Mar 31, 2011

Kenapa manusia mesti ada Ego?


Gua sebenarnya malas-malas juga nak bincangkan. 

Gua cuma bagi pendapat gua. Bagaimana cara gua melampiaskan ego gua.

Gua pakai baju sama seluar. Ego la. Mana boleh bagi orang tengok suka-suka!


dah.

Lagi satu gua memang ego. Lagi-lagi zaman sekolah. Gua punya ego sampai cikgu disiplin terpaksa datang sendiri ke kelas untuk jumpa gua setelah hantar lebih kurang lima orang budak lower form untuk panggilkan gua. Itu baru cerita sikit. Belum yang dalam-dalam.

p/s: Manusia kena ada ego.. Baru power.. Best gile main ular..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 30, 2011

CEWAH


"Tiba-tiba hari ni gua tak ada mood sangat nak bergurau"
-Mamat belengging



Lu orang ingat gua minat sangat sama mamat belengging pada cover blook tu? Ceh. Buang masa.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Binatang

"Binatang!! Binatang!!!"

"Semua binatang!!!", Matain marah-marah.

Habis dilempar semua perkakas yang ada depan matanya.

Dari perkakas dapur seperti sudip, lesung, kuali, periuk, kukus semua dilesir. Tak usah kata perkakas dapur, crankshaft, clutch plate, serta kepok Vespa juga jadi mangsa. Asal benda yang boleh diangkat dan dilempar, Matain lempar.

"Arghhhh!!! binatang!!!", jerit Matain lagi.

Kali ini mata Matain tertumpu pada satu buku. Dicapainya. Ditenungnya lama-lama.

Macam tersampuk dek setan pula si Matain. Sekejap meraung-raung. Sekejap senyap. Gua yang dari tadi stalk si Matain ni pun jadi macam nak terkena sampuk juga.

"Binatang!!!", gua melulu ke arah Matain. Gua terus capai buku di tangannya.

Terus gua letak semula tempat asalnya.

Gua lihat Matain macam terkedu. Gua buat tidak endah.

"Siapa kau? Kau dari mana?", Matain tanya sama gua.

"Lu diam-diam. Ni cerita gua. Suka hati gua la nak datang dari mana!!!", gua bentak.


Buku macam ni tak patut dilempar-lempar. Ingat tu Matain

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 29, 2011

Puisi: Sendiri

Kalaupun bintang itu dekat,
Takkan ku gapai untukmu,
Kalau kau mahu,
Cobalah ambil sendiri.

Kalaupun Al-Jahim itu sejuk,
Takkan ku jejak untukmu,
Kalau kau mahu,
Lakukanlah sendiri.

Ya, sendiri!


Pert Doherty
30 Maret 2011
9:14am

p/s: Bila la masa sesuai gua nak try horizon... Dan gua rasa macam nak bikin darkroom sendiri di rumah
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Fund

Gua tonton televisyen.Sama Abdul dan juga Kasim di rumah Haji Salim.

Gua perhati orang-orang besar dalam kaca televisyen sibuk pergi ke Sekolah Cina.

Katanya bagi fund ke sekolah cina. Gua sama Abdul dan Kasim pun cuba sibuk berbual pasal hal dalam televisyen.

"Macam-macam orang sekarang", Abdul berseloroh sambil menggelengkan kepala tanda tidak setuju dari caranya.

"Keh keh keh", gua gelak, tangan gua lantas capai teh.

Haji Salim dari tadi gua perhati di luar. Photoshoot katanya. Gua tak ambil endah hal Haji Salim yang penting gua boleh layan tonton berita di rumahnya pun sudah cukup.

"Eh, ko tahu Gadafi ramai pengikut sebab apa?", Kasim yang dari tadi senyap tiba-tiba bersuara. Dengan topik perbualannya yang sudah jauh terpesong dari topik perbualan yang asal.

Masing-masing diam. Gua diam pasal malas layan Kasim. Bukan betol sangat Kasim ni.

*      *      *

"Pert, apesal aku punya gambar semua gelap?", Haji Salim bertanya pada gua sambil cuba rapat-rapat. Gua jadi geleman. Sial apa tua ni?
Gua capai kamera mahalnya itu.

"Lu tua, lu perasan bagus nak terus pakai kamera mahal apa cerita?", dan-dan gua nak marah.

"Benda basic pun tak tahu?!", gua tempik betul-betul sebelah telinga Haji Salim.

Gua lihat Haji Salim terkulat-kulat ditempik gua. Kah kah. 

"Apa yang basic?", Haji Salim dalam terketar cuba juga bertanya.

"Lens cap lu tu", gua jawab pendek sambil juih bibir ke arah muncung kamera Haji Salim.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Bring me the "Horizon"

Gua dari dulu berangan-angan nak ada satu benda ni. keh keh. Tak sangka angan-angan gua jadi kenyataan. Semua kerana berkat gua tak malu. Kah kah. Dan juga yang paling penting gua tiba-tiba ada duit.

Lu tahu Horizon Kompakt?

If you want easy panoramic pictures, this cream-coloured snapshot machine is your best bet. Its fixed aperture and focus, plus the fast setting for daytime and slow setting for night shots, make it effortless to enjoy stunning panoramic pictures in just a point and shoot!
-lomography.com

Tak tahu tak mengapa. Gua pun tak tahu.

yang penting gua pernah tahu gambar dia akan jadi macam ni:

Dodgers Stadium w/ Horizon Kompakt
Menarik?

_________________________________________________


gua nak ke kelas, dan-dan posmen sampai

Dalam bungkusan gua jumpa ketulan besi warna putih. Keh keh keh.



Comel tak? kah kah (gedik sial gua)

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 28, 2011

Sokernet vs Gua

Nampaknya Sokernet versi Facebook cube melancarkan provokasi. Ceh.. gua tak hairan..




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Black & White

"Boss ni kasi develop", gua dengan Ray-Ban Aviator RM15 cakap gaya skinhead lama-lama sambil gua hulur tiga roll film. Lomo X-pro 200, Kodak Elite Chrome EL 400 dengan Fuji Sensia 200.

"Develop ja?", apek dalam lingkungan 40an tu tanya gua. 

Gua tenung balik. Gila apa tak paham bahasa tanya lagi. Apa gua kata tadi print buat albun ka?

"ok, ok", apek tersebut gua perasan macam berundur ke belakang sedikit. Tampak gerun. Gua tahu bila orang gerun berhadapan dengan gua.

Kelam kabut gua perhati perlakuan apek itu. Kejap menyeluk saku, kejap tertunduk-tunduk. Gua ada kala rasa nak lempang.

Tiba-tiba gua nampak sesuatu yang macam film scanner kat kedai tu.

"Itu, film scanner ka?", sambil gua tuding jari ke arah kotak yang gua yakin itu film scanner.

"Bu.. bukan, itu scan gambar saja, tak lawa la", gagap-gagap apek menjawab. 

Gua terus perhati apek menulis resit.

"Eh, sini ada cuci film black and white?", gua menggunakan sedikit bahasa ibunda gua, 'black and white'. Kalau tak ye-ye, gua memang jarang nak guna bahasa ibunda.

"tidak ada la... Sudah lama tidak ada.. barang pun sudah habis", sambil apek itu menunjuk ke arah bilik belakang. Gua satu haram tak paham pebenda dia cuba sampaikan. Yang gua tahu tak boleh cuci film black and white.

*      *      *

Hari tu kakak gua kahwin. Biasanya, kalau akak-akak gua kahwin sebelum ni, gua akan tolong basuh pinggan. Tapi kali ini gua naik pangkat. Gua tangkap gambar. Kah kah kah. Taktik gua nak mengular.

Gua malam waktu nikah tu gua pakai Yashica berisi Ilford Delta 400. Puas gua snap.



Pengabisnya gua tak tahu nak cuci di mana. Kah kah.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 23, 2011

SPM edisi KES KHAS

Gua bila cerita pasal SPM, gua ada pengalaman yang gua rasa dialami oleh golongan minoriti di Malaysia.

Lu pernah ingat bahagian KES KHAS dalam borang OMR tu?

Kalau setakat lu lu orang yang tak radikal macam gua tak merasa kes khas tu. Keh keh. Gua tahu lu orang semua orang majoriti. Mana nak layan KES KHAS.
 

Ini yang gua terpaksa hitamkan pada kertas OMR gua.

Gua zaman sebelum ambil SPM memang pernah dikaitkan dengan hal bunuh yang Mona Fendi pun terlibat sama. Jangan ingat gua bergurau. Hal-hal macam ni gua tak bergurau. Zaman tu scene freemason belum naik.  Scene budak IPT join MLM pun belum ada sangat. Zaman tu scene paling kuat adalah scene bawah pisau lipat rambo pergi sekolah selit dekat stokin gaya macam SEAL United State. Jenis kalau bunuh orang depan gate sekolah tiada orang hirau. Gua antara pembunuh upahan yang top-top. Zaman tu gua kerap dipanggil dengan nama KING.. Jangan main-main.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 22, 2011

Hal personal

Lagu latar: Orgasm Addict dendangan Buzzcocks

5.30am : Gua bingkas bangun. Ucap Alhamdulillah.

5.31am : Gua terkebil-kebil

5.33am: Gua capai tuala bergegas ke kamar mandi.

5.33:30am: Gua capai berus gigi. Pintu gua biar ternganga. Gua berus gigi.

5.36am: Gua buka... Cilaka apa gua nak cerita semua gua buat?

Bangang.

Ingat gua bodoh?

"Nak ke tandas. mahu berak kejap. Tahi bulat-bulat masuk dalam botol cap orang kuat"
- orang gila rajin update status twitter

Twitter dah pikir awal-awal ada orang gila yang akan register kat Twitter

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 21, 2011

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 2)


Kelihatan Effendi Mahmud sedang leka menghisap Choki choki sambil matanya terpejam celik beberapa kali mengecap nikmat. Biawak yang merangkak melintas di hadapannya tidak dihirau lagi. Apatah lagi musang yang sudah masuk ke reban. Keduri la jawabnya.

PIN!! PIN!!

Bertempiaran musang yang sedang mencega keaplaan ayam-ayam Pak Endut Mat Lazim. Biawak yang tadi berjalan perlahan berpura-pura mati namum ekornya bergerak sedikit sedikit. Sugguh memalukan cara menyelamatkan diri. Pak Endut Mat Lazim tahu yang biawak tersebut belakon, tetapi hanya pandang sebelah mata. Pak Endut Mat Lazim yang baru sahaja pulang dari kedai Husin, di bakul motornya jelas bungkusan makanan ringan. Kali ini pandangan Effendi Mahmud beralih ke bakul motor Pak Endut Mat Lazim. Choki choki tadi diletakkan kemas di tepi tangga betol sebelah pintu. Masih ada separuh. Nyata tindakannya meletakkan di situ hanya sementara, sebentar lagi pasti dicapainya semula.

Pak Endut Mat Lazim. Gua rasa dia punya punk lagi true.


"Mut!!", seru Pak Endut Mat Lazim.

Pantas Effendi Mahmud melompat ke bawah. Sangkanya Pak Endut Mat Lazim akan memberikan bungkusan makanan ringan.
PANGG!! 

Pantas lagi tangan Pak Endut Mat Lazim menghayun tepat pada telinga dan seterusnya ke tepi dahi Effendi Mahmud. Pak Endut Mat Lazim memang terkenal dengan panas baran. Pernah dulu seekor seladang liar mengamuk dihentak tulang belakangnya dek Pak Endut Mat Lazim. Semua gara-gara seladang itu meragut di tanah terbiar milik arwah isterinya. Banyak lagi kisah panas baran Pak Endut Mat Lazim ni kalau nak diceritakan.

Berpinar kepala Effendi Mahmud. Tatkala itulah, Effendi Mahmud terfikir mengenai abangnya. Selama ini dia kerap berfikir kenapa abangya, Johnny menjadi seorang yang sangat punk di Beroleh.. Hari ini, setelah 10 tahun asyik menjadi beg tumbuk bapanya, Effendi Mahmud memasang tekad akan menjadi seorang yang sangat punk juga. Malah lebih punk dari Johnny. Snek lazat tadi hanya tinggal kenangan. Suasana sangat berdengung ketika ini.

"Apesal ko biar biawak tidur bawah tangga?!!!", tempik Pak Endut Mat Lazim.

*      *      *

Melati masih lagi membisu. Sangat menjengkelkan.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 20, 2011

Jujur

Apa guna borang penilaian disi dengan jujur bila tak boleh terima orang nilai.


ceh.. penilaian pejadah

Gua boleh terima je apa orang cakap kat gua. Kenapa wujud orang lagi terpelajar tak rasional? Gua bukan orang jenis good-good dalam belajar. Tapi akal kena ada la nak hidup. Kertas exam full mark pun tak boleh menilai akal seseorang. Ingat la sikit.

Tak semua orang suka gua. Gua tahu. Tak semua orang benci gua.

Begitu juga dengan lu-lu orang semua. Tak semua orang suka sama lu. Alangkan nabi pun masih dibenci certain orang (yang tak beriman la). Abis lu nak lebih dari nabi? apacerita? Mana ada orang hidup dia perfect. Orang gila ye la. Mana nak touching.

Gua bukan jenis sembahyang malam punya orang. Jadi lu nak terima cakap gua, ambil. Kalau lu tak nak terima, gua dah biasa.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Spearing: Sebenarnya gua memang dive lebih. Keh Keh..

KEVIN FRIEND... Kalau macam ni memang kena penalti. (keh keh keh)


Oleh Sepupu Lucas Leiva

Referee Kevin kesemua tidak menemukan pasangan di Wearside selepas Sunderland ayam hukuman nya-up tenggelam. 


Cilake Lucas.. Tak layan.

Gua suka part ni



p/s: Amannya tidur malam ni.

mana cerita Spearing??? Kah kah..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 18, 2011

Takeshi Hongo

Dulu waktu kecil, gua sangat tertarik pada Jason, Billy, dan Tommy. Lu kenal mereka? Lu cari sendiri. Gua bagi hint nanti (tengok lepas p/s). Zaman tu kalau siapa ada satu model aksi Jason atau Billy atau Tommy yang underwater pun dah cukup handal. Teman sebaya pasti sering bertandang ke rumah. Kagum beb. Kagum. Gila apa tak nak amik port pasal model aksi ketika umur enam tahun? Itu scene paling rare beb. Stakat gasing pangkah, lumba basikal, baling selipar dah biasa. Ni model aksi. Lain, scene yang baru nak naik kat Malaysia time tu.

Tapi itu kisah umur enam tahun. Ada lagi bagus. Satria Baja Hitam. Gua admire. Itu cerita waktu kecil. Dah besar baru gua tahu yang Satria Baja Hitam tak cukup rare lepas gua jumpa Takeshi Hongo. Lu tahu Takeshi Hongo? Kali ni gua beritahu, Takeshi Hongo adalah hero kanak-kanak yang paling mirip dengan gua. Ya, mirip. Paling mirip rambut. Ramai yang cakap kat gua demikian. Gua diamkan je.

Gua tak perlu tunjuk gambar gua pun lu dah tahu sama dengan gua.

Ni ada lagi yang lebih mirip.

Henshin!

p/s: gua masih update blog di rumah orang.. Ceh..


HINT

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 16, 2011

2012 tu tahun lompat ka?

kesinambungan dari entri Japan

"Jap, aku nak tengok kereta!", Ijat rampas akhbar yang sedang gua baca. Gua jadi terpinga-pinga 3 saat.

"Baik ko simpan duit tu buat bayar yuran bahtera", King Dong mencelah. Sambil diselangi ketawa kecil. Meluat gua perhati.

Ijat buat tidak tahu. Terus membelek akhbar sensasi di Malaysia itu. Bahagian jual kereta.

"Ko dah sesat jauh ni Dong.", gua buat serius.

"Aah la, teruk dah ko ni Dong", Mat J pula mengkonkritkan lagi gua punya tuduhan.

"Ko nak jadi hape lahanat? Percaya benda-benda macam tu?", gua pantang. Bila dah naik pailang gua jadi seronok pressure orang. Kah kah.

"Bukan, aku saje je..", menggigil King Dong. Gua sama Mat J dan Ijat tahan ketawa. Gua pun jadi menggigil tahan ketawa. Gua hirup air kopi.

*      *      *

Lu tak paham mereka bual pasal apa? Pui!

Lu tahu movie tajuk 2012? Ada kaitan kan?

Lu tahu tak?

Gua bincang bincang dengan rakan-rakan sebaya pasal hal bayaran masuk kapal dalam movie tu. Adalah sangat tak berpatutan dan tiada guna pembayaran tu.

lu perhati aliran duit bayaran tu macam mana.

PENGGUNA(Penumpang Kapal)>>Tokey Kapal>>Kilang>>Pengumpul bahan mentah untuk kapal

Lu tengok sendiri pengakiran duit-duit yang dibayar itu adalah kepada Pengumpul bahan mentah. 

Cuba lu fikir ke mana wang yang mereka dapat itu nak digunakan sedangkan bumi dah jahanam. Nak beli apa pakai duit tu? Kah kah. Waktu tu gua fikir-fikir wang semua dah tiada nilai. Yang sangat bernilai ketika itu adalah makanan.

Tapi ni pendapat gua. Nak terima ke tidak lu punya hal. Gua jenis tak suka berbalah hal bodoh macam ni.. Kah kah. Malas gua layan.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 15, 2011

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana?

Johnny. Seorang yang sangat punk di sekitar Beroleh. Sehingga bukan bab pakaian serta hati sahaja punk, malah bab makan minum, hari raya serta prejudis terhadap sistem pemilihan calon ketua balai raya juga sangat punk. Johnny lebih rela makan dengan foreigner berbanding makan dengan budak-budak kampung. Baru punk. Melawan normal. Ada kala Johnny juga sanggup berjalan kaki ke bandar. Johnny memang sangat chaos.

Johnny yang tidak berapa busuk

Pada hari Selasa lepas, Johnny bertemu kekasih berdekatan kawasan perindustrian di Jalan Megah. Lama juga dia dah bersama kekasih ini. Nama kekasihnya, Melati Swatzosksi. Agak keterlaluan juga nama itu. Tapi apakan daya, punk juga ada rasa nak bercinta. Macam Sid Vicious juga. Johnny siaga dengan jaket kulit serta seluar ketat. Paling tak dilupakan, but. Kalau bukan Dr. Martens, itu bukan Johnny.

Dipendekkan cerita, Johnny datang dengan basikal prewel matinya pergi bertemu kekasih. Johnny bersiul lantang lagu 'Anarchy in the UK'. Segalanya sangat girang. Sehingga Myanmar-myanmar yang keluar rehat dari kilang juga menyanyi mengikut irama yang disiulkan Johnny. Sekali pandang suasana macam filem Hollywood keluaran tahun 1950-an cuma lagu tema diubah kepada era yang lebih moden.

Tak lama berkayuh, Johnny sudah dapat lihat kelibat Melati. Melati juga agak punk dari segi pakaian. Tapi setahu gua, dia tak punk pada hati. Dia poser. Keh keh keh. Manakan tidak, gebang kuat si Melati ni. Kata dia tak puas hati pada manager 7-Eleven tempat dia bekerja, tapi ulang-ulang benda sama. Melawannya tidak. Itu la yang Johnny pernah rungutkan pada gua.

"Oi, turtle dove!", sambil mengayuh Johnny sudah menjerit ke arah Melati.

Skreeetttttt!!! Johnny melakukan drift.

"Morning ma briney marlin, you look so fuckin' good today", Johnny yang sangat terikut-ikut slanga England membuka bicara. Jika tidak dilihat dari rupanya, memang orang England juga menyangka dia adalah orang England.

Tapi Melati hanya mendiam diri. Bagai ada sesuatu yang mahu diluah tapi tak sanggup diluah.

"Are you alrite, love?", Johnny seakan dapat merasakan sesuatu. Johnny tahu Melati sedang menyorokkan sesuatu.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 14, 2011

Japan

Hal tentang Japan ni bukan boleh dibuat main-main. Karang jadi macam akhbar. Payah gua. Gua bukan lelaki gemar kontroversi. Gua lebih gemar duduk di rumah, bersandar di dinding dan kadang kala pergi ke rumah rakan sebaya. Itu lebih perlu daripada gua cari pasal dengan kaum lain.

Tapi memandangkan lu orang semua sedang kecoh hal Tsunami dan gempa bumi di Japan. Lebih baik gua usulkan beberapa perkara. Perkara gua berat kepada perfileman.

Sinking of Japan (2007 rasanya)
dan pernah ditayang di TV2.
AKIRA (1988)
Gua baca komik dia dulu kat Kreko
Pastu baru cari movie dia.

Apa yang lu orang boleh kaitkan filem-filem yang gua pamer di atas dengan tragedi sekarang? Gua tak boleh cakap banyak. Silap hari bulan gua kena gam. Bukan gua tak kenal lu orang semua kuat cakap belakang. Keh keh.. Tapi yang penting semua ni adalah takdir. Jadi kita di Malaysia hanya boleh berdoa, agar mereka di Japan tidak sengsara. Lu orang nak tolong cara mana lagi. Lu nak ke sana? Tiada guna. Lu bukan Son Goku.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 13, 2011

LomograPERT: Ikan di Kuala Lumpur.. Sungguh bohjan

Gua dari itu hari kata nak upload gambar gua serang Perak. Last-last tak ada pun. Kah kah. Sabo le.. Gambo kat KL pun tak habis lagi, nak ke Perak apebenda. Kali ni lu rehat-rehat kepala otak tonton gambar hasil dari Fisheye. Yang ke Perak tu nanti gua tunjuk juga. Lu orang jangan risau

Kali ni gua guna film ni.
Lomography X-Pro Slide 100
Filem ni best. Tapi biasa la jenis ISO rendah ni. Nak kena summer baru power. Memandangkan Malaysia kerap mendung. Keh keh. Gambar gua ada yang macam sundal pun ada. Dan gua perhati gambar gua lebih kebiru-biruan waktu pakai film ni. Tu pasal kotak dia warna biru kot. Entah la. Lu orang cuba la sendirik.



Kuburan
kantoi cermin sisi
Van Buruk
lu tahu apesal gua tangkap gambar van?
Bukit Jalil
Lengang macam haram
65270022
Gua tekan tekan tiada apa function
65270017
Dia punya gelap lain macam. Padahal cerah je..
Suarez
Ini tahun Suarez
Senja di Kuala
Ni baru pukul 5.30 takpun pukul 6 petang
Pow
Cilake, gua kena pow dengan mamat ni RM1
Pak Cik Kolombus
Pak Cik Kolombus yang gemar menyanyi
Pagi
Pagi yang seronok

Lu fikir kali ini tiada gambar pilihan penulis? Lu silap. Mesti ada punya.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Tiket EPL Master 2011, Sokernet serta Gua

Lu orang kalau hari Ahad bangkit pukul berapa? Lebih lebih lagi gua bukan jenis buka emel pada waktu pagi.. Cis..

Lu tahu Sokernet? Lu tahu cari pasal? Sokernet tu ertinya 'Mari Cari Pasal'. Keh keh..

Lu tak tahu Sokernet tak mengapa, tak penting


Ceh atas kerana norma gua, gua melepas...

Tiket EPL Master 2011... Walaupun tiket orang kata murahan.. Tapi ada erti. Lu budak-budak mana nak paham.


Lu fikir mereka siapa?
klik untuk besar..
Sebenarnya gua amat berterima kasih kepada Sokernet kerana pilih gua. Sial kenapa gua tak terfikir nak bangun awal dan buka emel? Fak!! dan kenapa Sokernet tak talifon gua terus? Ceh.. Saving kredit. kah kah.

Time dah 3 setengah petang gua dapat call dari siapa tah, tanya gua di mana.. Gua jawab pantas, "Parit Raja"..Kah kah..

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 11, 2011

Dendam

Lu tahu dendam? Kalau lu nak tahu gua sekarang tengah dendam benar dengan katil kat rumah gua. Lama benar gua tak baring atas katil.

Semalam gua ada bual dengan Razak. Razak Fandi. Gua tanya pasal dendam.

Razak Fandi beritahu, "Dendam ni banyak downline dia, macam MLM".

Gua sedikit lemah lutut dengar prakata dari Razak Fandi.

Razak Fandi megulas, "Lu tahu pasal demokrasi?".

Gua geleng kepala kerana gua tak nampak kaitan dengan topik.

"Demokrasi adalah balas dendam terbaik", Razak Fandi menerangkan lagi.

"tapi gua rasa, kalau sumbat mulut orang yang didendam dengan najis, itu rasanya balas dendam lebih terbaik, btol tak?", potong gua pantas.

Suasana jadi sunyi.

Salji turun.

gua rembat gambar dari The Daily Irrelevant

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 10, 2011

JOHO Carboot Sale Maret: Gua tak berjual pun

Itu hari, 6 Maret. Gua ke Johor Bahru. Lost Malaya lu orang tahu? Dekat-dekat situ la.

Lu orang tahu Beginner Diver? Lu orang tak tahu memang celaka. Lu orang cakap minat Justin Bieber tapi tak kenal dengan Beginner Diver lu orang memang tak true. Pui! Tahukah anda Beginner Diver adalah bapa angkat Justin? Kesemua baju ada gambar Justin Bieber tag Fruit of Loom, AAA, Gildan, jenis kain 50-50, single stitch, three quarter, apa semua Beginner Diver ada. Justin Bieber pun ada cakap kepada Beginner Diver, "Lu lebih Bieber dari gua, gua hairan"..

Bieber Diver
ni Basbir.. boleh jumpa dia kalau nak baju Justin
Antara baju Justin yang tak berapa nak top.
Nak yang top lu pergi cari Basbir

Gua di Carboot Sale ni tiada apa function sangat. Gua hanya menyibuk dan menyusahkan sahabat-sahabat. Gua pusing-pusing cari betina ataupun mak nyah. Tapi gua kerap tertarik dengan satu boot. Dia jenis jual buku. Gua bukan gemar membaca. Keh keh keh.

Ini gua berjaya rampas.
Duit gua pun kena rampas dek Tok Rimau.
MAD (RM1) + GON (RM15)


Gua amik gambar dengan Tok Rimau

Gua ingatkan sekali lagi. kalau nak baju justin cari Basbir. Kalau lu call bukan Basbir, lu takkan dapat baju Justin Bieber.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 9, 2011

Dilarang Komen

pui!

 p/s: bagus juga.. kalau tak gua tak berhenti main.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Yashica #3.1: Edisi Kolombus (versi sambungan)

Ini merupakan sambungan atau lebih mudah dengan nama highlights atau match analysis. Sambungan daripada Yashica #3: Kuala Lumpur kadang kala membunuh Pak Cik Kolombus.

Amithaba Mein Kampf

Ngangkung
pegi malam la kalau berani. kah kah
Leng Chai.. (gua sebat je tajuk)
Senja di bandar
Lover
Bercinta di Malaysia lebih aman dan hangat
Lori Sewa
Abib ooo abib. Abibah
Twitter
cube pahamkan sendiri

Maaf gua tiada gambar model. Keh Keh Keh.

(Padahal gua buat entri ni pasal malas nak menulis, kah kah kah. Kolombus pun entah ke mana)

Walaupun versi sambungan tetap ada gambar pilihan penulis .
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...