Ke hadapan Encik Pert,
Diharap sihat selalu dan ceria di samping keluarga, sahabat serta kekasih yang tercinta. Tapi walaupun encik tak sihat atau ape pun, saya tetap doakan encik yang baik-baik. Amin. Jangan risau. Saya pon ok-ok je ni. Tak la ceria sangat atau sihat sangat. Tapi masih boleh senyum.
Saya tahu encik banyak masalah. Dari sekecil-kecil zarah Hidrogen sehingga kepada Bintang Helium gergasi. Saya juga begitu. Tapi encik Pert, yang saya perasan masalah-masalah ni timbul semuanya kerana DUIT a.k.a. WANG. Semuanya memerlukan duit. Saya takut juga bila terlalu ekstrim untuk meyelesaikan masalah-masalah yang timbul ni. Membuatkan saya gila duit, hingga lupa saya ada tanggungjawab lain. Sehingga kadang kala iman saya turun dan sanggup meletakkan Tuhan di tangga yang ke berapa ntah dalam hati ini. Apa tah lagi ibu bapa. Tapi ape-ape hal pon encik Pert, kalau ada masalah pasal duit ni, jangan mengeluh. Sentiasalah senyum walau teruk mana sekali pun masalah duit. Dan ingat, rezeki bukan dalam bentuk duit.
Kemudian, hal ibu bapa. Saya tahu harapan mereka secara majoriti mahukan anak-anak ada ijazah dan kerja bagus. Tapi konsep ijazah ni pernah dibincangkan oleh encik Pert dalam "Ijazah untuk apa sebenarnya?". Tapi takpe, buat sajalah kerna itu harapan mereka. Bila lagi nak bagi mereka bahagia melihat kejayaan encik. Semoga berjaya. Dan jangan pernah abaikan mereka dalam segala hal. Amin
Lagi satu, mengenai kekasih. Kamu jangan abaikan dia walaupun kamu sibuk. At least, buat la sesuatu yang boleh buat kekasih anda tidak kesunyian. Tapi saya percaya encik Pert telah lakukan macam-macam untuk membuatkan keaksih encik gembira dan tidak kesunyian. Walaupun bukan hari ni atau semalam, tapi sememangnya encik telah lakukannya walaupun dah lama dahulu. Saya doakan encik akan berjaya lagi sekali dalam apa jua perjuangan.
Akhir kata, hidup ini memang penuh kebangsatan. Pelbagai jenis musuh akan datang dan pergi. Pelbagai jenis kawan akan datang dan pergi. Tapi nak buat macam mana, itulah qada dan qadar. Yang penting, sabar sabar sabar dan sabar. Senyum, senyum, senyum dan senyum.
Yang Benar,
Alperto Aquilani
p/s: buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Lu boleh pergi mati.
No comments:
Post a Comment