Mar 29, 2011

Fund

Gua tonton televisyen.Sama Abdul dan juga Kasim di rumah Haji Salim.

Gua perhati orang-orang besar dalam kaca televisyen sibuk pergi ke Sekolah Cina.

Katanya bagi fund ke sekolah cina. Gua sama Abdul dan Kasim pun cuba sibuk berbual pasal hal dalam televisyen.

"Macam-macam orang sekarang", Abdul berseloroh sambil menggelengkan kepala tanda tidak setuju dari caranya.

"Keh keh keh", gua gelak, tangan gua lantas capai teh.

Haji Salim dari tadi gua perhati di luar. Photoshoot katanya. Gua tak ambil endah hal Haji Salim yang penting gua boleh layan tonton berita di rumahnya pun sudah cukup.

"Eh, ko tahu Gadafi ramai pengikut sebab apa?", Kasim yang dari tadi senyap tiba-tiba bersuara. Dengan topik perbualannya yang sudah jauh terpesong dari topik perbualan yang asal.

Masing-masing diam. Gua diam pasal malas layan Kasim. Bukan betol sangat Kasim ni.

*      *      *

"Pert, apesal aku punya gambar semua gelap?", Haji Salim bertanya pada gua sambil cuba rapat-rapat. Gua jadi geleman. Sial apa tua ni?
Gua capai kamera mahalnya itu.

"Lu tua, lu perasan bagus nak terus pakai kamera mahal apa cerita?", dan-dan gua nak marah.

"Benda basic pun tak tahu?!", gua tempik betul-betul sebelah telinga Haji Salim.

Gua lihat Haji Salim terkulat-kulat ditempik gua. Kah kah. 

"Apa yang basic?", Haji Salim dalam terketar cuba juga bertanya.

"Lens cap lu tu", gua jawab pendek sambil juih bibir ke arah muncung kamera Haji Salim.


p/s: gua pun dah macam Kasim.. Lari topik.. Menurut Mutalib gua akan dapat CEWAH besok
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

4 comments:

cikpia said...

ha ha........... bagi aku je la camera tu!!!

TMUkmkd said...

apa la, paling kurang tebuk la lens cap tu. boleh juga jadi pinhole camera kejap :D

Pert Doherty said...

cikpia.. itu haji salim punya

Pert Doherty said...

tmukmkd.. keh keh.. haji salim mana tahu pinhol2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...