Mar 21, 2010

Melati The Undead: Oi! Gua Hooligan zaman Ian Rush

LAGENDA MELATI THE UNDEAD.. Antara Hooligan terkuat ketika zaman Ian Rush


Oleh SEPUPU LUCAS LEIVA
Ditulis pada 22 Mac 2010


Pukul 5 petang waktu Malaysia, aku dapat panggilan dari 'Ijat Bonggo 2'. Nak tengok game katanya tengah hari nanti. Seperti biasa, kalau nak gerak Old Trafford, aku naik moto je. Malas nak start Roll-Royce aku. Perjalanan dari Harrington St kat Liverpool ke Old Trafford lebih kurang macam dari Batu Pahat ke Simpang Renggam je. Takde jauh mana. So aku hisap rokok dulu sambil tunggu dia sampai rumah aku.

Kali ni plan aku datang Old Trafford nak buat onar. Jaga kamu semua orang-orang dari Negeri Manchester. Aku nak siku hujung telur kamu semua.

Ketika aku mengelamun pasal Nancy Doherty, tiba-tiba 'Ijat Bonggo 2' sampai. Macam biasa, dia suka leceh. Keje nak main DOTA je. Sekali aku dah jadi macam Mascherano baru ko tau.

Javier Mashcherano: Pert!!! tengok ni. 
Hujan.

Aku duduk dalam rumah, sambil tengok budak-budak pakistan kat kawasan kejiranan Harrington St. tu main takik urat kaki kiri kawan-kawan. Terdengar hilai tawa mereka memecah kedinginan ketika hujan di Liverpool. Memang takde semangat Liverpool diorang ni detik hati aku. 'Ijat Bonggo 2' masih nak main DOTA jugak walaupun kat laptop aku takde DOTA.

Kitorang masih macam tu je sehingga Maghrib waktu Malaysia.

Dalam pukul 8 malam waktu Malaysia, aku ajak 'Ijat Bonggo 2' gerak pegi umah Paul McCartney. Hujan dah mula berhenti. Tanda yang kurang baik. Biasa kalau game besar aku kena pegi rumah otai hooligan. Diorang ada plan lagi bagus. Sampai kat rumah Paul McCartney, kat situ ada la budak-budak The Wombats, The Zutons, The Last Shadow Puppets. Walaupun Alex Turner bukan budak Merseyside. Dia tetap datang support, sebab dengar nama Pert Doherty ada nak datang. Kalau nak cerita band-band Skinhead yang tak berapa nak terkenal kat kawasan Merseyside, tak usah cakap. Dekat 50 band, setiap band ada 10 orang. Cuba ko kira berapa banyak batalion tentera. Belum cakap pasal geng hiphop, budak pakistan, geng Punk, mat rempit, budak Mods yang makan otak lembu, sami kat tokong, tukang paip rumah Gerrard, Skrtel, apek jual tayar second serta orang gila "jangan berkawan dengan orang sombong". Tak macam Lord of The Ring pulak. Itu baru cerita kat rumah Paul McCartney, belum kat rumah Billy J. Kramer. Aku tak tau la macam mana punye ramai. Billy J. Kramer siape?

Kitorang dibriefing oleh abang besar Paul yang ketika briefing juga main gitar dalam 5 minit je, pasal kitorang semua dah paham tugas masing masing. Setiap game memang macam ni. Buku lima tak pernah tinggal. Kapak. Panah. Tombak. Lembing. Kacip. dan tak lupa Steel Toe Dr. Martens.. Time-time macam ni dah tak kisah korang mat rempit England ke, korang mat ganja England ke. Budak-budak Malaysia yang study kat Liverpool ke. Dah tak amik kisah. Yang penting kena jadi Hooligan!!



bersambung...
p/s: gua penat, rasa nak minum air soya.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

2 comments:

NURJIA HIDAYAH said...

byk ek idea ko mereka2 citer
leh wut buku ko nw
sure laris

INDRA QIRANA said...

yo takut nyer tengok gambar tu!

http://rabunmerah.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...