Aug 31, 2010

31 Ogos 2010: Gua berjaya mendapatkan..

2 minggu lepas rasanya,

Aku, Lim dan Ijat Bonggo 2.. Duduk berbual mnegenai kehidupan. Kami bual gaya mafia lama, tanpa ada keluarkan sepucuk pistol pun. Duduk dengan otak yang sarat dengan masalah. Bermula dari kisah 'Samad si penjual burger', hinggalah ke soal keimanan.

"Ko ada tau tak pasal 'The Secret'?", Lim tiba-tiba mengajukan soalan yang kurang masuk akal ketika 3 pagi bulan ramadhan.

"Ntah, pebenda 'The Secret'?", aku bertanya semula.

"Laa.. Korang tak tau ke?", sambil buat muka ye-ye terhadap aku dan Ijat Bonggo 2.

Suasana pagi itu tiba-tiba seakan-akan berubah dek kerana sifat ingin tahu aku serta Ijat Bonggo 2.

Si Lim pun menerangkan secara simpel dan mudah difahami. Aku pun pergi kencing.

(cerita yang ni nanti aku sambung lain kali.. Insya Allah)

*      *      *


Hari ni pula, aku pergi Bandar Penggaram. Cari bahan buka. Aku mundar-mandir di bazar.Last-last sangkut kat satu kedai. Dia ada tulis 'Beryani Kambing'.

Aku berhenti kat situ,

"Cik, kambing", aku memberitahu kemahuan aku kepada pak cik yang jual itu.

Beliau ushar aku macam aku pernah rogol kambing beliau.

"Beryani kambing", aku mengubah susunan kata-kata. Mungkin kata-kata tadi membuat hati beliau panas. Mungkin beliau berfikir aku mngatakan dirinya kambing. Tapi takkan dia tak tahu susunan ayat aku punyai tanda koma??

Beliau masih pandang paiseh lagi kat aku.

"Mungkin memang muka pak cik ni macam ni, atau muka aku macam Raul Albiol??", detik hatiku.

"Berapa? Satu??", tiba-tiba satu pertanyaan terpacul keluar dari mulut beliau.

"Haa..", itu je yang dapat keluar dari mulut aku setelah meneliti kelakuan pak cik ni.

Gua pun amik bungkus nasik tu, bayar RM6 dan mundar-mandir kembali.

*      *      *

Tiba waktu berbuka, aku landing dekat mapley yang ada kat Carrefour. (Time kat sini ada macam-macam cerita sebenarnya, tapi aku malas nak cerita, meresap)

6 ringgit pun 6 ringgit la.. Janji best. huhu
Aku buka je macam orang Islam normal yang lain. Tapi aku buka delay la dalam 5 minit, gara-gara kisah yang aku tak nak ceritakan tadi.

Habis makan, aku rehatkan minda bersama Si Harum, Si Gurih dan Si Nikmat. Mereka ni sangat paham kehendak aku. Mereka ini sayang pada aku. Mereka ini..... best.

Sambil Si Harum, Si Gurih dan Si Nikmat melayan kerenah aku. Fikiranku melayang-layang memikirkan kata-kata Lim dua minggu lepas. Mengenai 'The Secret'. Sebenarnya aku dah semakin mempraktikkan ajaran Lim ni dalam hidup aku dan banyak yang menjadi. huhu.. Terima kasih Lim. Terima kasih Tuhan kerana menghantar Lim untuk mengajarkan sesuatu kepada Pert.

"Aku mesti dapatkannya, minggu lepas aku datang takde, minggu ni mesti ada, kalau takde pun takpe, sekurang-kurangnya aku dah cuba", detik hati kecilku (lagi skali dalam entri ini).
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 30, 2010

31 Ogos 1957: Tanah Melayu dijajah

31 Ogos 1957 itu tarikh untuk duduk dalam sangkar.

Cuba fikir, sebelum kita menandatangani kemerdekaan.. adakah kita tertakluk kepada peraturan-peraturan mengarut, undang-undang durjana inggeris? 

Selepas menandatangani Kemerdekaan itu, apa yang kita dapat?

Kononnya ini negara kita Malaysia. Tapi dari mana datangnya Malaysia itu? dan kemana hilangnya Tanah Melayu?

Gua bukan siapa-siapa, tak pernah lulus subjek sejarah. Tapi bila gua pikir-pikir, adakah benar 31 Ogos itu tarikh sebenar-benarnya kemerdekaan itu?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 29, 2010

Akhirnya 666




666
Nombor makhluk ganas aneh lagi gerun (The Number of Beast) adalah konsep dari Kitab Wahyu (Book of Revelation) dari Perjanjian Baru dari Alkitab Kristian, yang berkaitan dengan ciri-ciri "The Beast". Nombornya adalah 666 dalam kebanyakan manuskrip Perjanjian Baru, dan dalam terjemahan moden dan edisi penuh kritikan dari teks Greek.

Cerita di atas mungkin berkaitan dengan kisah yang aku ingin sampaikan. Ceritanya bermula dari Eddie..

Eddie: Aku jumpa "The Beast" dan aku lagi beast dari "The Beast"


 
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 28, 2010

Kawanku pemain bola sepak antarabangsa ke?

Korang ada tak kawan yang iras-iras pemain bola? Haha. Walaupun tak serupa sangat. Tapi sekali lalu boleh la orang kata adik beradik. Ahhh.. lantak korang la nak kata apa.. Tengok dulu.. Kalau tak serupa, maknanya aku rabun.. ahahahaha

Contohnya macam ni la
Lampard + Matt Bellamy = Klose
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Ms Paint: Nancy

"Nancy"
28 August 2010
3.55pm
 
Dah lama aku tak bereksperimentasi dengan Ms Paint ni. Sungguh rindu di kala aku masih boleh melakar dengan cantik di sana. Tapi itu cuma kisah lama-lama. Bukanlah sekarang.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 26, 2010

Puisi: Aku tidak bohong

Semua yang logik adalah dusta,
Kerna alam bukan di pentas logika,
Sayap Gabriel pembawa berita,
Serta cinta.

Apakah zat an nas bukan begini?
kerna yang logik adalah dusta,
Kau juga boleh ke sana,
Biar di sana memang tiada.

Aku tidak bohong,
Dunia jua tidak bohong,
Yang bohong itu kau,
Kau yang sering ada dalam Adam.

Pert Doherty
17:26
Khamis
26/8/2010
Bilik Gua
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 23, 2010

Roy Hodgson: Eh.. ada game ke malam tadi??


PEPE REINA... Mana senapang aku siak?
Oleh: Sepupu Lucas Leiva
Carlos Tevez bermain untuk Manchester City kerana mereka terbukti gelaran kredensial oleh berdebar LUCASpool. (ayat Google translate)

Hari ni gua tido. Jugak.. Tiada riuh. Tiada bencana. Semua yang indah.


-
-
-
-
-
-
-

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Kasim Bawal: Aku dulu kerja apa?


BREDE HANGELAND.... Aku berjaya jaringkan '2' gol lawan MU.

MALU Brede Hangeland mendakwa sebelum pertemuan ini Kumpulan Premier klasik bahawa ia membenci berdiri di kerumunan. (ayat Google translate)

Aku tak gemar game Manchester United. Tapi aku pergi tengok gak kerana tiada kerana. Aku datang Fulham dah kena 1. Tapi aku predict Fulham boleh bagi 3-1. Senang je kena kitai MU ni.

Tiba-tiba......
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 21, 2010

Banyak Duit penentu "masa depan"?

Betol ke Duit penentu "masa depan"?

Adakah jika anda ada banyak duit pada hari isnin, maka hari selasa juga anda akan bayak duit??

THE BEATLES kata "Can't buy me Love"

Jika anda fikir pada logik, tentulah ada sekatan pada 3 tambah 2 menjadi 5. Dan jika anda fikir logik, tentulah hari selasa juga ada banyak duit.

Tapi cuba berfikir bukan dengan logik. Hari isnin anda banyak duit, tiba-tiba hari selasa anda dah tiada duit.

banyak kemungkinan yang wujud untuk menjadikan hari selasa itu hari ketiadaan duit. 
contohnya:

  1. isnin malam selasa pergi bayar hutang
  2. malam yang sama kena rompak.
  3. malam itu jugak rumah terbakar sebab hisap rokok sambil tido.
  4. petang isnin tu kena saman sebab menyalahguna permit perniagaan
  5. dan bayak lagi
  6. tak lupa juga pada hari selasa tu, nilai matawang jatuh sehingga duit yang disimpan pada hari isnin itu tiada nilai.

Jadi, apa masalahnya kalau anda tiada duit pada hari isnin. Moga-moga hari selasa itu ada duitnya. Jadi duit bukan penentu masa depan yang diidam-idam oleh orang-orang yang durjana materialistik. Aku bukan hidup bergantung pada nasib, tapi sememangnya kehidupan itu adalah nasib. 

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 18, 2010

Kaka: Aku nak Surya sebatang

Sahur itu,

"Jat, teman aku sahur kt Anfield", sambil main Counter Strike aku mempelawa 'Ijat Bonggo 2'.

Tiada respon. 'Ijat Bonggo 2' masih main gitar. Alunan-alunan lagu metal yang buat kepalanya terhejut-henjut.

"Oi! Teman aku", aku ulang pelawaan.

Masih tiada respon.

Tik! Aku matikan suis amplifier IBZ10G. 'Ijat Bonggo 2' masih buat tak tau.

"Oi! Jat, jom ar", aku ulang lagi.

"Jap", akhirnya 'Ijat Bonggo 2' bagi respon.

Beliau bangun dan terus meninggalkan aku. Ke dapur rasanya.

"Go! Go! Go!", bunyian dari Counter Strike. Game ni sungguh lagenda bagi aku. Malar hijau. Malar segar. Semuanya bikin aku kembali ke tingkatan 3. Dahulu cuma main di Cyber Cafe di bandar. Sekarang main saja di komputer Kudut. Seronok juga dengan sistem Garena ni. Ada Garena Fire.

"Pert, jom ar, kata nak pegi makan tadi.", 'Ijat Bonggo 2' pula mengajak. Aku pula sedang haruk main Counter Strike. Aku menggunakan teknik melembu* ketika main game tersebut. Pelik betul map yang sedang aku main. Katanya, 'de_dust2', tapi aneh sedikit daripada yang biasa. Tapi tak mengapa, ia buat aku lebih mahu main.

Aku tidak beri respon pada 'Ijat Bonggo 2' pula.

"Oi! Pert, ko nak pegi tak nak?", 'Ijat bonggo 2' mula meninggikan suara.

"Jap.. Jap", aku masih syok dengan aplikasi permainan tadi.

"Cepat la doh!", 'Ijat Bonggo 2' mungkin sudah meresap*.

Aku toleh. Kemudian aku tengok tepat pada muka dia. Wajah aku serius. 'Ijat Bonggo 2' terdiam. Aku tenung lagi wajahnya. Kecut alat kelaminnya. Beliau terus tunduk. Kemaluan.

Aku bangun. "Dah, jom lincah", aku mengajaknya yang sudah mengalami 'pengecutan'.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 16, 2010

This is AnGOG

DAVID N'GOG...... mmm.. biasa je ni. Aku pernah skor lagi best.

Oleh: Sepupu Lucas Leiva

Pepe Reina's kesalahan besar Arsenal berbakat pusat unlikey di Anfield.(ayat Google Translate)


Musim ni, aku dah pindah rumah. Bukan lagi di Harrington St., agak jauh juga dari Anfield. Jadi aku gerak awal juga. Lebih kurang sebelum asar dah mula gerak. Masih lagi pakai motor. Tapi kali ni, 'Ijat Bonggo 2' lebih awal. Bulan puasa dia lebih cergas. Belum pukul 10 waktu Malaysia dia dah sampai Anfield. Tidak seperti kanak-kanak Pakistan di Harrington St. yang langsung tidak punya semangat Liverpool. Mereka hanya tahu main takik urat kaki kawan-kawan serta bermain gasing. Memalukan. Kata anak jati Merseyside, tapi buat tak tahu dengan kedatangan Roy Hodgson.

Aku tiba di Anfield pada pukul 10.55 malam waktu Malaysia. Agak lambat. Anfield sesak dengan umat manusia yang tidak menjalankan fardhu puasa. Selamba makan depan aku. Ada juga yang kencing di tembok. Yang pasti si pengencing tu budak-budak Arsenal. Tapi silap besar jika kencing di Anfield tanpa istinjak yang betul. Mereka semua dilanyak oleh hooligan-hooligan The Reds dalam keadaan separuh bogel. Ternyata hooligan-hooligan The Reds kurang gemar golongan demikian. aku biar sahaja kerana aku dah lambat. Terus aku bergerak ke tempat duduk berdekatan 'Ijat Bonggo 2'.

Tapi kali ni aku pelik, kenapa ada kelibat KAKA di Anfield hari ni. Beliau dengan berjersi kuning hijau sambil menghisap rokok surya. Ke hulu ke hilir. Tapi aku buat steady je. Sebab aku tak minat Kaka.

Abaikan hal Kaka itu.

First half. Main mula-mula macam best. Malas nak komen. Lepas 20 minit main, permainan sebenea Liverpool terserlah. CLEAR dahulu, fikir kemudian. Carragher. Haha..(tapi dia starman dalam game ni)

Vermalean je yang berjaya buat aku betutur dalam bahasa inggeris. "FUCK!", itu je yang aku sebut.

*      *      *

45 minit berlalu, permainan masih berjalan atas sebab referee punya jam lambat 3 minit.

JOE COLE: Gua tak tackle pon ref, gua puasa ni hari.

Tamat masa pertama dengan Kad Merah. Semua kerana Liverpool adalah The Reds maka dapatlah kad merah. Arsenal pula pakai baju kuning, jadi orang-orang dia cuma dapat kad kuning.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 15, 2010

Facebook Comments di Otak dan Jantung (BETA)

Kalau korang perasan kat blog ni dah ada sistem komen baru. Aku rembat dari facebook. Haha.. Tapi semuanya masih dalam percubaan. Saya pun tak berapa mengharapkan sangat penggunaan FACEBOOK comments ni. Tapi sebagai penulis yang mengutamakan pembaca yang kena sawan Facebook, aku terpaksa sediakan. Haha.. Amacam?? baik tak gua.. 

Sekarang dah boleh cuba sistem komen baru ni. Tapi bagi peminat setia sistem komen lama, anda masih berpeluang kerana saya open dua-dua sistem.

Macam ni la rupa comment form yang mungkin akan memudahkan pengkomen yang gila FACEBOOK.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 14, 2010

Adobe Illustrator: Idaman

Lu orang jangan cakap banyak. Dan gua malas juga.

Hasil seni di bulan puasa. 

Rasa-rasa ni gambar siapa?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 12, 2010

Dugaan Puasa

Puasa kali ini. Best. Dimulai dengan niat dan yang seperti biasa.











-
-
-
-
-
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 11, 2010

Surat kepada Pert Doherty

Ke hadapan Encik Pert,

Diharap sihat selalu dan ceria di samping keluarga, sahabat serta kekasih yang tercinta. Tapi walaupun encik tak sihat atau ape pun, saya tetap doakan encik yang baik-baik. Amin. Jangan risau. Saya pon ok-ok je ni. Tak la ceria sangat atau sihat sangat. Tapi masih boleh senyum.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 2, 2010

Best jugak tengok wayang sorang-sorang.. agaknya


Hari Isnin, 26 Julai 2010.

Buat pertama kali aku pergi pawagam seorang diri. Aku cuba jadi Pert yang paling nerd sepanjang hidup. Aku pakai sweater warna hijau, bawak beg, pkai seluar pendek, pakai selipar masuk dalam BP Mall. Terus pegi kat pawagam. 

Sebenarnya dah lama aku megidam nak tengok cerita ni. Tapi tak berkesempatan. Lagipun 2 minggu lepas pegi pawagam aku tonton citer Twilight yang baru tu. Best. Bunuh-bunuh.. Yang penting orang baik menang!! yeahhh.. hooho.. Ok.. Sebenarnya aku nak tengok citer 'Despicable Me'.. Sebab aku tengok iklan dia. Best.

Agnes: Does this count as annoying? 
(Ni la babak iklan yang buat aku rasa nak sangat tonton citer ni. )

Aku ushar jadual tayangan filem. 'Despicable Me': 8.45pm. Aku tengok jam baru 7.15pm. Pikir jap. Sempat la ni.. Aku terus pegi kaunter.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 1, 2010

Dari Annas...... Pure n Uncut!!

PERINGATAN: Cerita ni bukan yang sudah biasa anda baca.

Mengajar di sekolah bukanlah cita-cita Hamdan bin Sulaiman. Cikgu Hamdan.

"Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?", tanya seorang anak muridnya. Husin namanya. Nama yang agak jarang-jarang dalam cerita kanak-kanak.

"Oh, awak nak tahu ke?", Hamdan memberi respon sambil lewa kepada Husin.

"Ya, kami nak tahu!!!!", yang ditanya Husin tapi satu kelas menjerit.

Hamdan tenung satu-satu muka kanak-kanak bawah jagaannya itu. Melur, Najib, Ahmad, Ali(nama koman), Siti(juga koman), Shahrol, Haizat, Safwan, Firdaus, Azizah, Ros, Cempaka, dan lain-lain. Mereka tak makan tenung. Budak-budak.Perbuatan Hamdan sia-sia.

"Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.", Hamdan memberi arahan dengan bersungguh-sungguh kepada Husin.

"Baiklah...apa yang saya harus buat?", Husin bertanya. Nampak ada kesungguhan.

"Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rum..", belum sempat Hamdan menghabiskan arahan..

"Ok, stop!", Husin memotong stim Hamdan untuk memberi arahan.


"Saya dah tau apa nak buat", Husin meneruskan katanya sambil berlalu pergi.

Dalam menunggu Husin kembali, Hamdan pun menyuruh kanak-kanak lain membuka buku sambil mengajar Filosofi walaupun sepatutnya dia perlu mengajar subjek Sains.

Apabila Husin balik semula ke kelas, maka Hamdan pun bertanya kepadanya.

"Mana rumput yang cikgu suruh petik?" 

"Ini dia", jawab Husin sambil menunjukkan hasil petikannya kepada Hamdan.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...