Mar 14, 2011

Japan

Hal tentang Japan ni bukan boleh dibuat main-main. Karang jadi macam akhbar. Payah gua. Gua bukan lelaki gemar kontroversi. Gua lebih gemar duduk di rumah, bersandar di dinding dan kadang kala pergi ke rumah rakan sebaya. Itu lebih perlu daripada gua cari pasal dengan kaum lain.

Tapi memandangkan lu orang semua sedang kecoh hal Tsunami dan gempa bumi di Japan. Lebih baik gua usulkan beberapa perkara. Perkara gua berat kepada perfileman.

Sinking of Japan (2007 rasanya)
dan pernah ditayang di TV2.
AKIRA (1988)
Gua baca komik dia dulu kat Kreko
Pastu baru cari movie dia.

Apa yang lu orang boleh kaitkan filem-filem yang gua pamer di atas dengan tragedi sekarang? Gua tak boleh cakap banyak. Silap hari bulan gua kena gam. Bukan gua tak kenal lu orang semua kuat cakap belakang. Keh keh.. Tapi yang penting semua ni adalah takdir. Jadi kita di Malaysia hanya boleh berdoa, agar mereka di Japan tidak sengsara. Lu orang nak tolong cara mana lagi. Lu nak ke sana? Tiada guna. Lu bukan Son Goku.



p/s: Gua sebenarnya minat filem AKIRA sebab motor dia je. Motor si Kaneda tu.. Keh keh.. Tak kisah pun cerita dia jadi macam mana. Esok lusa gua bincang hal filem 2012 pula.. Gua baru talk-talk dengan kawan pasal 2012 ni maghrib tadi.

Gua lebih minat poster ini sebenarnya.. original

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...