Jan 30, 2011

Dilema

Dilema?

Pert Doherty dalam dilema?

Apa lu fikir gua tiada dilema macam lu orang? Apa lu fikir gua unta?

Gua pernah hentak gigi orang atas sebab dilema ni kalau lu orang nak tahu.

Dilema gua: Kawan atau Kawan

Susah juga untuk buat pilihan sebegini. Aduh. Gua hampir pitam.

Kawan 1:


Kawan 2:


Gua juga dalam dilema mahu ke KL atau tidak hari ini. 

Gua juga dalam dilema mahu kahwin tahun ini atau tahun hadapan. 

Ahhh!! Hidup penuh dilema.. 

Gua juga dalam dilema untuk mengarah filem komedi atau thriller.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 29, 2011

Hibernation




Ada kala gua rasa gua ni beruang dalam dua tiga hari ni.

p/s: beruang bunyi macam mana?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Suarez: Gua nak baham telinga!!!


Manakah dari saat-saat banyak electrifying pertama membuat anda menyedari Luis Suarez?

Piala Dunia terkenal handball?



Ketika ia menjadi 'Cannibal dari Ajax' untuk menggigit lawan?



Bagaimana dengan 81 gol dalam 108 game di Belanda?


Ajax telah mengesahkan bahawa mereka telah mencapai kesepakatan dengan Liverpool atas pemindahan striker Luis Suarez untuk kos sebesar € 26,5 Milllion (£ 23.000.000).



Sedikit sedutan ketika Suarez berbual dengan gua tadi di rumah.

"Pert, kat area Merseyside ni mana tempat sedap mancing?", dalam syok layan surya sebatang pancung dengan Suarez, tiba-tiba dia mengajukan soalan yang agak luar topik.

"Ape benda ko mengarut macam lembu ni Rez?", gua soal balik. Sambil gua perhati atas bawah Suarez.

"Tempat mancing la, mancing.. Itu pun tak tahu ke?!", tengking Suarez.

PANGGG!!! Gua memang tak banyak cakap kalau budak baru kurang hajar.. Gua lempang terus, selalu kalau dah kena mau bertabur gigi.

"Lu jangan main-main dengan gua hal-hal begini.", perlahan gua keluarkan suara antara dengar tak dengar. Gua kalau dah marah memang macam tu. Kelihatan Suarez terduduk simpuh akibat hentakan padu tepat pada wajah serta hidungnya.

Suarez tidak menjawab sepatah pun. Hanya memegang pipi.

"Kat sini lu kena ikut cakap gua. Disebabkan lu ni spesis kanibal, gua nak lu pergi romper budak-budak team lain.", gua cakap nada rendah je, nak bagi dia ingat.

"Baik!! Gua mahu baham telinga star-star mereka!!!", tidak semena-mena Suarez bertempik. Berdengung juga telinga gua, tapi gua tak goyang.

Gua senyum sambil pandang tempat lain. Gua hembus asap Surya ke atas. 

"Bagus, bagus. macam ni gua nak. Keganasan. Keganasan.", gua bercakap sendirian.



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 28, 2011

Kalau gua kaya

Kalau gua kaya, gua nak beli semua benda yang gua nak sampai gua jadi bosan nak pandang muka gua sendiri dekat cermin.

Wishlist gua banyak, tak perlu sebut semua.

Gua ketika dah kaya tu gua jadi mementingkan diri. Jenis langgar traffic light merah. Apa ada hal, polis tahan gua bayar lebih dari gaji dia. Lepas tu kat bank gua potong barisan, kat hospital pun sama. Gua tak kisah pun ada orang sakit sedang menunggu.

Gua nak bina piramid.

Dan gua nak bela seorang pet.

Itu la yang utama. Yang lain-lain tak nampak kaya sangat setakat beli kereta ke rumah ke.

Tambahan, gua nak jadi panas baran bila gua kaya. Baru lu orang nak baik-baik dengan gua masa tu.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jan 26, 2011

LomograPERT: 1st Fisheye One trial

Lu orang fikir gua tiada nafsu? Gua juga pernah fikir tentang perempuan sekali sekala. Gua juga pernah fikir tentang motosikal sekali sekala. Gua juga pernah fikir tentang masa hadapan, jalan raya, taman permainan, hospital, pinjaman bank, televisyen, pembuka tin, syampu anti-kelemumur, roti bun inti kacang, ubat batuk, air masak, pemain cakera padat, kasut kulit, dan simpanan wang pekerja.

Sebenarnya gua nak mulakan cerita pun berfikir empat kali. Terkebil-kebil gua pandang skrin laptop.

Tapi gua buang semua perasaan sial itu, segera gua taip juga.

Fisheye One dan satu roll filem Lomography X-pro 200
Waktu gua load filem, gua ada sedikit ragu.
tapi gua diamkan.
Kamera kali ini: Fisheye One
Film kali ini: Lomography X-pro Slide 200

Gua jadi semacam bila Fisheye One ini duduk lepak-lepak hisap shisha sekali. Gua tenung juga mata dia. Sial tak boleh lawan. Menggelembung macam nanah.

Tapi dia lagi suka kenyit-kenyit mata, lebih-lebih lagi pada kawan-kawan gua. Sial. Miang.

1st ever
Gambar pertama yang dihasilkan dari kamera Fisheye ini.
Gambar ditangkap oleh Zaidi Aman. Tak nampak pun kesan Fisheye.. Kah kah kah.
Ushar dulu gambar-gambar di bawah

Ape kebenda?!LampiMy Work placeSemua belok kanan61460010At RailwayRailway


Banyak juga yang jadi. Yang tak jadi semua sebab malam, built-in flash Fisheye One ini tak berapa kuat pancarannya untuk malam hari. Gua taakul demikian. Tengok sendiri di bawah.

Ngebong LoversNgebong LoversNgebong LoversMcDonalds 

Dan ada juga gua cuba-cuba buat multiexpose. Akhirnya macam haram. Lu cuba ushar satu persatu di Flickr. Mesti lu akan nampak perkara itu.

Dan gambar-gambar pilihan penulis Otak dan Jantung kali ini adalah:


61460014
Ada rupa macam kat Jepun tak? Kah kah kah
I wanna be like you!!
Budak ni tak habis-habis nak follow gua. Katanya nak hisap Surya juga.
Sober
Gua bukan kapir.
Lihat Kanan Juga
Bilanya nak lihat kiri?
Gong Xi
Di Beijing mungkin
Yin Yang
Ni gua rasa paling legend.
Sebab gua berjaya buat satu Batu Pahat duduk tepi kosongkan jalan

Tapi, gambar terbaik pilihan penulis Otak dan Jantung adalah:

Maaf ada dua pemenang. Kita terpaksa bahagi-bahagikan hadiah.





Hero Remaja
Kah kah kah. Puas hati.
Hero Remaja lagi
Gedik tak?



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

LomograPERT: 1st X-Pro experiment!


Gua hari ni gembira. Jangan sekali-kali buat gua meradang. Ada yang gua tendang karang. Dalam banyak-banyak eksperimen bersama Holga 135BC, ini pertama kali gua melakukan eksperimen mengguna filem jenis Slide. Macam tu la nama yang gua dengar selama ni. Jenis filem ini yang sepatutnya dicuci mengguna bahan kimia E-6. Lu explore sendiri, gua malas nak cerita-cerita pasal hal tu. Gua pun bukan tahu sangat. Pegi mampos. Yang penting filem ini telah dicuci mengguna bahan kimia C-41. Sebab tu dipanggil X-pro (Cross Process). Lu buat research sendiri. Malas gua bising.

Gua teringat waktu gua load film ni.... Gua kat JB.

Kali ni gua pakai filem Kodak Elitchrome 100.
Lokasi gua tangkap: Kebanyakan di bandar Batu Pahat. Yang selebih dekat Taman Sri Pulai. 
Komen gua: Boleh tahan, gua agak suka juga kesan warnanya.

Untuk percubaan kali pertama mengguna Slide Film, gua rasa puas hati. Kah kah kah. Lu nak bising-bising sekarang dah boleh. Pasal gua ada sikit hepi.


1st Xpro
Sikit hari lagi gambar ni jadi legend jugak la rasanya. Kah kah kah.

Gudang Garam
Ini kalau tak legend juga gua tak tahu lah.


Vroom!!Too Fast Too.....Ibu MudaHaizat Faizi61470011I was a racerBP WalkThe Other SideHe said, "I wanna be like you!"Jalan buruk

Walaupun banyak juga yang tak jadi.

Tapi gua kali ini ada juga mahu berlagak, jadi gua mahu tunjuk gambar pilihan penulis blog Otak dan Jantung.


Mak, adik lapar la
Mak Cik tu muka langsi tengok gua lepas kena snap. Kah kah kah.
Dia fikir gua ada hati sama bumper dia ka?
Old Time Favourite
Naik bosan gua snap gambar landasan kereta api.
Lepas ni gua nak tangkap gambar landasan kapal Boeing 747
Barang lama juga
Apesal gambar ni boleh terpilih kali ini?
Buruk je.
Up Up and...
Gua sebenarnya nak tangkap gambar lain.
Jangan Pandang...
Ni gua suka, lu tak suka lu punya pasal


dan gambar terbaik pilihan penulis Otak dan Jantung kali ini adalah:



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...