May 16, 2016

Time Heals Everything?

Ada satu kawan cakap pada gua, "masa akan menyembuhkan segalanya"

"yeke?", gua berkerut dahi.

"betul... contohnya sekarang, aku tengah tak sedap badan, esok lusa baiklah tu"

"ohh.. kalau barah macam mana? Bukankah efek barah ni stail berkadar langsung dengan masa?", gua tanya dia semula sambil gua terus membalut rokok pakai kertas wayang.

"emm.. betul jugak, tapi pada aku masa still akan membantu dalam menawarkan sesuatu"

"Itu bukan tindak balas masa.. itu tindak balas kimia dan fizik atas sesuatu bahan yang menyebabkan dia tawar.. masa itu cuma salah satu pemboleh ubah.. sebab segalanya yang ada dekat dunia ini terkait dengan masa.. kewujudan sesuatu itu tergantung pada tempat dan masa..  rokok kat tangan gua ni, kalau pada tahun 1994, tak mungkin rokok ni wujud pada tangan gua... dia boleh wujud kat tangan gua cuma pada saat ini.. jadi teori tempat dan masa itu kukuh.."

Gua letakkan rokok yang dah siap digulung ngam pada mulut kemudian gua kemam sedikit bahagian yang ada lining merah tu. Manis. Barulah kemudiannya gua nyalakan.

"jadi berbalik kepada penilaian engko tentang masa menyembuhkan segalanya.. adakah ianya benar atau hanya kata kata melankolik orang yang dah tak ada upaya atas sesuatu?", gua tiba tiba menaik bukan main bila berbicara hal hal ilmu seperti ini.

"emm.. entah lah, gua punya otak tiba tiba terangsang ni nak dengar lu punya pendapat", kawan gua stail malas nak berfikir dan cuba serah tugas berfikir pada gua.

"Masa takkan ubah sesuatu.. Masa cuma ukuran.. Walaupun pernah aku katakan masa itu makhluk, tapi setakat ini belum pernah manusia berjaya merekodkan masa secara visual. Jadi bentuk masa itu kita tak tahu melainkan dalam bentuk jam. Jadi adakah masa dikategori sebagai benda? atau jasad berjisim?", gua sambung sedut rokok. Gua pandang luar rumah. Gelap. Malam ini bulan tidak memancar. Gua berpaling semula pandangan ke arah kawan gua. Dia tersandar di dinding sambil memetik gitar sedikit sedikit. Gua jangkan fokusnya lebih tertumpu pada gua.

"Aku rasa masa ni tak lain tak bukan cuma satu haiwan liar", kawan gua bersuara.

Tak sempat mulutnya hendak ditutup, gua terus jek dada dia.

Gua kembali ke tempat asa gua berdiri dalam sekali henjutan kaki dan mendarat secara elit.

Kawan gua terjelopok, namun gua masih kemas tersisip.

Kawan gua mula buka mata semula.

"Berlawak berlawak juga, ada masa kita kena tidak berlawak", gua tiba tiba menjadi serius bukan main. Gua tak faham dengan gua masa tu.

"Ok.. sambung semula. Masa takkan ubah sesuatu. Sesuatu yang akan ubah sesuatu. Hal iniberkait dengan usaha. Kalaupun kau hidup seribu tahun dan kau ada air panas dan milo dan juga gula. Air milo takkan muncul kalau setakat kau bergantung pada masa. Sama juga konsepnya dengan 'Tuhan takkan ubah nasib satu kaum kalau kaum tu tak ubah sendiri nasibnya'... Masa cuma pengukur berapa lama kau handle dengan sesuatu masalah. Jadi masa takkan merawat segalanya", gua terang panjang lebar stail macam golongan bijak pandai. Gua akhiri dengan rokok gua ketis secara merata.

"tu la.. ", kawan gua cuma boleh 'tu la'. Gua geram betul.

Lelaki. Kalau nak berbual secara deep ni tak lain pasal perempuan. Kawan gua kononnya hendak bercerita masalah cintanya, namun gua terlalu menilai puitis ayatnya itu secara saintifik. Akibatnya perbualan kami masuk lebih mendalam kepada hal hal alam semesta.

Perbualan kami berlanjutan daripada hal wanita kepada hal seni. Berbicara mengenai seni ini adalah bosan jika hendak ditulis kerana banyak perkara seni ini wujud atas dasar ekspresi, interpret dan juga buah fikiran yang dibuat-buat, jadi tak perlulah digembar-gemburkan sangat.

Namun dari hal seni itu tidaklah salah jika kami selitkan dengan lawak lawak bijak serta lawak-lawak lucah. Perkara sedemikian adalah biasa supaya hidup ini dapat diraikan dengan lebih mendalam. Kami berbual secara terbahak-bahak sehinggakan iblis pun turut serta.


p/s: entah, ada orang percaya yang 'masa akan menyembuhkan segalanya'.. tapi ada juga yang berpendapat 'masa tidak menyembuhkan apa apa pun, tindakan yang akan mengubah sesuatu, kerana masalah terus tidak selesai jika engkau lepaskannya pada masa, dan biar lama mana pun, kalau kau pergi balik kat situasi masalah tu, dia akan kekal macam tu selagi tak ambil apa tindakan'.. tapi ada juga percaya 'manusia ini rawak, jadi tindak tanduknya juga terkait dengan masa'.. dan akhirnya pergilah mati. yang penting aku nak 'enjoy the little things'...

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 14, 2016

Pub

Kawan gua ada cerita pasal nasib pada gua.

"Sial badan, nasib dipersalahkan", dia memetik buah kata dari seorang yang lebih ahli.

Soal nasib hidupnya itu tak perlulah saya ceritakan di sini. Ada baik simpan sahaja untuk tidak menimbulkan fitnah.

Bila membahaskan soal nasib ni saya terfikir, "Apakah rupa nasib ini kalau divisualkan?"

Dalam otak saya tergambar satu jalan yang lurus di sebuah kawasan gurun yang bukan terlalu kering bukanlah terlalu panas, sedang sedang namun gurun itu still nampak kosong. Hujung jalan yang lurus itu tidak dapat dilihat kerana terlalu panjang. Di sepanjang jalan itu terdapat banyak pub di kiri dan kanan. 'The First Post', 'The Old Familiar', 'The Famous Cock', 'The Cross Hand', The Good Companion' dan bermacam-macam lagi nama pub yang ada di sepanjang jalan itu. Isunya di sini, ialah pilihan. Antara engkau nak masuk atau tidak, antara kau nak minum atau tidak. Dan antara kau ready dengan kesannya atau tidak. Hal ini macam perjudian jugak kalau dilihat secara lebih teliti kerana kesan yang akan muncul di setiap pub itu berlainan.

Bercerita hal pub, apa lagi kau buat kalau bukan mabuk. Macam itu jugaklah dunia, perkara-perkara dan juga masalah masalah yang muncul di dunia ini tidak lain tak bukan hanya untuk membuatkan kita mabuk pasal persekitaran dan juga hal hal duniawi. Kita khayal, kita syok, dan kita hilang pertimbangan. Tidak kira dalam apa jua hal, duit, duit, duit, perempuan, perempuan, perempuan, motosikal, kereta, tanah, pakaian, penulisan, seni, rokok, telefon pintar, aplikasi internet, deodorent, lipat pakaian, snuker, muzik, karoke, kambing bakar, restoran hipster, kek keju, baju raya, senjata api, kad kredit, yuran pendaftaran, populariti, restore kereta lama, Disco 2000, dan juga kroni.

Dan adakah kita benar benar ready dengan setiap mabuk yang muncul itu. Kerana setiap mabuk yang datang pasti akan pergi. Kerana mabuk itu juga makhluk. Setakat saya hidup, saya belum pernah dengar kisah makhluk yang berjaya menyaingi Tuhan, kerana Tuhan itu memang sifatnya tidak akan langsung ditandingi.

Untuk jadi kental, masuklah setiap pub itu. Namun ada satu rasa yang wujud dalam diri kita yang akan membantu kita buat pilihan antara perlu atau tidak untuk kita masuk dalam pub-pub di sepanjang jalan itu. Perlu atau tidak kita memambukan diri pada ketika itu, atau kita hanya teruskan jalan tanpa melihat langsung pun pintu pub itu. Malah lagi sedap kita terus tak tahu pun nama dan kewujudan pub itu. Begitulah seterusnya sehingga kita jumpa penamat 'The World's End'.

Dan kembali kepada persekitaran asal, kawan saya amat bersetuju dengan pendapat ini kerana rasa dalam diri kita ini kita yang kawal, kalau kau hendak mabuk, mabuklah, kalau kau taknak pergilah. Lagi satu, biarpun memori itu wujud (pengalaman keseronokan dan apa pun berlaku di pub itu), tapi cara mana dia tangani memori itu sebagai sesuatu yang bermakna atau tidak.

Pada pendapat saya, jika kau masih rasa nak mabuk, teruskan, jika kau rasa semua ini hanya pengisian engko dekat dunia, bergantung la. Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.

Semua atas engko.


p/s: Boring gila cara gua menaip kali ni.

Namun paling power gua mimpi berjaya mengkompos lagu duet. Kah kah kah. Lama jugak gua tidur semalam. Sampai dia punya mimpi psychedelic tu, gua boleh nampak ada satu tanah ni belayar dengan rakyat mereka. Pemakaian mereka juga agak pelik semacam golongan tanah besar china pada suatu masa dahulu namun ada campur aduk dengan golongan red indian. Langit adalah lukisan. Gua terus rilek macam benda itu sepatutnya memang macam tu.  

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 11, 2016

Perjuangan rilek

"Oi tolong gua"

"Tolong mende?"

"Gua kusut ni"

"La lu kusut benda?"

"Ini la pasal gua punya perjuangan ni, gua dah macam hilang arah"

"la, rilek, lu tenang je, lu istighfar. Jangan fikir sangat nak ubah semua, lu terus je jalan walaupun sikit sikit"

"tu la, gua bukan apa cuma ini hari otak gua macam short.. agak pasal gua tidur petang kot"

"dah takpe, lu capai je dulu apa yang termampu, lu rilek je, lu pert kan, kamon"

"orait orait, gua terai dulu tengok cemana"

"by the way, lu punya emel apa?"





p/s: let's all meet up in the year 2000.
Won't it be strange when we're all fully grown.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 1, 2016

Pendita

"Banyak mana yang kita keluar untuk kucing ni takpayah risau, dia akan balik punya pada kita", ada suatu gadis yang menarik perwatakannya cakap pada gua.

"Yeke?", gua angkat kening tinggi pesen tak tahu benda. Puncanya ada siaran badminton di televisyen sambil gua pun agak hilang tumpuan akibat dari terfana melihat gadis berkata kata macam seorang pendita kucing.

"Iye", sambutnya dengan tenang.

Gua tak cakap banyak terus terangguk angguk dengan mulut terkatup. Kali ini benarlah orang kata, "Pendita kucing bentuknya bukan main menawan malah tenang lagi".

"Eh, tuan pendita, bagaimanakah caranya saya ingin mengubati penyakit kucing saya ini?"

"Sakit bagaimakah itu?"

"Dia berkurap, tuan pendita"

"Ohh, sapu minyak masak"

"Oh, yakah? Semudah itu sahaja?"

"Iya", sekali lagi dia menjawab dengan sungguh tenang sambil tersenyum menampakkan barisan gigi hadapannya dan dari kedutan senyuman itu dapat kelihatan kecacatan otot bawah bibir sebelah kanan yang mempamerkan kependitaannya.

"Lepas itu kena bawa ambil injection", sambungnya lagi.

"Haa?", gua semacam orang tolol meng'haa'.

"Yela, minyak tu nak bagi kurap tu tanggal je, selebihnya kena bagi injection", dia terus menjawab tanpa gua menerangkan soalan gua. Kependitaannya dipamerkan sekali lagi.

"Ohhh, kucing saya kecil sahaja", gua terangkan padanya tentang ukuran kucing tersebut sambil tangan gua diapungkan di atas meja dalam jarak lebih kurang setengah kaki dari paras meja.

"Oh, kecik lagi tak boleh hantar klinik", pendita itu menerangkan sambil dahinya sedikit kerut namun kerut itu tidaklah terlalu kerut seperti engkau kusut berurusan dengan Isak Rizkov.

"Haa?", gua kembali kepada situasi tadi, otak gua kosong dan gua menjadi terlalu naif bila mempersoalkan hal kucing ini. Semua input baru bagi gua. Pengalaman gua mengenai dunia terlalu tipis sehinggakan hal hal merawat kucing pun gua buntu. Betullah ada suatu pepatah, "Jika kau belum dapat pengetahuan merawat kucing, kau belum cukup DIY".

"Dia pasal injection untuk sakit ni ubatnya panas, nanti satu badan kucing jadi panas lepas injection, kalau yang kecik ni bahaya takut panas sangat", sekali lagi tanpa gua menerangkan segalanya dia seolah olah sudah tahu persoalan di kepala gua.

"Oh, jadi saya hanya perlu menyapu minyak masak sajalah ni?", gua bertanya.

"Benar wahai orang muda", dia berkata sambil tersenyum namun kali ini mulutnya rapat. Walaupun mulutnya senyum rapat, kecacatan otot itu masih dapat dilihat dengan mata kasar.

Gua tergamam.

Dalam ketika itu juga kilat tiba tiba sabung menyabung, suasana menjadi hiruk pikuk. Ada beberapa puncak bangunan terkena panahan petir dan berkecai. Ada juga beberapa kenderaan terbakar dipanah petir. Bau kebakaran itu kurang menyenangkan.

Gua terus berdiri dan melangkah keluar kawasan kedai untuk melihat keadaan sekeliling.

Orang ramai bertempiaran lari, kebanyakan lari ke kawasan kedai kedai runcit, kedai makan, dan juga mana mana kedai yang ada cash register.

Tidak kira kaum, tidak kira jantina, tidak kira status, tidak kira imam atau tidak, tidak kira penjawat awam, tidak kira ahli politik, tidak kira ahli dalam bidang menggoreng, tidak kira foreman, tidak kira penjual rokok seludup, tidak kira apa pun, semua berpusu pusu menggunakan waktu bencana ini untuk menyerang kawasan yang ada sumber wang.

Saya kembali memandang belakang, pendita itu masih senyum di situ tenang seperti tadi.

Saya kemudannya menoleh semula ke arah kawasan yang huru hara tadi, dalam masa sekejap saja kedai kedai sudah dipecah dan dirompak orang ramai.

Saya geleng kepala.

Saya kembali duduk bersama pendita dan menyambung cerita mengenai ular dan review terhadap 'Ada Apa Dengan Cinta 2'.

Pendita senyum.

Saya senyum.

Kilat sabung menyabung.


p/s: akhirnya Liverpool kalah. gampang. Tapi boleh tak kalau hari ini.......
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...