ada gunting dalam lipatan.

Bukan aku nak downkan orang yang mogok-mogok, mereka juga ada idea, ada perjuangan sendiri. Gua tak tahu. Tapi kalau setakat dapat belajar free, tak nak bayor zakat (cukai), tak nak bayor apa benda tah lagi, nak maju apa benda?

Aku ni belajor tak pandai, tapi benda-benda gini boleh pikir jugek kadang-kadang.

Tapi segala perjuangan manusia zaman sekarang tak lain dan tak bukan hanyalah untuk duit dan duit dan duit dan duit.

Itu betul.

Tak kira kau Islam, Yahudi, Kristian, Buddha, Hindu, Ateis, Norse, Barisan, Pakatan, Ahli Sunnah, Wahabi, Syiah, Skinhead, Punk, Hardcore, Justin Bieber, Majusi semua nya sama. Otaknya perginya ke duit pada pengakhiran. Bila dah masuk hal duit ini perkaitan yang paling dekat adalah hipokrasi.

Perjuangan duit tadi dilapisi perjuangan rakyat, perjuangan agama, perjuangan masyarakat setempat, perjuangan pendidikan dan segalanya. Tetapi hal utamanya duit.

banyak lagi kalau aku nak tulis.






nanti la.

Sebenarnya gua malas.






p/s: sumpah malam tadi mimpi sedap gila. Ada satu makwe ganas tiba-tiba muncul dengan misi mengalahkan makhluk asing. Dia lengkap bersenjata. Gua mintak senjata dari dia. Penghabisannya gua dengan dia borak minum air dekat kedai.




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 27, 2012

Pelancar meriam


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 24, 2012

Follow Your Dream

Hari ini kita diajar mengikut arahan.

Besok kita diajar 'follow your dream'.

Madefaker.

Jenis mengajar tak ikut step. Pastu sampai ke mampus orang tak dapat buat 'follow your dream'.

Gua dah berkira-kira nak tulis balik modul-modul kemanusiaan negara Uncle Sam. Supaya majis-majis kembali. Dan setiap orang ada matlamat yang sangat macho.

Dan apabila bertanya pada budak kecil waktu tu, "Kamu nak jadi apa besok besar?"

"Saya nak jadi Goku".

Kali itu, kata-kata "Follow Your Dream" itu amat bermakna. Bukan macam sekarang. Setakat mulut cakap "Follow your dream" tapi "Tapi nanti kalau aku tak pergi kerja macam mana aku nak makan".

Bukan salah si penjawab, tetapi dia dah telalu lama hidup mengikut arahan kehidupan yang tak pernah diperasan secara detail oleh mata-mata normal. Pengajaran sebelum itu telah menyumbat otak dengan arahan-arahan yang secara amnya nampak munasabah, tapi tidak munasabah terhadap setiap manusia.

Sampai satu masa, "Dream" yang dimaksudkan itu hanyalah material yang tidak memberi kesan ke dalam diri. Memang mereka akan buat "Follow Your Dream", tapi satu macam modul juga. Mereka dan mereka punya "Dream" yang mirip. Contohnya, Lamborghini, Ferrari, Bugatti Veyron dan semuanya "Dream-dream" yang termaksud itu dalam satu konteks yang sama. Walaupun tidak semua punya "Dream-dream" demikian, ada juga mahukan tanah, rumah, gadget dan juga pelbagai barangan lain. Skop yang terlalu kecil.

Lepas tu idea gua ilang. Setan.






p/s: Gua ada impian sebenarnya...
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 10, 2012

Majis

Joseph kata pada aku, "Kita sebenarnya tidak kekal".

Aku fikir tak. Kita sebenarnya antara kekal dan tidak kekal. Ianya majis. Pada aku la. Joseph lain. Joseph fikir secara lojik barangkali.

Pendefinisian kekal di mata Joseph mungkin sekadar jasad dan nyawa.

Jadi bila berkitab dengan Joseph, hal kekal itu boleh jadi tepat juga pendapatnya.

Tapi buat apa wujud perjanjian pemberian syurga dan terus kekal di dalamnya kepada jenis homosapien. Hal ini yang membuat aku percaya manusia diberi kelebihan 'kekal dengan parol'. Boleh juga dimaksudkan kekal tapi bergantung kepada Yang Power. Kerana Yang Power boleh mengubah kedudukan 'kekal' kepada 'tidak kekal' atas kehendaknya.

Teori-teori majis ini tidak boleh ditetapkan pada satu perkiraan formula. Tiada formula tepat. Lebih kepada random.


*       *      *


Dulu masa kecil lagi, aku selalu fikir yang dalam lapisan kulit manusia ni bukanlah daging dan darah. Yang aku fikir dalam tubuh badan manusia ini terbentuk dari satu macam atom. Atau lebih kepada sesuatu yang berbentuk guli-guli halus yang tersusun.

Puncanya sebab aku pernah mimpi kulit tapak tangan aku dilapah, biji-biji guli halus itu terlerai. Dan semuanya terabur keluar. Warnanya bercampur antara biru dan merah. Dan aku terus percaya.

Bangang.

Ya, memang bangang kalau prejudis terhadap imaginasi. Tetapi siapa boleh kata mimpi aku benar atau mengarut? Boleh jadi ya, boleh jadi bangang jugak.

Itu yang dikatakan majis.

Luar dari jangkauan lojik.



p/s: Kalau ikut lojik, berlari dalam halaju 5m/s dalam jarak tak sampai 100m, kemudian stop kejap beli rokok dan berlari semula ke titik asal, tidak mungkin mengah macam orang lari pecut. Tetapi aku mengah. Setan. ini majis. masjis.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...