Jan 26, 2011

LomograPERT: 1st Fisheye One trial

Lu orang fikir gua tiada nafsu? Gua juga pernah fikir tentang perempuan sekali sekala. Gua juga pernah fikir tentang motosikal sekali sekala. Gua juga pernah fikir tentang masa hadapan, jalan raya, taman permainan, hospital, pinjaman bank, televisyen, pembuka tin, syampu anti-kelemumur, roti bun inti kacang, ubat batuk, air masak, pemain cakera padat, kasut kulit, dan simpanan wang pekerja.

Sebenarnya gua nak mulakan cerita pun berfikir empat kali. Terkebil-kebil gua pandang skrin laptop.

Tapi gua buang semua perasaan sial itu, segera gua taip juga.

Fisheye One dan satu roll filem Lomography X-pro 200
Waktu gua load filem, gua ada sedikit ragu.
tapi gua diamkan.
Kamera kali ini: Fisheye One
Film kali ini: Lomography X-pro Slide 200

Gua jadi semacam bila Fisheye One ini duduk lepak-lepak hisap shisha sekali. Gua tenung juga mata dia. Sial tak boleh lawan. Menggelembung macam nanah.

Tapi dia lagi suka kenyit-kenyit mata, lebih-lebih lagi pada kawan-kawan gua. Sial. Miang.

1st ever
Gambar pertama yang dihasilkan dari kamera Fisheye ini.
Gambar ditangkap oleh Zaidi Aman. Tak nampak pun kesan Fisheye.. Kah kah kah.
Ushar dulu gambar-gambar di bawah

Ape kebenda?!LampiMy Work placeSemua belok kanan61460010At RailwayRailway


Banyak juga yang jadi. Yang tak jadi semua sebab malam, built-in flash Fisheye One ini tak berapa kuat pancarannya untuk malam hari. Gua taakul demikian. Tengok sendiri di bawah.

Ngebong LoversNgebong LoversNgebong LoversMcDonalds 

Dan ada juga gua cuba-cuba buat multiexpose. Akhirnya macam haram. Lu cuba ushar satu persatu di Flickr. Mesti lu akan nampak perkara itu.

Dan gambar-gambar pilihan penulis Otak dan Jantung kali ini adalah:


61460014
Ada rupa macam kat Jepun tak? Kah kah kah
I wanna be like you!!
Budak ni tak habis-habis nak follow gua. Katanya nak hisap Surya juga.
Sober
Gua bukan kapir.
Lihat Kanan Juga
Bilanya nak lihat kiri?
Gong Xi
Di Beijing mungkin
Yin Yang
Ni gua rasa paling legend.
Sebab gua berjaya buat satu Batu Pahat duduk tepi kosongkan jalan

Tapi, gambar terbaik pilihan penulis Otak dan Jantung adalah:

Maaf ada dua pemenang. Kita terpaksa bahagi-bahagikan hadiah.





Hero Remaja
Kah kah kah. Puas hati.
Hero Remaja lagi
Gedik tak?





Komen gua kali ini: Menarik, gua suka. Lu orang tak suka pergi mati.

p/s: tiada apa p/s....... apa kata lu orang pergi tengok Flickr gua: http://www.flickr.com/photos/pertdoherty/sets/72157625914840204/with/5391502277/
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

14 comments:

syafiq.net said...

aku amat suka dengan fisheye aku tak tahu kenapa. antara gambar yang aku guna fisheye aku pernah masukkan dalam blog juga :D
http://lensa.syafiq.net/tag/fisheye-lens/
tapi dah lama tak snap

rambutku helmet said...

1.ko scan film ko kt charlie dlm gambar tu ehh...(dkt2 dgn busterminal)
2.ko develop film xpro kt mane ahh....
3.pernah try b&w tak....

btw aku suka gila gamba legend tu....

Pert Doherty said...

to syafiq, saya juga!!! tp limited la pki fisheye one ni... xbyk gmbr boleh buat.. cuma kena pandai cari angle

Pert Doherty said...

to rambutku helmet,

1. aku wat kat cawangan dia yg kat parit raja.. sama je.. dia hantar ke bandar juga.. Charlie yang sini lagi bgus rasanya.. sebab dia HQ.

2. develop xpro, aku baru try satu kedai kat parit raja (konica).. tp aku rasa hantar je mana-mana kedai.. diorg kedai zaman sekaran selalunya tiada chemical E6 pon... Jadi diorang akan sebat pakai C41.. tp better tanya dulu..

3. b&w blum pernah.. dalam perancangan.. meby akan develop sendiri..

tq sebab suka..

p/s: jom lepas sama-sama...

engineer on site! said...

wa suka gambow lu.. yantek yawww...

Dark Half said...

piau lomo
mmg fresh from the oven ke ada tacap jugak dgn potosop?

TunTeja said...

ko memang gedik.sekian~~~


p.s
stylo la gmba2 ni!

Pert Doherty said...

to engineer on site!, yew kew? hehe.. orait.. tq mate.. cheers

Pert Doherty said...

to Dark Half, gua sgt yakin gua tak edit.. haha.. xedit ar dark, gua beria-ia main lomo ni pasal tak nak edit la.. gua nk cuba hasilkan sendiri apa yg gua sering tengok..

Pert Doherty said...

to tunteja, kah kah kah.. gmbr last stylo kan?

Anonymous said...

gua bukan nk down kan lu ke apa. tapi gua tgk lu punye blog ni dah macam blog fotografi.

tapi ok la, gua nampak lu punye usaha tu ke mana.

Pert Doherty said...

kah kah kah.. sial je.. nanti ar gua menulis.. penat doh berfikir..

iEra NaDiRa said...

gambar last tu lawak okey.. haha XD

admin said...

ale mak sil...gua rasa cam nak juling je bijik mata tengok lu punya gambo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...