Mar 18, 2013

Pemartabatan Bahasa Melayu dan Hilai Tawa Rakan-rakan

Hal hendak memartabatkan bahasa melayu ni bukan kerja senang. Benda ni melibatkan etika, iman, dan amal. Bukan calang-calang orang boleh capai bab ni, lebih-lebih lagi di zaman pancaroba macam ini. Contohnya macam gua, gua salah seorang pejuang bahasa melayu secara percakapan (wannabe). Gua sehabis boleh cuba mengguna bahasa melayu total dalam pertuturan harian. Ada kala sahaja lah gua tak gunakan bahasa melayu dalam pertuturan, contohnya apabila menyanyi lagu inggeris, ia adalah sesuatu yang tak patut dilakukan, maksud gua, mengguna bahasa melayu dalam nyanyian inggeris. Ia diibaratkan sebagai hilang akallah kalau begitu caranya.

Suatu hari ketika gua sedang bekerja dengan tekun.

"Eh, pert, ada customer nak jumpa", kata Farah. Ok dekat situ dapat dilihat, Farah mencampuradukkan bahasa inggeris ke dalam pertuturan melayu. Sampai suatu ketika nanti gua agak, perkataan customer ini akan dipindah ke dalam kosa kata melayu dalam ejaan kastemer.

Gua terus menuju ke arah customer yang dimaklumkan awal tadi.

"Assalamualaikum, encik Hijjas kan?", gua pula sejenis manusia yang suka mencampuradukkan bahasa arab ke dalam pertuturan melayu. Contohnya, gua menyebut 'Allahuakbar' ketika berasa kaget. Dan macam-macam situasi lagilah yang membuatkan gua menggunakan bahasa arab secara tidak langsung. Contoh lainnya, gua menjerit 'La ila ha illallah' dengan kuat ketika Skrtel tidak menjaringkan gol, walhal dia depan gol.


"Ya saya", encik Hijjas menyahut.


Dan kami mula bersuai kenal.

Paling tak tahan bila dia cuba 'being friendly' dengan menukar kata ganti nama 'saya-awak' kepada 'saya-bro'. Gua nyaris terketawa dengan kuat. Namun hasrat yang buat gua jadi orang tak beradab, gua padamkan sahaja. Hal adab ni lain kali gua masuk.


TINUTINUTINTIT!!!TINUTINUTINTIT!!!TINUTINUTINTIT!!!

Telefon bimbit gua berdering dengan lantang.

Gua tanpa ada adap untuk menjawab panggilan, lantas angkat telefon.

Awi Rui.

"Ha, helo", gua mulakan bicara UHF.

"Ada mana?", Awi tanya gua.

"Kat Puchong"

"La, yeke.. keje ke.. lu balik pukul berapa?"

"Pukul 7 lebih kurang, woi, gua ada pelanggan ni", gua cuba jawab dengan nada berbisik-bisik sedikit agar Encik Hijjas tak dapat tangkap perbualan gua.

"Apa?", Awi bertanya, barangkali tidak dengar sangat.

"Gua dengan pelanggan ni!", gua kuatkan sedikit nada.

"Ha?? kau dengan client ke?!", jerit Awi lagi.

"Ha.. lebih kurang la", gua makin halus suara nak jawab, mengikut perkiraan gua suara Awi dapat didengari jelas dek Encik Hijjas. Jadi gua sedikit berbisik, "woi nanti ah woi".

"Buto lah lu", Awi maki gua lantas memutuskan talian.


*     *     *


"Kau dah la pakai kot masa konvo, gua dulu konvo pun tak pakai kot", Awi timbulkan isu sambil belek gambar dalam kamera.

"Fuck la pakai kot", sambungnya lagi dengan nada provokasi.

Gua senyap je.

"Kau ni dah la cakap ' aku dengan pelanggan' itu hari", Awi tak fasal-fasal tukar topik.

"Bila masa sial?", gua bantah.

"Hari tu la aku telefon kau dekat kedai lagi, babi apa la 'pelanggan'", bebelnya lagi.

Kah kah kah! gua terus ketawa dengan teruk sekali.

"Yeke gua cakap pelanggan, buto lu reka cerita", kata gua sambil menyelesaikan saki baki ketawa awal tadi. Mulut masih tersengih-sengih sedikit. Kau tahu je la kan macam mana rasanya bercakap ketika masih nak ketawa-ketawa.

"Ye la babi", jawab Awi sambil membetulkan kaca matanya. Muka lagak serius tak sudah-sudahnya itu dibawa-bawa sampai ke rumah gua.

"Tapi betul ke gua cakap macam tu?", gua bertanya lagi sambil tersengih-sengih mendapatkan kepastian.

"Ye la celake"

"Tapi betul ke.."

PANGGG!!!





p/s: tapi cilake jugak kosa kata penlanggan ni kalau didengar. Kah kah kah





Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 8, 2013

Gila babi wei.. gila babi

"Aku nak tulis blog ah ni hari", kata gua sendiri, namun bunyi suara gua dapat didengari dalam radius 2 meter.

"Nak tulis pasal apa pun tak tahu...", sambung gua lagi. Sambil mencuba mendapatkan perhatian sekeliling yang ada di ruang tamu.

"Tulis pasal aku lah", kata Dibin tuju pada gua dengan pekat loghat kelantannya. Gua kadang-kadang terketawa juga akibat cubaan Dibin bertutur macam orang KL. Kelakar sungguh dibuatnya.

"Ah, buat apa", gua bangkang.

"Ada.. ada orang tulis pasal aku", Dibin meneruskan lagi. Entah apa lagi entah yang dia sambung lepas tu gua dengar tak dengar.

Gua sambung bermain dengan kucing yang mukanya penyek.


p/s: peh apa benda entah gua tulis ni hari. 
Tadi ada kawan lama meset:

"woi..lu apehal diam..dah dapat kerja sedap, gaji sedap, nak nyombong dengan gua kan..barua"

babi.. kakakakaka.. gua bukan nak nyombong.. gua baru berhenti kerja.. setat kerja baharu ni.. kau steady dulu.. kau steady je dulu.. ni step pertama.. gua mungkin akan lebih adventurous sikit untuk stage pertama ni.. kurang sentimentalnya.. lu apa cerita? dapat masuk misi tak?

Banyak lagi gua nak cerita dekat lu. banyak nak mati. kau tahu gua punya adventurous sampai Apeng kerja selang dua tiga blok dari blok gua pun gua tak tahu. Itupun nasib baik gua pekik kuat dekat Taza itu hari.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 6, 2013

Pakai iphone beb. Pakai iphone

Lu orang ingat gua dah mati ke? Ha? Ha? Tapi kau tahu tak cilakenya bangun pagi kau nampak kawan kau cirit. Kakakakaka. Gua tak jumpa 'enter' dekat iphone ni. Macam mana tah nak masuk 'new line'. Penyudahnya gua tulis semua perenggan dalam satu baris tanpa 'enter'. Babi jugak DVD ni cerita bahasa Austria pastu takda sari kata inggeris. Bende apa entah. Agaknya apa lah yang dibualkan oleh mereka ni. Bawak kereta laju betul. Siap angkat telefon. Handal jugak cameraman dia ni boleh follow. Tapi memang babi la kalau takda 'enter' betul. Macam mana dengn struktur perenggan gua ni. Gua nak tulis p/s pun kena kongsi dengan perenggan atas. Kemudian orang dah tak boleh bezakan apa la. Ni gua taip apa pun gua dah tak nampak. Bangang vana g macam mana ni
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...