Johnny. Seorang yang sangat punk di sekitar Beroleh. Sehingga bukan bab pakaian serta hati sahaja punk, malah bab makan minum, hari raya serta prejudis terhadap sistem pemilihan calon ketua balai raya juga sangat punk. Johnny lebih rela makan dengan foreigner berbanding makan dengan budak-budak kampung. Baru punk. Melawan normal. Ada kala Johnny juga sanggup berjalan kaki ke bandar. Johnny memang sangat chaos.
Pada hari Selasa lepas, Johnny bertemu kekasih berdekatan kawasan perindustrian di Jalan Megah. Lama juga dia dah bersama kekasih ini. Nama kekasihnya, Melati Swatzosksi. Agak keterlaluan juga nama itu. Tapi apakan daya, punk juga ada rasa nak bercinta. Macam Sid Vicious juga. Johnny siaga dengan jaket kulit serta seluar ketat. Paling tak dilupakan, but. Kalau bukan Dr. Martens, itu bukan Johnny.
Dipendekkan cerita, Johnny datang dengan basikal prewel matinya pergi bertemu kekasih. Johnny bersiul lantang lagu 'Anarchy in the UK'. Segalanya sangat girang. Sehingga Myanmar-myanmar yang keluar rehat dari kilang juga menyanyi mengikut irama yang disiulkan Johnny. Sekali pandang suasana macam filem Hollywood keluaran tahun 1950-an cuma lagu tema diubah kepada era yang lebih moden.
Tak lama berkayuh, Johnny sudah dapat lihat kelibat Melati. Melati juga agak punk dari segi pakaian. Tapi setahu gua, dia tak punk pada hati. Dia poser. Keh keh keh. Manakan tidak, gebang kuat si Melati ni. Kata dia tak puas hati pada manager 7-Eleven tempat dia bekerja, tapi ulang-ulang benda sama. Melawannya tidak. Itu la yang Johnny pernah rungutkan pada gua.
"Oi, turtle dove!", sambil mengayuh Johnny sudah menjerit ke arah Melati.
Skreeetttttt!!! Johnny melakukan drift.
"Morning ma briney marlin, you look so fuckin' good today", Johnny yang sangat terikut-ikut slanga England membuka bicara. Jika tidak dilihat dari rupanya, memang orang England juga menyangka dia adalah orang England.
Tapi Melati hanya mendiam diri. Bagai ada sesuatu yang mahu diluah tapi tak sanggup diluah.
"Are you alrite, love?", Johnny seakan dapat merasakan sesuatu. Johnny tahu Melati sedang menyorokkan sesuatu.
Bersambung.....
p/s: Johnny sebenaynya tidak mahu gua cerita kisahnya pada orang ramai. Tapi apa gua kisah.. Gua sekular.. kah kah kah
17 comments:
lol.
apa kaitan sekular dengan cerita jugak walau dihalang empunya badan?
haha/
ak xsabo nk tau smbugan nih
aku pun
mcm best...oh, nancy (sleng england)
laa mende.. tulis sekerat2.. saspen btol
kalau tak pernah makan kat warong pak junid,lu memang pertvert.
Beroleh di mana?
to sastraboy.. keh keh.. xde kaitan.. tp boleh je nak kaitkan
To Anon1, sabar.. sabar.. nanti gua pukul
To anon2, lu pun nak kena pukul?
To ah cai.. nancy gua dah xwujud.. keh keh..
To Tupai Karan, keh keh keh.. saja.. provok minda masyarakat
to Anon3, siapa pak junid? Kalau fandi ahmad gua kenal..
To anon4, lu tak tahu beroleh? Penyakit lu ni..
pertvert,pak junid tu arwah atok gua.nak makan free sila sebut nama gua 3 kali,dalam hati baca selawat 3x dan al-fatihah juga basoh kaki sebelum mandi hadas.
to anon yang keberapa nth.. ni dah jauh sgt lu ni..
haha. best2.
Post a Comment