DAVID N'GOG...... mmm.. biasa je ni. Aku pernah skor lagi best. |
Oleh: Sepupu Lucas Leiva
Pepe Reina's kesalahan besar Arsenal berbakat pusat unlikey di Anfield.(ayat Google Translate)
Musim ni, aku dah pindah rumah. Bukan lagi di Harrington St., agak jauh juga dari Anfield. Jadi aku gerak awal juga. Lebih kurang sebelum asar dah mula gerak. Masih lagi pakai motor. Tapi kali ni, 'Ijat Bonggo 2' lebih awal. Bulan puasa dia lebih cergas. Belum pukul 10 waktu Malaysia dia dah sampai Anfield. Tidak seperti kanak-kanak Pakistan di Harrington St. yang langsung tidak punya semangat Liverpool. Mereka hanya tahu main takik urat kaki kawan-kawan serta bermain gasing. Memalukan. Kata anak jati Merseyside, tapi buat tak tahu dengan kedatangan Roy Hodgson.
Aku tiba di Anfield pada pukul 10.55 malam waktu Malaysia. Agak lambat. Anfield sesak dengan umat manusia yang tidak menjalankan fardhu puasa. Selamba makan depan aku. Ada juga yang kencing di tembok. Yang pasti si pengencing tu budak-budak Arsenal. Tapi silap besar jika kencing di Anfield tanpa istinjak yang betul. Mereka semua dilanyak oleh hooligan-hooligan The Reds dalam keadaan separuh bogel. Ternyata hooligan-hooligan The Reds kurang gemar golongan demikian. aku biar sahaja kerana aku dah lambat. Terus aku bergerak ke tempat duduk berdekatan 'Ijat Bonggo 2'.
Tapi kali ni aku pelik, kenapa ada kelibat KAKA di Anfield hari ni. Beliau dengan berjersi kuning hijau sambil menghisap rokok surya. Ke hulu ke hilir. Tapi aku buat steady je. Sebab aku tak minat Kaka.
Abaikan hal Kaka itu.
First half. Main mula-mula macam best. Malas nak komen. Lepas 20 minit main, permainan sebenea Liverpool terserlah. CLEAR dahulu, fikir kemudian. Carragher. Haha..(tapi dia starman dalam game ni)
Vermalean je yang berjaya buat aku betutur dalam bahasa inggeris. "FUCK!", itu je yang aku sebut.
* * *
45 minit berlalu, permainan masih berjalan atas sebab referee punya jam lambat 3 minit.
JOE COLE: Gua tak tackle pon ref, gua puasa ni hari. |
Tamat masa pertama dengan Kad Merah. Semua kerana Liverpool adalah The Reds maka dapatlah kad merah. Arsenal pula pakai baju kuning, jadi orang-orang dia cuma dapat kad kuning.
* * *
Mula separuh masa kedua. Aku minum teh ais jap. Tengah bakar rokok aku ternampak kelibat N'gog turn depan gol Arsenal. dan.....
DAVID N'GOG: Aku letop je ni. |
GOOOOOLLLLLLL!!!!!!
Serta merta aku membakar rokok. Steady je. Tak sorak pun. Dah tau N'gog boleh.
Malas nak citer panjang.
Arsenal ada gol ke game ni? Ingat-ingat aku Liverpool skor 2 bijik.
Liverpool 2 bijik.. Arsenal 0 bijik. Arsenal bapuk.. dah potong kasi anjing... Lawan dengan 10 orang pon main macam kedi. Pehal aku meresap, padahal Liverpool dah skor 2.
p/s: Saya sayang Reina. serta tak lupa juga kepada Kaka yang sentiasa buat kami ceria. (Kaka pernah diceritakan pada entri lepas "Nama aku Kasim Bawal".)
Serta merta aku membakar rokok. Steady je. Tak sorak pun. Dah tau N'gog boleh.
Malas nak citer panjang.
THIS IS ANGOG la wei!!!! |
________________________________________
Arsenal ada gol ke game ni? Ingat-ingat aku Liverpool skor 2 bijik.
Liverpool 2 bijik.. Arsenal 0 bijik. Arsenal bapuk.. dah potong kasi anjing... Lawan dengan 10 orang pon main macam kedi. Pehal aku meresap, padahal Liverpool dah skor 2.
PEPE REINA... Aku yang skor gol kedua Liverpool |
p/s: Saya sayang Reina. serta tak lupa juga kepada Kaka yang sentiasa buat kami ceria. (Kaka pernah diceritakan pada entri lepas "Nama aku Kasim Bawal".)
3 comments:
hye reina.. :)
To useriez.. haha.. reina jawab hye. haha
reina kompius bola dgn kepala beliau
Post a Comment