Jan 8, 2011

Facebook nak gulung tikar 15 Mac?

Mark Zuckerberg.. Kalau gua kata gua nak memeluk Islam, apa lu orang setuju?

"Pert, lu pernah ingat tak kita nak tawan satu pulau, kita buat taman tema untuk kita sendiri?", Mark Zuckerberg tiba-tiba bertanya pada gua.

"Hmm", gua dehem tanda setuju.

"Gua penat la Pert nak layan kerenah dunia ni.. Semua orang nak main Facebook bodoh itu.. Pastu jenis perangai macam cilake, upload sesuka hati", Mark Zuckerberg mengeluh. Gua pula jadi buntu. Kelihatan matanya berkaca-kaca, air semakin bertakung di kelopak mata menunggu untuk terjun gua fikir.

Gua tarik nafas panjang.



"Lu kena tabah Zucker, rumah terbakar orang tahu, hati terbakar orang tidak tahu", gua tahan gelak. Fak.

"Pert, kalau ko nak gelak, gelak la", nadanya masih monoton.

"Kah Kah Kah!", gua gelak juga. Namun Mark Zuckerberg masih diam seribu bahasa.

Sambil Mark Zuckerberg menyedut asap Surya, gua perhati wajah beliau. Macam ada sesuatu yang ingin disampaikan. Kali ni gua agak serius.

"Gua tahu lu nak beritahu sesuatu, cakap je, tak payah nak gedik buat-buat nangis", gua lempang sekali muka Mark Zuckerberg.

Tiada respon.

Lama juga dia diam.

"Sebenarnya aku nak berhentikan Facebook", akhirnya Mark Zuckerberg bersuara.

"Ok", ringkas gua jawab.

"Tapi...", panjang Mark Zuckerberg punya 'tapi'.

Gua terdiam menunggu.

"Tapi.....", makin panjang pulak 'tapinya'.

Gua masih terdiam.

"Apesal tak jawab 'tapi apa?'", Mark Zuckerberg tiba-tiba loyar buruk.

Gua tak cakap banyak terus gua hentak. Dua kali tepat pada ari-ari.

Membazirkan masa gua. Banyak lagi benda berfaedah untuk gua lakukan hari ini.

"Lu nak tutup Facebook lu punya pasal la!!!", bentak hati gua.


p/s: Ni semua propaganda je. Mark Zuckerberg dah beritahu awal-awal kat gua dia nak join MLM kat Malaysia. Lagi ada untung.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

9 comments:

Anonymous said...

join unstoppable..haha

Anonymous said...

tipoo je nih.. mcm kat onion jugak

Anonymous said...

plagiat

De Mois said...

Haha..dia sebenarnya nak main frenster balik.
Ini pendapat gua :
Tiada lagi Facebook selepas Mac 2011

Mohd Nasri Md. Nasir said...

berita fake ni..hehe
http://www.blogtechnical.com/286/facebook-shut-down-hoax-spreads-like-fire.bt

Sca Ndx said...

HAHA. gua tak sangka mesti ada orang percaya cerita bullshit tu. facebook tutup lah. dulu video parody justin bieber pedo pun semua orang nak butthurt.

walaupun memang betul justin bieber PEDO.

Pet Shop Boys said...

Dude...tak payah pakai 'Lu Memang Rugi Tak baca sampai Habis' boleh tak? susah ah nak clik2 ni...huhuh...

Erie said...

hahahahaha
sian zuckerberg..abes mandul kau hentak kat ari-ari dia..
kau ni kejam dowh..
hahahahhahaha

TanyaLelaki said...

palat lu bro.. kah kah kah.. tak pernah aku baca lawak camni.. gua follow lu punye blog gila ni.. nak pecah perut aku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...