Mar 4, 2011

Jangan Yes-yes sangat la wei!

Dulu gua kecik, gua seorang Pikaso. Hingga Pikaso berkata, "Pert, adakala kamu ni lebih Pikaso dari saya".

Tapi, gua jenis mudah tertarik kepada benda-benda baru.

Tatkala gua meningkat umur, gua berjumpa dengan seorang pria. Tidak tampan. Dia bermain layang-layang di tengah padang tekukur. Luas. Malahan hari nak hujan.

Gua teliti layang-layangnya mengalami mods yang ada celaka. Gua hirau tapi gua bersiul, tahan hirau.

Tatkala ada anjing berlari ke arah kami, petir berdentum. Kilat tidak sabung-menyabung. Hanya sekali pancaran.

"Inilah sains", kata Benjamin sambil jari menuding ke arah layang-layang.

"Bodoh rupanya, layang layang dengan sains pun tak tahu beza", gua mengumpat dalam hati sambil gua bersiul.

*      *      *

Lewat 20-an gua tertarik kepada ilmu kemanusiaan. Gua ni jenis yang yes-yes.. Semua gua nak try.

Yang ini gua separuh jalan. Gua kerap bertumbuk. Ilmu tak masuk.

*      *      *

Masih lagi lewat 20-an, gua lihat budak-budak sekarang. Mudah terpengaruh. Jenis layan 3gp, bikin 3gp. Gua geleng kepala.





p/s: ramai juga budak sekarang jenis yes-yes. Semua nak try. Kah kah.. Macam gua, budak-budak main lomo, gua pun nak main lomo.

dulu ada kawan gua pun yes-yes gak

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

2 comments:

Kepala Manchiss said...

Y.E.S....

Dark Half said...

yes-yes itu suatu trend. yosh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...