Sep 30, 2011

Balik-balik macam tu. Puih!!

Ada satu kawan berbual dengan gua tentang hal keluarga.

Dia cerita ada satu sepupu dia nama mirip nama gua.

Gua tak ambil pusing.

Dia cerita pakcik dia duduk dekat kampung gua.

Gua buat rilek tak ambil pusing sangat.

Dia cerita pakcik dia nama Yusop.

Gua buat biasa.

Dia cerita pakcik dia join ada satu persatuan yang gua tahu.

Gua buat rilek. Tapi macam nak menanya.

"Eh anak dia ada nama Ahmad ke?", gua soal kawan gua.

"Aah", kawan gua beritahu.

"Cilake, itu kawan gua le masa kecik dulu!!", gua cakap stail jerit seronok ke apa pun gua tak tahu.

"Balik-balik kalau bual dengan lu, susur-susur salasilah keluarga berkait kait dengan gua.", gua sambung. Gaya macam batak pun ada. Sial betul punya seronok.

p/s: kadang gua kesian tengok kawan-kawan gua, macam-macam masalah diadu kat gua. Tapi solution gua selalunya suruh kawan-kawan gua senyum. Gua takde cara lain selain itu. Maaf kawan-kawan. Bukan gua nak suruh lu orang jadi orang gila senyum sorang-sorang ke apa benda, tapi sekurang-kurangnya senyum kerana lu orang masih bernafas. Dan gua pun ada macam-macam masalah. Kah kah kah..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 24, 2011

Khairol.. khairol..




"Kenny Dalglish mengatakan Andy Khairol tidak £ 35juta flop - dan tips dia menjadi patung Kop."
-The Sun
Macam babi main kau Khairol..

Gaya Bahari selepas skor

Bahari main sikit punya bagus. Khairol jugek disuruh main sampai le habis.

Bangang.

Bahari bahari.. Kau la cinta hatiku

p/s: off topic: kadang gua perati Torres ni macam Johnny English pulak.. Tak pasal-pasal sawan kad merah.. kah kah..

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 21, 2011

Nippon




きみがよは
ちよにやちよに
さざれいしの
いわおとなりて
こけのむすまで

Kimi ga Yo wa
Chiyo ni Yachiyo ni
Sazare-Ishi no
Iwao to Nari-te
Koke no Musu made

"ok, apa 2-0", kata kawan gua nak sedapkan hati.
p/s: ........
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 19, 2011

Suprise

Tadi ada satu kawan mintak tolong sama gua.

"Pert, minggu depan nak mintak tolong sikit kalau lu free la", bukan main bersimpang siur dia punya kosa kata nak mintak tolong dekat gua.

"Apa benda?", gua tanya balik. Jenis gua bukan rajin sangat nak tolong hal remeh temeh.

"Camni, minggu depan gua nak buat suprise la", kawan gua macam sekat-sekat nak cakap.

"Makwe?", gua tanya pendek.

Kawan gua angguk perlahan. Muka macam merah-merah. Gua macam nak tampar.

"Camni", gua mulakan.

"Camne pert?", kawan gua dah menyasar-nyasar nak tahu apa benda yang gua nak cerita.

"Sababr la babi", gua tengking.

KAwan gua diam. Muka tekun betul.

"Camni, lu belikan sate babi kaw makwe lu. bagi dia makan sampai habis, dah habis baru lu bagitahu itu sate babi", gua terangkan panjang lebar.


p/s: kah kah kah.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Elijah, duit raya dan duit raya lagi

Musim hari raya puasa memang sangat diminati kanak-kanak seperti Elijah. Masa ini la nak kumpul duit raya. Masa ni la nak mencuba pelbagai jenis air berkarbonat. Masa ni la nak mencuba pelbagai jenis kuih raya. Masa ni la nak mencuba masuk rumah orang-orang kaya yang tak dikenali.

Elijah suka jalan sorang. Elijah tiada kawan.

Hari raya puasa ke-18, Elijah pergi beraya. Elijah masih tekun beraya. Elijah pakai baju sukan, seluar sukan.

Elijah pergi ke suatu rumah. Depan rumah ni banyak betul motor. Nampak macam rumah orang-orang bujang. Macam jenis rumah brader-brader yang makan daging manusia.

Elijah buat kental. Elijah beri salam.


"Assalamualaikum!!!", Elijah suara lantang tapi biasa la suara belum baligh.


"Waalaikum salam", sorang brader buka pintu keluarkan kepala sikit dari rumah. Brader tu angkat kening sikit gaya orang macam nak tanya 'nak apa?'.


"Nak raya", Elijah buat buat muka suci.


"Takde kuih raya", brader tu cakap.


"Takpe takde kuih raya pun takpe, bagi duit raya", Elijah mula macam nak merompak.


"Duit raya pun takde", brader tu balas malas-malas.


"Abang tipu, abis hari-hari abang beli makanan pakai duit apa", Elijah berkeras.


"Hmm", brader tu malas layan. Biar je Elijah depan pintu rumahnya.


Elijah tunggu 5 minit.


Elijah bosan.


Elijah balik.

*      *      *


Hari raya ke-21.


Elijah dah siap sedia hari ini. Tinggal satu rumah je dekat taman tu belum dia gegar. 3 hari lepas Elijah tak dapat satu hapa pun dari rumah tu. Kali ni Elijah nekad.


Elijah jalan sorang. Elijah tiada kawan.


Elijah jalan sampai rumah yang banyak motor. Nampak macam rumah brader-brader. Pintu terdedah. Dari luar, Elijah dapat lihat seorang brader rambut mohawk, sorang brader boyot, sorang brader kerimping sedang main gitar, sorang brader dahi luas. Elijah ushar lama. Persis gaya kucing hutan nak menerkan burung wak-wak.




"Assalamualaikum", Elijah beri salam jugak. Mungkin Elijah dah dapat taktik bagus.


"Waalaikum salam", semua brader-brader tadi jawab salam.


"Kau nak raya ke dik", brader dahi luas tegur Elijah.


Elijah angguk kepala perlahan.


"Masuk la", pintas brader yang boyot sedikit, sambil membetulkan duduknya. Memang boyot betul brader tu.


Elijah geleng-geleng cebik bibir.


"Woi kau ni budak aritu kan?", tanya brader yang kerimping main gitar tu.


Elijah angguk.


"Woi masuk le, makan ni", tegking brader mohawk sambil menunjuk ke arah satu telap almond london. Terkebil-kebil Elijah, hati mahu tapi Elijah tak cukup kental nak masuk dalam rumah brader-brader tu.


Brader mohawk tu ambil telap tu hulur dekat Elijah yang masih duduk kat pintu.


Elijah rakus makan.


Elijah lahap.


"Abiskan je", kata sala sorang dari brader-brader tu.


Elijah makan lagi.


Tinggal dua je.


Elijah tunggu.


Elijah tunggu duit raya.


Brader-brader tadi buat tak tahu.


Brader-brader tadi dah bual benda lain.

Elijah keseorangan. Elijah tiada kawan.

Elijah tunggu lagi.

Tiba-tiba seorang brader turun dari tangga, brader tu pakai cermin mata. Dari situ Elijah dapat tahu yang brader tu rabun.

"Kau ni pehal?!", tiba-tiba brader pakai cermin mata tu tengking Elijah dan terus tutup pintu dengan cara hempasan.

Elijah terkebil-kebil keseorangan.

Elijah balik.

ELijah hentak-hentak kaki dekat laman rumah brader-brader tu tanda protes.

Brader-brader tu kedengaran terus berbual-bual tanpa mengendahkan duit raya ELijah.

p/s: Elijah ni kental betul henjut dtg umah gua smpi dua kali
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 18, 2011

Bookies

Perhatian: maaf kali ni versi sms dan tajuk takde kene mngene sangat pun

Pukul 11 malam hingga pukul 1 pagi

Boya: Lu kt kedai kamal ke?
Gua: A'ah
Boya: Ramai nak mampus. Nsb baik ada hihgbury.
Gua: Kah2. bdk hgbury pn psg gme mu
Boya: Bodoh apa game arsenal smlm. Bodoh punya liverpud tak boleh makan spuds. Bangang bangang bangang. Season dpn arsenal champ. Lpool 2nd. Tp liga bawah la.
Gua: Tetek kau. Bokis la babi.
Boya: Bokis apa benda sial
Gua: Bookies
Boya: Power sgt ni mu. Kah kah kah kah kah kah kah kahkah kah kah kahkah kah kah kahkah kah kah kahkah kah kah kah
Gua: 2 atak 2 gol. chel 15 atak 0 gol.
Boya: Bookies will tear u apart. Bet til u broke, love.
Gua: Fak bukis. Maleh layan epl dah.
Boya: Baik layan gosti la ini macam.
Gua: Dah tambh malas btol. jgn adik lu join mu sudah.
Boya: Dia mu. Kah kah kah mcm anjing. Bkn main seronok.
Gua: Bebal lu xajar elok2.. Ceh. Baler baler
Boya: Gua dah ajar dah. Pengaruh media lg power.
Gua: Anjing. Randy orton lg power.
Boya: Che guevara dulu main keeper sebelum dia join revolusi.
Gua: Tahu dah.. de gea ada bela jin.
Boya: Hitler sbenarnya cuma ada sebiji kerandut zakar, bukan dua.
Gua: Tahu gak.. Queen sbnrnya ad kote.
Boya: Frontman Suede dgr cite biseks.

Boya: Walaupun beatles berasal dr liverpool namun diorg tak amek port lgsg psl scene bola sepak liverpool. Sama jugak perangai mcm abdul ghani othman.
Gua: Gila ke hapa kau?
Boya: Berita artis: izma dan naim marinin kembali menjalin hubungan cinta.
Gua: Kah kah.. gua dah bjet artis btol.
Boya: De gea ni menjadi btol mlm ni. Tak mcm keeper pilihan ketiga spanyol, jose manuel pepek reina.
Gua: Sama juge ngn tores
Boya: Laju juga tores score
Gua: Kan..
Boya: One hit wonder
Gua: Kejap je magis dia tu.
Boya: Ramires muka mcm somalia. Hensem sikit je dr gervinho si dahi.
Boya: Diam la anjing
Gua: Kau la bgsat diam.
Gua: Bdoh runi kasut licin.
Boya: Kan gua dah ckp one hit wonder.
Gua: Dah agak. kah kah.
Boya: Si pukimak runi tak tau penat ke kat mana mana ada dia
Gua: Dia ada klon.
Boya: Berbatov sebenarnya main ke tidak? Eh byk plak berbual.
Gua: Berbatov pki jersi runi
Boya: Gila, gila game ni. Boleh sakit jantung
Gua: Diorg bdoh finishing.
Boya: Tores plg bebal.
Gua Bgus lg adibyor.
Boya: Dia score td?
Gua: Aah
Boya: Fuckin football whore

Nama saya Lee Probert. Panggil saya Pervert.

p/s: bangang tak bangang main sms dengan laki-laki
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Prejudis

Dalam perjalanan ke Melaka.

Berhenti di simpang empat. Ada lampu isyarat.

Gua dalam kereta. Lori lalu sebelah. Apek memandu.

Gua malas layan apek tu. Sebab dia ushar gua lain macam. Barangkali orang berpeganganan seks sejenis.

"Balik ke?", tiba-tiba apek tu tegur gua.

Gua tak jawab cuma gua geleng kepala.

Gua teruskan perjalanan.

*       *       *

Malam tu ke Banda Hilir.

Ada satu keluarga muda juga macam gua melancong barangkali.

Ada suami, isteri dan anak kecil mungkin umur dalam 2 tahun. Juga terdapat orang lelaki yang lebih tua. Dalam lingkungan 50-an. Gua anggap dia tu adalah datuk kepada budak kecil.

Tiba-tiba sedang mereka tangkap-tangkap gambar anak kecil itu. Anak kecil itu berjalan menuju gua. Tapi ibunya menarik supaya anaknya tidak menghampiri gua. Gua senyum.

Mereka terus lagu tangkap-tangkap gambar di kawasan gereja merah tu. Menara jam tu. Apa entah lagi, gua cuma duduk saja.

Tak lama, budak kecil itu datang lagi ke arah gua dengan langkah lebih laju. Tapi masih dihalang oleh bapanya pula. Gua senyum lagi.


Lebih kurang 10 minit lepas tu, gua berangkat.

*      *      *

Salah ka gua rambut macam ni?


Semua nak pandang gua pelik. tahik.

p/s: tengok nanti gua bikin satu benda yang boleh membantu umat manusia dan rambut gua macam ni. puih!!
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 16, 2011

Ulangtahun

Pada suatu tahun, zaman hitam putih. Di kota London.

"Oi! Rahman, saya mahu kamu bikin satu speech bagus-bagus bagi orang-orang Malaya dengar", kata satu orang lelaki Inggeris pekat slanga Britishnya. Orang inggeris bermisai putih lengkap dengan pakaian diraja British.

"Speech pasal apa Sir?", jawab Rahman. Rupanya lelaki itu berpangkat 'Sir' di tanah inggeris. Mungkin balachi kepada Queen.

"Queen mahu kamu pengruh minda masyarakat Malaya supaya bikin gabungan Persekutuan sama jajahan Syarikat Hindia Timur di Borneo, ada boleh Rahman?", lelaki inggeris itu jawab panjang lebar sambil menggentel misainya. Kelihatan lelaki inggeris itu memperbetulkan duduk di atas kerusi kerawang kemasan Inggeris. Dia nampak kurang selesa dengan pakaian diraja itu. Barangkali gatal.

"Oh itu macam, boleh Sir", Rahman pantas jawab. Mengikut sahaja.

Rahman ni dengar ceritanya macam king la juga dekat Tanah Melayu tu. Dia suruh itu ini dekat orang-orang Malaya. Bikin macam-macam la pada zaman tu. Orang-orang Malaya pun ikut saja. Macam tiada otak.

"Bagus Rahman, nanti saya bagi duit", orang inggeris itu berkata lagi sambil dihabisi dengan hilai tawa macam pukimak. Jenis ketawa ada bunyik babi ujung-ujung dia.

Rahman ikut ketawa.

kata orang muke rahman macam ni


p/s: ni cerita mana tah gua amik.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 15, 2011

Gusti dan Toyota

Ada satu malam tu, Ijat pergi beli woofer. Naik kereta Kudut. Gua sama Bun duduk saja dalam kereta. Kereta Proton.

Balik beli woofer, pergi makan. Dekat 25.

Mamak pasang game Negeri Sembilan lawan Terengganu.

Tak lama ada pakcik. Pakcik janggut dia putih.  Rambut kelabu.

Datang dekat kaunter terus tukar siaran gusti. Kalau tak silap tengah hot pasal Randy Orton lawan Christian. Tapi gua tak berapa nak ikut sangat gusti sejak dah masuk 20-an. Bapa gua jelah yang masih kuat layan gusti.

Kalau gua susur balik ketahun tahun yang dah lepas-lepas, gua ingat bapa gua mesti update hal-hal gusti ni. Dari tahun Hulk Hogan, Giant, sampai la ke tahun Steve Austin sampai la ke Rey Mysterio membawak ke era Great Khali ke apa benda semua entah gua dah tak folow, bapa gua tahu semua. Tapi jenis orang tua dia tak sebut nama penggusti, tapi sebut ciri-ciri penggusti. Contoh macam Chris Benoit, bapa gua panggil dia 'yang badan kental tu'. Tapi gua boleh faham bapa gua. Sebab dia bapa gua.

Berbalik ke 25.

Kami habis makan, terus buka cerita pasal gusti. Semua nama-nama legend gusti waktu zaman sekolah rendah sampai la ke tahun sekolah menengah habis di'buka'.

Seronok bukan kepalang. Sampai 2 jam cerita pasal skill-skill gusti yang handal-handal.

*      *      *

Pukul 11 lebih.

Lepas bayar, gua terus lincah pergi kereta. Kudut awal lagi dah dekat kereta.

Gua hati ke hati kejap sama Kudut masa tunggu Ijat sama Bun sampai.

Apa yang gua hati ke hati lu tak payanh nak tahu la.

Ijat masuk kereta.

"Woih, Bun pergi masuk kereta sebelah apahal?!", Ijat gopoh berkata-kata.

"if you smelllllllll!!!!", tiba-tiba dengar orang bertempik dari kereta sebelah.


Gua sama Kudut pandang kereta sebelah. Kereta Toyota.

Kereta kami kereta Proton.

Brader dalam Toyota sengih sambil tunjuk arah Bun yang gelabah keluar dari kereta Toyota.

Barangkali sebab tadi Bun yang jerit dalam kereta tu.

"Bodoh!! malu gila la sial salah masuk keter", Bun terus bentak-bentak masuk kereta Proton.

p/s: gua suka Tombstone


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 12, 2011

Panggung Sabtu

"Oi petang ni ada job..", kata Fauzi sambil membancuh susu weightgain perisa coklat. Susu yang semalam dibancuh masih belum habis diminum, Fauzi dah bancuh baru. Barangkali mahu bikin keju. Cawan semalam terus dibiar di birai tingkap dapur.

"Hmm..", jawab Boya. Mata masih melekat dek tahi mata sudah mengeras. Semalam tidur lewat.

"Lepas zohor", Fauzi menekankan lagi tentang hal job tadi.

*       *       *

Pukul 2.

"Woih, salam namaste dah setat belum?", Fauzi keluar dari bilik air terus menanya hal rancangan televisyen.

"Dah, cepat doh", Boya jawab.

Terkocoh kacah Fauzi berlari ke depan televisyen, nyaris tertanggal tuala yang hanya menutup bahagian bawah pusat hingga ngam bawah punggung.

Fauzi jadi khusyuk menonton.

Mereka menonton.

"woi tadi kata ada job?", Boya tanya Fauzi.

"Ah, kacau ah.. tengah sedap ni...", bentak Fauzi yang masih bertuala.
.


.


*      *      *


Pukul 5.

Salam Namaste pun dah tamat.

p/s: gua reka je cerita ni. Preity Zinta lawa betul


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 10, 2011

Hero Yang Digemari

Bilal Rohim: Mat Indera hero

Tahir Johari: Dato' Onn Hero

 Wong Tai Lei: Lee Kuan Yew hero

Raju Kinival: Sambanthan hero

Ezra Gazit: Ariel Sharon hero 

Abdalgar Macduff: Adolf Hitler hero

Kawan Sebaya Gua: Jason Ranger Merah adalah hero.

Adik-adik zaman sekarang: Ben10 la baru hero.



Macam-macam pandangan terhadap hero. Masing-masing ada hero.

Kalau pilihan hero itu buat lu jadi kuat, buat lu termotivasi untuk terus hidup. Teruskan. Itu lebih perlu.

Macam gua, hero gua adalah Monkey D Luffy. (macam bodoh je hero gua)

Lu nak pertikai apa?



p/s: malas gua nak tulis isu komunisme. Baca la 'Tulang2 Berserakan' karya Usman Awang. Sedap juge.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 7, 2011

Raya Gua (Minggu 1)

Gua nak cerita pasal raya. 

Tapi gua tak rasa menarik. Pada gua raya gua paling tak menarik antara raya-raya budak sebaya gua.

Raya 1st: Duduk rumah

Rada 2nd: Pergi Batu Pahat. Sebelum senja dah sampai rumah balik.

Raya 3rd: Duduk rumah

Raya 4th: Pergi rumah Pauzan dari pukul 3 petang sampai 11 malam. (dah gua datang umah dia dia ajak membuta.. setan)

Raya 5th: Sedap sikit la jumpa kawan-kawan lama. Biasa orang pangil konvoi.

Raya 6th: Gua membuta. Kord tetiba ada hal beraya bersama family. Kira terpaksa gua kenselkan gua punya konvoi ke JB dengan gua tidur.

Raya 7th: Gua baca komik. (Apa benda raya baca komik)

Raya 8th: Gua ingat pegi Kempas nak balik hari. Last-last terjebak dengan Lok sama Eri. Punai. (tapi dapat leather jacket. ok gak la)



pengabisnya sekarang gua masik kat Kempas.

p/s: Raya gua boleh kata macam krismas pun ada. Tak menarik.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 6, 2011

Rindu gua tak

Rindu gua tak?

tq Shakan Bai
lagu tema: Don't look back in anger


p/s: thanx Engineer on Site kaverkan gua satu post tu hari waktu raya..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...