May 31, 2010

Puisi: Kotak

Dia dah kata
Kau tak caya
Aku pun kata
Kau tak caya
Kotak berkata
Kau percaya
Aku berjaya
Kau mengata
Itulah dia
Aku malas nak kata

oleh Pert Doherty
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 21, 2010

MS Paint: Efek Kapitalisme


Sudah lama aku tak hasilkan karya menggunakan MS Paint. Rindunya. Hehehe.. Tak mengapalah. Kali nia ku tampil dengan satu karya HitamPutih. Buat aku tersenyum. Mengenang zaman aku masih memegang pen dan kertas menconteng-conteng terus menerus mencipta seni yang diejek orang. Kerana kononya memperjuangkan hak. Haha. Tak mengapa aku semakin besar dan semakin paham apa perjuangan itu sebenarnya. Siapa yang patut ditentang, siapa yang patut diikut. 

Karya kali ni bertajuk "Efek Kapitalisme". Seorang lelaki berkaca mata hitam serta bertopeng mulut mendukung bayi yang juga dipakaikan topeng mulut. Semua kerana apa? 

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Kalau Tuhan sediakan bil tiap hujung bulan...

KALAU Tuhan suruh bayar bil tiap bulan...

Gambar ada kena mengena dengan tajuk.

Baru ko tau. Tak boleh nak bayar, tak boleh nak lari, hutang sampai mati. Ayok.. Tak tau.. Buat la amal kebajikan. :)
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 16, 2010

Ian Rush bukan orang Irish la Yah..

Tibe-tibe semalam bapak aku bercerita tentang bola sepak. 

"Ayah dulu minat ada sorang pemain kelab kat England dia orang Irish", bapak aku memulakan bicara.

"Dia main kat Tottenham dulu.", beliau menyambung lagi sambil memandang wajah kakak aku, abang ipar aku, serta aku.

Serius gaya penceritaan bapak aku. Aku pucat lesi menunggu siapakah hero itu.

"Siapa ek nama dia?", berkerut dahi bapak aku memikirkan nama pemain itu.

"Laaa...", aku mengeluh. Aku dah biasa dengan bapak aku. Dia akan lupa di saat-saat genting. Seperti drama indonesia 'Bawang Putih Bawang Merah' membuatkan kita hampa di saat ingin tahu. Haha.

"Tapi dia kalau dalam kotak penalti sangat bahaya", bapak aku terus menyambung kisah heronya itu.

"Dia punya gol bukan bola laju ke hape, tapi sangat handal", tanpa henti memuji hero yang masih aku tertanya-tanya siapakah gerangan orang itu.

"Robbie Keane, haha.", aku cuba melawak depan bapak aku yang masih berkerut memikirkan nama heronya itu. Sesungguhnya dia tak kenal Robbie Keane.

*      *      *

Hari ini... 
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 14, 2010

Entri emosi

..............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

 zzzzzzzzzzzzzzzzzz

(Akhirnya tertido.....)

Bila emosi terganggu, manusia akan sedikit huru-hara dalam penyusunan logik menggunakan akal. Mereka akan serabut dan tiada kata-kata. Hanya diam. Diam. Diam dan diam. Akhirnya tertidur.

Bila bangun...
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 12, 2010

Award Persaudaraan

daripada Tupai Karan, penulis blog @hatitupai.


Aku tak tau nak pass kat sape. Tapi aku rasa semua pembaca Otak & Jantung adalah saudara aku. Kamu yang beri pendapat, atau hanya membaca, atau mengkritik. Tak kira di comment form atau di shout box. Kau semua sumber inspirasi aku menulis sampai hari ini. Jadi award ni aku akan pass kepada semua pembaca. 

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 9, 2010

Adakah elektrik ini dipanggil Kemajuan?

Masih lagi berkait dengan "KEMAJUAN". (lihat entri terdahulu Kemajuan tu sebenarnya apa?) Aku masih mencari erti Kemajuan sebenar. Bila aku kaji tamadun-tamadun lama yang mengkagumkan. Aku jumpa pasal elektrik yang dah dijumpai pada Tamadun Babylon.

Bateri Primitif pada Tamadun Babylon
(gambar dicilok dari Forbidden History)

Kertan rentas Bateri Babylon
(gambar dicilok dari Forbidden History)
Tamadun Babylon wujud sebelum Nabi Isa dan Nabi Muhammad (3500 tahun sebelum Masihi). Maksudnya, elektrik sudah wujud sebelum zaman Nabi Muhammad. Seperti yang kita tahu, pada zaman Nabi Muhammad tiada diterangkan pasal penggunaan elektrik. Tiada sumber mengatakan Nabi Muhammad menggunakan elektrik dalam kehidupan hariannya. Apa yang dapat kita ambil dari kejadian ini? Kenapa elektrik tak digunakan oleh Nabi sedangkan ianya wujud lebih awal dari Nabi? Adakah kita boleh menuduh yang kehidupan Nabi Muhammad tiada "kemajuan" atau tidak bertamadun?

Apakah erti kemajuan yang disaran oleh Nabi Muhammad?

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 8, 2010

Gua bukan tegakkan benang yang basah

Akhir-akhir ni aku selalu main facebook dan bagi pendapat yang agak sensitif (tak sensitif mana pun.. sebab aku takde maki orang, takde sound PM, takde salahkan siapa-siapa) di wall aku sendiri.

Yang paling dapat sambutan ialah mengenai BOIKOT.


Atau ushar je yang gua da print screen ni



Ayat aku tak tujukan pada siapa-siapa. Dan siapa-siapa pun boleh bagi pendapat yang bertepatan dengan isu yang ditimbulkan. Kalau boleh nak bagi pendapat, sila bentang dengan hujah yang kukuh. Sama ada menyokong, membantah atau menambah baik. Jika ada yang bantahan, seperti biasa aku akan berikan penerangan terhadap pendapat aku bagi mengukuhkan statement aku. Dan orang yang bantah akan beserta penerangannya. Aku lebih gemar begitu. Baru ada pembelajaran. 

Tapi seperti biasa dalam perdebatan akan ada gangguan emosi dalam mempertahankan hujah. Dan aku rasa aku sudah kalah dalam perdebatan ni, sebab aku tak dapat kawal emosi walaupun aku berjaya membentangkan sedikit pendapat serta penerangan. Aku rasa marah apabila dibangkang dan diperkecilkan taraf aku (sebagai orang yang tak guna sebelum ni). Walaupun cara pembangkang agak keterlaluan terhadap diri aku (kerana mengaitkan peribadi aku dengan topik perbincangan). Tapi sepatutnya sebagai profesional, aku tak boleh bertindak mengikut emosi walaupun pembangkang tidak punya modal untuk bicara. Hmmm..

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Kemajuan tu sebenarnya apa?

Adakah pembinaan bangunan seperti ini adalah Kemajuan?

Atau kereta terpantas seperti ini adalah Kemajuan?

Adakah TV besar macam ni dipanggil Kemajuan?

Apa sebenarnya Kemajuan?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 4, 2010

Ijazah untuk apa sebenarnya?

(PERHATIAN: Dialog diubah sedikit, sebab aku tak record. haha)

Tadi aku jawab exam. Boleh la jugak. Tapi itu tak penting. Aku keluar awal exam kali ni. Riang. Walaupun aku bukan boleh jawab semua pun. Balik rumah macam biasa. 

Balik rumah, aku melepak dengan kucing baru yang bernama "Si Bertompok-tompok". Celaka gak kucing ni. Kerja nak mencakar je. Kemudian, kawan aku pulak baru balik rumah. Kami cerita-cerita pasal "ijazah".

"Kenapa kau kejar sangat ijazah ni?", aku tibe-tibe tanya.

"Hmmm.""Sebab nak kerja", beliau menjawab. Nada agak tak pasti dengan jawapan.

"Kalau kau betul nak kerja, kau boleh berhenti belajar sekarang, sekarang jugak kau boleh kerja", aku beritahu dia.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...