Jan 18, 2011

Wang Saku dan Majalah Ilmiah

Gua pada zaman sekolah dahulu, boleh dikatakan anak lord la jugak.

Tapi duit belanja gua tak pernah jejak RM1 walaupun gua dah darjah enam.

Tapi itu tak jadi hal, pasal zaman tu dapat 20 sen pun boleh hidup. Lebih-lebih lagi pada zaman kanak-kanak, gua tak makan sehari pun tak jadi hal. Asalkan dapat pusing-pusing naik basikal petang-petang.

Pernah sekali, gua teringin nak beli satu majalah ilmiah di koperasi. "Tunas Sains". Ya, gua pasti tajuk dia macam tu. Tak salah lagi.

Berbalik pada gua nak beli majalah tu. Gua terpaksa mengumpul duit syiling yang mak gua beri. Sehingga cukup. Kalau tak silap majalah itu berharga RM3. Lu boleh kira sendiri berapa lama gua terpaksa hold duit-duit yang mak gua kasi. Gua dah tak campur budak-budak nak ke kantin. Dalam hati gua, "Apa barang duit habis untuk makan, baik gua beli buku.".

Lama-lama gua dah tak tahan, gua senyap-senyap korek tabung jugak. Nasib la jenis pakai tabung Kelapa Bank Pertanian. Walaupun tiada kunci untuk buka, gua dah tahu tabung ni punya auta. Kacang.

Tak sampai 2 minggu gua dapat RM3. Kah kah kah. Puas hati.
Budak sekarang mana layan syiling. Macam gampang.
Gua sebat gambar dari FatimahJohari

Gua masa tu darjah 2 rasanya. Sekolah petang. Gua bawak syiling banyak-banyak tu masuk kocek. Peh, lu tahu je la kan. RM3 kalau dah dalam bentuk syiling 20sen dan 10sen. Untung kalau ada 50sen dalam tu.

Gua lupa nak beritahu, kakak gua siap ada kirim satu majalah ilmiah juga. "Rakan Sains". Ini gua pasti dia punya tajuk. Jadi jumlah sekarang dalam kocek gua adalah RM6. Syiling bernilai RM6 dalam kocek seluar kanak-kanak sekolah rendah. Rupa dah macam kanggaru.

Sampai koperasi, gua capai majalah tu. Belek dua tiga kali. Buat-buat macam gua budak miskin. Padahal dalam kocek ada RM6 (lu ingat RM6 sikit ke? zaman tu dapat RM6, boleh buat marhaban kalau lu nak tau). Last-last gua dah tak boleh tahan.Terus gua bawak kat meja kaunter bayar tu.

Gua tak banyak cakap, keluarkan semua syiling kat atas meja. Tak de gua nak kira satu-satu. Dari rumah gua dah siap kira dekat dua tiga kali atas tilam. (Kalau kira atas simen nanti bunyi, kantoi kat mak gua mati la gua, manakala tilam serap bunyi). Cikgu yang jaga koperasi tu terlopong sambil gelabah kira satu-satu syiling. Kah kah kah. "Rupanya orang dewasa bila nampak duit macam orang bodoh juga", kata gua dalam hati sambil membayangkan isi kandungan majalah yang bakal gua bawa keluar dari koperasi tu.
"Ok,cukup", cikgu tadi beritahu. Gua memang tak banyak cakap. Gua tengok buku lagi bagus dari layan orang dewasa.

p/s: Padahal kalau gua cakap sendiri kat mak gua, gerenti dapat. Pehal ntah perangai gua macam tu dari kecik.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

10 comments:

Kepala Manchiss said...

lu memang...tel aviv punya olang

cikpia said...

ha ha..... aku dulu2 alergik pi koperasi, ada jer benda aku nak beli. dapat sharpener sekupang yang ada cermin tu pun jadi dah..... =)

Jejentik said...

kecik2 dah pandai berdikari..
bagus2...tak harapkan orang lain

Irwan said...

KahKahKah...

http://aderberani.blogspot.com/2011/01/komen-kepada-wang-saku-dan-majalah.html

ah cai said...

hahahahaha...aku ingat lagi tunas sains tu...tunas sains utk tahap 1, rakan sains utk tahap 2...

Dark Half said...

mesti mak lu kembang2 idung kalau baca entry ni. adohhh..terbarai perot, ntah apa yg klakar ntah

mie said...

wow!!
bangga dengan lu..
ahahhaaaaa

TunTeja said...

Pert sengal~~hahahaha(tetibE)

Berto said...

"tunas sains". aku layan 'rakan sains'.
selalu aku kelepet member aku punya ja, kah kah

Kepala Manchiss said...

pet...memandangkan lu sudah pun jadi selebriti, gua amek kesempatan dengan tag lu kat link nih :

http://apidalamsekam.blogspot.com/2011/01/syiling-lambang.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...