Oct 10, 2013

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 14)

Bertebaran bangkai bangkai babi-babi, tidak kira babi empat kaki mahupun dua kaki, semuanya bergelimpangan. Debu masih menyelubungi kawasan depan kilang menghala ke stesen minyak. Banyak kereta dari arah Sri Gading tersangkut tidak bergerak. Yang dari bandar juga sudah awal-awal membuat pusingan U di Batu Pahat Mall. Bau darah menyelubungi kawasan perindustrian itu.

Dari kesamaran debu dan asap, satu lembaga muncul dengan berjalan megah memikul senapang gatling Glagolev-Shipunov-Gryazev lengkap dengan beg peluru. Dia berjalan terus menghala ke Parit Haji Salleh. Setiap derapan tapaknya bagai hentaman piling. Bergegar bumi.

Tiada satu pun manusia yang ada di kawasan tersebut apabila pada awalnya semuanya sudah bertempiaran ke arah bandar. Lengang bagai bandar zombi. Suasana yang suram macam hati Johnny yang remuk sebentar pada awalnya.

*      *      *

"Ohh macam tu ke?", Gary mengangguk angguk mendengar cerita dari Johnny.

KELENCANGGG!! TENGG!! TENGGG!!

"Waoiii!!! apahal woi apahal woai?", Johnny kelam kabut merendahkan pusat gravitinya sambil memegang tempat bersandar pada pew. Tangan kirinya pula lekas memaut lengan Gary.

Kelihatan satu cawan perak dekat altar jatuh dari tempatnya.

BRRRR!!! BRRRR!!! bergoncang juga lantai bumi sedikit demi sedikit.

Mereka berdua kini sedang bercangkung.

"Gempa bumi apa ni?", mereka bertanya sama mereka sendiri.

"Bukan kita terletak di luar lingkaran api pasifik ke?", tanya Johnnya kehairanan.

"Kau tak boleh memandang rendah kebolehan Tuhan, John. Dia boleh buat apa saja yang luar jangkaan engkau", Gary menenangkan persoalan mereka dengan menyerahkan soal hal-hal yang pelik kepada Tuhan.

"Betul juga, abis ni macam mana ni?!!", Johnny bertanya dalam keadaan memekik untuk menimbulkan suasana panik.

"Entah!!! Aku rasa baik kita keluar dari bangunan, kita ke tanah lapang di luar sana!!!!", Gary memberi idea yang cukup berakal pada ketika yang huru-hara, suasana bertambah panik apabila mereka berbual dengan gaya memekik-mekik.

KELENTUNGGG!! TUNGGGG!!!

Satu lagi cawan perak jatuh dari altar.

Mereka bersegera lari ke muka pintu.

Di luar satu tiang talian telefon jenis kayu telah tumbang menghempap satu warung berdekatan. Mujur pemilik warung sudah lama meninggalkan perniagaan makanan dan beralih kepada peniagaan multi-level dalam hal penjualan ubat kurus. Bermakna tiada nyawa yang melayang atas sebab tiang telefon itu.

"Apahal ni doh, apasal macam sangkakala dah ni woi?", tanya Johnny dalam nada kurang memekik, namun masih beramplitud tinggi.

"Kau cuba tenang John, aku lempang kang, aku pun mana la tahu, aku ni paderi, bukan ahli nujum!!", Gary memekik, tapi bila dilihat seperti bangang juga memekik kerana tiada angin yang kuat. Bermakna tiada gangguan untuk gelombang bunyi dari mulutnya sampai ke telinga Johnny.

BRRRRRR!!!! BRRRRRR!!!

Bumi bergegar lagi, mereka berdua pantas meniarap sehingga kedua-duanya senak telur akibat hentaman pada tanah dengan kadar jatuh bebas bantuan graviti. Masing-masing kelihatan memegang kawasan kelengkang masing-masing untuk mengurangkan kadar senak. Terpejam-pejam mata mereka. Kemudiannya ketawa terbahak-bahak. Suasana panik tadi hilang begitu sahaja.

Selang 10 minit kemudian frekuensi gegaran tidak terlalu banyak seperti awal tadi dan semakin lama semakin halus gegaran yang diterima, dan mereka pun berani untuk bangun dan berjalan. Johnny bergerak ke arah basikalnya, "Woi nak ikut aku pergi minum tak?", Johnny mengajak Gary. "Ala, dekat sini pun ada banyak air, nak pergi minum buat apa", Gary menyarankan. "Air bende je la ada dekat sini cilake", Johnny mengerutkan dahi sambil memonyokkan muka. "Air holy, kah kah kah", Gary terus naik membonceng di belakang Johnny sambil masih ketawa.


Mereka terus berbasikal ke Pak O.


bersambung

p/s: mana hujung mana pangkal aku dah tak tahu ni.. gampang gampang..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 4, 2013

Boxer dan Bulu Tangkis

"Peh, lu pakai seluar apa ni? main badminton pakai seluar senam la", tegur gua pada suatu kawan yang baru datang ke gelanggang seraya lepas aku habis gogok air dari botol yang Arip bawak.
Arip ni orangnya bersedia dan mengguna akal sebaik mungkin. Bukan seperti pemain badminton lain, iaitu Abe, Dibin dan Ibnor. Air satu botol pun tak dibawa.

Kawan yang baru sampai tadi sengih saja. Sambil terkais-kais stokin baru nak dipakai. Tadi dia tiba dengan berselipar kulit. Seluar seakan-akan 'boxer'. Aku tak faham betul.

"Dah banyak kali sangat Abe ajak aku main, ni aku turun", kawan aku tu kata sambil merenung bulu tangkis yang dah rosak dekat lantai.

"Lu pikir lu, Lu tak pikir gua, sepanjang lu takda dekat sini, lagi banyak nak mati dia ajak, seminggu tiga kali ajak aku main, kali dengan 40 minggu, tak ke 120 kali dia ajak aku.. ", kami ketawa berdekah-dekah macam orang hilang akal. Puncanya tidak diketahui. Barangkali melihat perselisihan faham antara regu regu yang sedang bermain.

Yang lain pula masih bertempur dalam gelanggang. Masing-masing bermain secara serius bukan main. Aku geram betul. rasa nak tampar satu-satu pemain badminton yang ada depan aku.

Tak lama kemudian golongan yang bagus bermain ini habis dua set.

Kawan yang pakai seluar pendek seakan-akan 'boxer' ini masuk kegelanggan dengan raket yang aku baru guna awal tadi.

"Kau jaga sikit, jangan bergalak terus, jantung kau tu dah lama tak pam darah secara laju", aku sempat menasihati kawan yang pakai seluar pendek seakan-akan 'boxer'.

Dia menganggunk angguk tanda faham.

*        *        *

"Woi fuck minum mana?!!", bergema juga suara gua dekat gelanggang ni.

"Bawah ah", mereka yang lebih bijak bermain badminton menjawap sambil mereka bersama-sama menjuih bibir menunjukkan arah bawah. Benci aku.

Aku terus meluru naik kereta kawan yang pakai seluar pendek seakan-akan 'boxer' tu.

"Peh, macam bangang sial tadi main", dia kata sebaik aku masuk kereta.

"kah kah kah", aku ketawa saja.

Kawan aku ni levelnya bagus sedikit dari aku. Maksudnya, kalau aku satu pasukan dengan dia ni, regu ni boleh menang pelbagai peraduan badminton yang dimainkan secara tidak serius.

p/s: tak boleh ke buat celebration setiap kali dapat point?Akibat dari perbuatan aku tu, aku berjaya membuat tim lawan penat nak mati ketawa.. Dan aku menang tipis. 
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...