Mar 28, 2010

Menang dan cirit

RAFAEL BENITEZ.. Kalau gua letak Lucas, kang Sunderland kena titik pulak

Oleh SEPUPU LUCAS LEIVA


Fikiran PERNAH bola pantai - kali ini Liverpool bisa membawa keluar kerusi geladak, tanning lotion dan ais krim.
(ayat Google Translate)

"Kalah la Liverpool malam ni", kata Si Mirul kepada aku, padahal dia tengah talipon awek dia. Sibuk je.

"Hmmm", aku malas layan trus gerak Anfield macam biasa. Start moto terus Vrooom!!

Seperti biasa jugak. 'Ijat Bonggo 2' tetap akan tanya aku melalui sistem pesanan ringkas, "Lawan pukul berapa?".

"11", aku taip penuh ringkas. Aku tau dia tengah main DOTA.

Sampai kat Anfield aku tersilap masuk. Terlepak dengan budak-budak Sunderland. Cilaka. Mati kena lanyak aku ni. Tapi memandangkan mereka agak friendly. Aku pun berani la lepak dengan sorang old timer Sunderland. Tapi mulut dia bau beer. Cam haram.

"Sunderland ni lebih kurang Wonderland la", tiba-tiba Pak Cik tu bersuara.

"GOOOOOLLLLLLLL!!!!!" aku jerit. Torres score. Hahaha.. Awal-awal dah tunjuk belang ya sayangku.. haha..

Fernando Torres: Macam ni pun boleh gol ke?
Sunderland: lalalala.. Malas aku main. Takde orang baling bola pantai pun.

Pak Cik tu terdiam. Aku jeling tajam tepat ke wajahnya. Dia terus tunduk. Kemaluan. Walaubagaimanapun, aku dapat rasakan beribu mata sedang memandang penuh jaki terhadapku. Fan Sunderland. Ini macam petanda buruk. Tapi aku steady. Aku jerit lagi sekali ketika replay, "GOOOOOOLLL!!!". Amat megah bila dapat menganjing di depan fan team lawan. Yang buat lagi megah pasal aku sorang-sorang. Haha.. Diorang tak berani buat ape-ape. Pasal Scousers memenuhi ruang Anfield seperti gas.



REPLAY

Tak lama kemudian, dari kejauhan aku nampak 'Ijat Bonggo 2'.

"Oi!, sini.. boleh mati aku sorang-sorang duduk sini", jerit aku.

"Mau oder apa?", Si aney tanya kepada aku.

"Teh O panas", seperti selalu. Kalau waktu malam di Malaysia, aku tak boleh sangat minum air ada susu.

Si aney pun pergi dari situ.

Kemudian Si Kroko pun tiba juga. Aku mintak rokok dia sebatang.

"Jat, kalau Liverpool menang, ko payung aku teh O", ujar aku kepada 'Ijat Bonggo 2'.

(aku malas tulis perbualan kami semua.. panjang sangat)

*      *      *

"GOOOOLLLL!!!", lagi sekali. Aku dan 'Ijat Bonggo 2' bersorak. Johnson score. Macam dulu la dia score. Dari tempat yang sama. Kaki yang sama.

Glen Johnson: Baik ke tepi kalau tak nak aku bakar keluarga kamu.
Sunderland: Taknak.. buek..

2nd Half: Torres score lagi dan aku malas letak gambar dia banyak-banyak.

Pak Cik tadi: Dah nak kalah baru nak letak bola keramat.
Tadi taknak letak, bongok!!.
Pert Doherty: Tu la pak cik. diorang sekarang dah tak hormat orang tua.
ni semua pasal freemason.

Pak Cik tadi pun minum beer lagi. Sundal puye orang. Aku ludah muka dia. Aku tumbuk dagu dia. Tertanggal gigi palsu. Pastu aku terus lanyak habis-habisan. Kebanyakannya aku serang bahagian kemaluan. Bahagian situ agak sensitif untuk menumbangkan gajah.

"AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR", ujarku penuh membara terhadap Pak Cik tersebut setelah aku penat memukul.

"............", Tanpa banyak bicara Pak Cik itu terjelopok di bawah kerusi. Kemudian dihujani bola-bola pantai. Dan dia semakin kekurangan oksigen dan hilang dalam keriuhan penyokong Sunderland.

Pengakhirannya untuk malam ni, kami menang 3-0 tanpa Lucas. 

*      *      *

Balik rumah, aku nak tido. 
"Gud nite dear", Nancy Doherty hantar sms pada aku. Biasanya itu sms terakhir sebelum kami lelapkan mata.

Aku pun cuba lelapkan mata. Ok. Elok je. 

Tiba-tiba, perut aku rasa macam kena peluru dari pistol Desert Eagle. 

"Arggghhh", aku capai tuala. Pegi kamar cinta.

"Proooottt... bruuuttt.. creeeet... cemplung!", banyak betol aku cakap dalam hati.

"splash.. splash!!"

Aku pon keluar dari kamar cinta itu. Aku sambung tido. Belum sempat 5 minit.

Tiba-tiba, perut aku rasa macam kena peluru dari pistol Desert Eagle. 

"Arggghhh", aku capai tuala. Pegi kamar cinta.

"Proooottt... bruuuttt.. creeeet... cemplung!", banyak betol aku cakap dalam hati.

"splash.. splash!!"

Aku pon keluar dari kamar cinta itu. Aku sambung tido. Belum sempat 5 minit.

Tiba-tiba, perut aku rasa macam kena peluru dari pistol Desert Eagle. 

"Arggghhh", aku capai tuala. Pegi kamar cinta.

"Proooottt... bruuuttt.. creeeet... cemplung!", banyak betol aku cakap dalam hati.

"splash.. splash!!"

Sampai la ke Subuh berulang-ulang macam tu. Adoi. Perit... Ape aku makan ni semalam? Celaka.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

3 comments:

as sahar said...

bro!!..YNWA!...kalau lu duduk kat sebelah seat wa mlm tadi..garenti lu dpat makan mee hoon sup yang aku belanja!!..bro!..Lucas bangang!..eh?..tersilap taip lak..ini lah akibat kalau terlampau ikut emosi...

Zuhairi said...

bola pantai bola keramat

Ah Nep said...

pert, 1st leg lwan portsmouth ko xde wat report ke?hehehh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...