"Hero Lama"
29 November 2010 |
* * *
Malam itu tidak terlalu sunyi, kedengaran hilai tawa remaja-remaja di tepian tembok usang itu. Yang menemani gua hanyalah Wegthor. Masih berkhidmat. Masih bercahaya. Gua tidak gemar dengan telatah anak muda Kripton yang agak biadap tingkah lakunya.
Sambil gua menyalakan rokok jenama Dunhill. Di Kripton, lebih ramai yang hisap ganja berbanding rokok. Rokok adalah barangan larangan di sana. Gua dapat ni pun dead-stock. Kalau nasib baik ada pedagang kain sutera dari bumi turun, boleh seludup macam-macam jenis rokok. Yang paling rare kalau dapat Kretek Surya 16. Mahalnya pun boleh tahan juga.
Di Kripton, umur dalam lingkungan 15 sudah dianggap dewasa. Di sini tiada tekanan tentang pelajaran. Kami tidak perlukan teknologi yang mengarut seperti bumi. Cukup sekadar boleh hantar pesawat ke matahari kemudian boleh kembali semula ke Kripton. Kami tidak perlu saintis, kami tidak perlu ijazah, kami tidak perlu demokrasi, kami tidak perlu semua undang-undang ciptaan manusia di bumi. Dari umur 15 kami sudah pergi bercucuk tanam, berburu, menenun, mengembala kambing, kuda, lembu dan seangkatan dengannya. Pada umur 18 kebiasaannya ramai anak muda dah berkahwin. Gua tak mahu cerita panjang hal ini.
Gua sedut dalam-dalam asap Dunhill itu. Sambil mata terpejam rapat, gua terimbas kisah silam ketika gua masih kanak-kanak. Ketika itu gua berumur 3 bulan. Gua ada satu musuh sebaya yang gua benar-benar tidak gemar cara hidupnya. Beliau sering mendapat harta rampasan kastam. Gua dapat tahu yang pak ciknya iaitu adik bongsu ibunya adalah ketua bahagian rampasan barang di sektor perkastaman Kripton. Yang paling gua geram sekali sebab dia ada konsol Supernintendo beserta set permainan Mario Bros. Pernah sekali Si Celaka ni bawak konsol permainan itu dalam beg sedangkan tiada TV pun di Kripton. Gua bersama Ram-Sis, Hit-ler, dan Sha-Ron amat membencinya. Kami berempat sering bermesyuarat untuk menjatuhkan si celaka itu. Lupa gua nak beritahu, nama si celaka itu ialah Kal-el.
Suatu hari itu, hari Jarjor (kalau di bumi orang panggil hari Ahad, di Kripton memang aneh bahasanya), gua bersama Ram-Sis, Hit-Ler, dan Sha-Ron nekad untuk memusnahkan kegemilangan Kal-El. Ramai gadis-gadis terpikat kepadanya sebab dia ada game Mario Bros. itu. Gua memang paiseh kalau memcari populariti dengan cara demikian. Dalam sedang dia leka menunjukkan tape game itu kepada Jah'rakal (awek paling cun di kawasan perumahan gua), gua dan tiga jahanam itu menyerbu ke arah Kal-El.
"Dah kawin ke belum ni?", Ram-Sis bertanya ala ala Pak Cik Masjid.
Terkedu si Kal-El. Jah'rakal tak ambil pusing kedatangan kitorang.
"Orang tanya jawab la!!", Hit-Ler pula bersuara. Lantang. Tapi gua nak tergelak. Sebab suara dia macam si bapuk.
Si pendek itu adalah Kal-El, Dan yang lagi satu ialah Hit-Ler. |
Tapi gua profesional dan ada etika, gua tak masuk campur urusan ketawa dengan hal macam ni. Gua macam biasa datang datang terus sepak testis.
Nampak gaya macam sakit.
Kal-El duduk sambil memegang bahagian kelengkang. Gua rasa dia sakit. Gua bagi lagi sedas di kawasan sama.
Kal-El masih macam itu, diam dan tak melawan.
Kami berempat tergelak riang. Sha-ron pula masuk. Juga meniru gaya gua. Sepak testis. Gua fikir Kal-El sudah hilang teruna kalau diteruskan sebegini.
Gua bagi isyayat supaya meninggalkan Kal-El yang tersipu-sipu memegang testis. Jah'rakal sudah hilang entah ke mana. Sebelum meninggalkan Kal-El, sempat juga gua capai tape Mario Bros. beserta set konsol Supernintendonya.
Super Nintendo + Mario yang dirampas dari Kal-El gambar dirembat dari Atariace.com |
* * *
Sekarang di bumi, Kal-El dipuja-puja. Benci gua dengar.
p/s: bapa gua tak penah belikan gua game mario ni pun. Gua selalu main di rumah rakan sebaya. PSone pun tak dapat. Juga gua main di rumah jiran. PS2, lagi la takde. PS3 tu ape? Gua tak merasa keindahan jadi anak manja. Nanti gua dah besar gua nak beli helmet Kamen Rider. Baru diorang tau siapa gua.
2 comments:
aku nak beli topi keledar full face macam power ranger putih yang dulu2 tu :D bukak kat tepi haaaa kalau naik moto pakai dah style pakai naik kete lagi la style :D
Gua harap lepas ni lu boleh Ms-Paint-kan hero yang gua taat dari kecik, The one and only Ultraman.
Post a Comment