Aug 18, 2010

Kaka: Aku nak Surya sebatang

Sahur itu,

"Jat, teman aku sahur kt Anfield", sambil main Counter Strike aku mempelawa 'Ijat Bonggo 2'.

Tiada respon. 'Ijat Bonggo 2' masih main gitar. Alunan-alunan lagu metal yang buat kepalanya terhejut-henjut.

"Oi! Teman aku", aku ulang pelawaan.

Masih tiada respon.

Tik! Aku matikan suis amplifier IBZ10G. 'Ijat Bonggo 2' masih buat tak tau.

"Oi! Jat, jom ar", aku ulang lagi.

"Jap", akhirnya 'Ijat Bonggo 2' bagi respon.

Beliau bangun dan terus meninggalkan aku. Ke dapur rasanya.

"Go! Go! Go!", bunyian dari Counter Strike. Game ni sungguh lagenda bagi aku. Malar hijau. Malar segar. Semuanya bikin aku kembali ke tingkatan 3. Dahulu cuma main di Cyber Cafe di bandar. Sekarang main saja di komputer Kudut. Seronok juga dengan sistem Garena ni. Ada Garena Fire.

"Pert, jom ar, kata nak pegi makan tadi.", 'Ijat Bonggo 2' pula mengajak. Aku pula sedang haruk main Counter Strike. Aku menggunakan teknik melembu* ketika main game tersebut. Pelik betul map yang sedang aku main. Katanya, 'de_dust2', tapi aneh sedikit daripada yang biasa. Tapi tak mengapa, ia buat aku lebih mahu main.

Aku tidak beri respon pada 'Ijat Bonggo 2' pula.

"Oi! Pert, ko nak pegi tak nak?", 'Ijat bonggo 2' mula meninggikan suara.

"Jap.. Jap", aku masih syok dengan aplikasi permainan tadi.

"Cepat la doh!", 'Ijat Bonggo 2' mungkin sudah meresap*.

Aku toleh. Kemudian aku tengok tepat pada muka dia. Wajah aku serius. 'Ijat Bonggo 2' terdiam. Aku tenung lagi wajahnya. Kecut alat kelaminnya. Beliau terus tunduk. Kemaluan.

Aku bangun. "Dah, jom lincah", aku mengajaknya yang sudah mengalami 'pengecutan'.



*      *      *

Di Anfield dan setelah makan.

Dari kejauhan, aku nampak seorang lelaki separuh abad berjalan perlahan menuju ke tempat kami duduk. Aku buat tak tahu. Keluarkan rokok. Sekotak Canyon, sekotak Surya. Rupanya Surya dah habis. Aku letak saja di atas meja. Aku toleh ke arah 'Ijat Bonggo 2'. Niat aku mahu mula bicara kosong. Tapi aku lihat dia menunjukkan isyarat "di belakang kamu ada Kaka". Dengan segera aku toleh walaupun aku tak minat Kaka.

Benar.

Itulah Kaka. Tapi hari ini dia pakai t-shirt Andy Warhol rasanya. Aku tak tahu sangat.

KAKA aka KASIM BAWAL... Adik, aku nak Surya.

Beliau menadah tangan. "Rokok", satu perkataan sahaja yang keluar dari mulutnya. Sudah cukup untuk aku mentafsir isi hatinya.

Aku berikan kotak Surya itu. Aku tahu Kaka gemarkan Surya.

Dengan rakus, Kaka buka kotak, Kaka hampa. Kaka tidak dapat rokok.

Kotak diletak semula di atas meja.

Tiba-tiba.

"Kalau!... kalau!.............kalau!....", beliau bekata-kata dengan nada kuat tapi tegagap-gagap.

Aku cuba mengamati kisah yang dia cuba sampaikan.

"Kalau!... kalau!.............kalau!.... orang baik masuk!......", susunan ayatnya semakin panjang.

Aku masih diam cuba memahamkan perkara yang cuba disampaikan.

"Kalau!... kalau!.............kalau!.... orang baik masuk!......ape?!!", rupanya soalan yang dia cuba sampaikan.

"Syurga", ringkas aku menjawab..

"Kalau!... kalau!.............kalau!.... orang jahat masuk!......ape?!!", terus Kaka bertanya soalan kedua.

"Syurga", aku jawab saja benda sama. Aku tahu tak baik berbohong.

Kaka terus pergi. Itu sahaja matlamat beliau rupanya mahu berjumpa dengan aku.

Sahur itu sungguh sejuk juga.




meresap* = hangin


p/s: Kaka, kau buat aku gembira lagi. 

Kaka ni dah pernah ada pada entri "Nama Aku Kasim Bawal" dan "This is AnGog".
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

2 comments:

limhakimi said...

hahahahaha. buduh. ko siap tangkap gambar die eh.
kasim bawal~

Pert Doherty said...

Tere x? hahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...