Showing posts with label macam bangang cerita. Show all posts
Showing posts with label macam bangang cerita. Show all posts

Dec 21, 2019

Syaitan

“Hidup ini singkat, buat apa sibuk pening kepala pikir pasal orang punya attitude”, terang Jalil panjang lebar.

“Tu la, betul jugak”, gua terangguk angguk.

“Kau fikir siapa punya kerja yang buat jiwa kau sakit fikir orang punya hal?”, Jalil sambung menyoal pula.

Hal menyoal ni seling kali disalah erti dengan hal menanya. Kedua-dua perilaku tersebut mempunyai struktur ayat yang hampir serupa, iaitu berakhir dengan tanda soal, namun dibezakan dengan intonasi. Sebab itu kajian bahasa ini suatu yang perkara yang luas, tidak hanya bergantung kepada penulisan sahaja atau lisan sahaja. Kedua-dua hal saing berkait rapat yang akhirnya mencipta tamadun. Apa akan jadi kalau suatu tamadun itu tiada bahasa atau pengantara komunikasi? Mungkin zaman sekarang penggunaan penulisan lebih meluas dalam komunikasi harian. Ini adalah berpunca dari penggunaan peralatan canggih yang cuba meminimakan penggunaan tenaga. Jadi penulisan lebih menjimatkan tenaga berbanding lisan. Namun, ada akibat lain pula jika berterusan hidup tanpa lisan. Kekurangan intonasi yang membawa kepada penaakulan niat. Dan akhirnya membawa kepada fitnah.

“Entah la, aku rasa sebab dia memang macam tu la, sebab tu semua orang tak puas hati”, gua pula menerangkan sambil mata gua masih tertumpu ke arah tv yang menayangkan filem polis hong kong.

“Macam ni, dunia ni takkan lengkap tanpa tipu daya syaitan”, Jalil terus menghirup kopi sebaik habis bercakap.

Salah seorang polis hong kong tersebut meluru ke arah salah seorang gangster dan memberi lutut ke arah dahi. Tumbang seorang.

“Maksud kau, yang tadi tu kerja syaitan?”, gua pandang Jalil. Lupa sebentar dengan siaran tv tadi.

“Betul tapi bukan seratus peratus kerja syaitan”, jawab Jalil sambil matanya pula tertumpu pada adegan gasak di tv.

“Jadi betul la sikit yang aku jawab tadi?” gua tersengih sengih.

“Otak anda, salah!”, bentak Jalil pendek.

“Macam ni. Selalunya kerja syaitan ni tak sampai 10 peratus pun, selebihnya adalah engko sendirik”, sambungnya lagi.

“Aik, aku pulak kena”, gua tiba tiba macam panas sikit. Tapi gua jenis orang yang tahu jurus ketenangan dan ketenteraman abadi. Terus gua lancarkan.

“Betul, jiwa kau tu sebenarnya puncanya. Syaitan hanya bagi sedikit jarum. Jiwa kau sebenarnya yang meronta dengan penyakit iri hati, sombong dan segalanya yang tidak baik tu”, Jalil pandang gua.

“Abis bukan aku sorang je”, gua  mencebik

“Memang tidak engkau seorang juang hingga titisan rempuh tak berharapan”, Jalil tenang bercakap mengguna lirik Semangat Yang Hilang.

Gua terus bangun. Gua buat balik adegan gasak macam siaran polis hong kong tadi. Tepat kena pada halkum Jalil.

Terguling-guling Jalil menyambut serangan gua yang jenis tiba-tiba.

Bingkas Jalil berdiri memperkuat kuda kudanya, namun gua lebih pantas mengaktifkan IRIS ketika Jalil masih terguling tadi. 

Dengan adanya IRIS, gua tahu gua lebih cepat membaca tindakan Jalil.

Jalil menerpa macam orang gila, gua mengelak dengan cara lompatan melepasi ubun ubunya sambil gua bagi satu serangan menginjak ke tengkuk. Tersungkur jalil.

Dalam ketika gua berpaling, Jalil yang tadinya normal telah terkopek kulitnya separuh dari kawasan kepala hingga ke bahu. Rupa jalil sekrang tidak langsung menunjukkan dia manusia.

Gua terus menjerit “KAME!!!!”

jalil masih mencari kestabilan untuk berdiri.

“HAME!!””
 
Jalil berpaling ke arah gua.

“Ha!!!!!!” Sambil tangan gua membentuk gaya bukaan mulut naga.

Alam terasa sangat terang.

*        *         *

Hari ini, gua ada misi di Cyberaya.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 6, 2016

Kelembanan Tasik Galilee

Sekali lagi Lynn Gray memikirkan perihal Jaafar Kennedy. Jaafar adalah seorang pahlawan yang luarbiasa. Kisah yang sering terkait dengan Jaafar adalah mengenai keluasan tapak kakinya dan juga pergelangan kakinya yang merah.

Lynn berjalan tenang ke arah tingkap. Persekitaran yang cerah dapat dilihat kemas terpapar pada wajahnya. Lynn sentiasa membenci kelembanan Tasik Galilee dengan sepenuh keberaniannya. Tidak lupa juga tapak perkhemahan yang sangat terjaga itu. Lynn masih terus membenci. Tasik Galilee adalah tempat yang menggalakkan kecenderungannya untuk terus berasa bimbang.

Kemudian dia melihat sesuatu dari kejauhan, atau lebih tepat, seseorang. Ia adalah sosok seorang tokoh luar biasa, Jaafar Kennedy.

Lynn menelan air liur. Dia menoleh pada refleksi sendiri. Lynn adalah seorang yang mulia, kurang ajar, peminum kopi dengan kaki rapuh dan pergelangan kaki halia. Rakan-rakannya melihat dia sebagai seorang yang siap sedia, haiwan hidup. Sekali, dia telah pun dibawa orang kurang upaya yang bersih kembali dari ambang kematian.

Tetapi tiada seorang yang mulia yang pernah membawa orang kurang upaya yang bersih kembali dari ambang kematian, telah bersedia untuk apa yang telah Jaafar buat di kedai hari ini.

Angin bertiup seperti tikus yang berfikir, membuat Lynn bimbang. Lynn mencapai topi koyak yang bertaburan berdekatannya; dia mengurut topi itu dengan jarinya.

Lynn melangkah keluar dan Jaafar datang lebih rapat, dia dapat melihat senyuman dengan mata lebar di wajah Jaafar.

"Lihatlah Lynn," Jaafar menderam, dengan silau niat jahat yang mengingatkan Lynn terhadap ular yang luar biasa. "Bukannya saya tidak suka kepada kamu, tetapi saya mahu membalas dendam. Anda berhutang saya 2762 Sheqel."

Lynn menoleh ke belakang, lebih bimbang dan jarinya masih menggenggam topi robek itu. "Jaafar, saya telah mendapat pekerjaan baru," dia menjawab.

Mereka memandang antara satu sama lain dengan perasaan cemas, seperti dua kain belacu, keldai menitis berbual di sebuah majlis pertunangan yang sangat jelas, dengan muzik klasik bermain di latar belakang dan dua bapa saudara bersimpati berjalan mengikut rentak.

Tiba-tiba, Jaafar menerkam dan cuba menumbuk Lynn tepat pada muka. Dengan sangat pantas, Lynn mencapai topi robek itu dan menyarung pada tengkorak Jaafar.

Kaki luas Jaafar bergetar dan pergelangan kaki merah beliau bergoyang. Dia kelihatan sunyi, dompetnya seperti direbus.

Kemudian dia merintih dengan suara yang sangat menyeksakan dan terjelopok ke tanah. Sejurus kemudian Jaafar Kennedy telah mati. Jaafar Kennedy telah mati!

Lynn Gray kembali ke dalam dan membuat secawan kopi.

p/s: 

Down, down in my bones
Somewhere I'd never have known
Right at the back of my head
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 28, 2016

Bid

"lima ribu?"

"no"

"tujuh ribu?"

"no"

"sepuluh ribu?"

"no"

"12 ribu?"

"no"

"15 ribu?"

"no"

"16 ribu?"

"no"

"18 ribu?"

"no"

"22 ribu?"

"no"

"25 ribu?"

"no"

"30 ribu?"

"no"

"45 ribu?"

"no"

"55 ribu?"

"no"

"60 ribu?"

"no"

"76 ribu?"

"no"

"89 ribu?"

"no"

"100 ribu?"

"sold"

"so harga dah letak, lagi satu, anak tuan ni ada warranty tak? kalau ada warranty cover apa je?"

p/s: kah kah kah.. celake betul la zaman sekarang ni..





Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 14, 2015

Syaitan ayam

Petang itu sangat ngam. Gua sedang terbaring dalam buaian yang gua reka dari jala. Jala entah dari mana gua tak ingat. Topi gua tutupkan pada muka dan buku 'Aleph' yang gua tak habis habis baca, gua letak pada dada sambil gua layan cuaca petang. Sedap betul angin hari ini, sedap dia kalau gua nak bandingkan dengan makanan mungkin boleh dikadarkan pada sambal tumis yang ngam kadar pedas dan kadar kemanisannya. Mungkin.

TENENETET TET TET!

Gua seluk poket ambil telefon bimbit.

'1 message received'

"Wei, gua nak tanya lu ni", meset yang gua buka tulis macam tu.

"Amende?", gua balas.

Gua simpan balik telefon bimbit.

Gua sambung pejam mata. Ngam masa gua pejam mata, muncul objek berupa seorang pakcik yang rupanya iras Theodore Roosevelt. Gua jadi kaget. Gua kaget pasal gua sangat hairan macam mana masa gua pejam mata yang segelap gelap alam boleh ada cahaya yang berjaya membuat gua ada visual waktu pejam mata tu. Gua dah rasa sangsi dengan kebolehan mata gua yang sebelum ni. Dalam hati gua, "Adakah mata gua dah mencapai tahap kedua pengelihatan atau pendegaran telinga gua dah terlalu baik sehingga dapat memvisualkan objek melalui gemaan?".

Dalam gua sedang memikir mikir yang bukan bukan, tiba tiba

"Woi!", Theodore menyergah.

Gua jadi bertempiar lalu gua memekik, "Pok, pok pok pok!!!"

Gua jadi ayam. Pelik benar. Gua jadi ayam lu tahu. Gua tengak kaki gua, kaki gua kaki ayam. Saitan.
Ini tak lain tak bukan mainan syaitan ni.

Gua cuba azan.

"pok, pok pok pok!"

Gua jadi tak boleh azan. "Apahal ni?", gua cakap dalam hati pasal kalau gua cakap biasa keluar bunyi ayam.

Theodore tadi gua lihat membuka seluarnya. Gua terus mengepak ngepak tak tentu hala. Ini tak lain tak bukan Theodore cuba meliwat ayam. Gua terus mengepak ngepak sambil 'Pok pok pok'. Gua dapat lihat kemaluan Theodore dan gua cuba menutup mata, tiba tiba..

TENENETET TET TET!

Gua seluk poket ambil telefon bimbit.

'1 message received'

Masa ni gua jadi pelik gila, gua ada tangan. Tangan manusia.

Gua terus jerit.

"Pok pok pok pok!!"

Setan. Gua masih separuh ayam.

Gua lihat kaki gua. Memakai kasut. Bermakna badan gua dari paras tangan hingga ke kaki adalah dalam rekabentuk manusia normal.

Gua cuma melihat pada reflection yang terdapat pada telefon bimbit untuk pastikan wajah gua adalah dalam bentuk manusia normal.

Gua lihat rupa gua macam rupa gua yang biasa biasa, gua manusia.

Gua cuba jerit lagi.

"Pok pok pok pok!!!"

Cilake.

"Apasal suara gua macam ayam", gua bercakap dalam hati saja.

Tapi gua tak lupa pada meset yang masuk tadi.

"Apa maksud kehidupan pada lu?", ayat dalam meset tu.

Gua balas ringkas, "Kehidupan adalah suatu tempoh."

Lepas gua sent je meset terus gua bergegas berlari ke rumah jiran.

Gua tak menjerit, gua cuma mengetuk pintu rumah jiran gua dengan cara yang paling bersopan santun. Gua tidak cuba-cuba memberi salam cara arab, kerana takut takut jiran gua bukan dari golongan yang mengamalkan cara hidup arab. Tambahan gua pun tak kenal jiran gua. Astaghafirullah. Teruk benar cara gua hidup berjiran selama ini rupanya.

Jiran gua buka pintu.

Gadis.

Gadis yang cantik rupanya.

Potongan tubuhnya juga menarik.

Ya tuhan, terima kasih atas rahmatmu.

Gua jadi khayal sebentar.

"pok pok pok pok pokpokpopkpopokpokp", gadis itu bercakap.

Gua beristighfar.

Gua terus berpaling dan kembali ke buaian kerana gua bukan jenis yang menerajang wanita. Maafkan saya gadis yang cantik.


p/s: soalan apa maksud kehidupan tu sebenarnya gua nak tulis panjang lagi. Tapi nanti nanti la.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 11, 2015

Setan

Pada suatu malam, saya pun mengisi masa dengan mengisi air dalam satu bekas yang direka dari potongan botol minuman Spritzer. Malam itu hujan sungguh lebat. Saya cuba abaikan cuaca sebentar dengan mengawal pili air. Sebaik sahaja air cukup cukup makan, saya pun terus bawa bekas yang direka dari potongan botol minuman Spritzer tadi ke bengkel kerja. Saya letakkan bekas yang direka dari potongan botol minuman Spritzer tadi baik baik supaya tidak ada siapa yang lalu lalang di bengkel akan melanggar. Namun kalau ada juga yang hendak langgar, saya pun tidak tahulah bagaimana sistem kestabilan tubuh beliau, dan saya pun mahu tidak mahu hanya boleh menerajang skrotum beliau. Walaubagaimanapun saya cukup bersyukur di kalangan yang akan lalu lalang ini hanya orang orang yang beriman dan tahu mengimbang badan.

Saya kemudiannya mencapai peralatan mewarna. Paling tidak lupa ialah warna air jenama Alpha. Pasal warna Alpha ini ada ceritannya, kalau berkesempatan saya akan kisahkan pada masa masa yang lanjut. Kemudian saya ambil pula kertas lukisan.

Saya pun mula melukis yang bukan melukis saja saja, saya menyalin hasil kerja Thomas gritin, 'A Temple of Vesta'. Kau tahu saja la, menyalin lukisan ni lagi payah dari kau lukis sendiri. Satu, pasal kau kena kaji teknik dia dari gambar yang kau ambil dari entah mana-mana entah. Mana kau nak tahu dia start dengan apa dekat satu lukisan tu. Dua, kau kena tiru warna dia, yang entah entah dia pakai serbuk kopi agaknya. Jadi urusan mengkaji ni saya percepat dengan terus saja ambil warna kuning bagi base. Pergi mampus la salah ke betul. Gua terus skip lagi urusan sketch pakai pensel.


*      *      *

"Jadi, Gary kau pernah baca Al Quran?", tanya Johnny.

"Pernah, tapi aku baca terjemahan je la", kata Gary sambil terus menyudu cendol.

"Apa je yang kau dapat dalam baca Quran tu?", tanya Johnny lagi sambil juga menyudu cendol.

"Aku dapat tahu yang syaitan penghasut ni ada dari golongan jin dan manusia", jawab Gary lagi.

"Ye ke?", Johnny angkat kening boleh tahan tinggi jugek.



p/s: penyudahnya apa bende tah aku tulis. macam setan.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 9, 2015

Utarid

"Kau ok tak?", ada dua kawan tanya pada gua.

"Tak", gua steady jawab tanpa berselindung. Barai beb. Lu tak tidur sebab mengukir berhala.

"Penat an, lepak dulu rehat", kawan tadi balas sambil cucuh rokok.

Gua sambung memerhati bulan penuh pada malam tu. Bulan ni sikit punya lain macam. Dia punya cerah tu lain macam sampai gua boleh termenung solid.

Gua angkat kening sambil mata terpejam sedikit bagi merehat mata kemudian pandang muka dua kawan tadi.

"Buat apa je budak-budak ni?", gua tanya.

"Tidur dah"

"Hmm, aku tak faham betul, di manakah keadilan bagi lelaki yang memakai but", gua berseloroh.

Kawan kawan tadi tidak layan pun. Jadi gua pun menyalakan rokok juga.

Kami duduk duduk saja memandang bulan.

Tiba-tiba salah seorang dari kami bertiga meraung-raung.

PUOKKKK!! PUOKKKK!!! PUOKKKKK!!!

Gua dan lagi satu kawan menjadi kaget dan kami terus berjalan mengundur secara perlahan-lahan. Namun tidak lama, kawan yang bersekutu dengan gua tadi jadi lari setempat.

Gua masih mengundur dapat melihat kawan yang memekik-mekik tadi menjadi berbulu bukan main. Bulu seluruh badan tumbuh dengan pantas sampai gua tak sempat berkelip mata.

Tubuhnya mekar terus mengembang hingga pakaian yang dipakai meletus. Habis telanjang kawan itu, namun disebabkan bulu memenuhi ruang tubuhnya, perasaan hendak ketawakan kawan telanjang terbantut begitu sahaja selain disebabkan badannya membesar melebihi saiz rumah.

Saya yang lemah semangat tadi tiba-tiba sahaja macam dirasuk. Lalu saya mencapai tukul yang ada di perdu tiang rumah. Saya terus meluru ke arah kawan yang sudah menjadi raksasa tadi dan saya melompat melepasi aras atap rumah. Kekuatan yang entah dari mana entah masuk ke dalam badan saya. Saya punya yakin itu mengalahkan orang yang baru balik dari kem motivasi. Saya termotivasi mungkin dari ukiran berhala yang dibuat awal tadi atau mungkin bulan yang sangat terang. Saya sudah melompat terlalu tinggi hingga melepasi atmosfera. Sedikit sesak nafas saya. Pada awalnya saya berasa curiga juga untuk menembusi langit. Namun rupanya tiada masalah pun untuk bernafas di sini. Ada saintis-saintis berkata kalau kita dah melepasi atmosfera kita akan mati sebab tiada udara, namun rupanya di sini tiada masalah berkenaan udara. Bila difikirkan semula jika sudah ada kebolehan mengawal putaran medan magnetik, kita boleh membentuk partikel oksigen yang diperlukan daripada zarah-zarah yang terdapat di sekeliling. Saya sungguh beruntung dapat berguru dengan Thien Wu pada suatu zaman dahulu. Kebolehan Putaran Medan Magnetik yang dipelajari boleh dipraktikkan di kawasan vakum.

Saya terus berterbangan menghala ke arah planet Utarid.

Saya ingin terbang ke tempat yang rilek-rilek.


p/s: Saya rasa saya perlu bejalan-jalan.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 9, 2014

Palm Strike

Pada beberapa tahun lepas, saya bersama seorang lelaki kaukas telah mengembara ke kawasan Roma. Kami pergi ke sana melalui jalan sutera. Sepanjang perjalanan kami cuma minum air dan makan sayur sahaja. Daging kami tolak tepi. Namun kebanyakan hari dalam perjalanan kami berpuasa dengan tekun.

Lelaki kaukas baru sahaja selesai kencing di balik pohon oak. Saya tunggu di tepi unta. Sambil mengezip seluarnya, lelaki kaukas itu memanggil saya. Tiba-tiba lelaki kaukas itu memekik bukan kepalang. Saya jadi tidak tentu hala. Dan lelaki kaukas itu terjelopok dan mengerang. Saya terus mendekatinya sambil memerhati sekeliling, takut takut ada kumpulan perompak yang menyumpit lelaki kaukas itu. Saya masih dalam keadaan berjaga-jaga tertoleh toleh ke merata pelusuk semak pokok holly. Lelaki kaukas itu masih mengerang menumbuk numbuk tanah. Kelihatan darah membasahi tanah.

"Mungkin ada tembakan anak panah mini tadi...", persoalan muncul di kepala saya.

Lelaki kaukas itu menjerit jerit lagi.

"Woi diam sikit, aku nak dengar mana tahu ada penjahat dekat dekat sini", aku menegur perbuatan lelaki kaukas itu.

ARGGHHHHHH!!!!

ARGHHHHHHH!!!!

"Senyap sikit la syaitan!!", suara saya mula meninggi.

ARGGHHHHHH!!!!

ARGHHHHHHH!!!!

"Kau ni fuck betul", saya merendahkan kembali tona suara sambil menghunus pisau rahsia yang tersisip di pergelangan tangan kanan belah dalam. Pisau ini dilengkapi dengan satu suis yang membolehkannya keluar dan masuk dengan lancar.

ARGGHHHHHH!!!!

ARGHHHHHHH!!!!

Tangan kiri saya memegang bahu kanan lelaki kaukas itu dan tangan kanan saya membuat suatu palm strike ke arah halkumnya. Dengan itu, saya punya pisau rahsia itu merodok masuk ke dalam esofagus.

PLUP... PLUP.. PLUP..

Darah menghambur keluar dari kawasan tekaknya.

Dan saya kembali mengamati keadaan sekeliling, takut takut ada perompak.



p/s: saya pernah membaca fakta bahawa palm strike ni lebih power berbanding tumbukan biasa. Tumbukan biasa akan menyebabkan tangan anda sendiri sakit. Ada fakta juga mengatakan, bila berlawan dengan beruang, palm strike ni amat berguna. Entahkan benar entahkan tidak.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 7, 2014

Pemetik Api

Suatu hari siang di suatu negara yang agak dingin.

Di suatu bangku di sebuah taman, gua sedang membalut tembakau mengguna kertas Wayang. Kertas lain gua ok je, tapi takda manis. Tak berapa ngam.

Sedang gua menggentel kertas bagi ketat, tiba tiba seorang wanita memakai shawl rupanya persis Rosamund Pike namun lebih asian melintasi hadapan gua lalu menegur, "encik, boleh pinjamkan saya pemetik api?".

Gua terpegun melihat raut wajahnya. Tangan gua berhenti menggentel.

Di belakang wanita persis Rosamund Pike itu muncul pelangi berbentuk segitiga sama sisi. Dan gua lihat beberapa ekor dolfin berenang di celah pelangi itu. Gua merasakan bumi bukanlah lagi berbentuk sfera, namun bumi sudah menjadi bentuk dadu. Bahawasanya kapal yang belayar sehingga ke sudut  hujung bumi akan merasakan penerbangan sementara dan jatuh kembali ke permukaan bumi yang seterusnya. Di belikat gua tiba tiba macam tumbuh otot baharu yang kadar pertumbuhannya terlalu pantas sehingga gua kaget dan berpeluh-peluh di hujung mata. Wanita persis Rosamund Pike itu masih di hadapan gua, mulutnya macam memekik sesuatu. Gua rasa tak sedap hati mungkin otot tambahan di belikat gua ini adalah kesan ilmu hitam perbuatan wanita ni. Mungkin wanita ini sedang baca mentera.

Dalam keadaan yang kelam kabut itu, gua nampak wanita itu mencabut sandal belah kanannya lalu menghayun ke arah wajah gua. Pandangan gua gelap.

*      *      *

Gua tiba-tiba bingkas bangun lalu merasakan pipi gua pedih macam kena lempang cikgu disiplin yang paling gua tak suka. Rupanya sejak dari tadi gua berbaring di pangkuan wanita persis Rosamund Pike ini.

Gua pandang dia.

Dia senyum sedikit sambil mengangkat kening. Macam bermaksud, "kau ok?".

Gua senyum sambil berkerut dahi.

Gua ushar belikat gua, sayap gua dah tumbuh habis rupanya.

"Boleh pinjam pemetik api?", wanita itu bertanya lagi.

Gua mengeluarkan pemetik api dari kocek seluar menghulurkan padanya.

Dia menyalakan api dan membakar shawlnya dan kemudian api membakar seluruh tubuhnya dan dia menjadi abu dalam sekelip mata. Yang tinggal hanyalah debu dan juga pemetik api.

Gua ternganga. Namun tangan gua sembung menggentel rokok, dan gua cuba cuba mencapai pemetik api yang termasuk dalam timbunan debu.

Sedang gua cuba mendekati timbunan debu itu, suatu letusan muncul dari debu itu. Wanita persis Rosamund Pike itu muncul semula lengkap dengan sut armor seakan akan pejuang angkasa. Tangannya memegang cota.

"Adakah kau ahli silap mata?", gua bertanya.

"Bukan, aku adalah spesis Phoenix", wanita itu seraya menjawap.

"waaaaaa...", gua berasa kagum bukan main.

"Jadi kau boleh terbang?", gua bertanya lagi.

"Haah", wanita spesis Phoenix itu jawap pantas.

"Jom kita mengembara ke kawasan pergunungan", gua memberikan buah akal.

"Mari", wanita itu terus mengikut.

Kami pun terbang ke kawasan pegunungan sambil berpimpin tangan.



p/s: Abe membeli piza dan kami makan di rumah. Namun piza sudah sejuk. Gua telan pakai neskefe.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 2, 2014

Rasukan

Ramai (baca: 2-3 orang) bertanya mengapa saya tidak menulis lagi di blog.

Saya pun tidak tahu menahu sebab musababnya. Ada yang mengatakan ini adalah satu keadaan di mana seseorang itu dihasut syaitan, jadi mereka yang dihasut ini akan menjadi malas yang tak fasal-fasal. Saya pun dah tak menulis perkara-pekara yang jenis melawan, perjuangan atau apa-apa pendapat mengenai hal semasa, contohnya hal pegang anjing, saya tak masuk campur. Tapi saya ada pendapat sendiri juga. Cuma kali ini saya tidak berminat hendak berpendapat sangat.

itu belumorang bertanya tak tangkap gambar lomo lagi ke. Lagi tak tahu aku nak cerita. Tapi kalau ada sponsor filem dengan cuci filem, aku sambung tangkap gambar jugek ni.

"woi, datang meru lah", husen talifon gua.

"jap ah", gua terus letak talifon.

sebenarnya gua tengah tune balik nak menulis ni.

asik melukis je pun boleh jadi gila kau tahu.

sesungguhnya gua ada beberapa projek tak jalan ni.

dan sesungguhnya kali ni gua tulis macam kena rasuk syaitan yang tak best. Gua harapkan dirasuk syaitan penulis atau typist.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 15, 2014

Power

"Ok, ini hal lama, ini hal 2012", Auditore mengeluh ke Cesare.

Cesare mengangkat kening kirinya sambil mukanya masih separuh menghadap cawan extrajoss. Anak matanya sipi sipi menghala ke muka Auditore, fokusnya lebih tertumpu pada wanita genit berlalu di belakang Auditore. Wanita Courtesan memang kerap membuat jantungnya mengepam laju. Ini suatu sains yang agak aneh. Tapi sekejap Cesare terus kembali melihat Auditore. "Tu la", kata Cesare sambil terangguk angguk mengiyakan kata Auditore. Sikap Cesare ni kalau tak kena gaya boleh mendatangkan perasaan bercampur baur, regu berbual mungkin akan terhenti seketika kalau tengah menaik bercerita.

"Sepanjang zaman aku rasa fighting benda sama", Aditore memberi pandangan yang tiba-tiba. Boleh jadi munasabah.

Cesare menghirup sedikit air extrajoss anggur susu. Sambil matanya terpejam kejap menelan air. Berdasarkan perlakuannya, dia nikmat.

"Mana kau tahu?", Cesare membantah acuh tak acuh sambil mulutnya mencebik sedikit dan kedua keningnya terangkat dengan matanya separuh terkatup.

"Sejak dari zaman purba lagi manusia bersikap mahu berkuasa atas yang lain, dalam kata lain nak jadi tuhan, secara langsung atau tidak", panjang Auditore menerangkan sambil mengakhiri ayat dengan satu tumbukan lembut ke muka meja. Berkocak jugek air dalam cawan Cesare.

Cesare membetulkan reaktor pada bahagian abdomennya. Cesare perlukan tenaga, reaktor yang ada padanya adalah buatan zaman neokolonisme, dia perlukan sumber tenaga yang lebih up-to-date. Yang dia pakai sekarang adalah jenis reaktor yang perlu henjutan elektrik direct dari plug rumah, dan sekarang kedai yang dia minum ini tiada plug langsung, malah masak air mengguna kayu api. Yang terbaru dengar ceritanya adalah mengguna Vibranium yang boleh menyerap tenaga sekeliling. Perkara ini sudah jadi trending di stesen stesen tv, namun berita angin seperti ini ada sepanjang zaman. Dan sebenarnya dia sudah tidak fokus dengan perbualan Auditore sejak awal minum tadi.

"Abis macam mana?", Cesare membuka soalan tidak mahu Auditore kecil hati pula berbual sendirian.

"Macam mana apa?", Auditore menjegil.

"Yela macam mana nak setel bende ni?", Cesare memberi sedikit pencerahan.

"Kita kena mula dari punca dia. Duit. Duit ni toksik utama. Kita hancurkan sumber duit orang yang nak jadi tuhan ni, kita boikot!!", Auditore bercakap pesen orang yang penuh hasad dengki.

"Lepas tuuuu?", Cesare bertanya lagi. Layu suaranya kali ini.

"Lepas dari tu mereka akan lingkup dan hilang kuasa dan kepercayaan orang ramai, masa itulah kita datang dengan bawa seruan kebenaran, apa macam?", terang Auditore sambil jari telunjuk kiri dan kanan dikeluarkan gaya macam cowboy menembak ke arah Cesare.

Cesare diam. Matanya tertutup rapat sambil tersandar, tangannya tergantung kebawah.

Auditore menjadi kelam kabut. Dia minta bantuan dari tuan kedai.


*      *     *

Hari ini Auditore pergi kerja. Dia kerja dengan orang yang nak jadi tuhan.

Cesare. Cesare sudah berpindah ke bahagian gelap bulan.


p/s: aku rasa dewa zaman greek tu jin la.. aku rasa laaa.. dan baru aku tahu Zeus dan Jupiter mempunyai sejarah yang sama namun dari kerajaan berbeza.




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 24, 2014

Bau Syaitan

Malam itu Zanariah terpaksa balik sendiri berjalan kaki dari kedai makan. Ini semua gara-gara kawan-kawannya mahu karaoke. Mereka mula ke pusat nyanyian bersari kata ketika habis separuh masa pertama perlawanan di Cardiff City stadium. Zanariah tidak mahu ikut kerana kedudukan terikat 2 sama. Hal ini boleh menimbulkan gundah gulana buat Zanariah jika dia juga ke karaoke. Ibarat memasang lagu 'We Can't Stop' ketika majlis pengebumian. Perkara sedemikian adalah ditegah, begitu juga dengan hal Liverpool masih belum leading ini dan mahu pergi bernyanyi. Jadi Zanariah menolak mentah mentah ajakan kawan-kawan yang mahu bernyanyi pada malam minggu. Dan akhirnya, segala penantian Zanariah menimbulkan hasil selain air kopi di meja juga bertambah secawan. Puntung rokok di kaki sudah seperti sekoi nak diberi pada burung banyaknya. Liverpool berjaya menggembirakan malamnya dengan persembahan yang sedikit meyakinkan di separuh masa kedua. Ketika gol keenam, Zanariah menjerit "Yeargh!!" secara perlahan sambil menggenggam tangannya di bawah meja sambil ekor matanya melirik pada sekawanan pakcik yang sibuk memuji muji persembahan Cardiff City sejak dari awal permainan. Ini semua atas dasar etika dan sikap menghormati orang yang lebih tua.

Jadi Zanariah terus menerus berjalan di bawah pencahayaan lampu jalan yang masih membenarkan matanya melihat dalam jarak 50-60 meter ke hadapan. Masih dalam jarak selamat untuk bertindak jika terlihat zombie jenis 'Shaun of The Dead', namun jika di depan adalah zombie 'World War Z', Zanariah mungkin cuma perlu lebih banyak mengucap dan redho. Bulan malam itu menimbulakan syakwasangka juga, belahan separuh dalam bentuk kocek Doraemon, situasi seperti ini jarang dapat dilihat Zanariah.

Ketika sampai di rumah, Zanariah mengamalkan amalan Melayu pun mencabut selipar sebelum masuk ke rumah selain matanya meliar-liar melihat sekeliling, mana tahu jika terdapat sekumpulan hyena ingin menyerang hendap. Masuk sahaja ke rumah, Zanariah segera mengunci grill dan terus pergi buang air kecil. Habis segala perlakuan tesebut, Zanariah jadi buntu tanpa diketahui puncanya. Melihatkan di rumah tersebut tiada apa-apa yang boleh dibuat, jadi Zanariah mengambil buku lukisan. Zanariah menyambung lukisannya yang terbengkalai. Membuat lukisan untuk Zanariah adalah seperti suatu apungan ruh, melupakan permintaan dunia, penghargaan pada tangan dan otak. Sama juga seperti idea Mark Renton ketika mendapat heroin, "Choose Life. Choose a job. Choose a career. Choose a family. Choose a fucking big television, choose washing machines, cars, compact disc players and electrical tin openers. Choose good health, low cholesterol, and dental insurance. Choose fixed interest mortgage repayments. Choose a starter home. Choose your friends. Choose leisurewear and matching luggage. Choose a three-piece suit on hire purchase in a range of fucking fabrics. Choose DIY and wondering who the fuck you are on Sunday morning. Choose sitting on that couch watching mind-numbing, spirit-crushing game shows, stuffing fucking junk food into your mouth. Choose rotting away at the end of it all, pissing your last in a miserable home, nothing more than an embarrassment to the selfish, fucked up brats you spawned to replace yourselves. Choose your future. Choose life... But why would I want to do a thing like that? I chose not to choose life. I chose somethin' else. And the reasons? There are no reasons. Who needs reasons when you've got heroin?".

WOOOFFFF!!! WOOOOFF!! WOOOOFFF!!!
WUNGGGG!!! WUNGGG!!! WUNGGG!!

WOOOFFFF!!! WOOOOFF!! WOOOOFFF!!!
WUNGGGG!!! WUNGGG!!! WUNGGG!!

Bersahut sahutan bunyi anjing di pintu belakang rumah. Suasana yang sungguh khayal tadi terhenti sekejap akibat bunyi anjing yang tiba-tiba memenuhi ruang belakang rumah. Bunyinya terlalu dekat. Otak Zanariah terus menangkap imej-imej iblis. Ketika dia balik dari kencing tadi, dia melalui bilik tengah yang terbuka pintunya, dan dia terpandang suatu kelibat dalam bilik tersebut berbalam antara putih dan hitam. Dan bilik tersebut kosong tiada apa-apa yang boleh membuatkan Zanariah berspekulasi bahawa, "Oh, itu reflection diri saya pada cermin", Tidak, tiada apa pun di bilik itu. Tapi isu 'terpandang' itu berlaku dengan pantas, satu per 200 saat tempohnya, jadi Zanariah cuma menganggap matanya mengantuk mungkin pada ketika itu. Namun, bila sikap anjing menjadi gila tidak fasal-fasal membuatkan Zanariah tidak senang duduk.

WOOOFFFF!!! WOOOOFF!! WOOOOFFF!!!
WUNGGGG!!! WUNGGG!!! WUNGGG!!

WOOOFFFF!!! WOOOOFF!! WOOOOFFF!!!
WUNGGGG!!! WUNGGG!!! WUNGGG!!

Anjing-anjing masih bising, lebih lebih lagi kawasan kejiranan ini masih baru, jadi penduduk tidak ramai dan tiada siapa mahu marah anjing.

Tatkala Zanariah sedang melukis, dia terhidu bau yang agak busuk yang membuatkan dia semakin berfikiran negatif, "Ini bau syaitan ni", hatinya berdetik. Zanariah menumpukan matanya hanya pada lukisannya dan sambung melukis. 'Bau syaitan' tadi semakin meliar. Zanariah tidak senang duduk. 'Bau syaitan' kembali reda, hilang entah ke mana. Anjing-anjing semakin aman, hati Zanariah sedikit lega.

Zanariah leka semula melukis, kali ini dia melukis dengan postur mencangkung. Lenguh barangkali menongkat dagu. Dia menambah bulatan bulatan kecil pada lukisan. Tiba-tiba 'bau syaitan' kembali. Zanariah meletakkan pen. Berhenti. Menghidu sekeliling. Pen dihidu, takut takut bau dakwat di kala malam memang busuk, dia menghidu permaidani, dia menghidu alas tidur, dia menghidu kertas, dia menghidu bantal, dan paling teruk sekali dia air mineral. Semuanya tidak membuahkan hasil. 'Bau syaitan' samar-samar hilang ketika Zanariah sibuk menghidu perkara-perkara lain.

Pada ketika dia mahu sambung melukis, 'bau syaitan' mengganggu lagi. Berkerut-kerut dahi Zanariah memikirkan isu 'bau syaitan' ini. Kali ini, Zanariah semakin berani, dia sudah nekad, jika benar syaitan itu muncul, dia akan membuatkan syaitan tersebut insaf dan tidak lagi bermain-main dengan 'bau syaitan'. Sedang bau itu masih berlegar legar di kawasan pendudukannya, Zanariah yang dalam keadaan bercangkung itu terpandang pada kawasan kelengkangnya.


*        *        *

"Kah Kah kah kah!!!", Aniza berdekah-dekah bukan main.

"Aku lupa doh.. seharian tak duduk rumah", Zanariah pun terkekeh-kekeh.

"Kah kah kah kah kah!!!", Aniza masih tak berhenti-henti, kadang-kadang ketawanya macam dibuat-buat pun ada.

"Kah kah kah, setan betul, pagi tu jela aku last mandi, kah kah, pulak jalan jauh, berpeluh jugek celah bontot kah kah kah", Zanariah pula seperti orang hilang akal, ceritanya diselang selikan dengan ketawa pun yang agak dibuat-buat.

"Tapi cilake doh kau, tuduh syaitan, padahal dia lepak luar rumah je.", kata Aniza yang masih terhinggut hinggut menahan ketawa, air mata mula terbit di bibir matanya.

"Kah kah kah, mampus ah, dah selalu orang cerita hantu ada bau busuk", Zanariah masih nak memenangkan dirinya.

"Cerita hantu selalu ada wangi dulu, baru busuk, yang kau ni terus terus busuk", Aniza sudah tersedu-sedu sambil mengelap matanya.

PRANGGG!!!

Tiba-tiba sliding door runtuh.

Iblis muncul.

Tiada bau tiada angin.

Zanariah bangun melempang Iblis.

"Siapa nak bayar pintu ni celake?!!!", Zanariah bertempik.

"Selalu dalam filem boleh je?", kata Iblis.

"Filem bapa kau lah! Ini rumah manusia, manusia mengamalkan ekonomi, lebih lebih di sini mengamakan ekonomi kapitalis, jadi kene bayar, kau terai pergi rumah depan tu kau masuk macam tadi, kalau tak kene hambat kau!", Zanariah mengamuk betul.

"Baik kak, saya pergi betulkan pintu", Iblis takut takut.

Zanariah dan Aniza sambung berborak.

Iblis pula pergi ke kedai membeli sliding door baru.



p/s: tiba-tiba aku lapar ni dah apahal?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 23, 2013

Kasih Sayang dan Kapitalisme

1996

"Apa awak nak jadi bila besar?", Cikgu Zainab tanya gua pada suatu kelas sivik.

"Saya nak jadi kapitalis supaya cikgu dan seluruh keluarga cikgu dan seluruh warga bumi hari hari bagi duit pada saya", saya menjawap tenang dan bersuara sungguh bijak.

Cikgu Zainab mengerut dahinya, mengerut bukan main, macam mendapat surat pengisytiharan muflis, ataupun surat ugutan dari Isak Rizkov. Kemudian anak matanya membara merenung saya.

Saya senyum saja sambil melukis gambar Goku di buku kotak kotak. Sambil seorang kawan datang merapati saya mengajak bermain Tic Tac Toe, saya secara tidak langsung bersetuju seperti dipukau.

Cikgu Zainab terus menerus merenung.

"Kapitalis adalah perkara yang perlu ditentang!! Kenapa awak pilih hendak menjadi kapitalis?", Cikgu Zainab sedikit menengking tidak bersetuju.

"Cikgu kira dah habis punk ke apabende ni?", saya membalas soalannya dengan mengajukan soalan juga tidak lupa masih mengguna suara tidak kasar agar tidak menyinggung perasaan seorang guru.

"Menentang kapitalis tidak bererti saya punk, tapi kapitalsme adalah suatu perkara yang menyakitkan hati. Merampas harta benda secara paksa, namun mangsa rela dalam undang undang.", jelas Cikgu Zainab. Saya pula masih terkial kial mengisi bulatan pada permainan Tic Tac Toe.

"Macam nilah cikgu, jika cikgu tidak bersetuju dengan kapitalisme, kenapa cikgu masih mendukung kapitalisme secara tidak langsung? Dari pembelian pakaian cikgu, penggunaan minyak petrol cikgu, pembelian alatan menulis cikgu, ini adalah tersasar daripada idea asal cikgu iaitu menentang kapitalisme, apa yang cikgu cuba buktikan?", saya mebidas dengan bahasa yang sungguh bersopan. Saya betul betul tidak mahu menyinggung perasaan seorang cikgu.

"Awak tak logik, masakan saya sendirian boleh menentang kapitalisme secara langsung, dan apa yang saya buat itu hanyalah keperluan harian saya", Cikgu Zainab membantah pandangan saya terus.

"Jadi permasalahan cikgu telah saya jawap, dengan 'if you can't beat them, join them', jadi sekarang cita-cita saya adalah menjadi kapitalis. Masa hadapan itu terpulanglah pada cikgu sama ada hendak berurusan dengan kapitalis seperti saya atau tidak. Ini hanyalah impian, jika saya dapat capainya, maka raikanlah.", sedar tidak sedar saya sudah tewas bermain tic-tac-toe akibat kawan saya bermain bohong.

"Tapi itu lah realitinya cikgu, jauh di sudut hati cikgu, cikgu mahu jadi orang yang paling banyak harta di muka bumi, yang boleh beli segalanya, yang boleh melancong ke mana-mana, yang boleh buat apa sahaja, yang ada imuniti untuk segala undang-undang, dan siapa kata dunia tak boleh dibeli? selagi ada yang meletak tanda harga selagi itu ada ijab dan qabulnya. Dan cikgu beruntung tidak mendapat peluang menjadi kapitalis, menjadi kaya, banyak harta kerana di akhirat kelak yang paling lama diazab adalah golongan seperti 'saya di masa depan', yang banyak hartanya, dan saya pilih jalan ini adalah untuk menyelamatkan ramai lagi pihak. Kah kah kah kah.", saya sambung lagi bukan main panjang saya terangkan pada Cikgu Zainab sambil masih berdekah dekah ketawa bukan kepalang. Sikap tidak menghormati guru semakin terpapar apabila saya habis menerangkan isu cita-cita sebagai kapitalis.

Iskk.. isskk.. iskk..

Cikgu Zainab menangis. Menangis betul-betul, bukan pura-pura macam orang munafik. "Kau sungguh mulia Rocky, kau sungguh mulia".

"Janganlah cikgu bilang demikian, saya ini cuma makhluk ciptaan tuhan.", habis sahaja saya berbicara saya terus mengimbang diri mengguna silat tarian udara dan terus saya terbang ke Menara Karin. Semenjak itu saya tidak hadir ke sekolah. Namun saya terus menjadi bijak secara semulajadi tanpa saya ketahui puncanya.





p/s: lama betul tidak berlaku adil terhadap blog ini.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 4, 2013

Boxer dan Bulu Tangkis

"Peh, lu pakai seluar apa ni? main badminton pakai seluar senam la", tegur gua pada suatu kawan yang baru datang ke gelanggang seraya lepas aku habis gogok air dari botol yang Arip bawak.
Arip ni orangnya bersedia dan mengguna akal sebaik mungkin. Bukan seperti pemain badminton lain, iaitu Abe, Dibin dan Ibnor. Air satu botol pun tak dibawa.

Kawan yang baru sampai tadi sengih saja. Sambil terkais-kais stokin baru nak dipakai. Tadi dia tiba dengan berselipar kulit. Seluar seakan-akan 'boxer'. Aku tak faham betul.

"Dah banyak kali sangat Abe ajak aku main, ni aku turun", kawan aku tu kata sambil merenung bulu tangkis yang dah rosak dekat lantai.

"Lu pikir lu, Lu tak pikir gua, sepanjang lu takda dekat sini, lagi banyak nak mati dia ajak, seminggu tiga kali ajak aku main, kali dengan 40 minggu, tak ke 120 kali dia ajak aku.. ", kami ketawa berdekah-dekah macam orang hilang akal. Puncanya tidak diketahui. Barangkali melihat perselisihan faham antara regu regu yang sedang bermain.

Yang lain pula masih bertempur dalam gelanggang. Masing-masing bermain secara serius bukan main. Aku geram betul. rasa nak tampar satu-satu pemain badminton yang ada depan aku.

Tak lama kemudian golongan yang bagus bermain ini habis dua set.

Kawan yang pakai seluar pendek seakan-akan 'boxer' ini masuk kegelanggan dengan raket yang aku baru guna awal tadi.

"Kau jaga sikit, jangan bergalak terus, jantung kau tu dah lama tak pam darah secara laju", aku sempat menasihati kawan yang pakai seluar pendek seakan-akan 'boxer'.

Dia menganggunk angguk tanda faham.

*        *        *

"Woi fuck minum mana?!!", bergema juga suara gua dekat gelanggang ni.

"Bawah ah", mereka yang lebih bijak bermain badminton menjawap sambil mereka bersama-sama menjuih bibir menunjukkan arah bawah. Benci aku.

Aku terus meluru naik kereta kawan yang pakai seluar pendek seakan-akan 'boxer' tu.

"Peh, macam bangang sial tadi main", dia kata sebaik aku masuk kereta.

"kah kah kah", aku ketawa saja.

Kawan aku ni levelnya bagus sedikit dari aku. Maksudnya, kalau aku satu pasukan dengan dia ni, regu ni boleh menang pelbagai peraduan badminton yang dimainkan secara tidak serius.

p/s: tak boleh ke buat celebration setiap kali dapat point?Akibat dari perbuatan aku tu, aku berjaya membuat tim lawan penat nak mati ketawa.. Dan aku menang tipis. 
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Sep 8, 2013

Takdir

Pada suatu petang saya mahu makan roti canai.

Saya ke suatu warung orang mamak.

Saya pun order roti canai dengan air teh tarik dan juga air masak.

Saya pun makan dengan lahapnya dengan kadar sungguh segera.

Saya merokok kemudiannya sambil menonton siaran gusti dalam sangkar.

Saya habiskan rokok dan minum air teh dan juga air masak.


Saya ke kaunter untuk bayar.

"Semua sekali lima belas ringgit", kata mamak itu dengan telo mamaknya.

"Apahal mahal macam cilake kau ni?", saya marah dan sudah mula menyesal akibat makan di kedai ini.

"Roti lapan posen, teh tarik seringgit duapuluh sen, air masak tiga belas ringgit", terang mamak itu dengan telok mamaknya.

Saya mula rasa berang, "Kepala hotak kau air masak tiga belas ringgit!!", saya bertempik.

"Harga minyak naik ketentuan tuhan, kijang berlari ketentuan tuhan, saya berniaga ketentuan tuhan, air masak saya jual mahal juga ketentuan tuhan", panjang lebar olahan mamak itu.

Jadi saya pun bayar bila dia kaitkan dengan hal ketentuan tuhan. Sebagai manusia yang berpegang pada rukun iman ke enam, saya redho.

Kemudian saya pun menumbuk muka mamak itu shingga hidung mancungnya kemik kedalam. Jika dilihat dari tepi hidungnya menjadi rata. Kemudian saya mencapai kepala mamak itu dan menghempas pada cash machine, maka berhamburanlah duit keluar dari laci duit. Tidak puas dengan itu, saya mengheret mamak yang sudah lembik itu ke arah dapurnya. Ketika itu, air menggelegak kuat dalam tempat masak air, saya menarik mamak tadi dan membenamkan mukanya ke dalam air masak yang mahal itu.


Untuk penutup, saya membancuh air teh tarik dan menuangkan pada hidungya yang kemek itu. Moga-moga semut memnuhi ruang pernafasannya malam ini, kata syaa dalam hati.

Kemudian saya akhiri ritual dengn berkata, "Ini semua ketentuan tuhan".

Mamak itu menggelitik.


p/s: saya bukan mempermainkan agama. Tapi ada kala ilmu yang betul, tidak sesuai disampaikan tatkala masyarakat sedang marah. Orang yang marah ini, tiada guna kau ajarkan kebenaran pada waktu itu, dia takkan dengar punya. Tapi tak salah kau mencuba, moga-moga ada tempat yang baik baik untuk engkau. Moga moga, 'berani kerana benar' kau itu ada balasannya. Tuhan itu maha mengetahui.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 14, 2013

Angan-angan

Gua balik kerja penuh semangat mahu sambung penulisan kisah 'Perang Robot dan 12 manusia terakhir di muka bumi'. Ya betul penuh semangat sehingga gua rasa yakin bahawa gua takkan tidur malam ini. Kisah itu gua sudah tulis sehingga pra-klimaks. Jadi tidak menjadi hallah untuk menyiapkannya. Jadi gua pun menyeruntul pulang. Ketika menunggang motosikal pulang, otak gua menerawang jauh sehingga bahagian perkahwinan robot.

*      *      *

"Woi mari makan", gua pekik dari dapur. Abe dan Dibin masih leka di hadapan tivi.

Masing-masing bermuka riang berkejaran ke dapur. Gua pantas mengisi mangkuk gua dengan kuah serta tujuh biji bebola daging. Mi telur yang sudah dicelur tadi siap-siap gua masuk awal-awal secara pukal ke dalam mangkuk.

Sedang mereka berdua menceduk-ceduk kuah, gua sudah siap sedia depan tivi pula.

Gua suap satu sudu.

"Tawar weh", kata gua sambil mengemam bibir.

Seraya itu, Nora Danish memegang-memegang butang baju melayu Adi Putra. Tidak lama kemudian Adi Putra Pula memegang bahu kiri Nora Danish, mengelus-ngelus. Gua sambung suapan mi telur ke dalam mulut.

"Poh, takdo kuoh", kata Dibin. "Sedak dok?", tanya Dibin pada gua sambil mengabil tempat betul-betul selari dengan tivi.

Gua mencebik. "Tawar".

"Be, ambik kicap sekali", jerit Dibin ke arah dapur.

Gua masih menumpu perhatian kepada kisah Nora Danish dan Adi Putra.

Abe sampai dengan mangkuk mi telurnya di tangan kiri dan kicap di tangan kanan.

Kemudian, kami bertiga menumpu perhatian terhadap kisah Nora Danish dan Adi Putra.

*      *      *

Gua tersandar di dinding bilik. Gua kembali berangan-angan mengenai  'Perang Robot dan 12 manusia terakhir di muka bumi'.

Dan segalanya tinggal angan-angan dan kepulan-kepulan asap Surya 16.



p/s: kepada Norakmal kalau baca, woi fuck, gua hari tu meset lu tak lepas-lepas. Gampang ah.. Penyudahnya gua tak telefon.

Kepada Garam kalau baca, sori doh hari tu, gua serahkan semua kepada kata-kata 'takda rezeki'.

Kepada Nora Danish kalau baca, kau punya gamat mustajab memang mustajablah. Gua perhati je lu ni kat tivi ni.. kah kah kah..




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 23, 2013

Arc de Triomphe

Aku, bapa Izan, bapa siapa entah, dan juga seorang lagi gua pun tak tahu. Kami semua dalam kereta. Bapa Izan memandu, disebelahnya bapa siapa entah. Aku bersama orang tak dikenali duduk di tempat duduk belakang. Kereta Toyota lama, aku tak tahu Corona ke Coralla ke. Kami terus menyelusuri jalan yang ada di hadapan. Jalan kosong. Tiada kereta lain. Tiada kereta dari atah beretentangan.

Puas kami melalui jalan kosong itu tiba-tiba kami sudah sampai di tebing. Jalan yang bakal ditempuhi adalah jalan yang dibuat di tebing betul-betul di tebing. Sebelahnya adalah laut. Jalannya bengkang-bengkok juga namun berturap cantik macam di litar. Bapa Izan memandu biasa tidak laju, tidak perlahan. Beliau berjaya menguasai setiap selekoh. Gua yang duduk belakang sebenarnya gayat bukan main. Kau bayangkan kau tengok laut sebelah tu jauhnya dari jarak tebing, macam mana aku nak gambarkan pun tak tahu, yang penting gumpalan ombak tu halus-halus je aku nampak. Setan. Yang bapa Izan ni pun memandu boleh tahan, macam dekat lebuhraya empat lane. Fuck. Apasal aku boleh ikut dia orang ni. Apasal. Dalam hati aku menyumpah-nyumpah.

Tiba-tiba dari kejauhan kami nampak lori datang dari arah berlawanan. Halaju lori itu mirip dengan halaju kereta kami. Agak bahaya sebenarnya sebab lori itu dah mula makan jalan kami. Dalam keadaan genting demikian, tiba-tiba depan kami macam ada side-table jalan yang boleh membuat kereta kami menghimpit habis ke bibir tebing. Jadi bapa Izan segera mengemudi kereta dan menghimpit sampai separuh tayar luar keluar dari tebing. Gua punya pucat kali itu, jangan cerita lah. Jalan tiada penghadang untuk mengelak kau jatuh dari tebing. Namun atas berkat Tuhan masih mahu kami bernyawa, kami dapat melepasi lori itu, dan juga masuk kembali ke jalan yang benar. Selepas berjaya lepas, kami terus memecut. Sudah tidak peduli sama lori tadi itu. Bapa Izan sedikit pun tak lihat cermin belakang. Gua yang pucat tadi pun sedikit pun tak pandang laut lagi. Yang lagi dua orang dari tadi senyap. Bapa Izan senyap. Gua senyap.

Kami sudah sampai ke penghujung jalan yang menyelusuri tebing batu tadi. Di penghujung, terdapat sambungan jalan tadi dengan suatu jambatan panjang merentas laut. Jambatan itu punya tinggi tak usah cerita. Namun yang gua hairan, apahal jambatan itu hanya ada satu laluan yang boleh memuatkan kereta kami. Gayat kau tahu, gayat. Sekali tengok macam lebuh raya pun ada. Cuma tiada penghadang jalan. Dalam hati gua menyumpah seranah kontraktor yang buat jalan. Bapa Izan terus memecut bila lihat jalan lurus itu. Pemandangan waktu itu cuma ada satu garisan melintang yang membezakan ruang lingkup laut dan juga langit. Hari makin petang. Dalam sepanjang tempoh kami dalam kereta, tiada seorang pun mengeluarkan suara. Gua jadi runsing. Gua jadi runsing takut-takut kalau gua cuba-cuba mengeluarkan suara, mereka akan humban aku ke laut. Mengikut kiraan logik, organ dalaman gua boleh pecah kalau badan gua menghempas ke laut dalam jatuhan bebas kalau berdasarkan ketinggian macam ini.

Ketika kami pantas membelah angin, tiba-tiba gua nampak sebelah kanan jambatan, dalam jarak pengelihatan masih baik, mucul suatu binaan yang agak usang dari bawah laut secara perlahan-lahan. dapat dilihat dari dalam kereta binaan itu melanggar arus laut dan muncul. Rekaan binaan itu macam muka hadapan Parthenon pun ada, macam Arc de Triomphe pun ada, namun saiznya agak besar, makusd gua sangat besar, gua jadi kaget. Gua masih memerhati binaan itu masih menghamburkan saki baki air laut yang masih tersangkut di celah-celah tiang dan juga mana-mana lah.

KRINGGGG!!! KRINGGGG!!!

Gua tersentak.

Telefon gua berbunyi sambil menggeletar di tepi kepala gua.

Gua jadi hairan.

Gua tak ambil peduli.

Gua masih memerhati binaan usang tadi yang masih basah dan disirami pencahayaan petang.

Gua pun tak tahu nak kata cantik atau tidak, namun gua cuma kagum. Dalam hati gua, kalaulah telefon gua ada kamera. Bapa Izan, bapa siapa entah, dan seorang lagi gua tidak kenal masih diam membisu. Mereka sedikit pun tidak terpengaruh oleh binaan itu. Barangkali mereka orang sini, jadi sudah tidak hairan.

KRINGGGG!!! KRIINGGGGG!!!

Gua tersentak lagi sekali.

Kali ini gua segera capai telefon. Gua pantas angkat sambil tarik nafas panjang. Gua pejam mata kejap.

"Woi helo", gua dengar suara.

"Ha woi", gua jawab dalam suara lekat-lekat kurang air. kemudian gua telan air liur sedikit.

Gua buka mata. Laut tadi ghaib, Binaan tadi ghaib, bapa Izan ghaib, bapa siapa entah pun ghaib, yang gua tak kenal tadi pun entah kemana, gua atas tilam bukan dalam kereta, gua belengging.

"Cilake, tidur!!!", suara dari dalam telefon maki gua.

"Eh mana ada", gua pura-pura.


Kemudian perbualan berlanjutan sehingga dia habis kredit.

Gua tiada niat nak menyusahkan dia mengangkat telefon ketika memandu, jadi gua tak telefon semula. Gua cuma bangun dan ambil air sembahyang.

"Mainan syaitan semua ni", bentak hati gua ketika memulas pili.


p/s: Panjang juga perbualan kami. Tiba-tiba nostalgia-nostalgia lama diputarkan semula. Aku senyum kelat. Sempat aku mengadu sedikit sebanyak pada dia. Setakat ni ada seorang sahaja aku tak simpan langsung rahsia. Kalau aku mati dulu, mungkin dia seorang sahaja boleh tulis balik biografi hidup aku dengan baik. 
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 14, 2013

Pengembaraan Ruh

Saya perlu berjalan-jalan. Walau macam mana pun saya perlu berjalan-jalan. Saya perlu berikan saya sedikit masa untuk saya berjalan-jalan. Jadi saya mengambil masa tidur saya untuk saya berjalan-jalan. Buat masa ini. Buat masa ini, saya perlu latih ruh saya berkhidmat secara berkesan. Saya perlu latih ruh saya mengembara ke negara-negara yang siang pada ketika di sini waktu malam. Jadi saya boleh berjumpa dengan macam macam manusia. Saya perlu latih ruh saya berinteraksi dengan jasad lain. Lebih kepada perbualan. Perbualan adalah penting. Jadi saya perlu belajar bahasa asing untuk menjadikan pengembaraan saya itu bermakna dan boleh dibuat kenang-kenangan. Apabila tiba di Amerika Syarikat saya boleh berbual dengan pengedar dadah yang datang dari Sinaloa. Mungkin saya tak bertanya soal dadah atau cara pengedaran, saya mungkin bertanya hal tentang "Bagaimana kamu beriman?" atau "Ada apa dengan cinta?" atau "Bro, nampak motor gua tak?". Soalan terakhir macam babi jugek. Mungkin kalau saya berjaya kawal ruh saya ke tempat yang tidak pernah dijelajahi manusia, contohnya mantel bawah lapisan kerak bumi. Saya berenang-renang dalam lava barangkali. Entah-entah saya dapat berbual dengan hidupan yang wujud di sana. Siapa tahu.

Jadi malam ini paling jauh mungkin saya akan ke bank berdekatan dan berbual dengan pengawal keselamatan. "Pakcik, saya tengok pakcik ni tidur je dari tadi, senapang tu load ke tak sebenarnya?". Mungkin saya akan bertanya demikian. Tidak sudah dengan itu, saya mungkin ke England sekejap. Jangan kata tak logik, bila saya di zon ruh, segalanya mungkin. Masa itu tidak terpengaruh. Kerana masa juga perlu masa untuk bersiar-siar.

Kalau semua mungkin di alam ruh, apa yang tak mungkin? Entah. Bila bercerita soal ruh, ramai ingin melarikan diri tak mahu ambil peduli. Mungkin mereka kata bila ruh bergerak sendiri tanpa jasad, itu tidak realistik. Tapi apa jadi kalau jasad bergerak tanpa jiwa, tanpa ruh. Zombie? Zombie kepada duit-duit kau? Zombie kepada gadjet kau? Zombie kepada lagu-lagu yang kau nyanyikan? Zombie kepada persembahan kau? Mungkin kata-kata gua tidak realistik, 'Mahu kawal ruh sendiri ke tempat yang disukai'. Tapi siapa tahu perkara itu boleh. Yang berkenang-kenangan adalah ruh, yang merasa adalah ruh, yang menikmati adalah ruh. Kau pernah rasa menggigil yang kau tak tahu kenapa ketika tim bola pujaan kau memenangi piala? Zombie kau? Entah aku pun tidak tahu. Kau pernah rasa rindu kepada mak kau, dan rasa sebak? Zombie kau sebak?

Tapi ramai akan menentang sebab saya banyak timbulkan kata 'mungkin'. Ya, soal yang depan memang saya letakkan perkataan mungkin. Itu halnya bertitik tolak dari ketidak tahuan. Proses meneka masa hadapan tidak berlaku dalam keadaan yang telalu mengikut kiraan matematik. Contohnya, saya minta pada seorang pelayan kedai minuman, "Hai encik berbulu dada lebat, saya mahu minum air kopi tarik". Dia jawab, "Ok!". Lat berapa ketika, encik berbulu dada jadi bodoh yang saya tidak tahu datang dari mana bodoh dia tu. Yang tiba di meja saya adalah air laici. Kebarangkalian untuk masa hadapan walaupun masa hadapan itu hanya tiga minit adalah mungkin untuk segalanya. Saya hanya boleh kata selepas saya meminta air kopi awal tadi, "Mungkin saya akan dapat air kopi ni kejap lagi". Hal ini, kerana segalanya yang ada di depan, walhal di belakang adalah qodok dan qadar.

Berbalik kepada kawalan ruh.

Ada yang pernah berbicara dengan saya soal astral. Tapi saya tidak mengkaji dalam-dalam ilmu itu. Kerana zaman sekarang bukanlah zaman mencari ilmu secara real. Cuma untuk bergaya-gaya sahaja dengan sijil. Kalau mahu sijil apalah kiranya kita ke kedai percetakan dan cetak la satu sijil. Dan apalah kiranya jika kita mencari kawan yang menjaga sistem data pembelajaran Malaysia ini supaya memasukkan nama kita menjadi orang yang mempunyai keseluruhan sijil yang kita mahu. Soalnya sekarang aplikasi pembelajaran dan silibus pembelajaran di sini kurang ertinya, ini daripada pengalaman sayalah. Dan sekarang kisah ruh sudah terpesong sampai ke cerita apa bende ni cilake.

Jadi saya mahu keluar berjalan-jalan ini. Saya mahu jumpa kawan-kawan saya. Jikalau saya rasa perlu untuk menyambung kisah pengembaraan ruh ini, saya pun baring.

Saya mahu meraikan hidup ini selagi boleh. Kenapa saya perlu duduk sahaja sedangkan tanah masih luas.





p/s: Saya perlu cari sponsor. Projek ini kalau tidak ada sponsor mati kutu jugak.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 6, 2013

Skinafik

"Fuck government! Fuck capitalist! Fuck police! Fuck democracy! Fuck monarchy!! Fuck integrity! Fuck eltabina! Fuck monorail! Fuck electricity! Fuck off!! Fuck all the fucking fuck!!"

Hamit itu menjerit sambil memejam mata. Tidak berapa detik kemudian dia membuka mata dan sengih terhadap gua.

"itu dulu la, zaman bodoh, semua benda nak di'fuck'kan", tenang Hamit menenangkan keadaan sambil disudahi dengan ketawa berdekah-dekah. Malam itu tidak sunyi. Lebuhraya utara-selatan jarang-jarang sunyi. Lagu-lagu dalam pendrive itu terus dimainkan di radio kereta.

Zaman sekarang ini sungguh menawan hati, pada ketika saya kerap menaiki kereta ayah, saya hanya dapat pemain kaset sahaja. Ulang-ulang kaset UK's. Sampailah suatu ketika pula ayah saya menukar kereta Honda Accord keluaran tahun berapa saya tidak tahu. Ada pemain cakera padat. Namun apa yang menghairankan, kesemua cakera padat perlu dimasukkan ke dalam suatu kotak yang boleh menyelitkan saya rasa dalam 10 keping sahaja. Dan yang paling menyakitkan hati apabila kotak yang boleh diisi 10 keping cakera padat itu letaknnya di boot kereta. Dan radio akan memainkan lagu dari cakera padat yang dimasukkan di sana. Jika kita memasukkan cakera padat Sweet Charity (yang ini bapa gua kerap pasang) pada slot nombor 3, jadi dekat radio kita perlu pilih slot nombor 3. Jika tidak, mahu tak mahu kau kena dengar Los Indios Tabajarasm sebab yang itu pakai kaset, lancar mudah boleh ditukar-tukar tanpa berhentikan kereta. Zaman sekarang mp3, mp4, wma, entah apa benda format muzik semua boleh dimainkan di dalam kereta sambil memandu tak perlu berhenti dan buka boot kereta.

Gua terketawa melihat gelagat Hamit. Mana tidaknya, betul juga apa dia kata, pada usia muda remaja sering terikut-ikut ajaran yang bukan-bukan. Tapi kalau nak dilihat sampai sekarang, Hamit memang ganas. Memang skinhead yang harcore. memang. Dari raut wajahnya sahaja cukup boleh membuat seorang imegresen menahannya di lapangan terbang. Tuduhan-tuduhan seperti membawa senjata api, perampas kapal terbang, penembelih dajal adalah tuduhan biasa. Kalau tidak ya-ya, tidak berani nak tegur Hamit. Namun Hamit seorang yang periang sebenarnya.

Lagu 'Still into you' berkumandang.

"Apasal lagu-lagu dalam kereta ni tak skinhead langsung?!!", Hamit bersuara.

"Ah, diam, aku nak dengar lagu ni", gua bangkang.

Bila bercerita mengenai ideologi skinhead, Hamit memang banyak tahu walaupun tidak total. Tapi yang betul mengkagumkan ialah perwatakan, bagi Hamit knowledge itu tidak sepenting amali. Kenapa perlu ada teori kalau tidak perlu dipraktikkan, itulah ujaran Hamit. Bagi Hamit, skinhead bukanlah seorang kaki amuk, menterbalikan meja makan di warung Ain Farahin, menerajang pintu tandas awam, merompak gerai buah buahan, mencuri kaset Cock Sparrer, melakukan seks bebas di bawah tangga kompleks universiti, bukan, bukan itu semua. Apa yang penting adalah menjadi manusia berguna di bawah tatacara skinhead, berkawan, bergembira walaupun hal yang kecil, tidak mengambil dadah. Dan Hamit bukanlah seorang yang meminum arak setakat pengetahuan gua. Dan dia tidak melakukan seks bebas. dan dia tak pernah melakukan seks. Fucking brilliant! Dan jika seorang skinhead itu tidak pandai main muzik, maka berpuisilah ia. Dan jika dia tidak pandai berpuisi, mendengar subjek-subjek yang baiklah ia, itulah kefahaman Hamit. Hamit sudah besar, dia tidak perlu fuck segala benda yang dia tak suka. Dia sudah boleh berfikir. Berapa ramai kawan Hamit mengambil dadah, dia tidak peduli, jika dia hanya boleh menegur, dia hanya menegur, jika tidak dia hanya gelak melihat gelagat kawan-kawannya.

Lagu 'No matter what' pula bermain kalau mengikut tafsiran gua.

"Cekecak hah hah!, Cekecak Hah Hah!", Hamit tiba-tiba mengalunkan intro lagu No Matter What. Berdesir-desir sambil meliang lentok kepalanya sambil mata terpejam-pejam manja.

"Fuck, skinhead apa benda ni?", gua bangkang perbuatannya. Mendengar lagu Boyzone tiada masalah pada gua, namun menggayakan aksi cara menyanyi Stephen Gately memang gua tak boleh terima. Lain kalau Ronan Keating.

"Lu baru tengok gua layan boyzone, belum lagu IamNeeta lagi", Hamit menyengih.

"Fuck!!! skinafik!!!"

"Skinafik apa?"

"Skinhead munafik!!!"


p/s: bab IamNeeta sedikit sebanyak gua dengar la kalau radio ada pasang. Kalau tak memang gua dengar playlist zikir.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 5, 2013

Surat Dari Kremlin XV

"Saya tahu siapa yang boleh dapatkan.", Paskal berseloroh. Matanya bersinar-sinar tanya keyakinan.

"Betul kau tahu orang boleh dapatkan segala benda yang aku nak?", tanya Isak Rizkov mahukan kepastian.

"jangan risau, yang penting dia cuma mahukan duit, itu sahaja", Paskal menerangkan proses sedikit sebanyak.

"OK, kalau macam tu", sambil menegeluarkan satu kantung dipebuat dari kulit yak. Ada suatu tahun di mana Isak Rizkov kerap berjalan-jalan serata dunia, dan pada ketika itulah dia berjaya mendapatkan kantung ini di sebuah perkampungan di Tibet.

"Dalam ini ada duit cash, kalau tak cukup beritahu.", Isak Rizkov berkata lantas melempar kantung itu ke Paskal.

"Baik bos", Paskal kemudiannya berundur ke pintu sambil menurunkan sedikit depan topinya seraya keluar dari bilik itu.

"Ceh, budak-budak zaman sekarang, duit, duit, duit. Mereka tak tahukah yang besok mati bukan boleh bawa duit pun", Isak Rizkov membebel-bebel sendirian sebaik sahaja yakin Paskal sudah tiada di sebalik pintu.

*      *      *

Grigorii turun ke dapur. Gelap. Kalau tak salah baru pukul tiga lebih. Masa baik untuk bertahajud. Namun Grigorii peduli apa mengenai tahajud. Yang penting sekarang haus. Haus stail lain macam. Jenis tak ingat punya haus. Jadi mahu tak mahu kena pergi ke peti sejuk ambil air dan minum.

SQUEKKKK!!

"Fuck!!!", Grigorii terjerit dalam bisik lantas menganjal kebelakang sedikit dari pintu peti sejuk.

Pintu peti sejuk pun macam jahanam berbunyi pesen cerita seram yang stail ada saka dalam rumah. Fucking betul mengejutkan aku, bentak Grigorii.

Lampu dari dalam peti sejuk menerangkan sedikit-sedikit ruang dapur. Semuanya samar-samar. Hatta Grigorii pun samar-samar.

"Eh, ni apa benda celake betul malam ni, ni", marah Grigorii lagi.

Dalam peti sejuk:

- ada kepingan cheese Lactima
- bawang besar
- dan botol kosong 100 plus.

"Woi, gua haus bukan main ni, jangan main-main la", keluh Grigorii sambil menghempas pintu peti sejuk.

Grigorii capai cerek dan jerang air.

Dalam ketika menjerang air Grigori bersandar sebentar di dinding dapur menghadap tingkap.

BUSSHHHHHH KROOOMMM!!!!

Grigori tersentak dan menganjal ke kirinya. Ekor matanya menjeling ke arah jamban rumahnya sambil kepalanya antara mahu tidak mahu menoleh ke arah jamban. Jamban tertutup rapat. Ada kemungkinan yang bukan-bukan ni, detik hatinya.

"Siapa pula yang flush jamban?", Grigorii segera mencapai gergaji berantai di bawah dapur.

WENGGG!!! BUS!! WENGGG!!! BUSS! BUSS!! BUSS!! WEEEEEENNNNNNGGGGG!!!!!

Dengan segala kudratnya Grigorii melulu ke pintu jamban sambil tangannya mengukuhkan pegangan pada gergaji berantainya dalam kedudukan 90 darjah man-man dari sudut menegak pintu.

WWEEENGGG!!!!!

WEEEENNNGGGGG!!!!

PRAKKKKK!!! Grigori menyepak pintu yang sudah dibelah secara tidak siuman itu.

Pintu jamban runtuh ke dalam.

"WOIII!!! fucking, kau ni dah hilang akal ke apa?", bentak Beth.

BRRRR.. DUDUDUDUDUDUD!

"aku nak berak ni setan, kau perangai macam jahanam dah berak tadi petang bukan nak flush!!!", raung Beth lagi yang baru sahaja menanggalkan seluar dalamnya.

BRRRR.. DUDUDUDUDUDUD!

"mmm... maaafff", GrigoriI mematikan enjin gergaji berantainya.

"Dah berambus", Beth menengking.

"Kejap, aku nak tanya, kau minum air 100 plus aku sampai habis ke?", Grigorii mengaju soalan yang boleh buat orang hendak berhadas kecil memberontak dan turun ke jalan.

"Ye, aku habiskan, dah, dah, aku nak berak ni la setan", jawab Beth tenang sambil menggoyang tangan kanan membuat isyarat menghalau.


Grigorii kembali semula di depan cerek.

"Menyesal pula gua masak banyak-banyak air ni, lambat pulak masaknya"


KALAU BERANI SAMBUNG

p/s: ekoran gua dah lama tak lihat sebarang sambungan cerita SURAT DARI KREMLIN di blog Tong-Geng, jadi gua ambil inisiatif untuk menulis sedikit sebanyak. mungkin benda ini tiada apa lagi buat masa sekarang, tapi siapa tahu besok bakal jadi filem. Kah kah kah.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 17, 2013

Rasuah dan entah

Pada suatu hari di zaman akan datang yang serba maju dan canggih. Saya sedang bermain pakau bersama budak-budak saya. Ketika itu saya mengepalai suatu syarikat percetakan yang tersohor.

Tiba-tiba datang seorang pemuda. Umur lingkungan 30-an. Saya ambil peduli seketika. Saya sanggup berhenti bemain pakau walaupun ketika itu saya sedang ke arah kejayaan.

"Assalamualaikum", sapa pemuda itu.

"Wa.. aaa.. laikum.. salam...", saya menjawab salam sambil mulut mengemam rokok yang masih berasap. Pedih juga asap masuk ke mata.

Saya perhati atas bawah pemuda itu. Berkemeja dan berseluar slack hitam. Saya geleng kepala. Apa punya pesen la budak ni.

"Ya encik boleh saya bantu", saya dengan penuh budiman meletakkan daun pakau atas meja dan meninggalkan meja bermain pakau. Budak-budak saya  terhenti permainan.

"Emmm.. saya ingat nak cetak buku la, boleh bagi sebut harga?", tanya pemuda itu semula.

"Em, buku macam mana ya?", saya tanya semula.

"emm.. macam ni", pemuda itu menunjukkan satu contoh buku dan menghulurkan kepada saya.

Saya perhatikan kulit luarnya guna kertas kad dengan kemasan tanpa kilat, isinya macam buku novel luar negara, kertas buku mesra alam.

"Boleh, nak berapa ribu ketul?", saya menanya sambil menghembus asap rokok ke merata-rata. Agak teruk juga sikap saya.

"Saya nak oder 1000 je, tapi saya nak besok", pemuda itu terangkan.

Lantas saya menyepak belikat pemuda itu.

Tersungkur dibuatnya pemuda itu.

"Kau ni ada akal ke tidak?!!!!", saya seraya menengking selepas melakukan sepakan.

"Saya bayar, saya bayar lebih", kata pemuda itu walaupun sudah tersungkur.

Saya sambung memijak muka pemuda itu, sambil tangan saya masih memegang buku contoh tadi. Saya memijak-memijak memijak memijak hinggalah wajah pemuda itu peroi.

"Saya tidak ambil rasuah", saya menegaskan sambil melempar buku contoh apa benda entah ke muka pemuda itu.

Kemudian saya kembali ke meja pakau, merampas satu botol minuman beralkohol milik budak saya yang bukan Islam. Saya bawa botol itu ke tempat pemuda yang wajahnya peroi itu kemudian menuang ke serata pelusuk tubuh pemuda itu.

Saya kemudiannya menyalakan sebatang mancis dan membakar pemuda yang hendak merasuah saya itu.

Habis terbakar seluruh badannya.

"Ini aku tak suka ambil pesanan dari golongan macam ni, sikit-sikit nak cepat, sikit-sikit nak cepat, pastu nak rasuah aku"



p/s: Rasuah ni dah jadi barah, sampaikan budak-budak remaja pun dah mula terikut-ikut sikap orang tua yang rajin merasuah. Ye gua tahu lu ada duit boleh bayar, tapi adakah kau boleh membeli Kaabah jika Nabi Ibrahim tak pernah membinanya sejak dari awalnya? Itulah konsepnya, masa, tragedi, sentimental, rock n roll, pertumpahan darah, idea, kebijaksanaan, kuih muih, setitik peluh petani, dan babi. Kalau kau ada duit apa kau boleh beli kuasa tuhan? Itu lah ramai tak faham, semua orang nak segera. Satu je kalau kau nak semua dekat dunia ni segera, amalkanlah sikap yang baik-baik. Amalkan sikap penyabar. Dan satu lagi, penyabar sahaja tidak guna kalau tidak berakal. Contohnya kau oder nak cetak buku yang kau nak guna pada 25 Mei, dan kau oder pada 24 Mei dan kau cakap, "Takpe saya boleh tunggu sini sampai siap besok". Ketika itu, gua akan senyum dan bakar ahli keluarga engkau.  Kau tahu tak, itulah contoh kes penyabar yang bengap. 


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...