Showing posts with label lukisan. Show all posts
Showing posts with label lukisan. Show all posts

Apr 23, 2014

Joe Strummer dan Panggong Punggok

Sebenarnya gua lapar ni. Dan sekarang gua nak buat poster Panggong Punggok ni. Dan lapar ni doh. Lapar gila ni. Aku rasa ketiak pun bukan main berpeluh lagi menaip sambil lapar ni.

Semalam gua bancuh akrilik bukan main terlebih lagi. Gua jadi berang dengan kejadian kejadian tidak munasabah di dunia, sebagai contoh remaja membunuh ibu sendiri. Itu apa bende tu? Gua tak tekankan isu dosa pahala dekat sini, pasal akaun tu tak ada bukunya, boleh tengok dividen ke, tapi ini isu manner. Etika bende bende gini kena ada, kalau tak sampai bila manusia asik nak mengagungkan alien.

Dan bila lapar memang gua menaip tak tentu hala. Kadang gua ingat real jugek tindakan gua menahan lapar ni, sekurang kurangnya dajal hendak merasuah gua dengan makanan pun boleh putus asa ni.

Pasal akrilik gua bancuh lebih tu macam gini cerita dia.



Dan sekarang akibat menyapu cat dahulu kemudian baru melakar, tangannya sudah seperti bapuk.

Saya baru baru ni terbuka instagram kawan saya, saya sungguh kagum dia sambung melukis. Saya harap sketch booknya yang dibeli pada tahun 2012 yang gambar depannya ada gas-mask tu semakin penuh. Saya sungguh bersyukur beliau kembali melukis, malah semakin handal. Saya doakan dia dapat buat buku kartun. Kalau boleh saya nak jadi pelukis latar belakang buku kartunnya. itu sahaja.

Tapi sampai sekarang saya nak cuba memberbaharui perbendaharaan kata saya mengenai ayat penutup ketika memberi ucapan berbahasa inggeris, balik balik "That's all for today", aku rasa berang ni.. aku berang ni. Bende entah.

Tapi ni serius ni lapar woi.

p/s: kamera ni apahal macam syaitan ni dia punya gambar ni. 
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 24, 2012

Kelas Robotik dan Remaja Masa Kini

Kelas pagi puku lapan memang sedap kalau kena gaya. Tapi remaja masa kini mana gemar mahu bangun pagi awal. Paling awal pukul sepuluh. Tapi gua remaja masa lalu. Gua bangun awal lekas terus pergi kelas. Kelas tajuk robotik.

Siap juga gua lukis anak negro. Walaupun tidak bagus mana.
(sesetengah gambar pelu disensor)

p/s: kepada remaja masa kini. Bangunlah awal supaya anda boleh terus melukis. dan melukis. dan melukis. Anda semua adalah jaguh.


kah kah kah
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 16, 2012

Timeline Klise Rakyat Bumi


pergi mampus la kalau timeline ni tak betul. 
Gua dah bikin. besok-besok la kalau nak betulkan.
pasal penerangan pun besok-besok la.



p/s: entah apa benda entah gua nak sampaikan pun gua tak tahu.


ha ni ada kawan mintak tolong. Dia ada nak jual baju. tengok sendiri la.

tengok dekat link sini 


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 20, 2011

Kelas

Gua memang tangan kalau tak bergerak ketika pengajar mengajar, gua boleh isim. Ada baik kalau gua melakar. Kali ni gua guna ball-point pen. Terinspirasi dari Juan Francisco Casas. Tapi lukisan gua cuma ingatan gua terhadap pelukis Alex Ross. Jadi, Juan + Alex = Pert.

Tapi versi gua jenis tak power langsung. Gua cuma cuba-cuba.

Mata kau senget.. pergi mampus.

p/s: sedap ajak kawan karib bertumbuk malam ni
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Dec 10, 2011

Selamat pagi



p/s: Flea-Market ni pasar untuk kutu ke hapa?

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 18, 2011

Graffiti

Kata Sapik gua lukis beckham.. tapi sebenarnya gua lukis muka gua.. cis.

p/s: kadang-kadang belajar pasal torque boleh buat gua jadi pelukis.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 23, 2011

Naga

Buram isap rokok dalam tandas. Gua jaga line.

Line clear. Gua join.

Rokok kongsi. Zaman tu memang macam tu. Lebih afdal.

"Ram, cepat sikit dua pam je.", gua sound awal.

Buram pantas. Hisap dalam-dalam. Betul punya dalam. Dekat 5 saat. Syaitan apa paru-paru Buram ni?

"Woi naga siyal!! Kimak lu", gua mengamuk melihat rokok winston 100s tu dah sampai half. Setan apa hisap rokok panjang pun laju. Bukan naik motor pun.

Gua lempang Buram sekali terus amik rokok pergi jamban lain.


*      *      *


Semalam gua kerja 24 jam. Haru.

Dari senja membawak ke subuh membawak la balik ke senja. Gila tak gila la woi.

Tapi gua jumpa pen merah. Keh keh keh.

Lakaran konsep untuk satu game.
Game tu tak wujud pun. Lukisan mcm hanjing ada hati.

p/s: Pak sidek, saya mintak maaf kalau dakwat habis.. :(
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 21, 2011

Pensel lagi apadehal

Gua bukan reti sangat lukis pakai pensel.. Gua lebih gemar lukis kartun.. Mudah.. Macam ayam goreng.

Gua lukis superman.. kalau tak cantik lain kali gua pakai scanner..

siapa-siapa nak lukisan asal boleh. Bagi gua $420
p/s: macam mana sebenarnya cara melukis yang benar?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 15, 2011

Hero Yang Lupus


Kenapa tak ramai rasa dia ni Hero? Kerana dia dianggap bersekutu dengan Komunis? Kerana dia dipenjara dek British? Lagi kerana apa?

Pada pandangan umum, dia adalah dungu kerana menentang British membabi buta. Tidak seperti Dato' Onn yang ada give and take dengan British. Jadi mana ada dengar cerita Dato' Onn dihumban ke penjara atau dibuang negeri atau apa saja. Kerana masing-masing punya cara sendiri.

Hero ini tak diagungkan dalam buku teks sejarah kamu semua. Kerana dia dilabel sebagai 'pembangkang'.

Lepas tu yang gua tak pasal-pasal menulis macam ni apahal?

bangang betol.

Ahmad Boestamam lu kenal?

p/s: malam tadi gua bual dengan sorang pakcik pasal politik Malaya. Tapi gua bukan jenis bual buta-buta. Gua memang ada baca. Jadi boleh 'gu' la jugak cerita gua sama dia. Tapi sepanjang berbual gua tengok dia macam tak sudah-sudah main sms. Gua dah fikir bukan-bukan jugak, pasal dia dah berbini. Takkan dengan bini nak main sms sampai kontrol-kontrol senyum. Hal politik dah melalut sampai ke hal anak-anak dia. Gua kusut, gua tidur.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 12, 2011

Ketagih.. Sebelas Juni

Gua macam biasa. Pantang sekolah kosong.

Gua ushar kolar baju.

Adakala gua tengok dah macam tapak kasut gua punya kolar.

Disgusting.

Gua tak berapa amik pusing hal-hal macam tu dua tiga hari ni.

Gua seluk poket.

*     *     *






Paling buruk gua rasa

Ni secara dongeng adalah Socrates (hal socrates ni nanti gua cerita lain kali)


Sebelum gua ronda untuk kali terakhir pada 11 Jun 2011, gua sempat lukis binatang.

Gua yakin gua lukis binatang.
Tapi kadang-kadang macam serangga.


p/s: sebenarnya gua tiada idea menulis kali ni
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 11, 2011

Kaver 'Cewah'

Gua dah bosan memang gua melukis.

Semalam gua tarik laci jumpa pensel, ni hari gua tarik laci terus ambil pen. Pen tu memang ada sentiasa dan gua memang tahu. Pasal gua pakai buat tulis laporan.

Gua raba poket seluar. Gua tahu sangat memang ada.

Buka je buku nota kecik gua. Terus gua lukis tanpa ada lakaran. Gua terus bajet-bajet.

Macam celaka rupanya lukis kalau takde lakaran pensel.

*      *      *

Dekat 20 minit gua rasa.
Diadaptasi dari kaver depan 'CEWAH'
Gua guna alat-alat pen sama market whiteboard je.
Gua sambung ronda.

p/s: hari ni lebih 4 lukisan gua buat. Besok kalau dakwat pen habis jangan tanya gua. Ahaks.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 9, 2011

PENSEL

Dah puas gua ronda sekolah. Gua macam buntu.

Ngantuk pun ada. Tapi gua buat steady. Macam hari-hari biasa.

Buku Budak Getah isu 61 ada atas meja. Seingat gua dah lebih 4 kali gua khatam. Kadang kala terngiang-ngiang juga dialog-dialog dalam tu. Tapi gua tolak tepi semua tu, itu hanya gangguan jin pada gua. Biasa memang golongan jin dan syaitan ni yang suka nak bisik-bisik, lebih-lebih lagi dialog-dialog dari komik. Macam waktu gua sekolah menengah dulu, kerap juga gua terngiang-ngiang, "Tinju Maut Pendekar Laut 1,000,000 HP" ketika dalam kelas matematik moden. Gua kadang-kadang teringat rasa seram jadi kuat menyelubungi. Tapi macam biasa, gua tolak tepi saja benda-benda tahyul macam tu.

Gua tarik laci belek satu-satu benda ada dalam tu. Last-last jumpa satu benda yang menakjubkan pada hemat gua.




PENSEL.


Terus gua raba poket seluar. Cantik. Gua ada bawa.


*      *      *

Lepas 20 minit anggaran gua.

Dalam tempoh menunggu masa gua melakukan rondaan ke-6.
Gua lukis perkara yang ada depan gua.
Lukisan dibuat atas buku nota kecik saiz 1 per 6 A4 gua syak.
 Pukul 5 petang.

Gua terus pergi meronda.

p/s: kadang-kadang pensel ni satu benda yang amat berharga. Lu nak argue boleh pergi makan tahi. Tapi yang paling cinabeng, gua boleh tertinggal botol air masak kat rumah tadi. Macam setan.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 2, 2011

Pert, lukis GAMBAT mak gua

Gua tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka tak sangka!!!!


Seronok gile babi lu tahu. Pergi mapley makan nasi goreng cina pun tak macam ni dia punya gile babi. Huargh!!!



PERHATIAN: Ni bukan mak gua
Gambar ni gua mintak dari Kila (katakila.com)

Lu orang ingat gua saja-saja mintak-mintak gambar dari Kila? Lu orang ingat gua apa benda? Gambar di atas ada kaitan la dengan gua, sebab tu gua guna gambar ini.

mak suka gambar tu buheheheehuheue :P
-Kila

*      *      *

Semuanya bermula pada 28 April yang lepas.

Gua muat naik lukisan gua di Facebook.





Tak pasal-pasal ada yang komen.

Boya: pert, lukis gambat mak gua. gua nak bagi hadiah sempena hari ibu
(gua hanya copy paste kat komen tu.. memang Boya tulis GAMBAT)

Ah sial! Ni mesti jap lagi jadi ramai nak GAMBAT mak diorang.

GAMBAT tu apa?

Gua pandang luar tingkap, gua nampak GAMBAT sedang mencangkul. Gua diam bertafakur.


p/s: pagi tadi gua mimpi 'seram'. Gua benci mimpi tu..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 27, 2011

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 4)

rentetan peristiwa Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? & Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 2) & Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 3)
"woosshhh!! woosshh!!" bunyi angin

p/s: Kah kah kah!!
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 22, 2011

MS Paint: Stevie

Apesal tah gua tiba-tiba ketagih lukis pakai Paint. Celaka betol! Ni sume Abu punya pasal.

Nukilan gua lepas seharian setting Vespa di rumah sewa lama. Terima kasih kepada semua yang membantu (Cipok, PokCik, Ihsan, Dut dan juga Amir tak lupa juga Jawa).

Stevie
23 April 2011
siap pada 3:11 pagi
sambil gua terkulat-kulat tak tau buat apa
"Ni ko buat pakai apa Pert?", ada tanya.

"Paint", gua balas.

"Pui!!", dia balas.

"Haha, tak caye sudah", gua sengih.

Nyala rokok sebatang ada bagus juga ni.

p/s: gua suka pada pakcik dalam gambar di atas. Harap-harap tahun ni dapat lepak minum lagi dengan dia.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 21, 2011

MS Paint: Joker untuk Wak


tolong jangan jadi terlalu berseni..aku cemburu..
-Wak
Gua dapat teguran dari seorang sahabat.

Maaf gua tak boleh lari dari seni. Gua boleh jadi bangang kalau asyik menjadi lelaki logik. Gua perlukan seni untuk bebas dari graviti.

Maaf lagi sekali.

Why so serious??
21 April 2011
Disiapkan di PC Payung.
Sambil gua duduk-duduk.

p/s: Hari ni hari jadi kakak gua serta bapak gua.. Gua tiada hadiah sayang sayangku..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 18, 2011

MS Paint: Pempuan

Pempuan
18 April 2011
Sambil gua lorek-lorek.

Gua bukan pandai sangat cerita pasal pempuan. Kang ramai pulak pempuan nak kitai cerita gua.

p/s: tak macam legend pulak, sehari dua post pasal pempuan je. Dah macam blog cinta. Pui!
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 21, 2011

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 2)


Kelihatan Effendi Mahmud sedang leka menghisap Choki choki sambil matanya terpejam celik beberapa kali mengecap nikmat. Biawak yang merangkak melintas di hadapannya tidak dihirau lagi. Apatah lagi musang yang sudah masuk ke reban. Keduri la jawabnya.

PIN!! PIN!!

Bertempiaran musang yang sedang mencega keaplaan ayam-ayam Pak Endut Mat Lazim. Biawak yang tadi berjalan perlahan berpura-pura mati namum ekornya bergerak sedikit sedikit. Sugguh memalukan cara menyelamatkan diri. Pak Endut Mat Lazim tahu yang biawak tersebut belakon, tetapi hanya pandang sebelah mata. Pak Endut Mat Lazim yang baru sahaja pulang dari kedai Husin, di bakul motornya jelas bungkusan makanan ringan. Kali ini pandangan Effendi Mahmud beralih ke bakul motor Pak Endut Mat Lazim. Choki choki tadi diletakkan kemas di tepi tangga betol sebelah pintu. Masih ada separuh. Nyata tindakannya meletakkan di situ hanya sementara, sebentar lagi pasti dicapainya semula.

Pak Endut Mat Lazim. Gua rasa dia punya punk lagi true.


"Mut!!", seru Pak Endut Mat Lazim.

Pantas Effendi Mahmud melompat ke bawah. Sangkanya Pak Endut Mat Lazim akan memberikan bungkusan makanan ringan.
PANGG!! 

Pantas lagi tangan Pak Endut Mat Lazim menghayun tepat pada telinga dan seterusnya ke tepi dahi Effendi Mahmud. Pak Endut Mat Lazim memang terkenal dengan panas baran. Pernah dulu seekor seladang liar mengamuk dihentak tulang belakangnya dek Pak Endut Mat Lazim. Semua gara-gara seladang itu meragut di tanah terbiar milik arwah isterinya. Banyak lagi kisah panas baran Pak Endut Mat Lazim ni kalau nak diceritakan.

Berpinar kepala Effendi Mahmud. Tatkala itulah, Effendi Mahmud terfikir mengenai abangnya. Selama ini dia kerap berfikir kenapa abangya, Johnny menjadi seorang yang sangat punk di Beroleh.. Hari ini, setelah 10 tahun asyik menjadi beg tumbuk bapanya, Effendi Mahmud memasang tekad akan menjadi seorang yang sangat punk juga. Malah lebih punk dari Johnny. Snek lazat tadi hanya tinggal kenangan. Suasana sangat berdengung ketika ini.

"Apesal ko biar biawak tidur bawah tangga?!!!", tempik Pak Endut Mat Lazim.

*      *      *

Melati masih lagi membisu. Sangat menjengkelkan.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mar 15, 2011

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana?

Johnny. Seorang yang sangat punk di sekitar Beroleh. Sehingga bukan bab pakaian serta hati sahaja punk, malah bab makan minum, hari raya serta prejudis terhadap sistem pemilihan calon ketua balai raya juga sangat punk. Johnny lebih rela makan dengan foreigner berbanding makan dengan budak-budak kampung. Baru punk. Melawan normal. Ada kala Johnny juga sanggup berjalan kaki ke bandar. Johnny memang sangat chaos.

Johnny yang tidak berapa busuk

Pada hari Selasa lepas, Johnny bertemu kekasih berdekatan kawasan perindustrian di Jalan Megah. Lama juga dia dah bersama kekasih ini. Nama kekasihnya, Melati Swatzosksi. Agak keterlaluan juga nama itu. Tapi apakan daya, punk juga ada rasa nak bercinta. Macam Sid Vicious juga. Johnny siaga dengan jaket kulit serta seluar ketat. Paling tak dilupakan, but. Kalau bukan Dr. Martens, itu bukan Johnny.

Dipendekkan cerita, Johnny datang dengan basikal prewel matinya pergi bertemu kekasih. Johnny bersiul lantang lagu 'Anarchy in the UK'. Segalanya sangat girang. Sehingga Myanmar-myanmar yang keluar rehat dari kilang juga menyanyi mengikut irama yang disiulkan Johnny. Sekali pandang suasana macam filem Hollywood keluaran tahun 1950-an cuma lagu tema diubah kepada era yang lebih moden.

Tak lama berkayuh, Johnny sudah dapat lihat kelibat Melati. Melati juga agak punk dari segi pakaian. Tapi setahu gua, dia tak punk pada hati. Dia poser. Keh keh keh. Manakan tidak, gebang kuat si Melati ni. Kata dia tak puas hati pada manager 7-Eleven tempat dia bekerja, tapi ulang-ulang benda sama. Melawannya tidak. Itu la yang Johnny pernah rungutkan pada gua.

"Oi, turtle dove!", sambil mengayuh Johnny sudah menjerit ke arah Melati.

Skreeetttttt!!! Johnny melakukan drift.

"Morning ma briney marlin, you look so fuckin' good today", Johnny yang sangat terikut-ikut slanga England membuka bicara. Jika tidak dilihat dari rupanya, memang orang England juga menyangka dia adalah orang England.

Tapi Melati hanya mendiam diri. Bagai ada sesuatu yang mahu diluah tapi tak sanggup diluah.

"Are you alrite, love?", Johnny seakan dapat merasakan sesuatu. Johnny tahu Melati sedang menyorokkan sesuatu.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 3, 2011

MS Paint: Komen Dari Perenang Ajaib

Gua rasa lu orang mesti pernah ternampak makhluk di bawah pada suatu masa dulu di blog gua.

Ingat gua lagi tak? Tak ingat pegi mati.

tapi semalam gua tiba-tiba jadi nak mansuhkan kewujudan Si Perenang Ajaib itu.

Setelah gua tungkus lumus.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...