Showing posts with label lomografi. Show all posts
Showing posts with label lomografi. Show all posts

Dec 25, 2011

Kau ingat kamera aku dah tak berfungsi?


Lama betul tak upload gambo.

Engine
The Libertines




dan gambor paling power kali ni




p/s: gila betul mimpi gua. Stail lawan Dajal punya mimpi.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 22, 2011

LomograPERT: Scanning Scanning Scanning

Lama jugek gua tak menulis pasal Lomografi. Last dulu pasal scan film hasil dari Horizon Kompakt. Kali ni gua eksperimen sikit lagi.

Ada orang bagitahu nak scan filem cross process ni kena scan as positve film. Lepas tu invert dekat Photoshop. Layankan aja.

 
Kali ini semua hasil dari Yashica FX-7. Filem Lomography X-Pro 100. Kaler cross process untuk filem ni gua tak dapat yang ori. Jenis scan try n error. Tak semua gambar dapat terang. Ada yang gua terangkan balik dalam photosop. Dan gua dah mula terfikir, macam mana kedai buat scanning?

Macam mana semua gambor dia boleh dapat kalau guna satu setting saja. Gua syak diorang seting satu-satu gambor. Keh keh keh.

p/s: amik masa jugek menatang ni. Bila gua nak buat assignment
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 19, 2011

EPSON V330 cuba jaya + Horizon Result


Percubaan pertama gua. Gua tak rasa terbaik. Tapi benda ni dah mudahkan kerja gua. Cuma masalah sekarang adalah gua tak dapat color untuk film-film yang cross-process (Xpro). Tak macam yang gua dapat dari kedai. Kalau setakat film normal, mungkin gua cuma kena setting-setting sikit time scan. Kadang-kadang boleh jadi tak nampak hape macam yang kita dapat tengok dalam filmstrip. Nanti gua belajar. Dan gua nak scan balik yang lama-lama. Nak compare dengan kedai punya. Tapi yang gua suka sebab scanning ia lg smooth dari kedai yang ada kat tempat gua. Pasal color tu nanti-nanti gua study. Sebab bukan gua tahu detail setiap film kalau cross-process akan bagi efek warna macam mana. Gua cuma refer sikit dekat The Old School Photolab

Klik la kat gambar. Kalau nak tengok. Tak nak sudah.
Ni pakai film Kodak EL400 yang di'cross-process'.
Gua tak tahu result sebenar kalau pakai film ni.
Tapi ni pun cukup puas hati. Pada hemat gua,
dekat kedai dia ada buat adjustment la untuk bagi sume gambar terang.
Boleh kata 'traditionally photoshopped'.


Lagi satu, scanner ni mempermudahkan gua nak scan film muntahan Horizon Kompakt gua. Dan gambar-gambar di bawah, gua scalekan sikit sebab berat nak upload. Kah kah.

Tioman
Film: Agfa CT Precisa 100


Zoo Johor
Film: Kodak Gold 200

Komen pasal EPSON V330 ni. Belum dapat beri komen menyeluruh, gua baru nak faham cara penggunaannya. Nanti-nanti lah.

Gua nak pergi buat buku bank.

"It's all about mik mik mik mik mik", gua ke dapur sambil nyanyi.

Bersiul.

p/s: gua tulis panjang-panjang pasal benda ni bukan ada yang ambil iktibar pun. Puih
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 17, 2011

Lomograpert: EPSON V330 is home

Satu lagi equipment yang gua nak tak nak terpaksa beli atas saranan kawan-kawan. Walaupun bukan yang terbaik, tapi baik berpatutan dengan harga. Itu hanya kata-kata orang la. Dan gua juga tak mau cakap banyak.

",

Terima Kasih 'Engineer On Site' the Viet , Maisarah the Transporter, Syazwana the Eater??,  Afzan the Kop, Hazwan the 'United but watching Liverpool game', Haizat the Kop, dan Faidhi the Prophet wannabe. Dan tak lupa kepada LRT, Dirk Kuyt, Andy Caroll, Charlie Adam, Daniel Agger, Shafiq Rahim, dan semuanya yang ada bersama. Lagi sekali tak lupa kepada Sufi dan Mirul, maaf tak dapat bersama pada hari itu. Tapi, You'll Never Walk Alone.

p/s: ok kerja memotong filmstrip dan SCAN!!!!
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 29, 2011

Bring me the "Horizon"

Gua dari dulu berangan-angan nak ada satu benda ni. keh keh. Tak sangka angan-angan gua jadi kenyataan. Semua kerana berkat gua tak malu. Kah kah. Dan juga yang paling penting gua tiba-tiba ada duit.

Lu tahu Horizon Kompakt?

If you want easy panoramic pictures, this cream-coloured snapshot machine is your best bet. Its fixed aperture and focus, plus the fast setting for daytime and slow setting for night shots, make it effortless to enjoy stunning panoramic pictures in just a point and shoot!
-lomography.com

Tak tahu tak mengapa. Gua pun tak tahu.

yang penting gua pernah tahu gambar dia akan jadi macam ni:

Dodgers Stadium w/ Horizon Kompakt
Menarik?

_________________________________________________


gua nak ke kelas, dan-dan posmen sampai

Dalam bungkusan gua jumpa ketulan besi warna putih. Keh keh keh.



Comel tak? kah kah (gedik sial gua)

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 13, 2011

LomograPERT: Ikan di Kuala Lumpur.. Sungguh bohjan

Gua dari itu hari kata nak upload gambar gua serang Perak. Last-last tak ada pun. Kah kah. Sabo le.. Gambo kat KL pun tak habis lagi, nak ke Perak apebenda. Kali ni lu rehat-rehat kepala otak tonton gambar hasil dari Fisheye. Yang ke Perak tu nanti gua tunjuk juga. Lu orang jangan risau

Kali ni gua guna film ni.
Lomography X-Pro Slide 100
Filem ni best. Tapi biasa la jenis ISO rendah ni. Nak kena summer baru power. Memandangkan Malaysia kerap mendung. Keh keh. Gambar gua ada yang macam sundal pun ada. Dan gua perhati gambar gua lebih kebiru-biruan waktu pakai film ni. Tu pasal kotak dia warna biru kot. Entah la. Lu orang cuba la sendirik.



Kuburan
kantoi cermin sisi
Van Buruk
lu tahu apesal gua tangkap gambar van?
Bukit Jalil
Lengang macam haram
65270022
Gua tekan tekan tiada apa function
65270017
Dia punya gelap lain macam. Padahal cerah je..
Suarez
Ini tahun Suarez
Senja di Kuala
Ni baru pukul 5.30 takpun pukul 6 petang
Pow
Cilake, gua kena pow dengan mamat ni RM1
Pak Cik Kolombus
Pak Cik Kolombus yang gemar menyanyi
Pagi
Pagi yang seronok

Lu fikir kali ini tiada gambar pilihan penulis? Lu silap. Mesti ada punya.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 27, 2011

LomograPERT: Holga 135BC + DIY Splitzer


Eksperimen gua semakin hari semakin hambar. Lebih-lebih lagi bulan lepas adalah bulan kejatuhan gua. Jadi hampir segala imaginasi gua jadi macam sampah. Kah kah. Tapi gua harap lu-lu orang layan sahaja.

Kali ni gua guna filem Lomography X-Pro Slide 200 35mm.


Lomography X-Pro Slide 200
"warna yang pelik dan memberi kejutan, kontras yang besar, dan saturasi gila." Itu cuma description dari laman web rasmi dia. Tapi lepas beberapa kali gua guna filem jenis ni. Gua dapat tahu yang gambar-gambar yang berjaya gua hasilkan semuanya terang. Kaler merah naik, kuning. Bila perhati gambar langit, biru dia tak boleh celen Kodak EBX 100.
Gambar di bawah, adalah gamabr ketika gua ke Kuala Lumpur ketika minggu cuti Tahun Baru Cina. Nantikan sambungannya pada entri lain..

Hara
Ni kat kawasan Ampang rasanya. Maaf gua buta metropolis
Kegilaan Metropolis
Ni kat Sungai Wang mungkin.
Arrival
Ni dekat area mana ntah..
77 jalan pasar
Nombor 77 Jalan Pasar + Burung merpati Bukit Jalil

Kesimpulan, Kuala Lumpur bukan di hati gua.

Kali ni gua ada buat eksperimentasi Splitzer. Lu tak tahu apa tu Splitzer, lu boleh look-look kat bawah.
PERINGATAN: Splitzer gua adalah jenis DIY


Badat + Pot
Badat + Pot = Bapot
65290007
Pert + Tonto = Perto

Kemudian gua suka gambar di bawah ni dalam roll film kali ini.

Ghost
Ni waktu jin itu nak menampilkan dirinya
Dan macam biasa,

gambar pilihan penulis kali ini ialah


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 23, 2011

LomograPERT: Fisheye One + Kodak EBX 100

Kali ini gua akan show hasil Fisheye. Tapi gua bengang.. Sebab flash dia tak boleh tampung kegelapan malam.. Tapi takpe, suatu pengajaran. Macam biasa, belajar kamera kalau tiada cikgu. Gua cuma bergantung harap pada pengalaman.



Filem: Kodak EBX 100
Pada gua filem ini akan memberi kesan warna Cyan pada langit. Sangat terang langit. Sepanjang gua guna la. Tapi lu nak percaya atau tidak, lu punya hal.

Tapi sebab gua banyak tangkap gambar malam kali ini. Sangat celaka la. ISO 100 dengan shutter speed 1/100. Flash built in tu tak berapa membantu. Asal boleh je.. Tapi takpe. Gua dendam betol dekat Fisheye gua ni. Tunggu la.

Lu pehal senyum-senyum? Nak gelakkan gua? Gelak la!!



Srot
Dadah merbahaya


Gemok
Gemok ni ada blog jual baju bundle: BEGINNER DIVER
Family
Cari muka paling comel
Jiran Sebelah
Jiran sebelah rumah gua adakala cun juga
Playground Area 51
Macam bodoh ada juga



Dan gambar pilihan penulis kali ini ialah:

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 26, 2011

LomograPERT: 1st Fisheye One trial

Lu orang fikir gua tiada nafsu? Gua juga pernah fikir tentang perempuan sekali sekala. Gua juga pernah fikir tentang motosikal sekali sekala. Gua juga pernah fikir tentang masa hadapan, jalan raya, taman permainan, hospital, pinjaman bank, televisyen, pembuka tin, syampu anti-kelemumur, roti bun inti kacang, ubat batuk, air masak, pemain cakera padat, kasut kulit, dan simpanan wang pekerja.

Sebenarnya gua nak mulakan cerita pun berfikir empat kali. Terkebil-kebil gua pandang skrin laptop.

Tapi gua buang semua perasaan sial itu, segera gua taip juga.

Fisheye One dan satu roll filem Lomography X-pro 200
Waktu gua load filem, gua ada sedikit ragu.
tapi gua diamkan.
Kamera kali ini: Fisheye One
Film kali ini: Lomography X-pro Slide 200

Gua jadi semacam bila Fisheye One ini duduk lepak-lepak hisap shisha sekali. Gua tenung juga mata dia. Sial tak boleh lawan. Menggelembung macam nanah.

Tapi dia lagi suka kenyit-kenyit mata, lebih-lebih lagi pada kawan-kawan gua. Sial. Miang.

1st ever
Gambar pertama yang dihasilkan dari kamera Fisheye ini.
Gambar ditangkap oleh Zaidi Aman. Tak nampak pun kesan Fisheye.. Kah kah kah.
Ushar dulu gambar-gambar di bawah

Ape kebenda?!LampiMy Work placeSemua belok kanan61460010At RailwayRailway


Banyak juga yang jadi. Yang tak jadi semua sebab malam, built-in flash Fisheye One ini tak berapa kuat pancarannya untuk malam hari. Gua taakul demikian. Tengok sendiri di bawah.

Ngebong LoversNgebong LoversNgebong LoversMcDonalds 

Dan ada juga gua cuba-cuba buat multiexpose. Akhirnya macam haram. Lu cuba ushar satu persatu di Flickr. Mesti lu akan nampak perkara itu.

Dan gambar-gambar pilihan penulis Otak dan Jantung kali ini adalah:


61460014
Ada rupa macam kat Jepun tak? Kah kah kah
I wanna be like you!!
Budak ni tak habis-habis nak follow gua. Katanya nak hisap Surya juga.
Sober
Gua bukan kapir.
Lihat Kanan Juga
Bilanya nak lihat kiri?
Gong Xi
Di Beijing mungkin
Yin Yang
Ni gua rasa paling legend.
Sebab gua berjaya buat satu Batu Pahat duduk tepi kosongkan jalan

Tapi, gambar terbaik pilihan penulis Otak dan Jantung adalah:

Maaf ada dua pemenang. Kita terpaksa bahagi-bahagikan hadiah.





Hero Remaja
Kah kah kah. Puas hati.
Hero Remaja lagi
Gedik tak?



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...