Mar 11, 2011

Dendam

Lu tahu dendam? Kalau lu nak tahu gua sekarang tengah dendam benar dengan katil kat rumah gua. Lama benar gua tak baring atas katil.

Semalam gua ada bual dengan Razak. Razak Fandi. Gua tanya pasal dendam.

Razak Fandi beritahu, "Dendam ni banyak downline dia, macam MLM".

Gua sedikit lemah lutut dengar prakata dari Razak Fandi.

Razak Fandi megulas, "Lu tahu pasal demokrasi?".

Gua geleng kepala kerana gua tak nampak kaitan dengan topik.

"Demokrasi adalah balas dendam terbaik", Razak Fandi menerangkan lagi.

"tapi gua rasa, kalau sumbat mulut orang yang didendam dengan najis, itu rasanya balas dendam lebih terbaik, btol tak?", potong gua pantas.

Suasana jadi sunyi.

Salji turun.

gua rembat gambar dari The Daily Irrelevant



p/s: siapa rasa didendam oleh gua. Sila buat tak tahu.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...